Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT061

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan apakah keberkesanan Kursus Latihan Asas Kesihatan Mental untuk pemimpin masyarakat (imam, ustaz, daie) dalam meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma kesihatan mental dari perspektif Islam? Bagaimana penilaian untuk mengukur keberkesanannya?

JAWAPAN

Kementerian Hal Ehwal Ugama telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan Kursus Latihan Asas Kesihatan Mental Untuk Pemimpin Masyarakat yang telah melibatkan sebahagian imam, ustaz dan daie di bawah kawalan Kementerian ini. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan mental khususnya dalam kalangan peserta melalui pembelajaran/bimbingan ilmu-ilmu asas berkaitan dengan kesihatan mental dan psikologi daripada perspektif Islam dan juga sains perubatan. Di samping itu, para peserta juga turut diberikan pendedahan mengenai teknik-teknik kaunseling, pendekatan psikologi dan rawatan-rawatan holistik dan bersepadu. Kursus ini merupakan salah satu tindakan dalam Pelan Tindakan Kesihatan Mental Negara Brunei Darussalam 2022-2025.

Hasil daripada maklum balas para peserta yang mengikuti kursus ini, alhamdulillah ia telah memberikan impak positif dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta mengurangkan pandangan negatif terhadap kesihatan mental dalam kalangan peserta kursus (imam, ustaz dan daie) khususnya dan masyarakat amnya.

Dalam pada itu, banyak manfaat yang telah diperoleh selaras dengan objektif pelaksanaannya seperti berikut:

I. Meningkatkan Kesedaran

Para peserta dapat menyedari dan memahami isu-isu kesihatan mental daripada perspektif Islam dan sains perubatan, sehingga mereka dapat menjadi agen perubahan dalam masyarakat.

Selain itu, dapat merasakan empati terhadap mereka yang mengidap masalah mental kerana telah dilibatkan secara langsung untuk turun padang melawat ke Unit Kesihatan Mental, berinteraksi dan berjumpa dengan pesakit serta melihat sendiri kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.

II. Mengurangkan Pandangan Negatif

Para peserta juga dapat memahami bahawa kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesejahteraan holistik yang diajarkan dalam Islam. Mereka dapat membantu mengurangkan pandangan negatif berkenaan penyakit mental dan dapat menerapkan ilmu yang diperoleh semasa kursus.

III. Teknik Kaunseling

Di samping itu, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai teknik kaunseling dan pendekatan psikologi Islamik yang secara tidak langsung membolehkan mereka untuk memberikan sokongan yang lebih efektif kepada sesiapa yang memerlukan serta dapat menerapkan ilmu yang diperolehi semasa kursus di dalam pekerjaan mahupun di dalam kehidupan seharian.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.