Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT062

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan sejak penubuhannya, sejauh manakah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) telah mengenal pasti tren peningkatan isu sosial dan menilai impaknya terhadap masyarakat? Apakah inisiatif Kementerian untuk memperkasa MKIS sebagai entiti strategik berasaskan data, dengan penyelidikan, pemantauan berterusan, dan kerjasama rentas sektor yang aktif, bagi memperkukuh daya tahan sosial negara serta memastikan keberkesanan MKIS terhadap cabaran sosial yang semakin kompleks?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

  1. Terima kasih Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam atas soalan mengenai peranan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dalam mengenal pasti tren peningkatan isu sosial dan impaknya terhadap masyarakat; pemerkasaan MKIS dan keberkesanan MKIS terhadap cabaran sosial yang semakin kompleks.
  2. Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) berperanan sebagai platform kebangsaan peringkat Menteri yang menerajui dan memantau pelaksanaan tindakan-tindakan strategik bagi menangani pelbagai cabaran sosial yang semakin kompleks. Peranan ini dilaksanakan melalui konsultasi dan perbincangan berbagai-hala menerusi platform permesyuaratan sama ada di peringkat MKIS sendiri ataupun di peringkat Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas yang telah diamanatkan dengan terma rujukan masing-masing. Peranan ini merupakan wadah penting bagi mengenal pasti isu-isu sosial utama yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Penilaian terhadap impak isu-isu ini dibuat secara menyeluruh berdasarkan hasil intervensi/pendekatan agensi-agensi pelaksana, hasil dapatan penyelidikan yang dijalankan serta maklum balas masyarakat yang diterima melalui pelbagai saluran.
  3. Salah satu platform pemantauan yang digunakan oleh MKIS ialah melalui pelaksanaan beberapa Pelan Tindakan yang dirangka oleh setiap Jawatankuasa Khas di bawah MKIS, antaranya Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan, Pelan Tindakan Kegiatan Tidak Bermoral dan Pencegahan Jenayah, Pelan Tindakan Mentaliti Masyarakat, serta Pelan Tindakan Isu Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak. Setiap pelan tindakan ini memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu sosial dengan lebih fokus, menyeluruh dan bersepadu.
  4. Sebarang tren peningkatan berkaitan 12 isu sosial yang ditangani oleh MKIS adalah dipantau melalui pelaksanaan pelan-pelan tindakan ini, khususnya melalui pencapaian Key Performance Indicators (KPI) yang telah disasarkan dalam setiap pelan tindakan tersebut mengikut strategi dan inisiatif-inisiatif yang dipersetujui bersama.
  5. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan, Sistem Kebajikan Negara (SKN) yang sepenuhnya dalam talian telah dilancarkan. Sistem ini diwujudkan dengan tujuan untuk memastikan pengagihan bantuan-bantuan kebajikan dilakukan dengan lebih teratur, telus dan berkesan. Selain itu, SKN juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh perumusan dasar serta pelaksanaan program intervensi pembasmian kemiskinan yang benar-benar berasaskan data.
  6. Di samping itu, kerjasama MKIS dengan institusi penyelidikan turut diperkukuh melalui pelaksanaan kajian yang relevan, seperti kajian mengenai pembangunan wanita di Negara Brunei Darussalam. Ringkasan Eksekutif Kajian ini akan diterbitkan dalam versi awam (public version), sebagai rujukan dasar serta pengetahuan umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.
  7. Dalam konteks isu penyalahgunaan dadah, keperluan untuk membawa perkara ini ke peringkat MKIS telah dikenal pasti, sejajar dengan pendekatan whole-of-government dan whole-of-nation, yang menekankan kepentingan tindakan bersama antara pelbagai agensi dan lapisan masyarakat adalah sangat diperlukan. Ini membolehkan respons terhadap isu dadah dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi, serta melibatkan pelbagai sektor yang berkepentingan.
  8. Secara keseluruhannya, pendekatan yang berteraskan data, kerjasama pelbagai pihak serta penyelidikan berterusan yang diterajui melalui MKIS adalah sejajar dengan usaha memperkukuh daya tahan sosial negara. Ini penting bagi memastikan MKIS terus relevan dan berkesan dalam merespons cabaran-cabaran sosial yang semakin rumit dan pelbagai bentuk dalam landskap masyarakat masa kini.
  9. i. Unit Pemulihan, Kompleks Rumah Kebajikan (KRK):
    (a) Tren kemasukan kes-kes pemulihan ke Kompleks Rumah Kebajikan sejak tahun 2019 hingga tahun 2024 secara keseluruhan menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu dari 21 kes ke 9 kes (penurunan sebanyak 57%).
    (b) Sebanyak 9 kes diterima pada tahun 2020 (penurunan 57%) dan 3 kes pada tahun 2021 (penurunan 86%). Penurunan ini disebabkan pandemik COVID-19 dan sekatan pergerakan semasa penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
    (c) Tren kemasukan mula menunjukkan sedikit peningkatan bermula tahun 2022 (selepas pandemik COVID-19) hingga tahun 2024 namun tidak signifikan dan uniform (seragam) iaitu peningkatan:
    • 2 kes pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya (2021);
    • 3 kes pada tahun 2023 dari tahun 2022; dan
    • 1 kes pada 2024 dari tahun 2023.
  10. ii. Unit Perlindungan, Kompleks Rumah Kebajikan (KRK):
    (a) Tren kemasukan kes-kes perlindungan ke Kompleks Rumah Kebajikan sejak 2019 hingga tahun 2024 secara keseluruhan menunjukkan penurunan yang sangat signifikan iaitu dari 63 kes ke 5 kes (penurunan sebanyak 92%).
    (b) Penurunan drastik kes-kes perlindungan dapat dilihat selepas pandemik COVID-19 iaitu bermula tahun 2022 (28 kes), tahun 2023 (13 kes) dan tahun 2024 (5 kes).
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.