Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT073 & PT082

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan adakah DARe mempunyai penanda aras atau KPI bagi menilai keberkesanan program pembangunan perusahaan tempatan dalam menyokong pemelbagaian ekonomi negara selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan Aspirasi Ketiga Brunei Economic Blueprint?

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah terdapat program khusus yang disediakan bagi memperbaiki prestasi dan kemahiran syarikat tempatan agar dapat bersaing dengan syarikat asing, terutamanya dari segi teknologi, pengurusan dan capacity-building? Ini memandangkan wujudnya persepsi ‘ketidakmampuan’ terhadap syarikat tempatan walaupun ada yang berprestasi baik?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Izinkan Kaola menerangkan jawapan kepada soalan PT073 & PT082 mempunyai kaitan, pada mana Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) memang mempunyai penanda aras atau KPI khusus bagi menilai keberkesanan program-program pembangunan perusahaan tempatan yang boleh diperolehi daripada Laporan Tahunan DARe dalam sesawang BEDB. Penilaian ini merangkumi beberapa aspek penting termasuk peningkatan kapasiti pengusaha, pertumbuhan jualan, penjanaan peluang pekerjaan, tahap penyertaan dalam pasaran tempatan dan eksport, serta kejayaan perusahaan kecil dan sederhana (MSME) di pasaran global. BEDB juga menjalankan penilaian berkala bagi memastikan bahawa program-program yang dilaksanakan selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan Aspirasi Ketiga Brunei Economic Blueprint, yang bertujuan untuk memupuk pemelbagaian ekonomi negara yang inklusif dan mampan. Selain itu, penilaian tahunan dan maklum balas daripada MSME juga diambil kira untuk memastikan keperluan program dan inisiatif yang dijalankan dapat memenuhi kehendak industri dan terus mendokong pembangunan MSME tempatan.

Sejak tahun 2023, BEDB telah memudahcara pengeksportan bagi 22 syarikat tempatan ke pasaran luar negara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Walaupun terdapat kemajuan yang positif, kerajaan sedar bahawa masih terdapat ruang untuk meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan syarikat tempatan, terutamanya dalam bersaing dengan syarikat asing. Untuk itu, pelbagai inisiatif strategik sedang dilaksanakan bagi memperkasa syarikat-syarikat tempatan agar lebih berdaya saing di peringkat domestik, serantau, dan global.

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui BEDB adalah seperti berikut:

  1. Standard Consultancy Program – Membantu PMKS yang berpotensi untuk menembusi pasaran eksport, dengan lebih daripada 65 syarikat memperoleh pensijilan antarabangsa setakat Jun 2025.
  2. Accelerate Bootcamp – Menyokong startup untuk memanfaatkan teknologi, memperkukuh pelaburan, dan merangka model perniagaan inovatif. Setakat ini, 174 syarikat startup baru telah didaftarkan.
  3. Program Elevate – Memberikan bimbingan strategik dan pembangunan kapasiti kepada syarikat dalam pelbagai sektor. Sebanyak 29 syarikat telah menyertai program ini.
  4. DARe LINKS – Platform B2B untuk memudahkan penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan, dengan 87 peluang perniagaan ditawarkan dalam tempoh setahun (April 2024 – Mac 2025).
  5. Brunei Mentors for Entrepreneurs Network (BMEN) – Menyediakan bimbingan langsung daripada mentor berpengalaman, dengan lebih daripada 3,000 sesi bimbingan telah dilaksanakan.

Selain itu, Brunei Innovation Lab juga menjadi platform untuk kolaborasi antara usahawan dan syarikat, dengan lebih 100 prototaip dihasilkan dan lebih 20 syarikat startup menerima pembiayaan atau geran melalui inisiatif seperti Hackathon dan Innovate Challenge.

Kerajaan turut bekerjasama dengan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) serta Manpower Industry Steering Committee (MISC) untuk meningkatkan kemahiran pekerja melalui program seperti SkillsPlus dan Digital Upskilling Training Programme, yang menyediakan latihan jangka pendek dalam bidang ICT, pengurusan, serta pensijilan profesional untuk memperkukuh keupayaan digital syarikat tempatan.

Dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang komprehensif ini, diharap syarikat-syarikat tempatan akan terus mengembangkan kapasiti, mempertingkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan, serta merangsang budaya inovasi. Ini sekaligus diharapkan akan memperkukuhkan daya saing mereka untuk bersaing dengan syarikat asing dalam sektor yang semakin mencabar dan dinamik.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.