Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT068

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian Kesihatan mempunyai data jumlah pembayaran rawatan luar negara setahun dan apakah polisi penghantaran pesakit ke luar negara? Adakah Kementerian akan memulakan pelan rawatan kritikal dalam negara untuk mengurangkan kos dalam jangka panjang?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan penghantaran pesakit ke luar negara bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar yang belum tersedia di dalam negara. Ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pesakit, Jabatan Perkhidmatan Perubatan. Setiap tahun, sejumlah pesakit dirujuk ke institusi kesihatan di luar negara, termasuk di Singapura, Malaysia, dan Thailand, bagi rawatan dalam bidang seperti jantung, kanser, ortopedik, oftalmologi, neurologi, urologi, pediatrik dan lain-lain.

Jumlah Perbelanjaan Rawatan Luar Negara: Dari segi data perbelanjaan, Kementerian telah merekodkan bahawa kos rawatan luar negara dalam dekad yang lalu (April 2018 - Mac 2019) menunjukkan perbelanjaan yang lebih tinggi (*BND 21 Juta) berbanding anggaran perbelanjaan keseluruhan (**BND 7 Juta) setahun kebelakangan (April 2024 - Mac 2025), yang menunjukkan penurunan perbelanjaan yang substantif.

*BND21,315,666.68
**BND7,280,612.22

Dasar Penghantaran Pesakit ke Luar Negara: Dasar penghantaran pesakit ke luar negara adalah bersifat selektif dan berasaskan kepada keperluan klinikal. Setiap rujukan adalah melalui panel klinikal yang akan menilai keperluan rawatan serta ketiadaan alternatif yang sesuai di dalam negara. Keputusan ini juga melibatkan perbincangan terus antara pakar tempatan dan pakar luar negara bagi memastikan keberkesanan rawatan.

Unit Pengurusan Pesakit bertanggungjawab untuk:

  • Menyediakan tiket penerbangan, penginapan, elaun sara hidup dan pengangkutan bagi pesakit dan peneman;
  • Memberikan taklimat dan maklumat lengkap kepada pesakit dan peneman sebelum berangkat;
  • Menjalankan pemantauan ke atas kos dan pelaksanaan rawatan;
  • Menguruskan repatriasi pesakit yang jatuh sakit semasa berada di luar negara; dan
  • Berhubung rapat dengan Kedutaan/Konsulat Negara Brunei Darussalam serta syarikat penerbangan untuk kelancaran proses.

Pelan Jangka Panjang ke Arah Rawatan Kritikal Dalam Negara: Kementerian sedang giat merangka dan melaksanakan pelan jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan kepada rawatan luar negara. Antaranya:

  • Pembangunan sumber tenaga manusia tempatan dalam bidang kepakaran seperti pembedahan hepatobilier, pemindahan organ, perubatan nuklear dan penjagaan paliatif.
  • Pemindahan teknologi dan kepakaran melalui kolaborasi bersama pusat perubatan luar negara.
  • Latihan pemindahan buah pinggang secara berfasa di Hospital RIPAS dengan kerjasama pakar luar negara telah dijalankan dan dilakukan oleh pakar bedah tempatan.
  • Pemindahan hati (liver transplant) masa ini dilakukan oleh visiting surgeon dan seterusnya pada masa yang sama melatih profesional tempatan.
  • Pemantapan perkhidmatan kardiologi, yang mana kebanyakan kes kini boleh dikendalikan sepenuhnya di negara ini kecuali complex congenital heart disease.

Secara keseluruhan, pendekatan ini merupakan langkah strategik Kementerian untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber negara, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan dalam negara dan pada masa yang sama memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.