Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT087
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan adakah Kementerian ada mempertimbangkan bagi mengadakan kerjasama dengan perkhidmatan pengangkutan untuk menawarkan insentif lawatan bandar yang singkat bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menarik pelancong transit? Ini adalah bagi mengetengahkan tarikan utama dan menggalakkan tempoh persinggahan yang lebih lama?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kini sedang membangunkan inisiatif Transit Tour Program sebagai sebahagian daripada strategi untuk menarik pelawat transit yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan mereka melanjutkan tempoh persinggahan, serta meningkatkan perbelanjaan pelancongan dalam negara walaupun dalam masa yang terhad.
Melalui program ini, pelawat akan ditawarkan pakej lawatan bandar singkat berdurasi antara 3 hingga 6 jam, yang mengetengahkan beberapa tarikan ikonik negara seperti Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Kampung Ayer, Brunei River Cruise, dan Tamu Kianggeh. Untuk memastikan reka bentuk pakej ini benar-benar menepati kehendak pelawat transit, Transit Survey akan dilaksanakan bagi mengenal pasti minat, keperluan, dan profil pelawat - termasuk dari segi harga, tempoh lawatan, lokasi tumpuan, dan jenis pengangkutan.
Kementerian juga telah memulakan kerjasama strategik bersama pelbagai rakan industri termasuk penyedia pengangkutan seperti DART, syarikat penyewaan kereta, syarikat telekomunikasi tempatan, pihak pengurusan lapangan terbang, hotel berhampiran, serta Royal Brunei Airlines, selain bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Connectivity Working Group untuk menyokong integrasi antara sektor pelancongan dan pengangkutan awam.
Antara elemen yang sedang dipertimbangkan ialah penyediaan Transit Discovery Pack yang mengandungi baucar diskaun, itinerari ringkas, peta pelancongan, dan perkhidmatan ulang-alik kos rendah ke destinasi utama. Usaha ini bukan sahaja akan mempertingkat pengalaman pelawat transit, tetapi juga memberi pendedahan kepada produk pelancongan negara secara optimum. Dengan pendekatan berfasa dan sokongan pelbagai pihak, Kementerian yakin bahawa Brunei Darussalam berpotensi untuk dikenali sebagai destinasi transit yang unik dan berkualiti tinggi, serta berupaya menanam minat pelawat untuk kembali semula sebagai pelancong utama ke negara ini.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.