Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT088

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan literasi hak cipta dalam kalangan perniagaan dan penggiat kreatif tempatan melalui pendidikan, pendekatan bersasar atau penglibatan industri demi melindungi hasil kreatif dan aset intelektual dengan lebih berkesan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Mentiri

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

بسم الله الرّحمن الرّحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan literasi hak cipta dalam kalangan perniagaan dan penggiat kreatif tempatan.

II. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, hak harta intelek (Intellectual Property Rights) (“IPR”) ialah hak yang diberikan kepada pencipta (sama ada seorang individu atau entiti) karya, ciptaan dan idea untuk melindungi ciptaan tersebut daripada digunakan oleh orang dan/atau entiti yang lain tanpa kebenaran. IPR memberi pencipta kawalan ke atas kerja mereka, supaya mereka boleh mendapat manfaat dari segi kewangan daripada kerja mereka dan melindunginya daripada ditiru atau dicuri.

III. IPR juga boleh menggalakkan pertumbuhan perniagaan, teknologi dan produk baharu dengan menyediakan rangka kerja undang-undang untuk melindungi idea dan ciptaan mereka daripada pertindihan atau penyalahgunaan oleh orang lain. Pihak World Trade Organization telah menganggarkan bahawa perlindungan IPR menyokong $9 trilion dalam perdagangan global tahunan. IPR sering disifatkan sebagai suatu kepentingan awam kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya tanpa habis nilainya apabila ianya digunakan.

IV. Brunei Intellectual Property Office (BruIPO), di Pejabat Peguam Negara memainkan peranan yang penting dalam promosi dan perlindungan harta intelek di Negara Brunei Darussalam. Selaras dengan mandat ini, BruIPO komited bagi mempertingkatkan pemahaman dan pelaksanaan sistem perlindungan hak harta intelek secara menyeluruh yang merangkumi hak cipta (copyright), tanda-tanda perniagaan (trademarks), paten (patent), dan reka bentuk perindustrian (industrial design).

V. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan literasi hak cipta, khususnya dalam kalangan perniagaan tempatan dan penggiat industri kreatif, melalui pendekatan pendidikan, kerjasama dengan pihak industri serta pelaksanaan dasar-dasar yang bersifat inklusif dan progresif.

Pendidikan dan Kesedaran Awam

VI. BruIPO telah mengadakan dan menyertai pelbagai sesi kesedaran harta intelek sebagai penceramah jemputan bersama agensi kerajaan dan swasta, termasuk kepada syarikat-syarikat pemula (startups), perusahaan (micro, medium and small enterprises) (‘MSMEs’), serta institusi pengajian tinggi.

VII. Selain itu, BruIPO kini melaksanakan segmen bulanan bersama Radio Televisyen Brunei (‘RTB’) melalui program Rampai Pagi, yang bertujuan untuk mempertingkat pemahaman kalangan orang ramai mengenai hak cipta, tanda perniagaan, paten, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi.

VIII. Sejak tahun 2023, lebih daripada 30 aktiviti kesedaran awam telah dianjurkan atau disertai oleh BruIPO yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, penguatkuasa undang-undang, usahawan dan pembuat dasar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Brunei Startup Summit (2024 dan 2025): Bengkel dan sesi taklimat harta intelek kepada syarikat-syarikat pemula dan perusahaan MSMEs.
  • Women InnovateHer Workshop 2024: Bengkel dan taklimat dengan kerjasama Darussalam Enterprise (‘DARe’) yang memberikan tumpuan kepada usahawan-usahawan wanita.
  • Bengkel Harta Intelek bersama DST InnoLab (2024 dan 2025): Bengkel yang menyasarkan kepada sektor-sektor khusus seperti pemakanan, perniagaan serta teknologi dan kreatif.
  • Sesi-sesi perkongsian bersama institusi pengajian tinggi (2023–2025): Seminar bagi meningkatkan literasi harta intelek di kalangan pensyarah dan pelajar.
  • Segmen RTB Rampai Pagi (2025): Sesi bulanan siaran langsung mengenai pelbagai topik harta intelek.
  • Bengkel Promosi Platform ASEAN IP Register (2025): Bengkel bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendaftaran IP dan penggunaan ASEAN IP Register sebagai alat pencarian strategik serta sokongan kepada pertumbuhan perniagaan dan inovasi teknologi.

Menjana akses secara inklusif

IX. Bagi memastikan manfaat harta intelek dapat dinikmati oleh masyarakat secara menyeluruh, Pejabat Peguam Negara, melalui BruIPO kini dalam proses melaksanakan inisiatif ke arah penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam Triti Marrakesh (Marrakesh Treaty to Facilitate Access to Published Works for Persons Who Are Blind, Visually Impaired or Otherwise Print Disabled).

X. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan akses kepada bahan bacaan dalam format mesra khususnya bagi Orang Kelainan Upaya (‘OKU’) penglihatan.

XI. Triti ini akan membolehkan pengeluaran semula dan perkongsian bahan-bahan bacaan dalam pelbagai format seperti braille, cetakan besar dan buku audio yang seterusnya menyokong penyertaan golongan OKU tersebut dalam pendidikan dan peluang kerja. Setakat ini, inisiatif tersebut di peringkat kajian dan penelitian pindaan undang-undang.

Creative Industry Database

XII. BruIPO sedang membangunkan sebuah Creative Industry Database yang bertujuan untuk mendokumen dan mempromosi bakat tempatan seperti pemuzik, artis, pereka dan pencipta kandungan digital. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan keterlihatan (“visibility”) bakat tempatan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, tetapi juga akan menyokong pihak-pihak berkepentingan dalam mengenal pasti kekuatan sektor dan merangka strategi yang lebih bersasar.

XIII. BruIPO sedang membangunkan sebuah Creative Industry Database yang bertujuan untuk mendokumen dan mempromosi bakat tempatan seperti pemuzik, artis, pereka dan pencipta kandungan digital.

XIV. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan keterlihatan (“visibility”) bakat tempatan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, tetapi juga akan menyokong pihak-pihak berkepentingan dalam mengenal pasti kekuatan sektor dan merangka strategi yang lebih bersasar.

Sokongan kepada Pemuzik Tempatan

XV. BruIPO dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Organization – WIPO) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kini menjalankan sebuah inisiatif untuk membangunkan dan menubuhkan sebuah rangka kerja Collective Management Organisation yang akan membolehkan pengurusan, pelesenan dan penguatkuasaan hak cipta secara berkesan oleh pencipta kandungan, khususnya pemuzik dan penerbit tempatan.

Perancangan Masa Depan

XVI. Hak cipta pada umumnya akan dilindungi secara automatik tanpa memerlukan proses pendaftaran seperti tanda perniagaan, paten dan reka bentuk perindustrian.

XVII. Walau bagaimanapun, BruIPO mendapati bahawa golongan kreatif seperti pereka, pemuzik dan sebagainya telahpun mengetengahkan cabaran dalam membuktikan pemilikan hasil karya mereka, terutamanya dalam konteks penguatkuasaan hak cipta.

XVIII. Ke arah ini, BruIPO sedang meneroka inisiatif bagi penubuhan sebuah Voluntary Copyright Recordation System yang akan menyediakan satu mekanisme yang mesra pengguna untuk golongan kreatif merekodkan hasil karya mereka secara sukarela dengan BruIPO.

XIX. Sistem ini dijangka dapat menyokong usaha penguatkuasaan hak, pelesenan komersial serta penyelesaian pertikaian dan akan memberi manfaat khusus kepada pemuzik, pencipta kandungan digital serta perusahaan MSMEs dalam negara.

Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.