Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT054
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kadar penyertaan pelajar dalam program TVET pertanian dan agro-makanan, serta kadar sebenar penempatan pekerjaan selepas tamat pengajian, tidak termasuk penempatan sementara seperti program perintisan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Awang Lau How Teck atas soalan yang diajukan.
Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), melalui Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan di Kampus Agro-Teknologi IBTE, menawarkan beberapa program yang telah mengalami perubahan susulan pemansuhan program-program tertentu. Satu bengkel After Action Review telah diadakan dengan penglibatan pakar industri dan tenaga pengajar bagi membincangkan penambahbaikan kurikulum dalam bidang pertanian dan agri-makanan. Berikut merupakan senarai program serta jumlah pelajar yang mengikuti program berkaitan, merangkumi pengambilan pelajar (yang sedia ada) dari tahun 2023 hingga kini.
| Bil | Nama Program | Tahun Kemasukan | 2023 | 2024 | 2025 |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | HNTec in Agrotechnology | 85 | |||
| 1a | Specialised in Agricultural Mechanics | 19 | 13 | ||
| 1b | Specialised in Aquatic Science | 13 | 10 | ||
| 1c | Specialised in Crop Technology | 19 | 22 | ||
| 1d | Specialised in Food Technology | 17 | 15 | ||
| 1e | Specialised in Veterinary and Livestock Management | 15 | 7 | ||
| 2 | NTec in Agri-Industry | 35 | 39 | 39 | |
| 3 | NTec in Aquaculture | 32 | 37 | 37 | |
| 4 | NTec in Food Processing | 24 | 29 | 29 | |
| Jumlah Keseluruhan | 174 | 172 | 190 |
*Bagi pengambilan tahun 2025, pelajar akan memilih bidang pengkhususan masing-masing pada Semester 2.
Di dalam program-program berkenaan, pelajar diberikan pendedahan alam realiti pertanian dan agro-makanan melalui pembelajaran praktikal di institusi dan juga melalui program penempatan kerja selama enam (6) bulan. Pendedahan ini memberikan mereka authentic learning agar mereka lebih berdaya tahan sebagaimana yang dikehendaki dalam bidang ini. Amalan mengurus ladang mereka sendiri juga diselitkan dalam program ini dalam menanamkan sifat seorang peladang walaupun waktu cuti semester. Di samping itu, mereka turut diberikan pendedahan kepada modul-modul keusahawanan sebagai persediaan dan untuk melatih kemahiran dalam menjalankan perniagaan sendiri.
Berdasarkan data dari kajian Graduate Employment Study yang dilaksanakan setiap tahun oleh pihak IBTE, kadar kebolehpekerjaan (Employment Rate) graduan-graduan dari program pertanian dan agro-makanan di IBTE, enam bulan selepas majlis konvokesyen adalah dalam purata 50%.
Sementara itu, kadar keberkaitan (Relevancy Rate) graduan-graduan dari program pertanian dan agro-makanan di IBTE menggambarkan tahap keberkaitan antara pekerjaan dengan program pengajian yang diikuti di IBTE, adalah purata 43% pada tahun 2025.
Pihak IBTE akan sentiasa memantau keberkesanan semua programnya, termasuk program pertanian dan agro-makanan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.