Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT053
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan berapakah jumlah kos penyelenggaraan kerosakan dan pembaikan di kawasan perumahan awam dalam tempoh 5 tahun kebelakangan? Apakah penambahbaikan sistem pemantauan aduan pengguna yang sedang dan akan dilaksanakan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
-
Kos penyelenggaraan kerosakan dan pembaikan di kawasan perumahan awam termasuk aset-aset Jabatan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan berjumlah kira-kira $1,910,000.00. Kos ini merangkumi kerja-kerja membaikpulih:
- Longkang;
- Grating Longkang;
- Pagar Longkang;
- Fasiliti Sukan;
- Kompleks Anggerek Desa dan Mata-Mata; dan
- Rumah-Rumah
-
Pihak Kerajaan akan terus menggunakan Talian Darussalam 123 sebagai sistem utama dalam menerima aduan-aduan untuk ditangani dan memantau keberkesanan tindakan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Sekian sahaja yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab persoalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck tersebut
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.