Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT069
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah Kementerian akan memanfaatkan Kompleks Yayasan untuk aktiviti seni kreatif, penjualan cenderahati tempatan, dan lanjutan waktu operasi Food Street bagi mengukuh ekosistem pelancongan Bandar Seri Begawan berdekatan Masjid SOAS, Eco-Corridor dan Kampung Ayer?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sebagai makluman bahawa Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah bukan di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Namun begitu, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah melantik sebuah syarikat pengendali bagi Projek Pengurusan dan Pengendalian Tapak Letak Kereta Jalan Bendahara dan Acara Sepanjang Tahun di kawasan Pusat Bandar Seri Begawan selama dua (2) tahun. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang orang ramai untuk datang dan menceriakan Pusat Bandar, Bandar Seri Begawan dan mendokong perekonomian peniaga mikro dan kecil.
Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah menyediakan lima (5) buah kiosk di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan bagi mempelbagaikan aktiviti perniagaan di dalam kawasan Pusat Bandar Bandar Seri Begawan. Diyakini usaha ini boleh menjadikan kawasan Pusat Bandar sebagai satu pakej tarikan di negara ini.
Dalam masa yang sama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah menaiktaraf Gerai Tamu Selera dengan menaiktaraf infrastruktur, pencahayaan, dan tempat duduk pengunjung dengan objektif untuk membangkitkan suasana yang selesa.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.