Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT084
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah kajian telah dijalankan terhadap impak kadar premium insurans pekerja asing yang mencecah BND100,000, khususnya terhadap majikan yang memerlukan pembantu rumah dan syarikat tempatan yang bergantung kepada tenaga kerja asing bagi menyokong kelancaran operasi dan usaha pemelbagaian ekonomi negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sebelum pelaksanaan Dasar Perlindungan Insurans pada 01 Julai 2025, memang ada kajian yang telah dibuat di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama-sama dengan Jabatan Buruh dan Kementerian Kesihatan, pada mana hasil kajian tersebut telah mendapati bahawa masih terdapat beberapa isu berbangkit berkaitan dengan dasar perlindungan insurans perubatan bagi pekerja imigran seperti berikut:
- Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kos rawatan dan perubatan termasuk bagi penyakit-penyakit kronik di kalangan pekerja imigran telah mengakibatkan tunggakan pembayaran bil-bil perubatan khususnya di kalangan pekerja imigran di mana perlindungan insurans mereka telah mansuh dan tidak diperbaharui atau tidak mencukupi.
- Tempoh insurans bagi pekerja imigran adalah bagi tempoh setahun sahaja yang mana tidak selaras dengan tempoh Pas Kerja iaitu kebenaran tinggal dan bekerja di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
- Peningkatan kos perubatan disebabkan oleh kenaikan harga barangan dan peningkatan mesin-mesin perubatan yang terkini dan lebih canggih, kos pengendalian perubatan semakin meningkat dari masa ke semasa menyebabkan kos rawatan yang akan dikenakan kepada pesakit juga meningkat.
Bagi melaksanakan kajian lanjut, Jabatan Buruh bersama dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan telah melaksanakan beberapa sesi Stakeholders' Engagement bersama dengan majikan dan syarikat yang terkesan dengan perubahan yang akan dilaksanakan, Agensi Pengambilan Pekerja dan Syarikat-Syarikat Insurans bagi memastikan ketersediaan serta kefahaman akan objektif pelaksanaaan dasar ini. Hasil daripada sesi-sesi berkenaan, stakeholders yang berkaitan telah mengambil maklum akan perlindungan insurans perubatan yang berkuatkuasa dan cadangan perlindungan insurans perubatan pekerja yang mana majoritinya mengambil baik akan cadangan baharu tersebut.
Selain itu, Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan juga pihak Kementerian Kesihatan telahpun mengadakan beberapa sesi pemberigaan dan taklimat kepada agensi-agensi berkenaan seperti Brunei Insurance and Takaful Association (BITA), Agensi-Agensi Pekerjaan, Syarikat-Syarikat Swasta dan Kedutaan Asing di Negara Brunei Darussalam. Manakala, pemberigaan siaran akhbar dan media massa melalui platform media sosial dan laman sesawang khusus bagi pemberigaan kepada orang ramai.
Di samping melaksanakan pengemaskinian Dasar Perlindungan Insurans, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh juga telah menguatkuasakan bagi penetapan had yuran perkhidmatan bagi pengambilan pekerja domestik pada kadar tidak melebihi BND$2,000.00 bermula pada tahun 2023. Ini bertujuan bagi membantu mengurangkan beban kewangan khususnya bagi pengambilan pekerja domestik. Ini adalah selaras dengan kehendak Bab 20 dari Perintah Agensi Pekerjaan, 2004 yang menggariskan "agensi pekerjaan yang berlesen tidak boleh mengenakan sebarang bayaran atau keuntungan selain daripada apa yang telah ditetapkan di bawah peruntukan atau peruntukan Perintah ini". Dengan pelaksanaan dasar ini, telah sedikit sebanyak mengurangkan beban majikan yang memerlukan pembantu rumah dan mengelakkan agensi pekerjaan untuk mengenakan yuran perkhidmatan yang tinggi, di samping dapat menjaga kemashlahatan rakyat dan penduduk negara ini dan juga pekerja domestik yang akan diambil supaya tidak akan terbeban dengan peraturan yang diperkenalkan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.