Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT046
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan berapakah peratus tanah pertanian aktif yang dimiliki dan diusahakan oleh syarikat atau usahawan tempatan berbanding entiti asing atau bukan pengusaha sebenar? Apakah strategi Kementerian untuk memperluas pemilikan dan penggunaan tanah oleh warga tempatan secara produktif dan mampan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Pada masa ini, sebanyak 3,876.93 hektar tapak KKP ditawarkan kepada 509 perusahaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 488 atau 96% diusahakan oleh perusahaan tempatan. Dalam memudahkan lagi pengusaha-pengusaha tempatan yang berminat untuk memohon tapak pertanian, pihak Kementerian telah menyediakan dasar permohonan tapak pertanian. Permohonan tapak pertanian boleh dibuat melalui 5 cara iaitu melalui:
- Projek Rintis;
- Program Pembesaran Perusahaan (expansion program);
- Projek Pelaburan Langsung Asing (FDI);
- Projek RFP (Request for Proposal); dan
- Melalui iklan.
Bagi memastikan penggunaan tapak pertanian diusahakan secara produktif dan mampan, pihak Kementerian akan membuat pemantauan tapak-tapak pertanian secara berterusan. Setiap tapak telah ditetapkan Key Performance Indicator (KPI) mengikut syarat yang dibenarkan. Bagi tapak-tapak yang kurang atau tidak aktif, pihak Kementerian akan memberi teguran dan khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi mengaktifkan semula ladang. Kegagalan untuk mengaktifkan semula ladang boleh menyebabkan kebenaran menduduki tapak ditarik balik.
Adalah diingatkan kepada pengusaha-pengusaha tapak supaya tidak menyewakan kepada orang lain terutama orang asing. Perkara ini adalah menyalahi peraturan penyewaan tapak dan mana-mana yang didapati menyewakan tapak-tapak pertanian, pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang berpatutan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.