Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT080
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian telah menjalankan penilaian menyeluruh mengenai kekurangan nutrisi dalam kalangan murid di kawasan Sungai Bunga yang telah dilaporkan mengalami kekurangan nutrisi, terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah? Adakah terdapat rancangan untuk memperkenalkan semula program pemakanan sekolah sebagai sokongan kepada Wawasan Brunei 2035?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat atas soalan yang diajukan.
Setakat ini, tiada penilaian menyeluruh yang khusus dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan berkenaan kekurangan nutrisi di kalangan murid sekolah, termasuk murid Sekolah Rendah Tanjong Kindana di kawasan Sungai Bunga.
Walaubagaimanapun, Sekolah Rendah Tanjong Kindana (SRTK) memang merupakan sekolah penerima bantuan penyediaan makanan melalui Program Harapan dan Anak Harapan (PHAH) kerana melebihi tiga puluh peratus (30%) pelajarnya terdiri daripada penerima Bantuan Keperluan Persekolahan Tahunan (BKPT). Pada tahun ini, 46 buah sekolah dengan keramaian pelajar seramai 9,082 orang adalah penerima bantuan berkenaan, termasuk 115 pelajar SRTK. PHAH ini merupakan tambahan kepada program Rancangan Permakanan Sekolah (RPS) yang mula dilaksanakan sejak tahun 1953, dengan pemberian makanan tambahan serta tenusu. Pada tahun 2025, 23,472 pelajar sekolah rendah dan asrama telah menerima manfaat skim ini.
Inisiatif bantuan permakanan ini dijalankan untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah, perkembangan fizikal dan kesejahteraan murid, terutamanya di kawasan pedalaman dan asrama.
Selain dari bantuan permakanan, Kementerian Pendidikan turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan program Fit4Good dan menguatkuasakan Garis Panduan Kantin Sihat di sekolah-sekolah. Langkah ini bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menyokong gaya hidup sihat, menggalakkan pemakanan seimbang, serta mencegah obesiti dan penyakit berkaitan pemakanan dalam kalangan pelajar.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.