Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT089

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan dalam ketiadaan sebarang keperluan undang-undang yang mewajibkan majikan di Brunei untuk menyatakan skop kerja dalam iklan jawatan kosong, bagaimana para pencari kerja dapat membuat keputusan yang bermaklumat, mengelakkan eksploitasi, dan bersedia untuk peranan. Ini memandangkan ketidaksepadanan jangkaan boleh menyebabkan peletakan jawatan awal, rendah moral, atau pertikaian di tempat kerja.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Pengiklanan jawatan telah diperuntukkan di bawah Bab 22, Perintah Agensi Pekerjaan 2004, yang menetapkan bahawa setiap iklan jawatan hendaklah mempunyai butiran mengenai kelayakan dan terma pekerjaan yang ditawarkan.

Definisi kontrak perkhidmatan di bawah Bab 2, Akta Pekerjaan (Penggal 278) ialah suatu perjanjian, sama ada secara bertulis atau lisan dan sama ada nyata atau tersirat, di antara majikan dan pekerja. Kontrak perkhidmatan hendaklah secara bertulis dan ditandatangani atau membubuh cap jari oleh kedua belah pihak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bab 10 pada Akta yang sama. Dalam pada itu, di bawah Bab 11 pada Akta yang sama, kandungan kontrak perkhidmatan hendaklah dengan jelas mentakrifkan hak-hak dan obligasi kedua pihak dalam kontrak itu termasuk butir-butir seperti berikut:-

  1. Nama majikan dan alamat tempat bekerja;
  2. Nama dan tempat asal pekerja;
  3. Nama dan alamat waris kepada pekerja;
  4. Jenis pekerjaan;
  5. Tempoh pekerjaan dan cara pengiraannya;
  6. Tempoh notis bagi penamatan kontrak perkhidmatan;
  7. Kadar-kadar gaji dan cara pengiraannya, cara dan waktu pembayaran gaji, dan mana-mana pendahuluan gaji;
  8. Langkah-langkah yang akan diambil untuk mengadakan peruntukan bagi kebajikan pekerja;
  9. Syarat-syarat penghantaran balik bagi pekerja asing;
  10. Sebarang syarat-syarat khas kontrak perkhidmatan.

Kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja adalah bebas untuk berunding dan menetapkan syarat-syarat pekerjaan seperti skop kerja, tanggungjawab, ganjaran dan faedah lain, selagi tidak bertentangan dengan Akta Pekerjaan (Penggal 278). Ini memberikan fleksibiliti kepada kedua-dua pihak untuk menyesuaikan kontrak mengikut keperluan masing-masing.

Sebagai tambahan, pencari kerja masih boleh membuat keputusan yang bermaklumat melalui penilaian teliti terhadap kontrak perkhidmatan sebelum menandatanganinya. Pada peringkat tersebut, mereka digalakkan untuk bertanya mengenai skop kerja, tanggungjawab, gaji dan syarat-syarat berkaitan agar tidak berlaku ketidaksepadanan jangkaan.

Sebagai langkah sokongan, Jabatan Buruh telah menjalankan sesi pemberigaan bukan sahaja kepada majikan-majikan syarikat dan pekerja-pekerja syarikat malah juga kepada para graduan mengenai hak-hak pekerja di bawah Akta Pekerjaan (Penggal 278) yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengelakkan eksploitasi. Tambahan pula, Jabatan Buruh menyediakan khidmat penyelesaian pertikaian antara majikan dan pekerja melalui Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan Bahagian Pendakwaan dan Perundangan, yang melibatkan aduan pekerja, mediasi, denda kompaun dan tindakan pendakwaan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.