Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT086
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status dan hasil dari survey mengenai sistem integrasi pendidikan negara yang telah dijalankan khusus bagi menjaga kesejahteraan guru-guru dan juga keberkesanan dan kualiti sistem pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin atas soalan yang diajukan.
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan telah melaksanakan kaji selidik mengenai pelaksanaan Sistem Pengintegrasian pada bulan Julai hingga Ogos 2024.
Hasil daripada kaji selidik tersebut telah pun dikongsikan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sistem Pengintegrasian untuk tindakan penambahbaikan. Antara dapatan kajian hasil dari maklum balas guru-guru, berserta tindakan yang telah serta sedang dilaksanakan ialah:
-
Prasarana:
- Dapatan: Terdapat keperluan untuk menambah baik beberapa kemudahan prasarana sekolah seperti bilik ibadah/solat, tempat berwuduk, tandas, bilik persalinan dan ruang makan.
- Tindakan: Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet secara berterusan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penaiktarafan prasarana sekolah mengikut keperluan, untuk memastikan keselesaan guru-guru dan pelajar-pelajar.
-
Kesejahteraan Guru:
- Dapatan: Terdapat guru-guru yang mempunyai jadual pengawasan yang tidak seimbang dan isu keseimbangan waktu kerja.
- Tindakan: Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem bekerja secara flexi hour dengan mengikut garis panduan waktu bertugas yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Di samping itu, penyusunan jadual pengawasan murid juga dilaksanakan secara lebih teratur bagi memastikan guru-guru dapat menjalankan tugas mereka dengan seimbang.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan sentiasa komited dalam memperkukuhkan pelaksanaan sistem pengintegrasian ini melalui pemantauan yang berterusan dan pelaksanaan kajian yang komprehensif bagi menilai tahap keberkesanannya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.