Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT059
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan apakah perkembangan dalam menimbang kaedah baru pembiayaan Skim Perumahan Negara seperti PPP? Jika masih belum ada, adakah Kementerian akan berupaya meneruskan pembinaan rumah di bawah Skim Perumahan Negara dan Skim Perumahan Rakyat Jati memandangkan senarai pemohon semakin bertambah.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Kementerian Pembangunan bersama Brunei Economic Development Board (BEDB) sedang meneroka kaedah kemungkinan penghasilan rumah melalui peruntukan atau pembiayaan alternatif seperti Private Public Partnership.
Jabatan Kemajuan Perumahan telahpun membuat sesi dialog bersama sektor (bank) pada suku pertama tahun 2025 bertujuan bagi mendapatkan input dari pihak bank mengenai pembiayaan pinjaman rumah seperti struktur pinjaman, kadar faedah dan pinjaman. Insya Allah pada suku ketiga tahun ini, sesi dialog akan diteruskan bersama pemaju tempatan.
Pihak Kementerian juga akan terus menerokai kaedah-kaedah lain yang difikirkan dapat membantu mempercepatkan kadar penyediaan rumah baru tanpa menjejaskan matlamat sosial Skim Perumahan Negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian sahaja jawapan yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.