Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT095

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperluaskan tempoh penempatan SkiPPA dan i-Ready dari satu tahun kepada kontrak berasaskan projek dua hingga tiga tahun untuk menyokong pemodenan pentadbiran dan membolehkan graduan membina kemahiran mendalam serta impak berkekalan selaras Wawasan Brunei 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

i. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin atas cadangan untuk memanjangkan tempoh penempatan program SkiPPA dan i-Ready daripada satu tahun kepada kontrak berasaskan projek selama dua hingga tiga tahun untuk memperkukuh pemodenan pentadbiran dan memperkasa graduan tempatan agar dapat membina kemahiran mendalam serta menghasilkan impak yang berpanjangan, sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

ii. Program SkiPPA dan i-Ready diperkenalkan sebagai platform strategik bagi anak-anak tempatan memperolehi pengalaman kerja yang relevan, dengan harapan agar pengalaman yang diperolehi akan menjadi asas kukuh dalam membina kerjaya mereka pada masa hadapan.

iii. Tempoh perantisan sedia ada, iaitu antara 12 bulan hingga 18 bulan, telah ditetapkan dengan mengambil kira beberapa pertimbangan, antaranya:

  • Memberikan galakan kepada organisasi hos untuk menawarkan pekerjaan tetap seawal mungkin, bergantung kepada keperluan dan kekosongan jawatan.
  • Mengurangkan kebergantungan jangka panjang terhadap pembiayaan kerajaan, bagi memastikan kedayatahanan program.

iv. Organisasi hos yang mempunyai keperluan sebenar terhadap tenaga kerja digalakkan untuk menyerap perantis sebagai kakitangan tetap, berdasarkan prestasi kerja mereka, memandangkan para perantis telah menjalani latihan praktikal yang komprehensif dan memahami budaya kerja organisasi berkenaan. Sehingga 30 Jun 2025, seramai 6,229 perantis i-Ready telah memperolehi pekerjaan tetap. Manakala sehingga 30 Jun 2025, seramai 38 perantis SkiPPA telah diserap bekerja secara tetap di sektor swasta dan kerajaan.

v. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa meneliti dan menilai keberkesanan setiap inisiatif yang dilaksanakan. Ini termasuk pertimbangan untuk menyesuaikan tempoh penempatan secara lebih fleksibel, sejajar dengan komitmen berterusan dalam memperkasa modal insan tempatan dan mendukung matlamat strategik Wawasan Brunei 2035.

vi. Sehubungan itu, maklum balas secara berterusan daripada agensi pelaksana dan peserta program adalah penting bagi memastikan sebarang penambahbaikan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan profesional graduan serta meningkatkan kesiapsiagaan tenaga kerja tempatan dalam menghadapi keperluan dan cabaran ekonomi masa hadapan.

Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.