Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT090

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan memandangkan peningkatan penggunaan kontrak jangka pendek yang dilanjutkan secara berulang di pasaran buruh Brunei, bolehkah Kementerian menjelaskan Ambiguity dalam Employment Act (Cap 278) berkenaan pengiktirafan perkhidmatan berterusan, khususnya berkaitan notis peletakan jawatan dan penamatan, agar panduan jelas dan konsisten dapat diberikan kepada semua pihak?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Menurut Bab 10, Akta Pekerjaan (Penggal 278) ada memperuntukkan mengenai Kontrak Perkhidmatan bagi semua pekerja sama ada tempatan mahupun asing termasuk pekerja domestik. Kontrak Perkhidmatan tersebut dibuat diantara majikan dan pekerja dan kedua belah pihak adalah bebas untuk berunding dan menetapkan syarat-syarat pekerjaan termasuk tempoh sama ada kontrak berterusan atau jangka pendek, selagi tidak bertentangan dengan Akta Pekerjaan (Penggal 278). Di dalam Akta yang sama ada memperuntukkan dengan jelas takrifan mengenai hak-hak dan obligasi kedua belah pihak di dalam kontrak perkhidmatan. Kegagalan bagi majikan menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan suatu denda kompaun tidak melebihi $1,000.00, atau boleh dihadapkan ke Mahkamah dan jika sabit, boleh dikenakan denda tidak melebihi $3,000.00, penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali sepertimana diperuntukkan di bawah Bab 27, Akta Pekerjaan (Penggal 278).

Berkaitan dengan penamatan perkhidmatan, ianya tertakluk kepada kontrak perkhidmatan. Jika notis penamatan perkhidmatan tidak terkandung di dalam Kontrak Perkhidmatan, ianya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti yang diperuntukkan oleh Akta tersebut iaitu di bawah Bab 22 (3), dengan tempoh notis minimum adalah seperti berikut:

Tempoh PerkhidmatanTempoh Notis Minimum
Kurang daripada 26 minggu1 hari
26 minggu hingga kurang 2 tahun1 minggu
2 tahun hingga kurang 5 tahun2 minggu
5 tahun atau lebih4 minggu

Sekiranya tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak, kedua-dua pihak boleh menamatkan kontrak dengan membayar gaji sebagai ganti notis.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.