Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT064

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan keperluan mendesak jururawat dan risiko kehilangan bakat tempatan tanpa strategi retensi yang berkesan, apakah inisiatif Kementerian Kesihatan untuk menarik serta mengekalkan penyertaan belia tempatan dalam bidang kejururawatan? Adakah Kementerian akan mempertimbangkan pendekatan inovatif seperti penempatan kerja sambil belajar di luar negara sebagai strategi memperkukuh kemahiran, meningkatkan tarikan kerjaya, dan membina jaringan profesional yang mampan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Bagi menangani isu kekurangan tenaga kejururawatan serta meningkatkan daya tarikan profesion ini kepada belia tempatan, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai usaha strategik ke arah pengambilan dan retensi jururawat. Antara inisiatif yang sedang dan telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Program Promosi Kerjaya (Career Talk)

Kementerian secara aktif menjalankan sesi penerangan / taklimat kerjaya kejururawatan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara sebagai langkah awal memperkenalkan prospek kerjaya dalam sektor kesihatan, seterusnya meningkatkan minat pelajar tempatan terhadap profesion kejururawatan.

b. Kolaborasi dengan Institusi-institusi Pendidikan Kejururawatan

Kementerian bekerjasama rapat dengan institusi akademik tempatan untuk mempercepatkan pengeluaran graduan kejururawatan melalui penyusunan semula program latihan dan peluasan kapasiti pengambilan pelajar, bagi menampung permintaan tenaga kerja kejururawatan yang kian meningkat.

c. Pelaksanaan Latihan Pemantapan Kemahiran (Upskilling)

Kementerian menyediakan pelbagai platform latihan dan kursus peningkatan kemahiran yang berfokus kepada kompetensi klinikal, kepakaran khusus serta perkembangan sistem kesihatan, bagi memastikan jururawat sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

d. Kajian dan Pengemaskinian Skim Perkhidmatan Kejururawatan serta Elaun Khas Kejururawatan

Kementerian sedang dalam proses menyemak semula Skim Perkhidmatan Kejururawatan dan Elaun Khas Kejururawatan bagi memastikan struktur gaji dan laluan kerjaya yang lebih menarik dan kompetitif, khususnya kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda, dalam usaha menarik lebih ramai graduan menyertai perkhidmatan awam kesihatan.

e. Keutamaan Kepada Graduan Tempatan

Pengisian jawatan Jururawat di fasiliti kesihatan kerajaan diberikan keutamaan kepada graduan kejururawatan tempatan sebagai langkah strategik dalam memastikan kadar retensi yang lebih tinggi serta sokongan terhadap agenda pembangunan kapasiti sumber manusia dalam negara.

f. Permohonan Penambahan Jawatan Jururawat

Melalui kerjasama erat dengan Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan (JTG) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kementerian secara berterusan memohon penambahan jawatan Jururawat bagi menampung kekurangan serta memperkukuhkan sistem perkhidmatan kesihatan yang sedia ada. Alhamdulillah, usaha dalam memohon bagi penambahan jawatan Jururawat telahpun diberi peruntukkan bagi tempoh lima tahun (2023-2027) iaitu 761 jawatan keseluruhan kejururawatan.

g. Kajian semula terma ikatan (bond) sebagai langkah retensi

Kementerian ini dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan juga telah mengkaji semula dan melaksanakan pemanjangan tempoh ikatan (bond duration) bagi graduan doktor dan jururawat tempatan. Langkah ini bertujuan memastikan pulangan pelaburan dalam pembangunan sumber manusia serta mengurangkan kadar kehilangan bakat tempatan melalui strategi retensi jangka panjang. Ini memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk pelaksanaan yang berkesan.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam memastikan jururawat kekal kompeten, relevan dan bersedia menghadapi perubahan dinamik dalam sistem penjagaan kesihatan. Sebagai salah satu pendekatan inovatif, Kementerian telah dan terus menghantar kakitangan kejururawatan mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sama ada di dalam atau di luar negara, termasuk latihan jangka pendek dan jangka panjang.

Bagi makluman, statistik penyertaan jururawat dalam LDP luar negara adalah seperti berikut:

  • Latihan Jangka Pendek (Short-term Training) di Luar Negara:

    • Tahun 2023: 4 orang
    • Tahun 2024: 11 orang
    • Tahun 2025: 27 orang
  • Latihan Jangka Panjang (Long-term Training) di Luar Negara:

    • Tahun 2023: 2 orang
    • Tahun 2026: 4 orang

Sementara itu, latihan jangka panjang di dalam negara pula menunjukkan peningkatan berikut:

  • Tahun 2023: 3 orang
  • Tahun 2024: 9 orang
  • Tahun 2025: 19 orang

Selain daripada latihan formal di luar negara, Kementerian juga menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran secara berterusan seperti:

  • In-house training
  • Latihan pengkhususan dalam bidang kritikal (contohnya Diabetic Nurse Educator, Dialisis dan sebagainya)
  • Program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development)

Langkah-langkah ini bukan sahaja bertujuan memperkukuhkan kemahiran teknikal dan klinikal jururawat, malah menjadi strategi retensi berkesan melalui pemberdayaan kerjaya dan pembangunan laluan profesional yang lebih menarik.

Kementerian juga menilai dan mengenal pasti peluang-peluang dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MOU) yang dapat menyediakan pengalaman Clinical Attachment bagi jururawat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh rangkaian profesional serta meningkatkan daya saing dan motivasi jururawat tempatan.

Kementerian kekal komited dalam membangunkan modal insan kejururawatan yang berdaya tahan, cekap dan berkualiti tinggi demi kelangsungan sistem penjagaan kesihatan negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.