Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT070
SOALAN
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan berapakah jumlah rumah di bawah Skim Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati yang telah dikembalikan kepada kerajaan kerana tiada pewaris, apakah tindakan kementerian untuk mengendalikan isu ini?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Perumahan, sehingga kini belum ada rumah di bawah Skim Perumahan Negara yang diambil semula oleh pihak Kerajaan kerana pemilik rumah yang telah meninggal dunia tidak mempunyai waris yang hadir untuk mengambil alih rumah berkenaan.
Walaubagaimanapun, apa-apa jua urusan harta sepeninggalan orang yang telah meninggal dunia, termasuk urusan harta tanpa waris adalah ditangani dengan hukum waris atau faraid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian sahaja jawapan yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.