Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT091

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan apakah langkah konkrit untuk memperkukuh sistem amaran awal banjir setempat bagi kawasan yang kerap mengalami kebanjiran, termasuk pemasangan sensor paras air, sistem amaran SMS dan siren, pemetaan risiko banjir terperinci, serta latihan kesiapsiagaan komuniti bagi meningkatkan keberkesanan mitigasi banjir secara menyeluruh?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

  • Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin bagi soalan yang telah diajukan mengenai langkah memperkukuh sistem amaran awal banjir setempat.
  • Jabatan Saliran dan Pembetungan telah menubuhkan satu Unit Hidrologi yang telah melaksanakan sistem pemantauan banjir secara jarak jauh sejak tahun 2019, menggunakan alat sensor paras air berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) khususnya di kawasan-kawasan tadahan seperti Sungai Kedayan dan Sungai Damuan. Maklumat ini dipantau melalui sistem amaran yang disambungkan kepada aplikasi mudah alih. Keberkesanan sistem ini telah dapat membantu Jabatan dalam melaksanakan langkah awal bagi mengurangkan risiko banjir.
  • Usaha ini akan diperluaskan dengan pemasangan lebih 100 alat sensor tambahan di beberapa kawasan tadahan banjir di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12, seperti di kawasan tadahan Sungai Tutong (Kg Lubok Pulau, Pekan Tutong, Keriam dan kawasan sekitarnya), di tadahan Sungai Belait (Kuala Belait dan Seria), serta tadahan Sungai Temburong (Pekan Bangar, Senukoh dan Rataie) di Daerah Temburong. Projek Drainage Data Management Support System Fasa 1, dengan kerjasama Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, yang pada masa ini berada di peringkat penyediaan rekabentuk, dijangka akan ditawarkan pada bulan Disember 2025 ini.
  • Inisiatif ini juga akan dilaratkan kepada pemberian akses maklumat pemantauan banjir secara langsung kepada orang ramai, khususnya penduduk di kawasan yang mudah terkesan dengan banjir, melalui SMS dan platform digital yang menyampaikan maklumat paras air dan ramalan cuaca yang relevan secara pantas dan mesra pengguna.
  • Sebagai langkah permulaan, satu kawasan tadahan banjir akan dijadikan sebagai projek perintis (pilot project) untuk ujian sistem pemantauan terbuka kepada orang ramai di mana akan menjadi asas bagi menilai keberkesanan sistem dari sudut teknikal, logistik serta penerimaan masyarakat umum.
  • Secara keseluruhan, pelaksanaan sistem amaran awal banjir ini akan dijalankan secara berfasa dan berterusan di bawah Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang. Ini termasuk kajian keboleh­laksanaan sistem amaran melalui SMS dan siren, bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi risiko kepada masyarakat.
  • Dari aspek mitigasi pula, pemetaan risiko banjir telah dan sedang dilaksanakan sebagai satu komponen utama dalam pengurusan bencana banjir negara. Pemetaan ini merupakan pra-syarat kepada pelaksanaan projek-projek saliran berskala besar. Antara projek yang termasuk dalam skop projek RKN Ke-12 ialah Brunei Darussalam Drainage Masterplan dan Sungai Belait & Temburong Floodplain Management Studies, yang mana tawaran bagi projek-projek ini telah ditutup pada 22 Julai 2025 dan pada masa ini dalam proses penilaian tawaran.
  • Keseluruhannya, pendekatan menyeluruh ini akan terus diperkukuhkan dan ditambah baik bagi memastikan sistem amaran awal banjir yang lebih responsif, inklusif dan berdaya tahan, dengan penglibatan aktif masyarakat dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
  • Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian sahaja jawapan yang kaola dapat sampaikan dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.