Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT081

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Darussalam Assets bagi meningkatkan penyertaan serta daya saing perniagaan tempatan, termasuk PMKS, kerana terdapat banyak sektor yang dikuasai perniagaan asing seperti runcit dan pembinaan? Adakah perancangan untuk mengurangkan kos serta meningkatkan keupayaan pengurusan dan kemahiran mereka?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Darussalam Assets (DA) dan Kumpulan Syarikat DA sentiasa komited untuk mendokong perkembangan perniagaan tempatan dalam mengukuhkan ekonomi negara, serta memastikan adanya peluang-peluang pekerjaan terutama bagi anak-anak tempatan.

Bagi meningkatkan lagi penyertaan serta menguatkan lagi daya saing perniagaan tempatan, termasuk MSME, untuk menyumbang ke ekonomi negara di pelbagai sektor, terdapat beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies - GLCs), iaitu termasuk jua penglibatan syarikat dalam program-program yang dikendalikan oleh Kerajaan Kebawah Duli dan pihak-pihak yang berkuasa.

Ini antaralainnya merangkumi dan tidak terhad seperti berikut:

  • Dalam meningkatkan penglibatan perusahaan tempatan di dalam sektor hartanah, Armada Properties Sdn Bhd (Armada) telahpun membangunkan rangka kerja Local Business Development (LBD) pada tahun 2020 yang berasaskan modal Dasar dan Rangka Kerja LBD (LBD Policy Framework) Negara. Ianya digunakan dalam proses perolehan perkhidmatan syarikat tersebut di mana sasaran pekerjaan tempatan adalah kriteria mandatori bagi semua pembekal yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada Armada. Di samping itu, Armada juga menawarkan insentif kepada pembekal yang memenuhi atau melebihi sasaran pekerjaan tempatan termasuk pembekal yang terlibat secara aktif dalam melatih tenaga kerja tempatan semasa peringkat penilaian untuk menggalakkan lagi pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan.

Armada juga menawarkan Program Inkubasi LBD (LBD Incubation Programme), yang mana memberikan peluang bagi golongan usahawan tempatan, khususnya MSME, untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka selaras dengan piawaian industri bagi membolehkan mereka untuk menjadi lebih berjaya dalam persekitaran ekonomi yang berdaya saing. Di bawah program ini, Armada menyediakan peluang perniagaan, latihan, sokongan berterusan dan penilaian prestasi kepada usahawan yang ikut serta.

  • Dalam mendokong penglibatan MSME dalam industri perkhidmatan makanan di Brunei, PDS Abattoir Sdn Bhd (PDS) terus memainkan peranan penting melalui pengimportan daging beku pada harga yang kompetitif. Ini memberikan manfaat kepada pelbagai restoran, kedai makan dan MSME di seluruh negara. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Syarikat PDS juga telah memulakan semula pengimportan ayam beku bagi menyokong keperluan premis makanan tempatan. Kawasan penanaman padi seluas 174 hektar di Kandol, yang dipajak daripada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), kini dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Wasan Milling Company Sdn Bhd (WMC) susulan penggabungan operasi Syarikat PaddyCo Sdn Bhd ke dalam Syarikat WMC yang berkuatkuasa pada akhir bulan Mei 2025. Memandangkan kawasan ladang di Kandol masih dalam fasa awal, Syarikat WMC sedang giat membina kepakaran dalam pengurusan operasi sambil memahami keperluan penanaman dan ekosistem persekitaran. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Syarikat WMC menjalankan penanaman percubaan, dengan kerjasama KSSUP, menggunakan pelbagai jenis baja yang diperoleh atau dihasilkan oleh syarikat/pengusaha tempatan, dalam usaha mengenalpasti input dan kaedah terbaik untuk mencapai produktiviti serta kelestarian jangka panjang. Hasil dan penemuan daripada penanaman percubaan juga dikongsikan bersama oleh KSSUP kepada peladang-peladang tempatan.

  • Royal Brunei Catering (RBC) dan Ghanim International Corporation Sdn Bhd (Ghanim) juga telah menyumbang kepada pembangunan MSME melalui penyediaan perkhidmatan sokongan seperti dari segi pembangunan produk, bantuan dokumentasi serta perkongsian pengetahuan industri untuk memastikan piawaian keselamatan dan kualiti makanan dipatuhi. Walaupun kapasiti buat masa ini adalah masih terhad, peluang yang dapat diberikan kepada MSME dihasrat akan dapat berkembang, khususnya apabila kilang di Salambigar dijangka beroperasi semula menjelang akhir tahun 2025. Kemudahan moden yang disediakan kelak diharap dapat dimanfaatkan oleh MSME bagi tujuan penghasilan dan pengembangan produk mereka.

  • Manakala bagi Kumpulan Syarikat DA yang beroperasi dalam sektor logistik, tender yang berkaitan lazimnya akan dibukakan terlebih dahulu kepada syarikat-syarikat tempatan sebelum diiklankan kepada pembekal-pembekal antarabangsa. Pembekal antarabangsa hanya akan dilibatkan jika perkhidmatan kepakaran yang diperlukan tidak boleh diperoleh daripada syarikat tempatan di dalam negara, ataupun disebabkan oleh keperluan penjimatan kos. Ini merupakan antara usaha yang dijalankan bagi memastikan syarikat tempatan diberi keutamaan untuk menyertai tawaran-tawaran tender. Selain itu, kontrak yang diberikan kepada pembekal antarabangsa turut akan dikenakan syarat agar keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan untuk melaksanakan mana-mana kerja sub-kontrak yang ditawarkan.

  • Dan dalam sektor telekomunikasi pula, Unified National Network (UNN) juga giat memperusahakan inisiatif localization dengan menetapkan syarat minima 50% tenaga kerja tempatan bagi vendor, dan memberikan markah tambahan untuk vendor yang mempunyai 70% tenaga kerja tempatan dalam proses penilaian tender. Pada masa ini, 80% vendor yang dikontrak oleh UNN adalah vendor tempatan; di mana 65% daripada jumlah tenaga kerja vendor keseluruhannya adalah terdiri daripada pekerja tempatan.

  • Untuk makluman lanjut jua, selain daripada pembekal IT dan teknologi yang kebanyakannya sudah terdiri daripada pakar-pakar tempatan, ada jua sebahagian besar sifat kerja para kontraktor UNN melibatkan kerja-kerja seperti rigging dan penggalian bagi penyambungan kabel fiber optik.

  • Pihak UNN juga telah menyediakan infrastruktur yang membolehkan ekonomi digital, sekaligus mengurangkan kos menjalankan perniagaan dari aspek utiliti telekomunikasi serta membuka peluang perniagaan dalam sektor digital untuk para MSME:

    1. Kadar penembusan broadband fiber Negara telah meningkat dari 51.15% pada Januari 2020 kepada 114.7% pada Mei 2025 hasil daripada pelaburan UNN terhadap infrastruktur rangkaian Fixed Access bagi perkhidmatan fiber di seluruh negara.
    2. Setakat Mei 2025, sebanyak 6 tapak di Ulu Belait dan 1 tapak di Ulu Tutong telah dilengkapi dengan infrastruktur fiber dan mobile dengan 5 tapak lagi di Ulu Tutong dijangka akan siap dilaksanakan pada hujung tahun kewangan 2025/2026. Sebagai usaha UNN secara inklusif, pihak UNN juga telah melatih 2 orang dari kampong-kampong di Ulu Belait untuk memberikan perkhidmatan penyelenggaraan kepada base station di kampong masing-masing.
    3. Perkhidmatan rangkaian 5G telah dilancarkan pada Julai 2023, di mana pada bulan Julai 2025, Brunei telah mencapai tangga ke sembilan paling tinggi di dunia untuk kelajuan download mobile berdasarkan Indeks Ookla Global Speedtest.
    4. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan daya tahan dan kapasiti sambungan antarabangsa Brunei, UNN telah membuat pelaburan ke dalam Asia Link Cable, yang dianggarkan akan siap pada tahun 2026 dan pada bulan Julai 2025 mengumumkan penandatanganan untuk membuat pelaburan dalam sebuah lagi kabel konsortium iaitu Asia United Gateway East.
    5. Dengan menyediakan infrastruktur telekomunikasi di beberapa tempat pendalaman serta menyediakan rangkaian yang lebih laju, efisien, stabil dengan harga yang lebih kos efisien (sebagai misalan, berbanding dengan tahun 2020, harga unlimited broadband menurun sebanyak 64% manakala harga mobile secara purata turun sebanyak 43%), UNN juga telah memudahkan lagi inklusiviti dan dapat membuka pasaran baru untuk MSME seperti Internet of Things.
  • Beberapa Kumpulan Syarikat DA juga telah aktif menawarkan program-program latihan dan bengkel kepada perusahaan tempatan di negara ini seperti:

    • Muara Port Company (MPC) ada menyediakan latihan/bengkel mengenai HSE kepada ejen penghantaran dan kontraktor yang bekerja di fasiliti-fasiliti syarikat.
    • Pada tahun 2024, BIACC telah menyediakan program Import/Export Awareness kepada MSME untuk meningkatkan kefahaman terhadap keperluan untuk pengimportan dan pengeksportan barangan, ke arah membantu MSME meningkatkan market accessibility mereka ke pasaran antarabangsa.
    • Dalam pada usaha meningkatkan daya saing dan juga membukakan lagi peluang perniagaan kepada peniaga tempatan, khususnya MSME, DA sedang menerajui pembangunan procure.bn, iaitu sebuah platform digital berpusat (centralised) yang akan menengahkan projek dan iklan perolehan (procurement) DA dan GLCs.

Platform ini dibina dengan tujuan untuk menggalakkan ketelusan proses perolehan, mempertingkatkan kecekapan pemprosesan dan memberi peluang perniagaan yang sama kepada semua syarikat swasta dan para MSME. Procure.bn dihasrat untuk membawa peralihan sistem perolehan ke platform digital, meringkaskan proses dan meluaskan lagi market reach.

  • Fungsi utama procure.bn juga termasuk:

    • Memberi akses yang sama kepada kesemua vendor yang berdaftar untuk tawaran (tender) dan juga sebutharga yang diiklankan;
    • Pendaftaran secara percuma kepada peniaga dan MSME, sambil menghapuskan halangan kewangan untuk penyertaan; pameran barangan dan perkhidmatan pembekal didalam rangka e-dagang bagi pembelian secara terus;
    • Ketersediaan senarai vendor yang berdaftar secara terbuka, meningkatkan visibility dan credibility peniaga merentas kesemua sektor, sekaligus menguatkan pautan business-to-business (B2B) dan business-to-consumer (B2C).
  • Dengan meluaskan lagi peluang perolehan kepada vendor berdaftar, procure.bn diharap akan dapat memperkasakan lagi peniaga dan MSME, menggalakkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan tempatan, dan memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dan telus melalui sistem perolehan yang inklusif.

  • Sebagai sebahagian daripada usaha untuk melibatkan lebih ramai penyertaan daripada perusahaan tempatan, pihak DA pada masa ini sedang dalam proses untuk bekerjasama dengan pihak BEDB bagi memberikan sesi taklimat dan latihan kepada MSME. Di samping itu, beberapa sesi latihan juga telah dilaksanakan oleh pihak DA sebelumnya dengan penglibatan lebih daripada 50 vendor tempatan.

  • Bagi melancarkan lagi penyelarasan dan mendokong penglibatan perusahaan tempatan, termasuk MSME, dalam aktiviti-aktiviti Kumpulan Syarikat-Syarikat DA, pihak DA juga telah membangunkan sebuah platform perolehan digital, iaitu procure.bn, yang mana antaralainnya bertujuan bagi meningkatkan proses due diligence, menggalakkan ketelusan, menyediakan peluang yang sama rata, dan menanamkan persaingan yang sihat.

  • Platform digital ini meliputi direktori pembekal yang boleh diakses secara umum dan juga mempamerkan syarikat-syarikat pembekal tempatan untuk mempromosikan perusahaan masing-masing dan bagi menggalakkan peluang perniagaan secara business-to-business (B2B) dan juga business-to-consumer (B2C). Dalam melaraskan lagi usaha ini untuk melibatkan lebih ramai penyertaan daripada perusahaan tempatan, pihak DA pada masa ini sedang dalam proses untuk bekerjasama dengan BEDB bagi memberikan sesi taklimat dan latihan kepada MSME tempatan. Di samping itu, beberapa sesi latihan juga telah dilaksanakan oleh pihak DA sebelumnya dengan penglibatan lebih daripada 50 vendor tempatan.

  • Pada masa ini, pihak BEDB sedang merintis satu inisiatif baru iaitu Retail Empowerment Programme ("REP") melalui kerjasama dengan pihak swasta bagi membuka peluang perniagaan kedai runcit yang dapat dimiliki dan dijalankan oleh pengusaha tempatan khususnya di kalangan belia. Ianya bertujuan untuk membentuk semula landskap peruncitan yang ada di negara ini dengan memperkasakan penyertaan usahawan tempatan dalam perniagaan runcit melalui peluang keusahawanan yang mampan dan model perniagaan runcit yang mampu milik.

  • Melalui Retail Empowerment Programme ini, usahawan belia sama ada yang baharu mahupun yang sedia ada akan turut menerima sokongan pembangunan kapasiti melalui inisiatif-inisiatif yang dikendalikan oleh BEDB seperti Industry Business Academy (“IBA”), serta sokongan kewangan melalui Skim Co-Matching dan Kemudahan Pembiayaan Bank jika diperlukan.

  • Pihak BEDB juga membantu dalam mengenal pasti lokasi-lokasi strategik bagi menyokong operasi kedai runcit di bawah inisiatif ini.

Sekian Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.