Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT092

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menggabungkan kurikulum tradisional dengan kemahiran profesional berteraskan Syariah bagi memastikan graduan UNISSA dan KUPUSB berdaya saing dalam ekonomi halal, kewangan Islam dan tadbir urus digital selaras dengan Wawasan 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

KUPUSB sedang giat melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai matlamat ini:

  1. Semakan berterusan dan pembangunan kurikulum bersepadu:

    a) KUPUSB pada masa ini sudah pun mula membangunkan kurikulum bersepadu bagi memastikan integrasi yang kukuh antara ilmu-ilmu Islam tradisional dengan kemahiran profesional yang relevan dengan keperluan pasaran semasa yang berteraskan Syariah. Sungguhpun bidang perguruan merupakan bidang teras atau niche KUPUSB, pelajar-pelajar juga turut dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang memfokuskan kepada prinsip dan aplikasi ekonomi halal, aplikasi sistem kewangan Islam menerusi kursus Fiqh Muamalat.

    b) KUPUSB juga telah menawarkan program-program dwi-disiplin atau pengkhususan minor iaitu Kewangan Islam Kontemporari yang menggabungkan bidang agama dengan bidang profesional, seperti Pasaran Modal Islam dan Sukuk, Takaful, Isu Zakat Kontemporari, Waqaf dan Kewangan Islam Digital. Juga pengkhususan minor Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam yang menggabungkan kursus Teknologi dalam Pendidikan Islam, Aplikasi Perisian, Multimedia Kreatif dan sebagainya.

    c) Kursus-kursus yang ditawarkan akan diulang semak 5 tahun sekali sebagaimana praktik yang diamalkan oleh institusi pengajian tinggi bagi memastikan kurikulum yang diajarkan adalah terus relevan selaras dengan Wawasan 2035.

  2. Peningkatan kompetensi tenaga akademik:

    Untuk memastikan kurikulum baharu dapat disampaikan dengan berkesan, KUPU SB akan berusaha mendapatkan pensyarah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam kedua-dua bidang ilmu Islam dan profesional, khususnya dalam segmen ekonomi halal, kewangan Islam, dan teknologi digital.

  3. Kerjasama strategik dengan industri dan agensi berkepentingan:

    a) KUPU SB akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan utama seperti Institusi Kewangan Islam tempatan untuk program latihan industri, peluang penempatan kerja, dan projek penyelidikan bersama.
    b) Berkolaborasi dengan agensi kerajaan atau swasta yang terlibat dalam tadbir urus digital untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman praktikal dalam aplikasi teknologi selaras dengan prinsip Syariah.
    c) Membangun Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berorientasikan industri seperti penawaran program jangka masa pendek yang diiktiraf oleh industri yang dapat memberikan nilai tambah kepada sijil atau ijazah graduan. Antara program PSH yang telah ditawarkan oleh KUPU SB ialah Sijil Profesional Pembimbing Haji dan Umrah (SP-PHU).

  4. Penekanan kemahiran insaniah (soft skills) yang penting untuk kebolehpasaran graduan:

    a) Beralih ke kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Di mana pada masa ini KUPU SB telah pun mula beralih dari kaedah Teacher Oriented System kepada kaedah Outcome Based Education (OBE) selari dengan kaedah pengajaran abad ke-21 yang menggalakkan pelajar untuk menganalisis isu-isu kompleks dalam konteks kontemporari dan Syariah, selain melatih mereka untuk menyampaikan idea-idea Islam dan profesional dengan jelas dan meyakinkan.
    b) Memastikan graduan mahir menggunakan teknologi digital untuk penyelidikan, analisis, dan inovasi selaras dengan etika Islam menerusi penawaran kursus Multimedia Pendidikan Islam dan kursus Literasi Digital dalam Pendidikan Islam.
    c) Menerapkan semangat keusahawanan dalam konteks Islam yang mendorong graduan untuk mencipta peluang dalam ekonomi halal menerusi penawaran kursus Keusahawanan Islam di samping kursus kokurikulum keusahawanan.

Melalui pendekatan bersepadu ini, KUPU SB berhasrat dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja teguh dalam ilmu ugama, tetapi juga mempunyai kemahiran profesional yang relevan dan berdaya saing tinggi, seterusnya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi yang lestari dan berpandukan nilai-nilai Islam selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.