Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT093

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah contoh success story PKS Brunei yang telah memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk akses pasaran lebih luas? Bagaimanakah MOFE merancang mempergiat fasilitasi eksport serta rangkaian dagang antarabangsa bagi memacu pertumbuhan ekonomi selaras Wawasan Brunei 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Secara amnya, penyertaan Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) telah memainkan peranan penting dalam membuka peluang akses pasaran yang lebih luas kepada pengeksport tempatan. Penyertaan ini bukan sahaja memanfaatkan para pengeksport tempatan dari segi penghapusan atau pengurangan tarif sahaja, tetapi turut menyediakan perlindungan pelaburan, liputan sektor yang meluas serta peluang untuk meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI), sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi perdagangan dan pelaburan asing.

Pada lazimnya, manfaat-manfaat daripada FTA lebih cenderung dinikmati oleh perusahaan berskala besar, yang mana sudah mempunyai sasaran pasaran dan permintaan tersendiri. Sebagai contohnya, Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (Granular Urea in Bulk dan Urea in Bulk), HLDS (B) Steel Sdn Bhd (Steel) dan Polygel Organometallic (Brunei) (Titanium Phosphate Complex) telah berjaya mengeksport ke negara-negara Latin Amerika dengan menggunakan Perjanjian Comprehensive and Progressive-Partnership (CPTPP).

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang telah memanfaatkan kemudahan yang terdapat di dalam FTA yang telah ditandatangani bagi tujuan menyertai ekspo-ekspo perdagangan di luar negara, iaitu dengan sokongan dan fasilitasi daripada pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Antara sokongan yang diberikan oleh pihak BEDB termasuklah pemberian khidmat nasihat khusus kepada pengeksport yang ada menyasarkan negara-negara yang terdapat di bawah FTA-FTA yang sudah ditandatangani disamping juga membantu MSME tempatan untuk lebih memahami manfaat-manfaat FTA dan proses eksport di negara, seperti berkaitan tarif, akses pasaran, permohonan Sijil Asal (Certificate of Origin, COO), dokumentasi FTA, keperluan pematuhan syarat-syarat eksport dan sebagainya, melalui khidmat bimbingan dan latihan.

Antara PKS yang telah memanfaatkan perjanjian FTA untuk mengakses pasaran lebih luas adalah seperti berikut:

TahunFTASyarikat
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)PDS Abattoir Sdn Bhd
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)Goh Hok Lee Sdn Bhd
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)Riza Fudhlana Farming
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)Sabli Food Industries Sdn Bhd
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)Sahamada Corporation Sdn Bhd
2024ATIGA (Sabah International Expo 2023)Superfish Growers Sdn Bhd
2023ATIGA (Sabah International Convention Centre)Asri Services (Eat's Hot)
2023ATIGA (Sabah International Convention Centre)Bruhouse Sdn Bhd
2022AFTA (ASEAN- Korea Centre)Mori Enterprise
2022AFTA (ASEAN- Korea Centre)Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd
2022AFTA (ASEAN- Korea Centre)Taurean Bakeshop & Cafe
2022AFTA (ASEAN- Korea Centre)Volco Venture

Penyertaan ini mencerminkan wujudnya kesedaran awal dalam kalangan SME terhadap potensi serta manfaat FTA. Meskipun usaha ini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya sebagai strategi jangka panjang untuk menembusi pasaran antarabangsa, ia merupakan satu langkah awal yang positif ke arah membina keyakinan dan pengalaman dalam perdagangan luar.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga terus komited untuk memperluaskan lagi tahap kesedaran perusahaan tempatan di negara ini mengenai proses penyelarasan eksport (trade facilitation) serta dalam mengembangkan rangkaian dagang antarabangsa. Sejajar dengan itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Bahagian Perdagangan telahpun melaksanakan pelbagai program pemberigaan yang bertujuan untuk memberi kefahaman asas mengenai FTA dan manfaat yang dapat diperolehi, kepada komuniti perniagaan khususnya jua pengusaha-pengusaha tempatan yang berpotensi untuk melibatkan diri dalam aktiviti eksport/import; dewan-dewan perniagaan; serta juga kepada agensi-agensi Kerajaan dan Badan Berkanun yang bertanggungjawab di dalam pembangunan perusahaan tempatan.

Bagi tahun 2025, beberapa perancangan program sosialisasi telah dikenalpasti dan dilaksanakan seperti berikut:

BILAGENSI/ACARATARIKH/SASARAN
1Brunei MSME Festival 202429 Februari – 3 Mac 2024
2CPTPP Socialisation24 July 2024
3Young Entrepreneurs Association Brunei (YEAB)16 November 2024
4Brunei Economic Development Board (BEDB)4 Februari 2025
5Unit Pembangunan Koperaso, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan19 Februari 2025
6Darussalam Assets (DA)25 Februari 2025
7BIMP-EAGA Business Council21 April 2025
8Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, MPRT28 Mei 2025
9Brunei Darussalam Food Authority (BDFA)*Q3 – Q4 2025
10Ghanim / Brunei Halal*Q3 – Q4 2025
11Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan*Q3 – Q4 2025
12LiveWire*Q3 – Q4 2025
13Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam*Q3 – Q4 2025
14National Chamber of Commerce and Industry*Q3 – Q4 2025

Tertakluk kepada perubahan

Selain itu, Kementerian ini juga aktif meneruskan usaha bagi membantu perusahaan tempatan yang berpotensi untuk menyertai ekspo-ekspo dan pameran-pameran perdagangan di luar negara, termasuk juga dengan bekerjasama bersama agensi-agensi yang berkepentingan bagi menilai dan memperbaiki keberkesanan penyertaan perusahaan tempatan di ekspo dan pameran tersebut.

Bagi tahun 2025 ini, beberapa aktiviti promosi perdagangan telahpun dikenalpasti dan di dalam perancangan bagi penglibatan perusahaan-perusahaan tempatan yang bersesuaian, iaitu seperti berikut:

NoAktivitiTarikhTempatStatus
1World Expo 202513 April 2025 – 13 Oktober 2025Osaka, Kansai, JepunSedang Berlangsung
222nd CAEXPO17 – 21 September 2025Nanning, Republik Rakyat ChinaTentatif
38th China International Import Expo (CIIE)5-10 November 2025Shanghai, RepublikTentatif

Selain daripada itu, sebagai insentif untuk mendokong aktiviti pengeksportan dari negara ini, Kementerian melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja juga melaksanakan inisiatif pemberian pulangan balik cukai (drawback) bagi bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pengilangan produk eksais, iaitu sekiranya barangan yang dikilangkan tersebut dieksport ke luar negara.

Secara keseluruhan, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian ini adalah bagi menyokong hasrat untuk menjadikan NBD sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdayatahan, sepertimana yang dinyatakan di dalam Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.