Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT14

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 5 minit
📊 Bilangan kata: 1,021 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi dan dasar baharu yang boleh diperkenalkan untuk memastikan sumber pengajaran dan pembantu guru yang mencukupi dalam pendidikan inklusif. Pendidikan inklusif memastikan pelajar istimewa OKU membesar bersama rakan sebaya dengan sokongan guru, namun, ramai guru tidak terlatih dan tiada pembantu guru untuk memberi tumpuan kepada pelajar ini.

YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN​

JAWAPAN:

BismillahirrahmanirrahimYang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua,Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk saya menjawab pertanyaan bertulis PT14 yang diajukan.

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Dasar Pendidikan Inklusif sejak tahun 1997, yang mana kanak-kanak atau pelajar-pelajar berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka di aliran perdana, samada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Dasar ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar, tanpa mengira keupayaan mereka, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang menyokong perkembangan akademik, sosial, dan emosi mereka. Dalam Pendidikan Inklusif ini, adalah sangat penting bagi setiap pihak sentiasa terbuka dan sedia mendukung tanggungjawab masing-masing untuk memastikan setiap kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai peluang untuk hidup sebagaimana kanak-kanak yang lain hingga mereka mampu hidup berdikari dan berjaya seperti orang lain.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat mengenai strategi dan dasar baharu yang diperkenalkan untuk memastikan sumber pengajaran dan pembantu guru yang mencukupi dalam Pendidikan Inklusif, Kementerian Pendidikan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyokong pelajar berkeperluan khas (SEN), termasuk penyediaan sumber pembelajaran yang khusus dan disesuaikan dengan keperluan mereka yang dilaksanakan melalui peruntukan tahunan kewangan yang disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Di samping itu, Jabatan Pendidikan Khas juga mewujudkan Tabung IKHLAS. Hasil kutipan daripada tabung ini digunakan untuk menyediakan pelbagai sumber pembelajaran, termasuk pembaca skrin (screen reader), alat input alternatif seperti sistem penjejakan mata (eye-tracking systems) dan papan kekunci khas (specialized keyboards). Selain itu, ia turut membiayai alat komunikasi alternatif bagi pelajar yang mengalami kesukaran bertutur, termasuk teknologi terkini seperti peranti pembelajaran digital, alat komunikasi augmentatif, serta bahan bantu mengajar yang menyokong pembelajaran berstruktur dan inklusif.

Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan Digital Resource Management System, yang mana di dalam sistem ini telah dimuatkan lebih 300 bahan-bahan pembelajaran digital sebagai rujukan guru-guru Pendidikan Khas, ibu bapa dan pelajar berkeperluan khas. Sebanyak 6 episod bahan media juga telah dihasilkan melalui TV Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan pelbagai sumber pengajaran (loose items) telah diedarkan ke 68 buah sekolah terpilih bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar berkeperluan khas termasuklah peralatan khusus (specialized items).

Kementerian Pendidikan menyedari akan kepentingan terhadap pemedulian dan bantuan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Oleh itu, usaha sedang giat dilaksanakan untuk menambah jumlah pembantu guru dalam Pendidikan Inklusif ini agar kebajikan dan kesejahteraan pelajar terjaga. Ke arah ini, Jabatan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi untuk menawarkan Kursus Pensijilan Dalam Pendidikan Khas. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 6 guru telah menamatkan kursus pada 2022, diikuti 5 guru pada 2023, dan 15 guru pada 2024.

Di samping itu, seramai 23 pegawai pelajaran dalam bidang Pendidikan Khas telah diambil melalui program Perantis, iaitu seorang (1) dari Kohort 1 pada tahun 2019, tiga (3) orang dari Kohort 3 pada tahun 2021, dan 19 orang dari Kohort 4 pada tahun 2022. Melalui pengambilan Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SKIPPA) pula, seramai 115 guru telah ditempatkan di sekolah rendah dan menengah kerajaan, dengan 71 orang di sekolah rendah dan 44 orang di sekolah menengah.

Latihan Perkembangan Profesional juga terus dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Khas bagi mempertingkatkan kemahiran guru-guru dalam menangani pelajar-pelajar berkeperluan khas. Sebagai contoh Special Educational Needs Support Educator (SENSE) dilaksanakan dengan melibatkan 17 orang guru-guru sekolah kerajaan, 40 orang guru sekolah swasta dan 150 orang guru ugama dari sekolah Kerajaan dan Swasta. Penempatan sementara 27 orang interns (pelatih) mahasiswa-mahasiswi dari Institusi Pengajian Tinggi ke sekolah-sekolah juga sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Inklusif ini dengan lebih baik.

Perancangan Jabatan Pendidikan Khas dalam pengambilan pembantu guru melalui inisiatif Program Pembantu Guru Berkontrak juga akan dilaksanakan sebaik menerima kebenaran yang mana melalui program ini guru-guru yang telah bersara akan diambil untuk berkhidmat semula selaku pembantu guru bagi memenuhi keperluan sekolah-sekolah yang memerlukan.

Kementerian Pendidikan juga telah mengambil langkah bagi penambahbaikan Dasar Garispandu Pendidikan Khas dengan terbitan Buku Rangka Kerja Pendidikan Khas pada tahun 2022. Keperluan sumber pengajaran dan pembantu guru adalah mengikut Rubrik Priority Level yang telah digariskan dalam Buku Rangka Kerja Pendidikan Khas.

Pelajar berkeperluan khas dalam Pendidikan Inklusif yang telah berjaya meneruskan pendidikannya ke peringkat kemahiran dan ke Peringkat Institusi Pengajian Tinggi adalah seramai 170 semenjak tahun 2018 sehingga 2023.

Berdasarkan kepada data yang diberikan ini dapat memberikan gambaran kepada kementerian Pendidikan bahawa Dasar Pendidikan Inklusif ini berjaya dan dapat mencapai hasratnya. Kanak-kanak atau pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka di aliran perdana. Walaupun jumlah ini hanya sedikit berbanding dengan jumlah pelajar berkeperluan khas dalam Pendidikan inklusif tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu dan berjaya sama seperti pelajar biasa.

Kementerian Pendidikan akan terus komited dalam memastikan pelajar berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan yang inklusif, komprehensif, dan berkualiti. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ini, pelbagai inisiatif akan terus dilaksanakan, termasuk penyediaan prasarana, sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, latihan profesional untuk tenaga pengajar, serta pengukuhan sokongan di sekolah melalui penempatan guru dan pembantu guru yang terlatih. Selain itu, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, agensi-agensi Kerajaan dan swasta akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap pelajar berkeperluan khas berpeluang mencapai potensi penuh mereka.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.