Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT15

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 455 kata

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah kerajaan dalam memperkasakan komuniti untuk menangani kesan bencana secara berdikari, dengan penyediaan bantuan seperti pinjaman faedah rendah untuk membaiki rumah yang terjejas dan kerja-kerja pembaikan. Ini kerana perubahan iklim nyata serta memberi kesan kepada kehidupan seharian, dan peningkatan kekerapan dan keterukan bencana alam kos pemulihan, sering tidak dilindungi insurans.

YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN​

JAWAPAN:

  1. Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin atas pertanyaan mengenai dengan langkah kerajaan dalam memperkasakan komuniti untuk menangani kesan bencana secara berdikari.

  2. Dimaklumkan bahawa setakat ini, pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) tidak menyediakan bantuan pinjaman faedah rendah bagi membaikpulih rumah-rumah yang terjejas akibat bencana.

  3. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kejadian bencana, JAPEM akan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, catuan makanan, dan barangan keperluan asas untuk meringankan beban mangsa. Namun, bantuan ini tidak bertujuan untuk menggantikan kerosakan rumah atau harta benda yang terjejas akibat kejadian tersebut.

  4. Selain itu, bantuan penempatan sementara turut disediakan bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal atau rumah mereka tidak lagi selamat untuk didiami, tertakluk kepada ketersediaan ruang.

  5. Sehubungan itu, pemilik rumah sentiasa disarankan dan digalakkan untuk mendapatkan perlindungan insurans. Sepertimana juga insurans kenderaan dapat memberikan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kemalangan, apatah lagi insurans rumah kerana ia dapat memberikan perlindungan terhadap kerugian harta benda atau kewangan akibat kejadian yang tidak dijangka.

  6. Berkenaan cadangan pinjaman faedah rendah bagi membaik pulih rumah mangsa bencana, perkara ini memerlukan penyelidikan dan pertimbangan yang sewajarnya. Hal ini kerana pinjaman kewangan boleh membebankan mangsa dalam jangka masa panjang, terutama bagi mereka yang mungkin tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman kepada pihak kerajaan atau institusi kewangan.

  7. Selain JAPEM, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) serta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) turut menyediakan bantuan kewangan kepada individu yang ditimpa musibah, tertakluk kepada syarat kelayakan masing-masing.

  8. Sekian sahaja yang dapat diulas. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.