Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT3

Rumusan Bacaan

đź“– Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 685 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hasil kajian mengenai kesan pemakanan terhadap prestasi akademik dan kesihatan pelajar. Sejauh mana School Meal Program boleh menangani isu malnutrisi, memastikan perkembangan fizikal yang sihat dan menyokong kesejahteraan pelajar secara holistik dalam jangka panjang.

YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN​

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk saya menjawab pertanyaan bertulis PT3 yang diajukan.

Kementerian Pendidikan amat mengambil berat terhadap kesejahteraan dan kesihatan pelajar terutamanya dalam pemberian kemudahan makanan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa inisiatif School Meal Program seperti Skim Rancangan Permakanan Sekolah (RPS), Program Harapan dan Anak Harapan. Usaha ini adalah sama seperti komitmen yang telah diusahakan oleh negara-negara luar seperti Finland dan Singapura yang menitik beratkan pemberian kemudahan permakanan kerana percaya dengan memberikan kemudahan makanan akan dapat memastikan setiap pelajar mendapat nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan kesejahteraan pelajar serta pembelajaran yang optimum.

Kementerian Pendidikan belum dapat membuktikan kesan atau impak kemudahan permakanan terhadap prestasi akademik memandangkan terdapat banyak faktor lain yang melibatkan pencapaian akademik pelajar seperti program-program intervensi, program-program sokongan pembelajaran, program-program pemantapan kaedah pembelajaran, serta pelbagai lagi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di sekolah-sekolah termasuk juga faktor lain seperti keteresedian sumber-sumber pendidikan dan kualiti guru.

Walau bagaimanapun, kajian Kementerian Pendidikan telah mendapati bahawa dengan memberikan kemudahan permakanan melalui Program Harapan dan Anak Harapan, 20 buah sekolah daripada 25 buah sekolah pada tahun 2024 telah mampu meningkatkan kehadiran pelajar dan telah mencapai kadar kehadiran 90% atau lebih (2 sekolah menengah, 18 sekolah rendah). Manakala, 17 daripada 19 sekolah Anak Harapan mencapai kadar kehadiran 90% atau lebih.

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan melalui kajian focus group discussion bersama pelajar dan guru di beberapa buah sekolah di bawah Program Harapan telah mendapati bahawa pemberian kemudahan permakanan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan permasalahan pelajar yang sering mengadu sakit gastrik akibat kelaparan di waktu pagi. Ini telah menunjukkan akses kepada makanan dapat membantu kesihatan dan kecergasan pelajar.

Bagi memastikan pelajar menerima kemudahan permakanan yang sihat dan seimbang, Kementerian Kesihatan telah menyediakan satu garis panduan yang dinamakan “Panduan Penjualan & Penyajian Makanan dan Minuman Sihat di Sekolah” yang telah dikeluarkan pada tahun 2018 yang menekankan terhadap saiz hidangan makanan dan cara penyediaan makanan sihat. Penggunaan garis panduan ini adalah selari dengan usaha sama Multi-sectoral Taskforce For Health yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan sebagai pendekatan “Whole of Nation”, khususnya di bawah bidang fokus “Giving Every Child The Best Start In Life” yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan pelajar sekolah. Kementerian Pendidikan mendukung inisiatif ini melalui pembekalan permakanan menerusi Skim Rancangan Permakanan Sekolah, Program Harapan, Anak Harapan dan pemantauan permakanan yang dijual di kantin-kantin sekolah dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi memastikan penyediaan kemudahan makanan adalah dijamin keselamatannya dari sebarang bahaya seperti keracunan yang akan memberikan komplikasi kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah, Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan “Prosedur Operasi Standard (SOP) Keracunan Makanan di Sekolah-Sekolah Kerajaan di Seluruh Negara Brunei Darussalam” (MOE, 2021).

Selain daripada penyediaan garis panduan-garis panduan berkenaan, Kementerian Pendidikan juga akan sentiasa memastikan syarikat atau vendor dipilih adalah yang benar-benar layak dan mematuhi peraturan-peraturan dalam penyediaan makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Inshaa Allah, Kementerian Pendidikan akan terus memantau dalam memastikan pelaksanaan school meal program ini dilaksanakan dengan berkesan, dan peraturan-peraturan dalam penyediaan kemudahan permakanan adalah teratur dan dipatuhi. Semua ini dihasratkan agar pelajar mendapat akses permakanan yang sihat dan seimbang dan permakanan tersebut membantu perkembangan fizikal pelajar dan menyokong kesejahteraan dan kesihatan pelajar secara holistik dalam jangka panjang.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.