Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT6
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 311 kata
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM​
SOALAN:
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan feasibility bagi sebahagian caruman SPK untuk dilabur ke dalam GLCs tempatan yang berprestasi baik dan berisiko rendah (misalnya BIBD, DST, BFI, Petrochemical). Difahamkan caruman banyak dilabur di luar negara bagi meraih pulangan berpatutan dan kemungkinan pelaburan GLC tempatan boleh membantu dalam meningkatkan dividen hasil jualan saham dan sebagai pemangkin menarik FDIs baru untuk merangsang ekonomi domestik.
YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​
JAWAPAN:
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Sepertimana Yang Berhormat Ahli sedia maklum bahawa dana SPK tidak dilaburkan secara langsung dalam Syarikat GLC mengambilkira struktur SPK yang perlu memberikan pulangan yang stabil dan bebas risiko. Sebaliknya dana SPK mulai Tahun Kewangan 2020/2021, simpanan-simpanan Ahli secara terkumpul telah dilaburkan ke dalam pelaburan yang memberikan pulangan tetap dan dijamin oleh pihak Kerajaan. Ini adalah memastikan simpanan ahli SPK adalah lebih terjamin dan tidak terdedah kepada risiko perniagaan.
Kestabilan kadar dividen boleh menjamin pengumpulan dan simpanan ahli-ahli sentiasa bertambah dimasa hadapan kerana simpanan ahli tidak lagi terdedah kepada risiko penurunan nilai disebabkan oleh risiko turun naik pasaran di kala ekonomi pasaran dunia yang semakin tidak menentu (volatile) disebabkan oleh tekanan geo politik atau kemunculan pandemik yang tidak dapat dijangka.
Dengan memastikan kestabilan kadar pulangan diberikan kepada ahli juga akan memberi impak peraliran kewangan yang positif serta berdaya tahan terutama sekali bagi pencarum yang bergaji rendah. Kadar pulangan yang konsisten boleh membantu ahli dalam membuat unjuran jumlah simpanan mereka bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan persaraan dengan lebih teratur.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.