Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT35
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 363 kata
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan Kementerian dalam mempertimbangkan bagi penubuhan atau menyokong secara rasmi Persatuan Ahli Farmasi Kebangsaan. Perkara ini boleh membantu memperkukuhkan kerjasama antara sektor farmaseutikal awam dan swasta untuk memastikan penyelarasan peraturan, membuka peluang pembangunan profesional, serta penyatuan wakil bagi ahli farmasi di seluruh industri.
YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN​
JAWAPAN:
Kementerian Kesihatan mengambil maklum tentang kepentingan bagi penubuhan Persatuan Ahli Farmasi Kebangsaan, dimana ianya sama pentingnya dengan penubuhan bidang profession kesihatan yang lain. Kementerian menghargai peranan penting yang boleh dikendalikan oleh persatuan profesional dalam memperkukuhkan profesion farmasi dan memajukan standard amalan, memupuk pembangunan profesional, dan menyediakan representasi bersatu bagi ahli-ahli farmasi di setiap sektor. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa perancangan untuk penubuhan Persatuan Ahli Farmasi Kebangsaan telah pun dimulakan dan kini berada pada peringkat penelitian ke atas draf perlembagaan untuk persatuan itu nanti.
Untuk memastikan persatuan NGO ini dapat direalisasikan dengan asas yang kukuh, Kementerian Kesihatan akan terus komited untuk menyokong bagi penubuhannya; dan seterusnya memberi sokongan dalam aktiviti persatuan itu nanti seperti aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan (Continue Professional Development) bagi ahli farmasi di seluruh negara. Satu lagi bidang di mana persatuan yang dicadangkan ini nanti dapat memainkan peranan penting adalah dalam mempromosikan standard etika dan profesionalisme dalam amalan farmasi. Menurut statistik pada Tahun 2024, jumlah ahli farmasi yang bertugas di sektor awam adalah seramai 60 orang, manakala yang bertugas di sektor swasta adalah seramai 46 orang. Kementerian Kesihatan mengakui bahawa penubuhan persatuan profesional yang berdaya maju memerlukan sokongan berterusan dan penglibatan aktif ahli-ahli profesion tersebut. Oleh itu, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Farmasi dan Lembaga Farmasi Brunei Darussalam akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti farmasi baik di dalam dan di luar negeri untuk memastikan persatuan yang akan ditubuhkan ini nanti benar-benar mewakili kepentingan dan aspirasi ahli farmasi di Negara Brunei Darussalam, dan dapat menyumbang secara berkesan kepada peningkatan amalan farmasi dan penjagaan kesihatan secara umum. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan, Kementerian yakin bahawa Persatuan Ahli Farmasi Kebangsaan akan menjadi realiti dalam masa yang terdekat.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.