Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT5

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 350 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah projek pelancongan yang telah diumumkan tetapi masih belum direalisasikan, dan apakah faktor utama kelewatan dalam pelaksanaan projek tersebut.

YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN​

JAWAPAN:

Setakat ini, perlaksanaan projek-projek infrastruktur di bawah Kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan sedang berjalan seperti sasaran. Pemantauan secara berterusan dibuat oleh pihak Kementerian ini bagi perlaksanaannya. Sebanyak 16 buah projek dijalankan di bawah Projek Rancangan Kemajuan Negara RKN 12, yang mana 1 buah projek telah selesai perlaksanaannya.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan juga giat berusaha untuk memperkukuh kerjasama dengan sektor swasta bagi melaksanakan projek-projek pelancongan melalui Public-Private Partnership (PPP).

Antara cabaran dalam merealisasikan projek-projek pelancongan melalui kaedah PPP adalah kekurangan pelaburan berskala besar dan pelabur menarik diri disebabkan oleh kos logistik projek yang tidak dijangka, yang mana adalah disebabkan oleh beberapa isu utama:

i. Saiz pasaran yang tidak mencukupi atau terdapat ketidakseimbangan, pelabur mungkin memikirkan risiko yang gagal memberikan pulangan yang diharapkan;

ii. Perancangan awal projek mungkin tidak mengambil kira sepenuhnya kos logistik yang tinggi dan berbeza berbanding perlaksanaan projek di negara luar. Contohnya pengangkutan barang atau penyediaan bahan mentah yang diperlukan. Ini menyebabkan pelabur menilai semula kelangsungan projek;

iii. Pilihan untuk melaksanakan projek secara berfasa berkemungkinan menjejaskan potensi keuntungan kerana produk atau perkhidmatan yang belum tentu cukup untuk menarik minat pelancung terhadap destinasi pelancongan tersebut;

iv. Kos tambahan yang tidak dirancang dengan baik juga memerlukan masa tambahan untuk mendapatkan dana tambahan, dan seterusnya melambatkan lagi proses kemajuan projek.

Oleh itu, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Public-Private Partnership (PPP) dalam sektor pelancongan, pendekatan yang strategik dan menyeluruh perlu diambil. Dengan usaha bersepadu ini, diharapkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat diperkukuh, sekaligus mempercepat pembangunan industri pelancongan negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.