Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT36

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 985 kata

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk memastikan setiap penuntut dan rakyat negara yang berada di luar negeri sentiasa di dalam landasan Melayu Islam Beraja (MIB) bagi mengekalkan imej negara.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI​

JAWAPAN:

Antara peranan utama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, melalui Pejabat-Pejabat Perwakilan di luar negeri adalah untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuk pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara sentiasa terpelihara.

Ini termasuk menangani situasi kecemasan seperti kehilangan pasport, jatuh sakit semasa di luar negara, kes-kes melibatkan kematian dan pengurusan membawa balik jenazah, bencana alam, serta insiden yang berkaitan dengan ketidakstabilan negara di tempat mereka berada.

Sehubungan itu, Kementerian ini menekankan kepentingan bagi semua rakyat Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara atau merancang untuk ke luar negeri agar mendaftar melalui sistem e-Register di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan insurans perjalanan atau insurans perubatan sebagai langkah perlindungan jika ada perbelanjaan tambahan sepanjang berada di luar negara.

Mengekalkan imej negara yang berlandaskan Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kalangan rakyat dan pelajar di luar negeri adalah tanggungjawab bersama yang bermula sebelum mereka meninggalkan negara ini lagi.

Di samping itu, para pelajar dan rakyat Brunei di luar negara sentiasa dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan imej negara, serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan nama baik Brunei. Usaha ini dilaksanakan dengan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui whole-of-government approach, melibatkan kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan dan juga institusi-institusi pendidikan.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai MIB, pelbagai langkah telah dilaksanakan, antaranya:

  1. Peranan Pejabat-Pejabat Perwakilan sebagai Fasilitator Utama

    • Pejabat-Pejabat Perwakilan berperanan dalam menyelaraskan pelbagai acara pendidikan dan keagamaan seperti taklimat dan tazkirah, yang dikendalikan oleh agensi-agensi Kerajaan khas untuk rakyat dan pelajar Brunei di luar negara.

    • Sokongan ini merangkumi penyediaan tempat dan fasiliti bagi memastikan kelancaran program-program tersebut.

  2. Program Kesedaran MIB di Luar Negara

    • Sebagai contoh, pada tahun lepas, Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur membantu menyelaraskan program Generasi BerMIB, anjuran Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Kementerian Pendidikan bagi pelajar Brunei di Malaysia.

  3. Penglibatan dalam Acara Kebangsaan dan Keagamaan

    • Pejabat-Pejabat Perwakilan juga mengadakan acara kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berbuka puasa, serta Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

    • Acara-acara ini melibatkan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat serta para pelajar yang melanjutkan pengajian di negara-negara berkenaan.

    • Pada lazimnya, acara-acara tersebut juga diselitkan aktiviti keagamaan seperti doa selamat, bacaan surah Yaasin, serta sembahyang berjemaah, terutama di bulan Ramadhan.

  4. Mempromosikan Budaya dan Tradisi Brunei

    • Pejabat-Pejabat Perwakilan turut mengadakan aktiviti sosial yang memperkenalkan budaya dan tradisi kitani di peringkat antarabangsa, termasuk persembahan kebudayaan, hidangan makanan tradisional Brunei, serta penyertaan dalam acara yang dikendalikan oleh negara tuan rumah.

  5. Peranan Ataci Pendidikan dalam Membimbing Pelajar

    • Beberapa Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam seperti di Australia, Malaysia, Singapura, United Kingdom dan Mesir mempunyai Ataci Pendidikan yang bertanggungjawab dalam memeduli kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan para pelajar.

    • Mereka turut menyelaras aktiviti keagamaan seperti kelas ugama dan mengaji, tazkirah, ceramah motivasi serta program sempena hari-hari kebesaran Islam.

    • Ini bagi memastikan para pelajar terus memperkukuh jati diri ke-Bruneian dan tidak terpengaruh dengan budaya asing dan elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai-nilai MIB.

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan membantu agensi-agensi yang berkaitan dalam memperkasakan usaha memperkukuh kefahaman MIB dalam kalangan rakyat dan pelajar di luar negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.