Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

HARI KE-3

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 121 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 25,901 kata

6HB OGOS 2025โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Jurutulisโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ketiga, pada hari ini Rabu, 12 Safar 1447 bersamaan 6 Ogos 2025 dan didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat, Imam Masjid Jameโ€™ Asr Hassanal Bolkiah)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua, kita dapat berkumpul lagi pada pagi ini untuk bersidang bagi hari ketiga dalam Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana lazim kita akan memulakan mesyuarat kita hari ini dengan urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulisโ€‹

Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang beralih kepada Waktu Pertanyaan dan saya merujuk kepada senarai pertanyaan yang telah pun dikemukakan.

Saya mulakan dengan soalan pertama iaitu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.

Di kesempatan hari ini, kaola merakamkan ucapan terima kasih pada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas laluan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan dan tidak lupa kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam atas pertanyaan mengenai Penggubalan Garis Panduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan garis masa yang ditetapkan untuk melaksanakannya secara rasmi dan kaola juga menjunjung kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin bagi pertanyaan mengenai tindakan Kementerian dalam menangani isu workplace bully.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Sehubungan dengannya, kaola memohon izin untuk menjawab kedua-dua soalan yang berhubung kait itu. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Jabatan Perdana Menteri melalui task force penyediaan Garis Panduan Menangani Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam telah selesai menyediakan draf awal garis panduan gangguan seksual sejak awal lagi dan telah pun mengadakan pelbagai perbincangan dan penelitian lanjut bersama pihak-pihak berkepentingan termasuklah dari sudut tafsiran ke atas peruntukan-peruntukan yang dimuatkan dalam garis panduan tersebut bagi mengelakkan sebarang kewahaman dan percanggahan dalam sebarang perundangan sedia ada yang berkaitan. Secara ringkasnya, tindakan-tindakan yang diambil termasuklah Pertama, mengadakan sesi bengkel Focus Group. Kedua, perbincangan semasa Forum Setiausaha-Setiausaha Tetap. Ketiga, perbincangan semasa Forum Pengarah-Pengarah Pentadbiran di Kementerian-Kementerian. Keempat, mengedililingkan garis panduan tersebut kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap menerusi urusetia Forum Setiausaha-Setiausaha Tetap dan pihak sektor swasta dan Kelima, sesi simulasi bagi menilai keberkesanan proses-proses tindakan yang akan dilaksanakan di bawah Garis Panduan Menangani Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam dan pelaksanaan pilot study pada 28 Januari 2025 sehingga 19 Mei 2025 sebagai pengujian awal kepada garis panduan yang mana melibatkan kementerian-kementerian yang berkenaan.

Di penghujung pilot study tersebut, satu borang maklum balas mengenai garis panduan tersebut diedarkan kepada kementerian-kementerian yang terlibat bagi mendapatkan penilaian terhadap tahap kefahaman, keberkesanan dan penerimaan warga pentadbiran awam terhadap pelaksanaan garis panduan tersebut.

Secara keseluruhan, menurut maklum balas agensi-agensi berkenaan, garis panduan tersebut adalah disambut baik. Walau bagaimanapun, garis panduan tersebut masih memerlukan pemberigaan lanjut untuk memastikan bahawa setiap aspek utama termasuklah semua pihak yang terlibat dalam proses berkenaan telah pun diambil kira khasnya dalam mengelakkan sebarang kewahaman, kefahaman dan perlaksanaan garis panduan ini ditangani sebaiknya sebelum ianya dikeluarkan dalam tahun ini.

Berhubung dengan workplace bully ataupun isu menindas atau buli di tempat kerja, perkara ini adalah juga termasuk dalam jenis-jenis gangguan di tempat kerja sepertimana yang dimuatkan dalam cadangan garis panduan berkenaan. Takrif berkaitan buli di tempat kerja yang dicadangkan dalam garis panduan berkenaan membawa maksud perbuatan atau pernyataan dalam bentuk ancaman, memalukan, menakutkan atau penghinaan seseorang contohnya kritikan yang tidak munasabah dan berterusan atau penghinaan melalui kaedah-kaedah termasuk media elektronik seperti message text, e-mel atau platform media sosial.

Melalui garis panduan ini nanti membolehkan pihak kementerian dan jabatan mengambil tatacara tindakan-tindakan yang dapat diambil oleh pihak-pihak yang terlibat dalam mengendalikan kes gangguan di tempat kerja. Ini termasuklah isu buli di tempat kerja bagi memastikan persekitaran kerja yang harmoni dan kesejahteraan warga kerja yang terjamin. Manakala, bantuan dan sokongan juga disediakan bagi mana pegawai dan kakitangan yang mengalami stress akibat workplace bully melalui perkhidmatan kaunseling di Bahagian Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perkhidmatan Awam sama ada secara walk-in dan rujukan sendiri (self-referral) atau melalui rujukan kementerian dan jabatan.

Dalam memudahkan pelaksanaan dan menjaga kerahsiaan maklumat, permohonan untuk menghadiri kaunseling boleh diisikan melalui Sistem Sumber Manusia, SSM oleh pegawai yang ingin mendapatkan kaunseling.

Dikongsikan juga menurut statistik Bahagian Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu bagi kategori isu persekitaran suasana tempat kerja telah merekodkan sebanyak 22 kes yang mana isu buli di tempat kerja adalah termasuk dalam kategori tersebut.

Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang dapat kaola dijelaskan. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang ketiga iaitu dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Kaola memohon sekali lagi dari Yang Berhormat. Kaola memohon pencerahan soalan semula.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang sepatutnya ditujukan kepada, yang telah ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan saya persilakan Yang Berhormat untuk menjawabnya.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim di atas soalan mengenai langkah-langkah strategik kementerian untuk menggiatkan digitalisasi negara agar terus berkembang pesat dan menyumbang positif kepada pertumbuhan ekonomi.

Sepertimana yang dimaklumi semua, sebagai langkah seterusnya dan sepertimana juga yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari keputeraan baginda ke-79 tahun telah mengumumkan tentang usaha kerajaan baginda di dalam merangka Digital Brunei Transformation Plan. Ini adalah merupakan usaha berterusan ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara pintar. Pelan ini juga insya Allah akan merangkumi pendekatan kebangsaan terhadap penerapan teknologi Kecerdasan Buatan, Artificial Intelligence sebagai antara satu emerging technology yang sedang giat berkembang di peringkat global.

Pelan ini adalah merupakan kesinambungan kepada Digital Economy Masterplan 2025 yang mana telah menumpukan usaha ke arah perkara-perkara enablers seperti undang-undang, dasar, ketersambungan perkhidmatan guna sama kerajaan dan projek-projek flagship seperti National Information Hub yang sudah siap, manakala projek Digital ID dan National Payment Gateway di dalam pelaksanaan perintis.

Digital Brunei Transformation Plan seterusnya bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pemacu impak di mana rakyat dan perniagaan diperkasakan untuk berkembang maju yang berasaskan perkhidmatan yang boleh dipercayai, akses inklusif dan inovasi. Ianya akan meliputi sektor-sektor kerajaan, masyarakat, perniagaan dan teknologi seperti AI. Dengan perkembangan digitalisasi ini akan dapat menyumbang positif kepada pertumbuhan ekonomi, adalah sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan produktiviti, memupuk inovasi, mengembangkan pasaran dan membolehkan perkhidmatan sektor awam yang lebih baik. Pada masa yang sama Economic Blueprint Wawasan Brunei 2035 juga telah mengenal pasti sumbangan sektor ICT kepada KDNK dengan menyasarkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada kadar sekitar 40.1 peratus di antara tahun 2017 hingga 2024.

Aspirasi-aspirasi yang berhubung kait adalah Pertama, Aspirasi Satu. Di dalam Economic Blueprint iaitu perniagaan yang produktif dan pesat di mana para peniaga diharapkan untuk mampu bersaing, berkembang dan berdaya tahan dengan meneroka pasaran dan peluang baharu yang memanfaatkan teknologi dan inovasi; dan Kedua, Aspirasi Lima. Infrastruktur ekonomi berkualiti tinggi dan berdaya saing yang mana infrastruktur ekonomi hendaklah mempunyai kapasiti untuk menyokong dan mengembangkan perniagaan negara. Ini termasuklah juga rangkaian digital yang terhubung dengan baik.

Semua ini setentunya memerlukan komitmen dan penglibatan semua pihak berkepentingan untuk berganding bahu. Dalam hubungan ini, salah satu usaha di dalam menggubal Digital Brunei Transformation Plan tersebut adalah akan mengadakan beberapa siri konsultasi dengan stakeholder engagements di dalam beberapa masa terdekat ini. Sekian dahulu yang dimaklumkan Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan seterusnya iaitu soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof dengan rujukan PL226 mengenai langkah pencegahan pencerobohan sistem digital dan kesiapsiagaan kolektif negara untuk menangani ancaman siber yang semakin kompleks adalah menyentuh satu perkara yang sangat penting dan memerlukan perhatian dan pengamatan oleh semua pihak.

Keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama iaitu shared responsibility. Ia melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, sektor swasta di semua peringkat dan masyarakat secara amnya. Selain daripada statistik Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof sebutkan tersebut, untuk makluman, di dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai contoh rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya telah mengalami gelombang serangan siber yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ianya menyasarkan sektor kritikal seperti telekomunikasi, penjagaan kesihatan kerajaan serta institusi kewangan yang mana telah mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan dan menggugat kestabilan infrastruktur digital.

Serangan perisian tebusan secara selaras atau Coordinated Ransomware Attacks juga telah pernah melumpuhkan pusat-pusat data kerajaan. Manakala skim pancingan iaitu phishing schemes telah menyasarkan sistem perbankan. Ini antara lainnya adalah untuk mendedahkan kelemahan-kelemahan dengan tujuan untuk menjejaskan kepercayaan orang ramai.

Ancaman siber terutamanya yang melibatkan serangan ke atas infrastruktur kritikal, pencerobohan data dan gangguan kepada perkhidmatan selalunya didalangi oleh kumpulan-kumpulan terancang atau organised groups, advanced persistent threat actors dan juga mungkin state-sponsored.

Dalam hubungan ini, dalam era digital yang semakin pesat, keselamatan siber bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik bagi memastikan kestabilan, keselamatan dan kedaulatan negara. Tidak dapat dinafikan tindak balas yang menyeluruh dan sistematik adalah diperlukan. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada risiko ini. Dalam hubungan ini, di antara langkah-langkah untuk mengukuhkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman siber adalah multi-faceted seperti menerusi usaha-usaha Jawatankuasa Keselamatan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber, agensi Cyber Security Brunei dan agensi-agensi bukan kerajaan, swasta dan juga Persatuan Keselamatan Siber Brunei.

Dalam usaha untuk melindungi infrastruktur maklumat kritikal atau critical information infrastructure di dalam negeri, tumpuan adalah diberikan untuk memastikan rekaan dan binaan adalah resilient. Pemantauan masa nyata telah diperkenalkan dan ditingkatkan melalui Cyberwatch Centre supaya sebarang ancaman dapat dikesan dan diambil tindakan sebelum ianya menyebabkan bahaya atau lebih bahaya. Untuk ini, Brunei Computer Emergency Response Team, BruCERT juga ditubuhkan bagi menangani peristiwa-peristiwa keselamatan siber dan menjalankan cyber drill exercises, ini juga termasuk bekerjasama secara bilateral regional dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Dalam hubungan ini, Agensi Keselamatan Siber Brunei memainkan peranan penting dalam menyatukan usaha kolektif kerajaan, industri dan komuniti untuk melaksanakan strategi perlindungan dengan berpandukan kepada amalan terbaik antarabangsa. Garis panduan pengauditan dan penilaian risiko juga telah diterbitkan untuk digunakan oleh mana-mana pemilik CII bagi menilai tahap risiko dan keberkesanan kawalan risiko siber mereka. Sistem komputer yang digunakan untuk penyampaian perkhidmatan dan fungsi penting kerajaan adalah juga merupakan infrastruktur maklumat kritikal.

Dalam hubungan ini, antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan melalui Pusat Kebangsaan e-Kerajaan adalah dengan mengenal pasti beberapa kelemahan keselamatan dan jurang operasi yang boleh menjejaskan kesinambungan perkhidmatan. Di antara tindak balas kepada penemuan-penemuan tersebut adalah bagi melaksanakan projek-projek seperti pemasangan Next Gen Firewall, melaksanakan active directory refresh, memperkenalkan central account password privileged management, melaksanakan Multifactor Authentication dan pelaksanaan enhance endpoint detection and response.

Seterusnya selaras dengan usaha memperkukuhkan keselamatan infrastruktur digital kerajaan dan kesiapsiagaan secara kolektif, semua pemilik sistem yang ditempatkan di Pusat Data Agensi dikehendaki untuk memastikan sistem kementerian/jabatan masing-masing menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan.

Ini adalah bagi menjaga digital cyber hygiene di One Gorvernment Private Cloud dan memastikan penggunaan sistem operasi dan perisian yang terkini dan supported. Pemasangan perisian keselamatan melaksanakan penaiktarafan segera berasaskan laporan penilaian dan memastikan hanya sistem aktif ditempatkan di pusat data. Dalam menilai tahap kesiapsiagaan kolektif negara, Negara Brunei Darussalam juga turut menyertai penilaian Global Cyber Security Index, GCI yang mengukur komitmen negara terhadap keselamatan siber yang meliputi 5 tonggak iaitu, undang-undang, teknikal, organisasi, pembangunan kapasiti dan kerjasama. Hasil penilaian tersebut bertujuan untuk membantu negara mengenal pasti bidang penambahbaikan dan menggalakkan negara bertindak dalam membina kapasiti dan keupayaan di bawah setiap tonggak. Prestasi negara adalah diukur mengikut 5 peringkat dengan tier 1 adalah yang tertinggi dan tier 5 yang terendah.

Bagi penilaian tahun 2024, Negara Brunei Darussalam telah dinilai dan dikategorikan pada tier 3, iaitu di peringkat establishing secara keseluruhannya. Sekian yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih.

(Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan menaikkan tangan dan menganggukkan kepala kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusofโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua memberikan peluang kepada kaola.

Kaola ingin bertanya, di samping apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi tadi, kaola juga ingin mengetahui sama ada kitani mempunyai sufficient manpower dalam berbagai kemahiran dan kepakaran dalam menangani kemungkinan ancaman siber supaya kitani dapat bersiapsiaga sebelum ianya berlaku. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof atas soalan tambahan tersebut.

Sememangnya di dalam menangani keselamatan siber ini ada juga terdapat 3 pendekatan iaitu people, process dan teknologi. So dari segi sumber manusia, ini adalah salah satu perkara yang juga ditangani melalui kerjasama dengan institusi-institusi tertinggi di Negara Brunei Darussalam untuk mewujudkan kursus-kursus khusus untuk meningkatkan kapasiti negara di dalam menangani isu siber ini.

Dengan timbulnya dengan kehendak Cybersecurity Act ini juga telah mewujudkan new job creation dengan mengadakan Cyber Security Officers di institusi-institusi. And seterusnya dalam menangani isu siber ini, kitani sentiasa reactive kerana evolusi teknologi dan juga ancaman-ancaman yang amat pesat, kitani sentiasa akan reactive kepadanya pada masa ini. Itu saja yang dikongsikan Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang berikutnya iaitu dari Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan di atas pertanyaan mengenai perancangan bagi pengauditan tenaga kerja di semua kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan.

Untuk makluman Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, pengauditan ke atas struktur organisasi dan sumber manusia dalam perkhidmatan awam di setiap kementerian-kementerian di negara ini adalah dalam perancangan di bawah projek Strategic Workforce Audit and Planning atau SWAP yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Projek ini adalah untuk memastikan setiap kementerian bertanggungjawab untuk menambah baik kapasiti sumber manusia khususnya dalam Pertama, penelitian dan penilaian terhadap keperluan sebenar sumber manusia. Kedua, pelaksanaan pengauditan sumber manusia dan perancangan tenaga manusia; dan ketiga, penyusunan semula, reorganising structural reforms organisasi dengan lebih teratur.

Antara lain objektif projek SWAP ini adalah pertama, untuk menilai dan menyemak struktur organisasi bagi setiap kementerian pada masa kini supaya bertepatan mengikut mandat dan fungsi terasnya.

Kedua, menjalankan audit tenaga manusia di setiap kementerian untuk mengenal pasti jurang yang berkaitan dengan kemahiran sumber manusia dan infrastruktur mana-mana fungsi yang boleh digabungkan atau ditiadakan, cabaran atau kegagalan dalam kesalingkendalian perkhidmatan dan organisasi dan kecekapan organisasi; dan ketiga, mengintegrasikan penemuan ke dalam satu matriks yang menggariskan keperluan modal insan setiap kementerian dan menyediakan pelbagai fleksibiliti dalam pengembangan berdasarkan kemampuan fiskal kerajaan. Insya Allah, projek SWAP ini nanti akan dikendalikan oleh pihak yang berkepakaran dan berpengetahuan dalam sumber manusia dan projek ini akan dilaksanakan pada tahun ini dengan tempoh pelaksanaan selama 3 tahun.

Sekian, yang dapat kaola sampaikan, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang keenam daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam yang juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Kaola terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, atas pertanyaan mengenai kesediaan kerajaan dalam melaksanakan dasar waktu kerja fleksibel dalam sektor awam.

Waktu dan hari bekerja bagi warga perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam adalah dikawal oleh Perkara 75 Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Peraturan-Peraturan Am, General Orders, Waktu Bekerja yang mana telah berkuatkuasa semenjak 1 Januari 1962. Sejajar dengan perkembangan semasa dan untuk mengimbangi keperluan kerjaya dan keseimbangan kehidupan atau work-life balance, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam pada masa ini secara berterusan melaksanakan penyelidikan dan penganalisaan yang menyeluruh berkenaan dengan waktu hari bekerja khususnya ke atas dasar sedia ada termasuklah membuat perbandingan dengan sektor swasta di negara ini serta negara-negara yang melaksanakan waktu bekerja fleksibel dalam perkhidmatan awam masing-masing.

Kajian ini turut ditambah nilai melalui penyelidikan dan analisis perbandingan kursus yang meneliti kesesuaian pelaksanaan dasar ini dalam konteks perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam yang sedang dijalankan oleh salah seorang peserta Program Penempatan Kerja Pegawai Perkhidmatan Awam, di Republik Singapura, Kohort 2 pada masa ini. Di samping itu, kajian juga turut melihat kepada penyusunan semula hari-hari bekerja sedia ada iaitu dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu kepada penjadualan yang lebih bersesuaian.

Dalam masa yang sama, peranan teknologi digital adalah mustahak dalam konteks memperkasakan dan memudahkan masyarakat umum untuk melanggan dengan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan sebagaimana jua pengalaman semasa COVID-19 di mana perkhidmatan-perkhidmatan teras di agensi kerajaan dapat dikendalikan secara berterusan dengan pencaturan tenaga kerja di tahap minimal dan manfaatkan sepenuhnya teknologi dalam penyampaian perkhidmatan.

Mengenai dengan susunan hari bekerja Isnin hingga Khamis dan Sabtu kepada penjadualan yang lebih bersesuaian, ianya adalah bertujuan menggalakkan keseimbangan kerja dengan kehidupan, work-life balance. Ini adalah juga selaras dengan keutamaan pelan-pelan tindakan berkaitan yang mendukung inisiatif memelihara kesihatan mental termasuklah di kalangan warga perkhidmatan awam. Berkenaan dengan status inisiatif ini, secara dasarnya ianya berpotensi untuk dilaksanakan tertakluk jua kepada penelitian dan penilaian lanjut di peringkat Jawatankuasa Transformasi Perkhidmatan Awam.

Berhubung dengan pemantauan dan tindakan bagi memastikan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan, pencaturan kerahan tenaga kerja secara berancang adalah penting dalam melaksanakan flexi working hours khususnya untuk memastikan perkhidmatan-perkhidmatan teras tidak terjejas.

Sekian, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, yang dapat kaola sampaikan dan terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang ketujuh iaitu daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bagi soalan seterusnya, terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang sentiasa peka dengan perkembangan digital terutama sekali mengenai Kecerdasan Buatan, Artificial Intelligence di negara ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, sebagaimana yang disebutkan lebih awal tadi bahawa kementerian sedang merangka Digital Brunei Transformation Plan sebagai kesinambungan dan usaha berterusan ke arah merealisasikan visi Negara Pintar. Ini juga termasuk pendekatan Negara Brunei Darussalam terhadap potensi dan kebolehan transformatif Kecerdasan Buatan.

Oleh itu, penglibatan pihak-pihak berkepentingan dilaksanakan bagi memastikan pelbagai aspek berkaitan pendigitalan dan AI diambil kira serta disepadukan dalam usaha merangka Digital Brunei Transformation Plan yang menyeluruh. Pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah pelan rujukan nasional yang komprehensif, inklusif dan relevan selaras dengan keperluan serta aspirasi negara dalam menuju ke arah pembangunan berasaskan teknologi dan inovasi digital.

Berdasarkan penilaian awal yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bersama AITI dan entiti-entiti komersial utama melalui penyediaan Digital Brunei Transformation Plan, kerajaan kini berpeluang secara strategik untuk meleveraged AI di Brunei Darussalam. Dalam menjayakan agenda Digital Brunei, kerajaan berpeluang untuk mengamalkan pendekatan yang seimbang dalam pembinaan ekosistem AI dan strategik lokasinya. Pendekatan ini tidak seharusnya terhad kepada aspek penggunaan AI semata-mata, bahkan juga diperluaskan untuk memperkasa keupayaan negara dalam bidang menghasilkan AI, AI Production serta juga di sepanjang rantaian nilai AI.

Ini termasuk pembangunan infrastruktur AI seperti AI Data Centre dan pembangunan dan latihan sumber manusia dalam bidang AI. Dalam hal ini, satu bengkel yang melibatkan pelbagai stakeholders termasuk agensi kerajaan dan sektor perindustrian akan diadakan pada bulan Ogos ini bagi persediaan Digital Brunei Transformation Plan yang mana akan merangkumi ekosistem AI bagi penggunaan dan penghasilan AI tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan tidak ada halangan bagi AI diguna pakai dalam membantu penjawat awam melaksanakan tugasan seharian untuk meningkatkan produktiviti sektor awam. Melalui infrastruktur yang sedia ada pihak kerajaan melalui Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah memulakan pelaksanaan perlesenan bagi perkhidmatan Microsoft 365 secara perintis bagi menguji kebolehlangsanaan serta menilai kesesuaian penggunaan dalam persekitaran semasa.

Selain itu, pembinaan pembantu maklumat berkuasa, AI Powered Information Assistant seperti chatbox turut dicadangkan untuk memudahkan warga kerajaan mendapatkan maklumat dan dokumen yang diperlukan melalui portal intranet kerajaan sekaligus meningkatkan kecekapan operasi. Ini merupakan langkah awal dalam menerapkan transformatif dalam membantu organisasi sektor awam memodenkan operasi, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan ketelusan sambil memastikan pematuhan terhadap perlindungan data.

Dalam menjalankan peranan ini, AITI akan terus melaksanakan inisiatif seperti menerbitkan garis panduan seperti sebagai rujukan mengenai dengan Personal Data Protection Order mahupun pihak swasta untuk memastikan pematuhan perlindungan data melalui penerapan amalan terbaik dan tatacara perlindungan data di dalam organisasi masing-masing.

Pada bulan Jun 2025, AITI telah menerbitkan Guide On Appointment Of Data Protection Officer dan Guide on Developing And Data Protection Management Programme. Selain itu pada April 2025, AITI juga telah mengongsikan garis panduan urus tadbir dan etika Kecerdasan Buatan, AI bagi Negara Brunei Darussalam. Tujuan garis panduan ini adalah sebagai panduan bagi organisasi yang terlibat dalam membentuk, membangun dan menggunakan AI dengan mengambil kira kerumitan teknologi dan risiko berkaitan sistem AI. Selaras dengan peranan ini, bagi mendokong sebarang perancangan ke arah pembangunan dan mereka bentuk secure in-house generative AI tools, proses ini hendaklah berpandukan kepada prinsip data protection by design. Prinsip ini menekankan amalan bertanggungjawab yang diterapkan dalam sebarang pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan data peribadi, baik untuk penggunaan AI di kalangan penjawat awam mahupun di sektor swasta. Sekian dikongsikan Yang Berhormat Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin mengenai persoalan penglibatan Biro Mencegah Rasuah sebagai ahli panel bebas dalam menentukan perolehan tender-tender kerajaan.

Biro Mencegah Rasuah, BMR merupakan sebuah agensi penguatkuasa undang-undang yang bertanggungjawab untuk mencegah dan memberantas jenayah rasuah di Negara Brunei Darussalam. BMR diberikan kuasa penuh di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) untuk menyiasat sebarang kesalahan berkaitan rasuah sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. BMR juga bertanggungjawab untuk meneliti dan merebiu amalan sistem atau prosedur badan-badan awam yang dikenal pasti yang boleh membuka ruang, loophole kepada perlakuan rasuah dan mencadangkan pembaikan yang boleh mencegah berlakunya rasuah. Di samping fungsi penyiasatan, BMR turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya gejala rasuah serta memupuk nilai integriti dan akauntabiliti melalui program pendidikan pencegahan rasuah, ceramah, bengkel dan jerayawara.

BMR juga pada tahun 2022 telah melaksanakan program training of trainers dengan matlamat untuk memberikan latihan asas kepada pegawai fokal di jabatan, kementerian serta syarikat Government-Linked Companies, GLC agar pegawai-pegawai fokal tersebut dapat memainkan peranan untuk meningkatkan tahap integriti di agensi masing-masing serta membantu ketua jabatan mengenal pasti isu yang perlu diambil tindakan yang boleh dirujuk kembali untuk bantuan BMR.

Berhubung dengan penglibatan dalam urusan perolehan kerajaan, pada masa ini BMR tidak terlibat sebagai ahli panel bebas dalam menilai atau membuat keputusan berkaitan perolehan tender-tender kerajaan. Ini adalah berikutan pertimbangan untuk memelihara kedudukan BMR sebagai agensi penguatkuasa bebas dan untuk menghindari dari kemungkinan persepsi konflik kepentingan khususnya jika terdapat aduan berkaitan rasuah yang mungkin perlu disiasat dari apa jua aspek perolehan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya BMR menerima aduan berkaitan salah laku atau kesalahan dalam proses perolehan tender yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131), BMR mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.

Sekian yang dapat koala sampaikan Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang kesembilan iaitu dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Menyentuh mengenai kemajuan dalam digitalization dan kesiapsagaan terhadap integrasi AI yang juga diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Dimaklumkan bahawa kejayaan transformasi digital bukan sekadar terletak pada penggunaan teknologi semata-mata tetapi juga kepada keupayaan untuk meningkatkan kecekapan proses dan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Walaupun penggunaan kertas tidak dipantau secara langsung, digitalisasi berperanan sebagai alat penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada kertas dan mempercepatkan urusan.

Sehubungan dengan itu, kita menjalankan pengurangan penggunaan kertas secara berterusan melalui perlaksanaan perkhidmatan guna sama yang baharu seperti Form BN dan SpeRe. Projek Sistem Pengurusan Rekod, SpeRe ialah inisiatif digital oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, EGNC di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai salah satu projek di bawah projek Kemajuan Rancangan Ke-12.

Ia bertujuan membangunkan sistem pengurusan rekod yang selamat, boleh diakses di mana-mana dan menggalakkan kerjasama serta perkongsian maklumat. Projek ini merangkumi pembangunan aplikasi, pendigitalan dokumen, panduan dasar, latihan dan penambahbaikan proses kerja. Fasa awal melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Manakala projek Form BN merupakan sebuah platform pembina borang digital, Digital Form Builder Platform yang dikhususkan untuk kegunaan agensi kerajaan sahaja. Form BN dibangunkan bagi menggantikan proses borang manual yang berasaskan kertas yang boleh digunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan iaitu government active directory yang sah. Secara langsung ini meningkatkan jumlah perkhidmatan digital dalaman dan luaran kerajaan.

Sehubungan dengan itu, sepertimana yang dimaklumkan awal tadi, melalui infrastruktur yang sedia ada, pihak kerajaan melalui Pusat Kebangsaan E-Kerajaan juga telah memulakan pelaksanaan perlesenan bagi perkhidmatan Microsoft 365 secara rintis, bagi menguji kebolehaksanaan serta menilai kesesuaian penggunaannya dalam persekitaran semasa terutama sekali bagi kegunaan sektor awam.

Dalam pada masa yang sama, pihak kementerian juga sedang meneroka beberapa potensi penggunaan teknologi seperti Generative AI, termasuk penggunaan Microsoft Copilot secara dalaman. Perkara ini juga akan diteliti di dalam penyediaan Digital Brunei Transformation Plan tersebut dan seterusnya akan dibincangkan dengan semua kementerian.

Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, beberapa perkhidmatan kerajaan telah disediakan secara dalam talian, online services melalui platform gov.bn. Sehingga Jun 2025 sebanyak 86 buah sistem kerajaan telah dibangunkan dan 253 buah perkhidmatan boleh dilayari melalui platform berkenaan. Dari segi penyediaan perkhidmatan kerajaan yang boleh diakses secara mobile application adalah sebanyak 21 buah aplikasi di antaranya adalah aplikasi TransportBN, BruHealth, Blood Card dan Mengalinga. Dari segi perlaksanaan projek-projek transformasi digital di bawah RKN ke-12, sukacita dikongsikan bahawa sebanyak 103 projek transformasi digital yang telah dihadapkan oleh kementerian-kementerian dan institusi-institusi pengajian tinggi yang telah dibincangkan dan disokong mengikut tatacara mesyuarat Chief Information Officer Forum.

Sejak tahun 2022, mesyuarat CIO Forum telah membincangkan mengenai proses dan urus tadbir bagi menghadapakan projek-projek transformasi digital di bawah RKN ke-12, yang mana projek-projek berkenaan hendaklah menghadapakan sokongan dari mesyuarat CIO Forum. Kejayaan pendigitalan kerajaan bukan sekadar dinilai dari banyak sistem yang telah didigitalkan atau peratusan pencapaian digital. Justeru ianya lebih kepada pendekatan holistik dan kebergantungan kepada beberapa faktor termasuk proses pendigitalan secara keseluruhan, end-to-end digitalization.

Penambahbaikan proses, proses improvement dan juga pengurusan dan pemantauan change management. Seperti mana yang kita lihat mana-mana sistem yang tidak mengambil kira atau menangani faktor tersebut dengan berkesan akan mewujudkan lebih banyak ketidakcekapan dalam masa panjang. Oleh yang demikian, beberapa langkah berterusan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan pelaksanaan projek-projek di bawah setiap kementerian melalui penambahbaikan ke atas Rangka Kerja Pengurusan Projek, Project Management Framework yang telah dimandatkan untuk diguna pakai dalam memantapkan lagi tadbir urus pengurusan projek-projek transformasi digital.

Beberapa inisiatif dan pemberigaan taklimat kepada kementerian-kementerian mengenai bengkel Rangka Kerja Pengurusan Projek, Project Management Framework dan juga perkhidmatan guna sama iaitu government shared services juga telah dijalankan oleh pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan pada tahun 2024.

Pemberigaan ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat kepada pengurus-pengurus projek bagi memupuk kefahaman mengenai rangka kerja berkenaan agar projek-projek digital transformasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. Dalam pada itu, pihak agensi juga telah mengadakan bengkel Business Process Improvement secara pilot dengan satu kementerian pada November 2024 dengan tujuan menambah baik business process yang sedia ada.

Memandangkan sambutan yang mengalakkan dari hasil bengkel yang diadakan terdapat perancangan bagi meneruskan bengkel berkenaan kepada semua kementerian yang disasarkan bagi business users dan process owner perkhidmatan kerajaan. Penyediaan bengkel ini diasratkan bukan saja untuk menyokong pendigitan perkhidmatan kerajaan melalui proses penambahbaikan proses-proses yang sedia ada bahkan ia merupakan stepping stone bagi pendekatan proaktif dan strategik dalam melaksanakan change management.

Sekian dikongsikan Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang ke sepuluh iaitu daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin yang juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Minta maaf nampaknya Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee suka untuk menambah soalannya. Silakan.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yeeโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Soalan kaola/saya itu sangat mudah sahaja. Kaola cuma ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapakah peratus kemajuan terkini dalam pendigitalan. Saya ingin tahu nombor berapa peratus. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada masa ini saya tidak ada nombor peratus tetapi yang dikongsikan ini nombor-nombor jumlah sistem tapi peratus daripada semua perkhidmatan kerajaan yang didigitalkan mungkin saya akan perlu kembali kepada Majlis untuk memberikan perangkaan tersebut.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Soalan yang seterusnya iaitu daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Kaola terlebih menjunjung kasih pada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin di atas pertanyaan mengenai langkah bagi membendung isu kelewatan hadir di tempat kerja dan awal balik kerja bagi pegawai dan kakitangan di samping sistem SSM iaitu Sistem Sumber Manusia dan cara bagi mengelak manipulasi sistem SSM di mana rakan kerja mencatat kedatangan bagi pihak mereka yang belum di pejabat.

Ada pun pemantauan kehadiran dan ketepatan waktu-waktu bekerja seperti mana yang digariskan dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 27/1984 adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan supaya waktu bekerja berkenaan dipatuhi. Salah satu ciri dalam Borang Penilaian Prestasi Tahunan dalam perkhidmatan awam adalah juga ciri disiplin dan integriti kerja seperti ketaatan waktu bekerja iaitu datang, keluar waktu bekerja dan kehadiran dalam pejabat atau off-site. Dalam usaha melaksanakan pemantauan yang lebih berkesan ke atas pelaksanaan peraturan berkenaan dan juga mengelakkan sistem dimanipulasi seperti rakan kerja mencatat kedatangan bagi mereka yang belum di pejabat, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA akan menyediakan aplikasi mudah alih SSM yang mempunyai kaedah pengesahan menggunakan teknologi biometrik antaranya seperti facial recognition.

Selain daripada itu, perancangan lain termasuk penggunaan pengesahan dua faktor iaitu two-factor authentication sebagai langkah tambahan sistem kehadiran SSM. Sebagai contoh, penggunaan imbasan jari iaitu fingerprint dan Code QR. Mengadakan sistem intregasi akses bangunan dengan SSM seperti menggunakan Radio Frequency Identification, RFID juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan tambahan.

Melalui SSM juga ada menyediakan pangkalan data kehadiran yang membolehkan record tracking dilaksanakan. Maklumat-maklumat ini kemudiannya akan dapat membantu dalam membuat analisis dan mengenal pasti kehadiran warga perkhidmatan awam secara keseluruhan. Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Waktu pertanyaan telah pun selesai dan kita sekarang berpindah kepada urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulisโ€‹

Perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035 sekarang kita teruskan dan untuk tidak membuang masa saya mempersilakan Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasirโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam memastikan pelaksanaan gerak kerja dan matlamat ke arah negara maju tahun 2023 dapat dicapai dengan jayanya. Selain daripada itu, baginda juga memberi penekanan dengan cabaran-cabaran emerging issues global yang akan dihadapi dan ditangani secara bersepadu melalui pendekatan senegara.

Dalam era globalisasi dan teknologi yang berkembang pesat salah satu cabaran terbesar yang sedang kita hadapi ialah emerging issues global yang berkaitan dengan revolusi digital dan Kecerdasan Buatan, AI. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang bersifat sementara tetapi merupakan satu arus perubahan struktur ekonomi dan sosial yang mendalam dan berterusan. Antara cabaran utama pertama, perubahan drastik dalam jenis pekerjaan. Banyak pekerjaan konvensional kini diganti oleh automasi dan teknologi pintar. Ini secara langsung mengubah permintaan pasaran buruh di mana kemahiran teknikal dan digital menjadi keutamaan. Kedua, ketidaksamaan akses digital, digital divide. Golongan yang tidak memiliki akses kepada teknologi atau internet berisiko ketinggalan terutama di kawasan-kawasan pedalaman atau dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Ketidaksamaan ini akan terus melebar jika tidak ditangani secara inklusif; dan Ketiga, keperluan kemahiran baharu. Wujud keperluan mendesak untuk melahirkan modal insan yang celik digital, berkeupayaan menyelesaikan masalah kompleks dan mampu beradaptasi dengan teknologi masa depan. Ini termasuk kemahiran dalam AI, sains data, keselamatan siber dan reka bentuk sistem digital.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jika cabaran ini tidak ditangani dengan strategi yang jelas, ini boleh menjejaskan tiga matlamat utama Wawasan Brunei 2035 iaitu Pertama, Rakyat Berpendidikan dan Berkemahiran tinggi. Belia yang tidak mendapat peluang latihan semula atau pendidikan digital akan ketinggalan dalam pasaran kerja global. Kedua, Ekonomi Dinamik dan Berdaya Tahan. Tanpa adaptasi terhadap ekonomi digital, negara akan kehilangan daya saing dan peluang pelaburan strategik; dan Ketiga, Kualiti Hidup yang Tinggi. Ketinggalan dalam teknologi boleh menyumbang kepada peningkatan ketidaksamaan sosial dan ekonomi. Ini termasuklah usaha memperkenalkan dan melaksanakan Pelan Transformasi Digital yang menyeluruh ke arah sistem digital sepenuhnya di sektor awam dan swasta.

Transformasi ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam tetapi juga bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital negara yang seajar dengan tuntutan Revolusi Industri 4.0 dan keperluan semasa pasaran global. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah Pertama, pendigitalan proses kerja iaitu e-Government. Menyediakan perkhidmatan kerja secara dalam talian yang lebih mesra pengguna, cepat dan telus bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua, automasi dan intelek dalam pengurusan data. Menggunakan teknologi seperti AI dan Big Data untuk membantu dalam membuat keputusan berasaskan data dalam sektor awam dan perniagaan swasta. Ketiga, meningkatkan lestari digital dalam perkhidmatan awam. Melatih kakitangan kerajaan dan swasta dengan kemahiran digital asas dan lanjutan agar tidak berlaku jurang teknologi dalam pelaksanaan sistem Baharu. Keempat, Kerjasama Awam Swasta, PPP dalam inovasi digital. Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan aplikasi platform dan infrastruktur digital tempatan untuk menyokong pelaksanaan transformasi ini; dan Kelima, jaminan keselamatan siber. Memastikan semua sistem digital yang dibangunkan dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk melindungi data rakyat dan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dengan adanya Pelan Transformasi Digital ini, Negara Brunei Darussalam bukan sahaja akan lebih bersedia mendepani cabaran global malah akan dapat mempercepatkan pencapaian Wawasan Brunei 2035 dalam membina sebuah negara yang berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan dalam dunia digital masa hadapan.

Langkah ke arah pendigitalan sepenuhnya sama ada di sektor awam mahupun swasta adalah sejajar dengan aspirasi matlamat strategik dan haluan dasar Social Blueprint Negara Brunei Darussalam khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan sosial melalui pendidikan senegara. Usaha ini bukan hanya tertumpu kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan semata-mata tetapi turut menjadi pemangkin kepada Pertama, inovasi sosial dan ekonomi negara. Kedua, transformasi digital berperanan besar dalam merangsang inovasi tempatan, membuka peluang pekerjaan baharu serta memperkukuh ekosistem keusahawanan yang lebih mampan dan kompetitif. Ketiga, pendekatan yang inklusif dan selamat. Transformasi ini bukan dilaksanakan secara inklusif, memastikan tiada golongan yang tercicir terutamanya warga luar bandar, belia, warga emas dan golongan rentan. Dalam masa yang sama, keselamatan siber dan perlindungan data peribadi mestilah menjadi keutamaan dalam setiap inisiatif digital; dan Keempat, menyokong aspirasi Smart Nation. Dengan kerjasama pelbagai pihak, kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan masyarakat, kita mampu membina Brunei sebagai sebuah negara pintar, Smart Nation yang bukan sahaja maju dari segi teknologi tetapi juga bijaksana dalam penggunaannya, beretika dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Dengan ini adalah amat penting untuk kita terus melangkah dengan keyakinan berpandukan dasar dan aspirasi negara agar transformasi digital ini benar-benar menjadi pemacu utama kepada pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekali gus mendekatkan lagi kita kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Pelan Transformasi Digital ini tidak hanya tertumpu kepada pendigitalan sistem dan perkhidmatan tetapi turut memberi penekanan kepada inovasi produk-produk tempatan sebagai satu komponen penting di dalam menjana pertumbuhuan ekonomi negara. Fokus ke arah inovasi produk tempatan yang mana usaha ini bertujuan untuk Pertama, meningkatkan produktiviti industri tempatan. Teknologi digital seperti automasi Kecerdasan Buatan, AI dan analisis data membolehkan pengusaha tempatan meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan kos operasi serta menambah nilai kepada produk mereka. Kedua, memperluas kebolehpasaran di peringkat domestik dan global melalui pendigitalan usahawan tempatan boleh menembusi pasaran antarabangsa melalui e-dagang, platform global dan promosi digital menjadikan produk Made in Brunei dikenali dan diyakini.

Ketiga, mengekalkan pembangunan produk inovatif. Pendekatan ini juga akan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, R&D dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti, lestari dan berdaya saing; dan Keempat, melahirkan usahawan digital. Belia dan usaha muda akan didorong untuk menjana idea-idea kreatif seperti berinovasi dalam sektor pertanian, makanan, perkhidmatan dan teknologi melalui inkubator, geran dan program pemerkasaan.

Akhirnya, Pelan Tranformasi Digital yang menyeluruh ini akan memberi ruang luas kepada rakyat Brunei khususnya golongan belia dan PMKS untuk berdaya saing di pasaran global sambil mengekalkan jati diri dan kualiti produk tempatan. Inilah yang kita hasratkan dalam membina ekonomi yang inklusif, lestari dan bedaya tahan. Seterusnya menyumbang secara langsung kepada mencapai Wawasan Brunei 2035. Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negaraโ€‹

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihanโ€‹

Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. (Doa dibaca).

Assalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama-tama, kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada kaola untuk sama-sama ikut serta dalam membahaskan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengenai Wawasan Brunei 2035.

Alhamdulillah, banyak kemajuan yang ketara dapat dicapai melalui 3 Blueprint yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Blueprint-Blueprint tersebut ialah Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint.

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Di antara kemajuan yang telah dicapai dari segi ekonomi, usaha mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas melalui pembelbagaaian seperti industri petrokimia contohnya Brunei Methanol Company dan pembangunan sektor pembuatan logistik dan perkhidmatan kewangan. Dari segi pendidikan dan belia, reformasi kokurikulum SPN21, peningkatan score PISA dan acara libat urus belia seperti coffee talk. Dari segi penjagaan kesihatan dan kualiti hidup, pembedahan pemindahan hati pertama telah berjaya dilaksanakan pada 1 Februari 2025.

Kejayaan-kejayaan ini tercapai atas komitmen sepadu daripada berbagai agensi berkepentingan. Ianya menyumbang kepada sebahagian daripada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Namun ada juga cabaran-cabaran yang dihadapi. Salah satunya ialah majoriti rakyat masih kurang faham atau tidak terlibat secara langsung dengan visi. Satu tinjauan menyatakan, 95 peratus warga Brunei tidak faham tentang Wawasan Brunei 2035. Mereka tahu menyebutnya tetapi tidak tahu maksudnya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Menurut dokumen Social Blueprint, prinsip yang memandu Social Blueprint adalah dilihat dari ekosistem yang lengkap meliputi Wawasan Brunei 2035, Majlis Kebangsaan Isu Sosial, MKIS dan komitmen-komitmen antarabangsa yang selaras dengan prinsip-prinsip utama Maqasid Syariah Social Blueprint ini mendukung aspirasi Wawasan Brunei 2035 dengan matlamat-matlamat strategik yang sejalan dengan pencapaian kebangsaan yang telah dikenal pasti di bawah matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu kualiti kehidupan rakyat yang tinggi. Majlis Kebangsaan Isu Sosial berperanan penting dalam mengenal pasti dan menangani isu-isu sosial di negara ini. Majlis Kebangsaan Isu Sosial telah mengenal pasti 12 isu utama yang dilihat secara senegara iaitu kemiskinan, rumah daif, pengangguran, security sosial, mentaliti masyarakat, kegiatan tidak bermoral, pencegahan jenayah, warga emas, Orang Kelainan Upaya, OKU, institusi keluarga, wanita dan kanak-kanak.

Pelan-pelan tindakan dibawah jawatankuasa-jawatankuasa MPS bagi menangani isu-isu sosial tersebut juga selaras, diselaraskan dengan aspirasi Social Blueprint termasuk dalam penyediaan dasar, akta ataupun program melibatkan pelbagai agensi peneraju dan keahlian daripada agensi-agensi masing-masing.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola ingin membahas salah satu daripada 12 isu utama tersebut tadi iaitu kemiskinan. Sebagai menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035, untuk memperkasa kualiti hidup rakyat serta merealisasikan aspirasi sifar kemiskinan iaitu zero poverty. Izinkan kaola mengemukakan satu persoalan yang kaola yakin ianya turut menjadi perhatian agensi-agensi yang berkepentingan dan orang-orang awam. Sehingga kini negara kita masih belum mempunyai satu definisi rasmi dan ukuran kemiskinan yang dapat dijadikan ukuran nasional. Ketiadaan garis pandu yang seragam menyukarkan usaha untuk mengenal pasti secara objektif golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan pada masa yang sama menilai keberkesanan program kebajikan dan sokongan sosial yang telah dirangka dan dilaksanakan.

Apa yang perlu diperhatikan ialah perkara ini telahpun dirancang secara dasar seawal tahun 2011, di mana terdapat cadangan untuk membangun garis kemiskinan berdasarkan dapatan tinjauan perbelanjaan isi rumah kebangsaan namun setelah lebih satu dekat berlalu, garis kemiskinan tersebut masih belum dimuktamadkan. Persoalannya apakah cabaran utama yang menyebabkan perkara ini masih belum direalisasikan dan apakah langkah seterusnya yang sedang dirancang untuk menyempurnakan usaha penting ini?

Sehubungan dengan itu, kaola mencadangkan agar agensi-agensi berkepentingan mempertimbangkan keperluan untuk membangun satu penanda aras kemiskinan nasional yang bukan sahaja berasaskan pendapatan tetapi turut mengambil kira aspek kemampuan asas. Akses kepada perkhidmatan penting dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

Kaola juga percaya bahawa perlaksanaan inisiatif ini akan lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak whole of nation termasuk ketua-ketua kampong sebagai pemantau di peringkat akar umbi seperti yang telah dilaksanakan pada masa ini demi memastikan bantuan agihan dengan lebih adil, tulus dan berkesan dan juga sebagai menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk memperkasa kualiti hidup rakyat dan merealisasikan aspirasi sifar kemiskinan iaitu zero poverty. Sekian, semoga bermanfaat. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjongโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dihormati sekalian. Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola untuk menyertai rakan-rakan bagi menyokong sepenuhnya usul Wawasan Brunei 2035 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II pada hari Isnin, 4 Ogos 2025 yang lalu.

Wawasan Brunei 2035 adalah ilham sendiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana ianya bukan sahaja aspirasi malah ia merupakan satu hala tuju kita jelas untuk memastikan negara kita menjadi sebuah negara maju yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi, taraf hidup yang berkualiti serta ekonomi yang mampan dan dinamik. Baginda menegaskan bahawa Wawasan 2035 bukan sekadar satu perancangan jangka panjang, tetapi merupakan amanah besar yang wajib dilaksanakan oleh semua pihak. Kerajaan adalah pemacu utama dalam merealisasikan wawasan ini.

Namun, kejayaan sebenar bergantung kepada kerjasama bersepadu di antara pihak kerajaan, sektor swasta, masyarakat awam, pemimpin akar umbi dan rakyat jelata. Dengan hanya tinggal kurang daripada 10 tahun sebelum kita mencapai tahun sasaran tersebut, kita harus menilai secara jujur sejauh mana kita telah bersedia menghadapi cabaran dan merealisasikan matlamat yang telah digariskan.

Wawasan Brunei 2035 menetapkan tiga matlamat utama Pertama, Rakyat yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi. Ini adalah menetapkan matlamat untuk melahirkan warganegara yang berpendidikan, berpengetahuan serta memiliki kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang profesional dan teknikal. Ini penting bagi memenuhi keperluan sektor ekonomi moden dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Kedua, Taraf Hidup Rakyat yang Berkualiti. Kerajaan komited dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pembangunan, sistem kesihatan, pendidikan, perumahan, perkhidmatan sosial dan keselamatan yang berkualiti. Ini termasuk usaha untuk menjamin persekitaran yang bersih, sihat dan selamat serta kehidupan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani; dan Ketiga, Ekonomi Negara yang Dinamik dan Mampan. Dalam konteks ekonomi, wawasan ini mensasarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pelbagai, tidak hanya bergantung kepada sektor minyak dan gas, penekanan diberikan kepada pembangunan sektor ekonomi lain seperti pertanian moden, pelancongan, perkhidmatan kewangan Islam, industri kreatif dan teknologi maklumat.

Sebagai pemimpin akar umbi yang berinteraksi secara langsung dengan rakyat, saya melihat sendiri cabaran dan keperluan mereka. Saya bertekad untuk terus menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat, memastikan dasar-dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan benar-benar betul dan memberi manfaat kepada komuniti. Antara peranan yang perlu digalas iaitu fokus dalam bidang kebajikan sosial dan kemudahan perumahan untuk rakyat.

Tugas seorang pemimpin akar umbi bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara melalui pengurusan dan menyelaras maklumat rakyat yang layak menerima bantuan supaya bantuan disampaikan dengan adil, cepat dan tepat. Tidak boleh membiarkan mana-mana rakyat tercicir dari arus pembangunan. Menjadi penghubung antara agensi kebajikan dan rakyat yang memerlukan bantuan sama ada dari segi perumahan, pendidikan anak-anak, kesihatan atau keperluan lain.

Menganjurkan Program Gotong Royong dan Ziarah Warga Emas dan sokongan komuniti untuk memupuk nilai kepedulian sosial. Dari segi keselamatan, bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa dan keselamatan seperti Polis Diraja Brunei dalam menjaga keamanan mukim dan kampung. Mewujudkan budaya saling peka dan saling menjaga antara jiran tetangga melalui Program Pengawasan Kejiranan Kampung. Melaporkan segera sebarang aktiviti mencurigakan atau ancaman sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan sebagainya.

Dari segi kesejahteraan rakyat, memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti air bersih, elektrik, jalan raya, pusat kesihatan dan pendidikan. Menyuarakan keperluan dan isu-isu rakyat kepada pihak berwajib secara konstruktif dan berterusan. Menggalakkan penyertaan rakyat dalam aktiviti pembangunan kampung agar mereka merasai hak milik terhadap kemajuan komuniti mereka sendiri. Fokus dalam bidang ekonomi yang merupakan tunjang penting dalam pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Ekonomi Brunei masih banyak bergantung kepada hasil minyak dan gas yang tertakluk kepada ketidaktentuan harga pasaran global. Langkah kerajaan telah menggalakkan sektor bukan minyak seperti teknologi pelancongan, pertanian moden dan ekonomi digital. Usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan sektor-sektor baharu yang mampan seperti industri halal, pelancongan dan ekonomi digital.

Penggalakan pelabur asing dan domestik. Brunei perlu menjadi destinasi yang mesra pelabur dengan memperkukuhkan infrastruktur perniagaan, mempercepat proses perlesenan dan memperbaiki ekosistem keusahawanan untuk menarik lebih ramai pelabur asing dan menggalak perniagaan tempatan berkembang. Peningkatan tenaga kerja tempatan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan latihan teknikal lebih ramai rakyat tempatan akan dapat menyertai sektor swasta dan berperanan secara aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Pemimpin akar umbi seperti penghulu, ketua kampung dan ahli majlis perundingan kampung memainkan peranan penting dalam mempromosi ekonomi kampung, mendorong dan membimbing projek-projek ekonomi berasaskan kampung seperti kraftangan, pertanian, perikanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS. Program 1K1P bukan sekadar produk tetapi simbol kekuatan dan potensi komuniti kampung. Dengan pendekatan yang menyeluruh, inklusif dan strategik kita yakin bahawa lebih ramai penggiat dapat dilahirkan sekali gus menyumbang secara langsung kepada matlamat Wawasan Brunei 2035.

Marilah kita sama-sama menyokong, membimbing dan membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui 1K1P. Dengan melaksanakan strategi-strategi ini, Program 1K1P bukan sahaja akan memberi platform keusahawanan tetapi juga akan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar, menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi negara, mengukuhkan jati diri dan kebanggaan terhadap produk tempatan dan menjana pertumbuhan ekonomi inklusif yang menyeluruh. Produk 1K1P seringkali hanya dijual di ekspo atau gerai fizikal menyebabkan keterbatasan pasaran. Cadangan agar ditempatkan bangunan khas yang mudah diakses semua orang di semua daerah. Diharap sokongan bersepadu antara kerajaan, sektor swasta, NGO dan penduduk kampung amat penting agar 1K1P menjadi tunggak kemajuan sosioekonomi negara menjelang 2035 dan seterusnya. Tidak dinafikan bahawa kerajaan telah berusaha dalam meningkatkan keberkesanannya dan apa yang diharapkan adalah keberdayatahanan, sustainability. Keberhasilan wawasan ini tidak cukup jika hanya sampai ke tahun 2035. Ia mesti membina asas yang kukuh dan berpanjangan untuk generasi yang akan datang.

Untuk mengakhiri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan dan semua yang terlibat dalam merangka dan melaksanakan Wawasan Brunei 2035, satu pelan pembangunan jangka panjang yang amat penting bagi masa depan negara kita dengan kerjasama rakyat jelata, pemimpin tempatan mampu menjadikan Wawasan Brunei 2035 satu kenyataan yang bukan hanya dicapai tetapi diwariskan dengan kukuh. Sekian Wabillahit taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Petuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan suasana dewan kita yang agak dingin, maka izinkanlah saya untuk mencadangkan supaya mesyuarat kita ini kita tangguhkan selama 15 minit bagi membolehkan kita berehat sebentar dan insya Allah kita akan mendengar ahli-ahli yang lain untuk membahaskan Usul yang dicadangkan ini.

(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sambung semula perbahasan kita mengenai dengan Usul Wawasan Brunei 2035 dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memulakan perbahasan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim (doa dibacakan). Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menyampaikan ucapan di dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sebelum kaola memulakan perbahasan kaola, kaola ingin memohon bagi membawakan satu pembetulan yang mana merujuk kepada peraturan-peraturan mesyuarat khususnya Peraturan 12(5) yang berkaitan dengan sangkaan ataupun assumption dan bukannya berdasarkan fakta atau maklumat yang betul.

Sehubungan dengan ini, kaola sukacita memohon bagi kenyataan yang diutarakan sewaktu perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin yang berbunyi contohnya: โ€œapakah erti pencapaian akademik jika 1000 ke 1500 pelajar setiap tahun keluar persekolahan masih belum mampu membaca dan mengira dengan baik?โ€ merujuk Penyata Rasmi, Hansard, Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 pada hari pertama, muka surat 28 ke 29 untuk diperbetulkan atau mungkin boleh ditarik balik.

Ini berdasarkan penelitian kementerian bahawa fakta dan maklumat yang diberikan tersebut tiada sumber data yang sahih dan dikhuatiri ini boleh mengelirukan orang awam. Perkara ini juga bercanggah dengan data sahih yang ada di dalam simpanan kementerian. Ini kerana berdasarkan penilaian tahap kemahiran literacy pelajar melalui student learning survey ataupun SLS yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pada bulan Januari hingga Februari 2025, 94 peratus pelajar yang tahun lepas berada dalam Tahun 9 mempunyai proficiency literacy dalam Band 5 dan ke atas. Sementara itu, dalam penilaian yang sama jumlah pelajar yang masih berada dalam Band 1 yang tertinggi direkodkan adalah seramai 195 ataupun 5 peratus pelajar bagi Tahun 1.

Berdasarkan keputusan Penilaian Brunei Cambridge GCE peringkat 'O' 2024 pula, dari sejumlah pelajar yang tidak memperoleh kredit dalam semua mata pelajaran, 755 dari 888 pelajar ataupun 93 peratus masih berjaya mencapai tahap lulus dalam beberapa mata pelajaran yang diduduki. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pelajar-pelajar berkenaan masih memiliki asas literacy dan numeracy sekurang-kurangnya tahap minima untuk menjawab soalan peperiksaan. Pada tahun 2023, 740 dari 789 pelajar adalah dalam kategori ini iaitu 94 peratus.

Jika pun sekiranya kita mengandaikan pelajar yang memperoleh gred 9 ataupun ungraded pada semua mata pelajaran yang diambil itu tidak boleh membaca dan tidak boleh mengira dengan baik, maka pada tahun 2024 hanya 56 pelajar atau 7 peratus pelajar sahaja berada di dalam kategori ini dan bukannya 1000 hingga 1500 seperti yang telah dinyatakan.

Kaola juga tertarik dengan pendekatan teori Maslow dalam pendidikan yang telah dirujuk oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin di dalam Usul beliau. Hierarchy keperluan Maslow ini masih digunakan secara meluas dalam pendidikan namun menerima pelbagai kritikan moden. Antara kritikan utama ialah keperluan manusia tidak semestinya dipenuhi secara berurutan kerana ia bersifat dinamik dan dipengaruhi oleh faktor dalaman serta luaran. Oleh itu, hierarchy ini perlu dilihat dari konteks yang lebih relevan dengan abad ke-21 termasuk perubahan gaya hidup, perkembangan teknologi dan keperluan dalam sistem pendidikan masa kini. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Bagaimana Yang Berhormat mendapat angka yang Yang Berhormat sebutkan?

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidinโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Untuk pengetahuan, data yang kaola pamerkan dianalisis, di analyze dari data-data yang dikumpul dari published data termasuk MOE published exam, result announcement dan MOE education statistics 2018, tracking menyusul progress kejayaan kohort PSR 2013, 6 ribu pelajar dan kohort PSR 2015, 6453 pelajar yang lulus sijil PSR hingga ke peringkat O level dan yang masuk ke A level, ITB dan Politeknik. Mungkin naratif yang kaola ingin sampaikan sini ialah naratif mengenai terdapat pelajar yang keluar alam persekolahan yang masih belum mampu membaca dan mengira dengan baik.

Kaola mungkin tertinggal definisi, functional illiteracy yang dimaksudkan sebagai kekurangan upaya menggunakan kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap yang mempermudahkan mereka untuk hidup berfungsi dengan berkesan. The word is functional illiteracy yang mungkin telah tertinggal apabila kaola mengucapkan definisi pelajar yang kurang bernasib baik dan jika ini menjadi sebab ketidaksenangan MOE dan penjawat pendidikan, kaola memohon maaf tetapi bukan hajat untuk mengelirukan tetapi untuk menunjukkan bahawa dari data yang telah dipublished dengan kohort tahun 2012 dan PSR 20, eh, 2023, PSR 2015 itulah analisis yang kita capai bahawa lebih 1,000 dan ke 1,400 pelajar yang ikut tahun itu tidak dapat meneruskan beyond โ€˜Oโ€™ Level. Begitu lah daripada data yang abis peramba collect.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya juga kurang yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat terdahulu sebab adalah tidak berkemungkinan, apa namanya, deduction yang dibuat oleh Yang Berhormat mengenai dengan penuntut-penuntut yang, apa namanya ni, dikatakan tidak boleh membaca dan menulis atau mengira sehingga datang kepada ia mencapai ataupun ia menduduki peperiksaan โ€˜Oโ€™ Level.

Saya kira adalah satu, apa namanya ni, bukanlah lagi satu generalisation tetapi satu keadaan yang barangkali mengejutkan bagi kitani semua. So that deduction, itโ€™s not true.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidinโ€‹

Kalau begitu Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memohon dibenarkan menarik statement itu tetapi mengatakan bahawa ada segelintir pelajar yang masih kurang menguasai daripada quota yang daripada figure yang kaola quote 1,000 kepada 1,500 kita gunakan quote figure yang telah, yang akan diaudit, kalau boleh diaudit oleh kementerian untuk memastikan berapa ramai yang sebenarnya yang tercicir tidak mempunyai kelulusan sebab mandatory education memaksa mereka yang ikut terus belajar jika walaupun diketahui kemampuan mereka untuk mencapai mendapat 'O' Level kurang sebab mandatory education memaksa mereka untuk duduk periksa dan jika mereka diberi peluang diberitahu awal bahawa mereka tidak akan berjaya, alternative route untuk membagi mereka kepintaran dan usaha vokasional sebelum mereka mencapai umur 18, ah, sebagai sebelum menduduki 'O' Level.

Kalau begitu, kaola memohon kebenaran dan ihsan untuk menarik balik figure yang kaola quote dan menggunakan audit figure yang sewajar untuk menunjukkan bahawa ada penuntut yang telah tergelincir. Mohon perkenan Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih. Sebagai orang yang pernah berkecimpung dalam, apa namanya ni, arena pendidikan, saya kira apa pun cohort yang kitani bincangkan setentunya kanak-kanak walaupun barangkali kitani akui bahawa intellectual capacity-nya berlainan ataupun perkembangan intellectuality, actual intelligence-nya barangkali berbeza tetapi sesudah ia memasuki persekolahan setentunya ia dididik ataupun, dianu, diteliti oleh guru-guru yang berkenaan dan kita mempunyai sukat-sukat ataupun kita mempunyai mechanism yang mana kanak-kanak yang berkenaan ditentukan tahap-tahap kemampuannya untuk menduduki sesuatu peperiksaan adalah tidak mungkin bagi saya menerima bahawa seorang penuntut menduduki peperiksaan seperti O Level tidak tahu membaca, menulis atau mengira.

Saya kira rakan kita di sebelah kiri (ketawa kecil) juga akan mengakui keadaan ini sebab ia juga pernah berkecimpung dengan arena pendidikan, inda. Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Mominโ€‹

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sepanjang kerjaya kaola memanglah dalam bidang pendidikan. Kita sudah ada, apa namanya, dasar bahawa kanak-kanak itu dari sekolah rendah lagi sampai Tingkatan 5, sekarang ani, Year berapa tu ah, Year 10 barangkali ah tidak ada sistem penahanan Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Walaupun kiranya mereka tidak mahir dalam 3R tapi mereka diteruskan jua tidak ada penahanan. Jadi ada kemungkinan juga kanak-kanak ini inda mempunyai asas 3M tapi diteruskan. Ganya kalau misalnya kanak-kanak itu lemah dalam 3R, patut ada recovery remedial classes pada masa mereka atu dan mungkin mereka ada kebolehan yang lain Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kerana kalau kitani menguji dengan ujian yang sama.

Misalnya orang yang pandai berenang dan orang yang menaik pokok, anu apa ni ah, hasilnya inda sama. Mungkin ada yang gagal, ada yang tidak.

Jadi barangkali perlu ada transformasi kaedah penilaian kanak-kanak inda semestinya pencil and test atau menguji, ah, ingatan. Tapi untuk misalnya kalau kaola dulu darjah rendah kalau sifir atu, sifir 1 sampai 12, darjah 1 sudah hafal tu Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Tapi ada kanak-kanak masani ada yang inda hafal tu.

So mangkali, atulah mangkali dinilai semulalah cara kaedah pengajaran pedagogy dan assessment. Saya kaola inda pulang, anu apa namanya, sebenarnya kaola dengan Yang Berhormat Haji Salleh Bostaman cuba men-track-lah kanak-kanak yang dari primary school tu yang tahun 2013 kah 2015 dan diikuti macam mana ada yang gagal mencapai inda beroleh โ€˜Oโ€™ Level bah Yang Berhormat Yang Di-Pertua jadi mangkali itulah...

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Itu Saya faham tetapi barangkali standardnya anak ini sebagai mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri bahawa ada kanak-kanak yang memasuki, apa namanya ni, peperiksaan โ€˜Oโ€™ Level berkemungkinan tidak mempunyai kapasiti ataupun kebolehan untuk menjawab soalan-soalan secara betul ataupun tepat dari dalam peperiksaan โ€˜Oโ€™ Level tetapi tidak bermakna yang penuntut yang berkenaan itu tidak tahu membaca, menulis ataupun mengira. Atu yang anunya inda. Pasal apa daripada gap di antara ia keluar daripada Tahun 5, tahun berapa antadi ni, nya kitani anu PSR sampai ia ke daripada kepada Tahun 10, tentulah ada sukat-sukat kitani yang ditentukan yang kanak-kanak atu, apa namanya, diberikan, ah, pertolongan oleh guru-guru yang berkenaan.

Jadi sungguhpun saya sendiri barangkali juga Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali, kitani punya anu information on this ..anu ani...a bit out of date oleh sebab bisdia lebih mengetahui dan lebih mengetahui apa yang dibuat oleh diorang tetapi saya percaya bahawa even during our time, even during our time it is not possible, for any child to enter โ€˜Oโ€™ Level with blank knowledge of not able to read, to write and to do simple calculation because we have instituted help all along bagi kanak-kanak atu yang inda dapat catch up walaupun kitani mengucap ia mangkali ia lemah tetapi kitani cuba untuk memberikan kedidia seberapa boleh kemampuan untuk sekurang-kurangnya mendapat gred 10 ataupun gred 11 dalam peperiksaan yang berkenaan. But even then, kita akui bahawa it is impossible for them not to know soalan atu langsung.

Unless we come up with, I am sorry to say lah, but unless we come up with a stupid fool. Even that is a very unfair judgement on my part, there is no child that should be considered as stupid fool because every child has got that capability, every child...sebab atu barangkali Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin akan ingat bahawa apabila kitani introduce SPN21, our main aim is to ensure that every child no matter who they are, what they are, should be able to shine and able in whatever capacity yang ia dapat and we should be able to help them, that is kitani punya aim.

Anyway, so I hope (ketawa kecil), I am so sorry, I am also very passionate about this because I have been involved in this field and I feel that I have to stand up to support Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan punya stand.

So I am glad that Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin has withdrawn his remarks. Silakan Datin.

Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ€‹

Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas sokongan tersebut.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang izinkan kaola menyambung hujah kaola bagi usul perbahasan mengenai Wawasan Brunei 2035.

Alhamdulillah, kurang daripada satu dekad lagi Negara Brunei Darussalam akan melangkah ke tahun 2035, tahun yang begitu signifikan kerana ia menandakan detik penting dalam mengukur sejauh mana aspirasi negara melalui Wawasan Brunei 2035 telah dicapai. Dalam tempoh yang semakin hampir ini, sektor pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan tiga matlamat utama Wawasan Brunei 2035.

Matlamat pertama, Wawasan Brunei 2035 adalah untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Bagi menjayakan matlamat ini, dua hasil pencapaian kebangsaan telah ditetapkan dan telah diterjemahkan secara lebih terperinci melalui enam Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan ataupun NKPI. Sebuah pelan induk pembangunan modal insan Manpower Blueprint telah dihasilkan yang menjadi landasan penting dalam merancang dan menyelaras pembangunan modal insan negara agar selari dengan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

Oleh yang demikian, NKPI-NKPI ini akan terus dipantau kesesuaiannya agar lebih relevan dan responsif kepada cabaran serta keutamaan pembangunan masa kini dan masa hadapan. Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, usaha dalam mencapai sasaran bagi matlamat ini sebenarnya mula dirangsang melalui sistem pendidikan yang telah membawa kepada perubahan-perubahan utama. Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 ataupun SPN21 yang diperkenalkan pada tahun 2008 telah melakar dan menyumbang ke arah perkembangan pendidikan melalui inisiatif-inisiatif strategik, lalu apakah perubahan utama yang dibawa oleh SPN21.

SPN21 membawa tiga perubahan utama. Yang pertama adalah struktur sistem pendidikan, penyusunan semula penyediaan laluan pembelajaran yang responsif terhadap keupayaan dan kecenderungan pelajar serta pasaran kerja. Inilah yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua sebentar tadi iaitu multiple pathway. Perubahan kedua, kurikulum dan penilaian. Perubahan ini melibatkan pengemaskinian kandungan dan kaedah pembelajaran yang lebih fokus kepada perkembangan kemahiran abad ke-21 dan memastikan pelajar mampu berdaya tahan dan berjaya dalam era emerging technologies. Perubahan ketiga, transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET dengan mewujudkan sebuah sistem TVET yang lebih dinamik dan berorientasikan industri sejajar dengan keperluan ekonomi negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola/saya masih ingat pengalaman kaola/saya sebagai pelajar dulu di mana dalam pertandingan bahas akan ada pencadang dan jua pembangkang. Tapi pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini, Alhamdulillah, kita semua adalah pencadang di mana kita semua mempunyai satu tujuan, satu usul iaitu untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035. Banyak saranan telah dikongsikan, terdapat juga inisiatif yang akan, sedang dan telah dilaksanakan, soalan yang baik, bukti kebijaksanaan, kekhuatiran yang sama, kita rasakan, percambahan minda, kitani perlukan, kerjasama dan sokongan, capai kejayaan. Oleh yang demikian, berdasarkan pandangan dan saranan tersebut kaola, saya akan mengongsikan inisiatif pencapaian serta cabaran dalam perjalanan menuju Wawasan 2035 khususnya bagi matlamat satu. Bersama kita renungkan perkongsian ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Seiring dengan pengamatan dan saranan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sejak pengenalan SPN21, Kementerian Pendidikan melalui empat pelan strategik telah memberikan keutamaan kepada inisiatif berikut. Inisiatif pertama, pengukuhan pembelajaran dan pengajaran melalui program seperti school-based assessment for learning, program bimbingan literacy dan numeracy, sokongan pembelajaran dan pengajaran blended learning. Inisiatif kedua, penyediaan korikulum dan penilaian yang relevan dan inklusif termasuk pendidikan khas dan pendidikan awal kanak-kanak. Inisiatif ketiga, program perkembangan profesional bagi pemimpin sekolah ataupun SLP dan tenaga pengajar. Inisiatif ini telah menghasilkan peratus guru yang mencapai gred 4 dan ke atas dari 20.99% pada tahun 2020 kepada 44.4% pada tahun 2024; dan Inisiatif keempat, program pengambilan guru. Proses penilaian, pemilihan dan sokongan pengambilan tenaga pengajar telah dikemaskkan melalui Program Immersi dan Program Perantis serta initial teacher preparation yang juga ditawarkan oleh Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, SHBIE, telah dinaik taraf ke peringkat sarjana iaitu Master of Teaching yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Inisiatif kelima, Skim Perkhidmatan Perguruan, SPG, dan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam, SPTA. Skim Perkhidmatan Perguruan, SPG, telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2008 dan Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik, SPTA mula diperkenalkan pada tahun 2014 yang memberikan pengiktirafan kepada tenaga pengajar untuk meningkatkan taraf profesionalisme. Inisiatif keenam, memperkukuh infrastruktur pendidikan ke arah persekitaran pembelajaran kondusif, mampan dan digital. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah pengurusan prasarana menggunakan facility management, pembinaan dan penambahbaikan prasarana pendidikan, transformasi digital, school network infrastructure upgrade dan projek infrastruktur hijau dan pendidikan lestari.

Inisiatif ketujuh, penyediaan kerangka-kerangka pendidikan bagi pelbagai pendekatan pembelajaran seperti kerangka pendidikan khas, literasi kewangan, pendidikan awal kanak-kanak, sokongan pembelajaran ataupun learning support, pembelajaran teradun ataupun blended learning, kerangka kelulusan Brunei Darussalam, BDQF dan sebagainya. Inisiatif kelapan, penyediaan program-program yang memenuhi keperluan industri seperti penawaran program inkubasi dan sokongan startup keusahawanan, program latihan praktikal ataupun internship dan bengkel kerjaya, penerapan AI, AR dan VR dan teknologi moden untuk pembelajaran secara individu dan praktikal, dan penyesuaian Program TVET dengan keperluan industri. Inisiatif kesepuluh, internationalisation ataupun globalisation dan student mobility seperti kerjasama rentas agensi dan komuniti platform ASEAN bagi mobility dan pensejajaran dan penjalanan dasar dan penglibatan aktif dalam rangkaian dan pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEM, ICESCO, SEAMEO, UNESCO dan STEPon.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataโ€™ala setelah hampir dua dekad perjalanan kita dalam menuju aspirasi bagi mencapai Matlamat 1 melalui pelaksanaan sistem pendidikan Abad Ke-21 ataupun SPN21 berikut dikongsikan beberapa pencapaian. Pertama, pencapaian akademik pelajar. Kaola saya sukacita merujuk kepada soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada hari Isnin, 4 Ogos yang lalu mengenai dengan pencapaian pelajar.

Hasil dapatan analisis dari gabungan 4 penilaian kemahiran pelajar atau psychometric assessments iaitu The National Study of Student Competencies in Mathematics and English and CME yang dibuat pada tahun 2008. NASC ataupun National Assessment of Student Competencies 2014, Student Assessment Tracker, SAT 2018 dan Student Learning Survey, SLS daripada tahun 2021 hingga tahun 2024 telah menunjukkan prestasi kemahiran pelajar meningkat dari tahun 2008 hingga tahun 2024 bagi domain literasi Bahasa Inggeris. Peningkatan ini amat ketara dari 59 peratus pelajar tahun 4 mencapai tahap minima kemahiran atau Basic Literacy Skills pada tahun 2008, peratus ini telah meningkat kepada 99 peratus pada tahun 2024. Yang lebih menggembirakan, jumlah yang berada di tahap independent reader juga meningkat dari 4 peratus dari tahun 2008 menjadi 44 peratus pada tahun 2024. Bagi pelajar tahun 6, juga menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar pada tahap Emerging Independent Readers dan Independent Readers dari 57 peratus pada tahun 2008 kepada 99 peratus pada tahun 2024.

Di samping itu, analisis data juga mendapati korelasi yang tinggi antara data-data penilaian psychometric ini dengan prestasi pelajar dalam PISA 2018 dan PISA 2022. Trangulasi data ini telah memperkukuhkan lagi validasi temuan penilaian prestasi pelajar. Kelebihan utama menggunakan penilaian-penilaian psychometric ini ialah, data ini diperolehi, data yang diperolehi dapat dibandingkan kerana ia menggunakan beberapa soalan yang sama atau linked items serta menggunakan skala tahap kemahiran yang sama. Selain itu, data ini membolehkan Kementerian Pendidikan menggunakannya untuk penjejakan prestasi pelajar secara longitudinal.

Di samping ini, juga kaola saya bagi pihak Kementerian Pendidikan sangat menghargai dan berterima kasih kepada mantan-mantan pemimpin Kementerian Pendidikan yang terdahulu yang telah menerajui satu sistem penilaian yang sangat relevan sehingga ke hari ini untuk menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan. Lebih satu dekad berlalu, proses penilaian ini ternyata dapat membantu menilai sejauh mana usaha yang selama ini dijalankan berjaya atau sebaliknya.

Bagi pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam pula, memang terdapat penurunan peratus pelajar dalam penilaian sekolah rendah ataupun PSR yang mendapat gred A to C pada tahun 2024. Analisa menggunakan Rasch model mendapati pelajar yang menduduki PSR pada tahun 2024 merasakan items dalam kertas soalan peperiksaan adalah mencabar, intepretasi pada dapatan ini adalah sama ada items tersebut melebihi tahap pembelajaran atau pelajar belum mencapai kompetensi yang dijangkakan atau pelajar merasakan kesukaran dalam memahami soalan. Bagi peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O' Level dan IGCSE pencapaian jumlah pelajar.

(Loceng Berbunyi)

Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ€‹

Kaola memohon bagi kaola meneruskan penghujahan kaola.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Silakan Datin.

Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ€‹

Bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O' Level dan IGCSE pencapaian jumlah pelajar calon sekolah memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' Level menunjukkan tren peningkatan sebanyak 0.33 peratus iaitu daripada 44.69 peratus pada tahun 2023 kepada 45.02 peratus pada tahun 2024. Bagi peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'A' Level jumlah pelajar calon sekolah yang memperolehi sekurang-kurangnya 3 'A' Level keatas menunjukkan tren peningkatan sebanyak 7.93 peratus iaitu daripada 67.83 peratus pada tahun 2023 kepada 75.76 peratus pada tahun 2024.

Pencapaian kedua, University Ranking. Universiti Brunei Darussalam, UBD dan Universiti Teknologi Brunei, UTB masing-masing berada dalam kedudukan ke 75 dan 134 dalam QS Asia University Ranking 2025. Manakala Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA berada di kedudukan 201 hingga 300 dalam World University Ranking for Innovation, WURI 2025.

Pencapaian ketiga, iaitu pencapaian sains dan inovasi pelajar di peringkat serantau dan antarabangsa. Beberapa pencapaian inovasi di peringkat serantau dan antarabangsa melalui program-program pertandingan yang telah diraih oleh pelajar-pelajar antaranya Anugerah Brunei ICT Awards, BICTA, Anugerah Asia-Pacific ICT Alliance, APICTA, Anugerah Crown Prince Creative, Innovative, Product and Technological Advancement, CIPTA, Anugerah World Skills dan Shell Eco-Marathon.

Pencapaian keempat. Kadar kemasukan ke peringkat pasca menengah. Pencapaian bagi kemasukan ke peringkat pasca menengah adalah meningkat daripada tahun 2011 ke 2024 adalah meningkat sebanyak 41.1 peratus daripada 68.8 peratus kepada 109.9 peratus. Pencapaian kelima, tahap kepuasan majikan. Kajian kepuasan majikan bagi graduan pengajian tinggi menunjukkan kadar yang memuaskan pada tahun 2023 iaitu 80.2 peratus. Pencapaian keenam, pengiktirafan penghasilan akademik antarabangsa, program akademik dan fakulti-fakulti turut diakui oleh badan-badan antarabangsa seperti Coursera, ABET, ACCA, AACSB dan EFMD. Manakala beberapa tenaga akademik telah diiktiraf sebagai penyelidik dan saintis teratas di dunia dan memenangi pelbagai anugerah diperingkat global.

Terdapat juga kolaborasi dalam penyelidikan bersama institusi-institusi terkemuka, penghasilan keseluruhan penerbitan akademik diperingkat pengajian tinggi setakat Mac 2024 juga telah merekodkan sebanyak 9,859 penerbitan dengan petikan ataupun citation berjumlah 124,120.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dirancang sudah, dilaksana pun sudah,Langkah diatur tanpa jemu,Cabaran dan halangan menggiring mudah,Semangat membara demimu ilmu.

Di sebalik pelbagai pencapaian yang telah direkodkan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif pendidikan, Kementerian Pendidikan turut berhadapan dengan beberapa cabaran yang memerlukan perhatian yang berterusan serta tindakan strategik yang bersepadu dari pelbagai pihak di luar sektor pendidikan.

Antara cabaran-cabaran yang dikenal pasti adalah. Pertama, berdasarkan data gabungan 4 penilaian psychometric, pencapaian pelajar kemahiran numeracy masih belum menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding pencapaian dalam literacy bahasa Inggeris. Ini bererti ada keperluan untuk meneliti semula kaedah pembelajaran-pembelajaran yang diguna pakai pada masa ini dan meneroka program-program intervensi yang lebih berkesan;

Cabaran kedua, kapasiti institusi pasca menengah yang masih terhad, peningkatan jumlah yang tergolong dalam kategori Not in Employment, Education, or Training, NEET menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan ekosistem peralihan dan kesinambungan persekolahan ke pasca-menengah dan ke alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, usaha sedang giat dilaksanakan untuk meluaskan lagi akses peluang pembelajaran ke institusi-institusi pasca-menengah seperti membangun dan menambah prasarana, penyediaan program-program baharu dan mengembangkan institusi-institusi pengajian tinggi swasta.

Cabaran ketiga, mismatch antara penawaran dan permintaan graduan dengan peluang pekerjaan kekal menjadi cabaran seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof serta beberapa lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa pebaha-san usul Wawasan 2035. Pada tahun 2023, kadar keboleh kerjaan graduan hanya mencatatkan 64% dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian menunjukkan keperluan untuk memperkukuh perancangan program-program pengajian tinggi.

Sebagai langkah penambahbaikan, Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada pembangunan sistem maklumat pasaran buruh ataupun LMIS bersama PPTM selaras dengan perancangan di bawah Manpower Blueprint. LMIS akan membantu institut pengajian tinggi merancang program berdasarkan keperluan industri dan maklumat pasaran kerja terkini yang relevan. Di samping itu, pendekatan Feature Analysis ataupun FA Model akan digunakan untuk menilai dan menambah baik prestasi program pengajian secara berterusan. Keberkesanan model ini bergantung kepada ketersediaan data, pasaran buruh yang lengkap dan tepat sebagai asas pada penilaian berasaskan bukti.

Cabaran keempat, kemajuan global yang pesat juga telah membawa kepada keperluan bagi melaksanakan perubahan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja yang berterusan. Sebagai usaha untuk merapatkan jurang kemahiran, Kementerian Pendidikan telah membukakan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat ataupun lifelong learning melalui program-program upskilling dan reskilling. Ini juga memerlukan sokongan berterusan dari pihak industri dalam penyediaan program-program kemahiran yang relevan. Cabaran kelima, kekurangan tenaga pengajar terlatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan khas juga boleh menjejaskan dan memberi kesan terhadap penyediaan pendidikan yang inklusif dan holistik sejalan dengan piawaian antarabangsa dan nisbah guru kepada pelajar bagi pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan khas. Kementerian Pendidikan sedang merangka proses pengambilan tenaga pengajar di samping menawarkan in-house training bagi tenaga pengajar yang sedia ada dalam bidang ini.

Cabaran Keenam, perkembangan teknologi yang pesat termasuk penggunaan Artificial Intelligence, AI juga turut menimbulkan cabaran baharu dalam menerapkan kemahiran literasi digital di kalangan pelajar dan tenaga kerja di Kementerian Pendidikan. Alhamdulillah, Kementerian Pendidikan sedang membentuk satu rangka kerja AI Framework for Education System dan Garispanduan Generative AI Guidance for Schools. Pembangunan kerangka ini memerlukan pengamatan terperinci mengambil kira isu-isu berkaitan AI yang sentiasa berkembang. Di samping itu, kemahiran pendidikan juga mengukuhkan pendidikan dan kemahiran STEAM ataupun SES agar lebih bersistematik untuk memfokus kepada kemahiran abad ke-21 menerusi pendekatan Project Based Learning ataupun PRBL, Inquiry-based Learning dan Problem-based Learning; dan

Cabaran Ketujuh, Kementerian Pendidikan turut berdepan dengan cabaran dalam memastikan penyediaan dan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan secara menyeluruh, pemantauan berasaskan data dan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan. Dalam perkara ini, Kementerian Pendidikan memerlukan sokongan berterusan dari semua pihak.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Berdasarkan pencapaian yang telah dikongsikan serta cabaran yang dihadapi, persoalannya, di manakah kedudukan kita dalam mencapai keenam-enam KPI kebangsaan bagi matlamat pertama Wawasan Brunei 2035?

Alhamdulillah, kita kini berada di landasan yang tepat menuju ke arah pencapaian matlamat yang telah digariskan. Salah satu KPI Kebangsaan iaitu jumlah institusi pengajian tinggi berada dalam kedudukan 20 peratus teratas diperingkat global dan atau Asia telah mencapai sasaran manakala bagi 5 KPI Kebangsaan lagi terdapat peningkatan daripada baseline. Ini menunjukkan bahawa kita berada dalam trajectory yang tepat. Ini memberi gambaran bahawa segala usaha serta inisiatif yang dilaksanakan menunjukkan impak yang positif. Kementerian Pendidikan akan terus mengambil pendekatan yang progresif agar sentiasa relevan dan mampu menyumbang kearah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perjalanan kita masih belum berakhir dan kita masih mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan memerlukan sokongan dan kerjasama berterusan dari semua pihak. Di kesempatan ini, kaola saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan dan penglibatan semua.

Ilmu ditimba sepanjang usia,Jati diri teguh terbina;

Dengan kerjasama dan usaha berjaya, Wawasan tercapai demi negara.

Demikianlah sahaja yang dapat kaola saya kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Sekian Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya rasa cukup sekian kita berunding mengenai berbahas mengenai dengan Usul ini pada pagi ini.

Insya Allah, kita akan menyambungnya semula apabila kita bersidang semula nanti pada jam 2.30 tengahari. Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara disambung semula pada petang ini dengan kita meneruskan perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035.

Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

(Doa dibaca). Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebenaran untuk menyertai perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035 ini yang mencakupi perlaksanaan inisiatif serta perancangan strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam menyokong Wawasan Brunei 2035.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyokong secara berterusan ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 melalui pelbagai inisiatif strategik yang tertumpu kepada peningkatan produktiviti dalam sektor utama dan pelancongan, kepelbagaian ekonomi dan pembangunan yang mampan.

Ini termasuk penerapan teknologi moden, pengukuhan kapasiti pengeluaran dan pencarian pelaburan asing. Inisiatif ini juga melibatkan beberapa bidang penting. Pertama, dalam sektor pertanian. Kementerian berusaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik melalui penerapan teknologi pertanian moden seperti pertanian pintar dan hidroponik di samping menggalakkan amalan pertanian yang mampan. Matlamat utama adalah untuk mengukuhkan sekuriti makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import serta menggalakkan eksport. Kedua, dalam sektor perikanan, tumpuan diberikan kepada penghasilan hasil akuakultur dan pemprosesan melalui kaedah yang mampan, pengurusan sumber perikanan yang berkesan dan pembangunan industri hiliran. Ini merangkumi penggalakkan penternakan ikan dalam sangkar dan udang secara komersial; dan. Ketiga, sektor perhutanan diurus secara mampan untuk memastikan pemeliharaan biodiversiti dan sumber hutan sambil menerokai potensi ekonomi melalui produk hutan bukan berasaskan kayu, carbon trading dan ekopelancongan.

Di samping itu, Kementerian ini juga memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pelancongan. Ini termasuk pembangunan produk pelancongan baharu yang menarik seperti pelancongan berasaskan komuniti, ekopelancongan, wellness dan juga pelancong pengembaraan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan. Usaha mempromosi di peringkat antarabangsa juga secara intensif dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negara Brunei Darussalam.

Kementerian ini juga menjalin kerjasama yang erat dengan pihak berkepentingan lain termasuk sektor swasta dan institusi pendidikan untuk memastikan perlaksanaan inisiatif-inisiatif ini berlangsung dengan lancar dan berkesan. Inisiatif dan strategi dan program-program dalam meningkatkan dan memperkukuhkan industri-industri ini telah kaola kongsikan secara terperinci dalam ulasan dan kenyataan kaola semasa Permesyuaratan Musim Pertama tahun ini. Kesemua inisiatif ini adalah sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk mencapai ekonomi yang dinamik dan mampan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Brunei.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kementerian ini juga menggalakkan dan berusaha menarik penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian dan perikanan melalui perlaksanaan program-program yang dirancang dengan teliti seperti program pendedahan belia-belia yang berpotensi untuk menceburi bidang pertanian berteknologi tinggi. Setakat ini sebanyak sepuluh siri program telah dilaksanakan yang melibatkan secara keseluruhan seramai 180 orang belia. Kedua, Program Projek Rintis. Ketiga, Program Penambahan Kawasan. Keempat, Program Belia Berpadi; dan Kelima, Program Agripreneur Belia yang dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan institusi-institusi kewangan untuk merangka mekanisme Skim Pinjaman Kewangan, start-up capital khusus bagi penglibatan belia dalam bidang pertanian.

Selaras dengan KPI nasional untuk menyokong pembangunan persekitaran mampan, Kementerian terus melaksanakan inisiatif strategik yang meintegrasikan prinsip ekonomi pekeliling dengan sektor-sektor di bawah tanggungjawab termasuk pertanian lestari berteknologi moden seperti pertanian vertikal, hidroponik dan akuaponik yang mengurangkan penggunaan tanah, air dan baja di samping mengurangkan sisa dan membolehkan kitaran nutrien yang lebih cekap.

Pengurusan sisa organik dan pengkomposan melalui prlaksanaan pertanian regeneratif, regenerative agriculture bagi menghasilkan baja organik, mengurangkan keperluan baja kimia dan meningkatkan kesuburan tanah. Penggunaan Recirculative Aquaculture System, RAS bagi penternak ikan dan udang yang mengurangkan penggunaan air dan mengitar semula sisa buangan ikan sambil mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Pemanfaatan sisa perikanan juga dengan menggalakkan pemprosesan sisa ikan menjadi produk bernilai tinggi yang dapat mengurangkan sisa buangan dari industri perikanan.

Penggunaan teknologi pintar dengan meintegrasikan Artificial Intelligence dan juga tenaga solar mesra alam bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta menyokong kelestarian alam sekitar sekaligus memacu pertumbuhan sektor perikanan di negara ini. Mempergiatkan usaha pemeliharaan hutan termasuk perlindungan hutan simpan, pencegahan pembalakan haram dan mitigasi perubahan iklim melalui penerapan karbon selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 ke arah Negara Hijau. Kementerian turut komited memperkasakan pemeliharaan biodiversiti dan mengurus pengurusan lestari menerusi dasar dan plan strategik National Biological Resources (Biodiversity) Policy dan Strategic Plan of Action.

Akhir sekali membangunkan ekopelancongan berasaskan hutan secara bertanggungjawab, menjana pendapatan sambil mempromosikan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan hutan. Secara keseluruhan inisiatif Kementerian ini merupakan langkah proaktif menyokong Wawasan Brunei 2035. Melalui pengurangan sisa, penggunaan sumber secara optimum dan pemulihan ekosistem semula jadi, usaha ini bukan sahaja melindungi alam sekitar, malah mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan, ke arah Brunei Darussalam yang makmur dan lestari untuk generasi akan datang.

Seterusnya, Kementerian akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan penghasilan bagi pasaran domestik melalui peningkatan produktiviti, di samping melaksanakan strategi berorientasikan eksport bagi menyokong pertumbuhan perniagaan perusahaan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Usaha ini turut melibatkan pemerkasaan peranan Food Competent Authorities, meningkatkan kapasiti pengeluaran, dan pematuhan piawaian bagi membolehkan pengiktirafan dan akreditasi di pasaran antarabangsa.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kementerian ini juga turut melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuhkan industri pelancongan, salah satu sektor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara, berpandukan Pelan Hala Tuju Industri Pelancongan, Tourism Roadmap. Inisiatif, strategi dan program berkaitan pengukuhan sektor ini juga telah diperincikan dalam ulasan dan kenyataan kaola semasa Mesyuarat Musim Pertama tahun ini.

Sehubungan itu, kaola ingin mengongsikan perkembangan semasa yang sedang giat dilaksanakan, antaranya ialah Pertama, promosi dan pemasaran dengan penyertaan strategik dalam empat ekspo pelancongan dan empat sesi jaringan perniagaan di China, United Arab Emirates, Korea dan Indonesia kolaborasi dengan international influencers bagi mempromosi menyasarkan audiens global, lawatan suai kenal untuk ejen pelancongan dari pasaran berpotensi Australia, India, Jepun, Indonesia dan United Kingdom dengan fokus kepada niche pelancongan pengembaraan, golf, scuba diving kerjasama dengan platform pelancongan dalam talian seperti Ctrips, Agoda dan Skyscanner; penjenamaan semula Kenali Negara Kitani, dengan lebih 50 pakej budaya, alam semula jadi dan pelayaran sungai bagi memacu pelancongan domestik Brunei MYCE 2025 yang berlangsung dari bulan Jun hingga Julai berjaya menarik 5,000 peserta melalui 30 acara bertemakan Islam, alam sekitar, teknologi dan isu semasa.

Kedua, dari segi pembangunan produk. Sesi Jaringan Perniagaan-ke-Perniagaan, B2B yang diadakan pada Mei 2025 melibatkan pelbagai industry players termasuk MPK, penyedia produk pelancongan, agensi pelancongan, pengurus acara dan sektor penginapan bagi merangsang kerjasama strategik ke arah pembangunan pakej pelancongan yang tersusun dan bersepadu; dan Ketiga, meningkatkan kualiti dan standard perkhidmatan pelancongan. Ini termasuk tour guides, perkhidmatan hotel dan restoran. Kementerian dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan telah melaksanakan program pendidikan dan latihan bagi memperkukuhkan profesionalisme serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Inisiatif ini juga turut menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi dan mengukuhkan Rangka Tindakan Sosial, Social Blueprint. Bagi mengukuhkan sektor pelancongan mampan dan berdaya tahan, Kementerian menganjurkan Sustainable Economy Forum dan Workshop: Naturally Brunei - Pathways to Sustainable Growth pada 17 Julai 2025 bersama ASEAN-Business Advisory Council Brunei, yang menjadi platform perkongsian ilmu dan komitmen terhadap pembangunan lestari. Turut diadakan, bengkel Enhancing Value through Nature Tourism: Designing Sustainable Tourism Product yang memberi pendedahan praktikal terhadap, berkaitan pelancongan berasaskan alam semula jadi.

Bagi menyelaras dan memacu semua kelestarian secara berkesan, Sustainable Tourism Transformation Committee telah ditubuhkan bagi mengenal pasti inovasi, melaksanakan langkah praktikal, serta memantau dan melaporkan kemajuan secara berkala, ke arah sektor pelancongan yang lebih bertanggungjawab, inklusif dan berdaya tahan.

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sebagai rumusan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam memperkasa usaha kepelbagaian ekonomi dan pembangunan yang lestari serta mampan.

Sumbangan Kementerian ini amat signifikan dalam mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan sosial, termasuk memperkukuhkan sektor bukan minyak dan gas seperti sekuriti makanan, pelancongan, serta memastikan perlindungan alam sekitar terus terpelihara. Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan bergantung kepada whole of government dan whole of nation Approach. Ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama yang padu antara pelbagai pihak berkepentingan.

Secara amnya, kerjasama erat di kalangan kementerian dan agensi kerajaan adalah penting dalam menggubal dasar, perundangan dan peraturan yang business-friendly dan seterusnya menjayakan program dan projek dengan lancar dan efisien. Penglibatan sektor swasta juga penting. Sektor swasta adalah penggerak dan pemacu perekonomian negara. Melalui model kerjasama awam-swasta, PPP akan dapat membolehkan pihak swasta terutama sekali pihak MSMEs berganding bahu dengan sektor awam terlibat secara aktif di dalam pembangunan ekonomi dan seterusnya dapat membantu menggerakkan dan memajukan ekonomi negara.

Selain itu juga, pelaburan langsung asing juga diharap memberi spin-off perniagaan bagi syarikat tempatan dan seterusnya menjana peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan, dan penglibatan komuniti, menerusi program-program pembangunan komuniti dan kesedaran awam untuk memastikan masyarakat tempatan memahami dan menyokong inisiatif inisiatif kementerian ini.

Ini termasuk penglibatan akar umbi melalui MPM/MPK dalam aktiviti-aktiviti perekonomian secara proaktif. (Lonceng dibunyikan) dengan adanya sinergi pendekatan whole of government dan whole of nation approach ini, kementerian yakin akan memberi sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035, memastikan Brunei Darussalam berkembang sebagai sebuah negara yang makmur, lestari, dan berdaya saing di peringkat global di samping menjana peluang pekerjaan bagi anak tempatan.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim (doa dibaca). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola mengucapkan terima kasih di atas kebenaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola ikut serta dalam perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035 sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola bersetuju bahawa usaha-usaha untuk mengukuhkan pelaksanaan strategik dan pelan-pelan tindakan adalah menjurus kepada mencapai matlamat-matlamat utama Wawasan Brunei 2035, yang dijalankan melalui Blueprint-Blueprint yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II semasa menyampaikan Usul Wawasan Brunei 2035. Blueprint-Blueprint yang diterajui oleh kementerian-kementerian yang berkenaan memerlukan pendekatan whole of nation khususnya dalam melaksana usaha-usaha dan menangani cabaran-cabaran yang mendatang.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Pendekatan senegara amat penting kerana ia menjamin keselarasan, keberkesanan dan kesepaduan dalam pelaksanaan dasar, strategi dan inisiatif di peringkat kebangsaan. Ia dapat mengelakkan pertindihan usaha serta memastikan setiap pihak memainkan peranan yang saling melengkapi. Di samping itu dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kepemilikan bersama dalam usaha membangun negara. Apabila rakyat merasakan diri mereka sebagai sebahagian daripada penyelesaian, bukan sekadar penerima manfaat, malah mereka akan lebih bersemangat untuk menyumbang ke arah kejayaan bersama. Gabungan usaha pelbagai sektor dengan hala tuju yang jelas dan sama akan memperkukuh tahap akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Dalam menghadapi cabaran seperti pandemik, bencana alam, perubahan iklim dan sebagainya, pendekatan senegara membolehkan negara bertindak balas secara pantas, kolektif dan berkesan sekali gus memperkukuh ketahanan nasional. Pendekatan ini juga penting dalam menyokong transformasi digital, pemerkasaan inovasi dan pembangunan mampan memandangkan kejayaan perubahan struktur memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak. Kesimpulannya, pendekatan senegara bukan sekadar satu slogan tetapi merupakan keperluan strategik bagi memastikan setiap usaha membina masa depan negara dilaksanakan secara bersepakat demi meraih keberkatan dan kejayaan bersama.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam melaksana pelan strategiknya bagi tahun 2023 hingga 2027 telah menyelaras usaha-usaha dalam mendukung Wawasan Brunei 2035 yang berteraskan kepada tiga aspirasi iaitu Keselamatan dan Kesejahteraan, Transformasi Pembangunan Bandar dan Daerah dan Komuniti serta Tadbir Urus Yang Baik dan Perkhidmatan Berkualiti. Bagi mendukung matlamat pertama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti termasuk memperkenalkan rangka kerja kompetensi penghulu mukim dan ketua kampung pada bulan Mei 2025.

Perkara ini adalah pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mewujudkan generasi baru penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung yang lebih berkaliber dan berfikiran luas, lebih-lebih lagi dengan mengambil kira bahawa semakin ramai golongan belia telah mula menceburi bidang kerjaya sebagai penghulu mukim dan ketua kampung. Apa yang diharapkan dengan program-program latihan yang berstruktur ini akan dapat membentuk, meningkatkan dan mengamalkan budaya berintegriti, berkepimpinan dan tidak caram mata dalam memeduli hal ehwal kemaslahatan masyarakat.

Selain itu, program pembangunan kapasiti termasuk latihan keselamatan dan kecemasan juga disasarkan kepada masyarakat awam, penuntut sekolah, sektor kerajaan dan sektor swasta secara berterusan melalui program Community Based Disaster Risk Management dan School Based Disaster Risk Management.

Program ini adalah usaha kementerian khasnya dan kerajaan amnya untuk memberikan pengetahuan pada masyarakat mengenai tindakan awal atau persiapan awal dalam menghadapi insiden kecemasan dan bencana alam. Pada tahun 2024 sahaja berdasarkan perangkaan yang diterima daripada Talian Darussalam 123, daripada 1.2 juta aduan yang diterima sama ada melalui aplikasi WhatsApp, e-mel dan panggilan telefon ke 123, lebih 654 ribu panggilan adalah dibuat berdasarkan aduan yang diterima dari masyarakat mukim dan kampung masing-masing. Dari jumlah tersebut, 91 peratus aduan telah pun selesai diambil tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Ini menunjukkan keprihatinan penghulu mukim dan ketua kampung dan kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dalam mengelinga kesejahteraan rakyat dan penduduk di mukim dan kampung.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Bagi mendukung matlamat kedua, pelbagai infrastruktur kemudahan termasuk di mukim dan kampung telah pun disediakan, dinaik taraf dan dibaik pulih. Sebagai contoh, sejak tahun 2022 sehingga 2025, kerja-kerja penambahbaikan jambatan di Kampung Ayer, menaik paras jalan raya sama ada yang sering ditenggelami banjir atau rosak, mengubahsuai dan menyediakan tamu-tamu dan gerai-gerai untuk menjadikan lebih kondusif dan mesra pelanggan dan pelancong dan banyak lagi prasarana-prasarana lain yang telah disediakan dan diperbaiki oleh pihak kerajaan dalam memeduli dan memastikan setiap penduduk mempunyai akses kepada kemudahan- kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya.

Bercakap mengenai dengan kesejahteraan rakyat dan penduduk, kempen-kempen kebersihan sama ada yang diungkayahkan dan dikendalikan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah terus dipergiatkan. Perlu juga kaola tekankan bahawa usaha berterusan pihak kerajaan dalam menyelenggara tandas- tandas awam atau kemudahan- kemudahan lain untuk kegunaan orang ramai memerlukan kerjasama dari pengguna dalam sama-sama menjaga kebersihan dan penggunaan yang berhemah ke atas kemudahan yang telah disediakan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Untuk memperkukuhkan kesejahteraan pekerja tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh telah mempersyaratkan bagi setiap syarikat yang hendak mengambil pekerja asing untuk menghadapkan surat pengesahan iaitu clearance letter daripada Pusat Pekerjaan Brunei sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing mereka dipertimbangkan.

Dasar mempersyaratkan surat pengesahan atau clearance letter ini adalah untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha dan syarikat tempatan memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan terlebih dahulu sebelum menggaji pekerja asing dan seterusnya membantu syarikat mencapai localisation yang optimum. Perkara ini sering dipersoalkan di Dewan yang mulia ini kenapa banyak warga negara asing yang mempelopori dalam bidang perniagaan seperti runcit dan sebagainya.

Sukacita juga kaola kongsikan di Dewan yang mulia ini, di mana menurut maklumat dari Banci Majikan dan Pekerja iaitu setakat 1 haribulan April 2024, jumlah syarikat yang menjalankan kegiatan runcit di negara ini adalah sebanyak 1,444 dengan jumlah tenaga kerja seramai 14,351 orang. Daripada jumlah tersebut 6,001 orang adalah terdiri daripada pekerja tempatan manakala 8,350 adalah pekerja warga asing.

Dari segi pemilikan pula, semua kedai runcit adalah dimiliki oleh warga tempatan. Namun sebahagiannya iaitu 475 syarikat daripadanya mempunyai pemilikan bersama warga asing. Perkara ini pernah kaola sampaikan di Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Yang Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2025.

Istilah-istilah yang sering digunakan tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan proses-proses pengambilan dan pengeluaran visa dan pas kerja bagi pekerja asing telah diperkukuhkan dan telus dengan penglibatan agensi-agensi yang berkepentingan dengan kerajaan.

Menurut Kajian Tenaga Kerja Tahun 2024, penyertaan tenaga kerja tempatan adalah pada kadar 71.3 peratus iaitu peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala tenaga pekerja asing merangkumi 28.7 peratus daripada keseluruhan pasaran buruh negara. Dalam kategori jawatan Professional, Managerial, Executive dan Technical, PMET seramai 71,500 orang anak tempatan telah mengisikan jawatan tersebut berbanding 15,900 orang pekerja asing, mencerminkan trend positif selari dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Di samping itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah melaksanakan dasar baharu perlindungan insuran bagi pekerja asing mengikut kadar-kadar perlindungan yang telah ditetapkan dan dilaksanakan secara berfasa bermula pada 1 haribulan Julai 2025 iaitu bagi pekerja asing kategori perkhidmatan domestik, pemegang pas lawatan yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan visa lawatan dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berwarga negara asing di bawah kategori warga negara asing yang menyumbang kepada perekonomian, pembangunan dan kemajuan negara dan juga di bawah kategori warga negara asing golongan professional.

Manakala fasa kedua akan bermula pada 1 haribulan Januari 2026 iaitu bagi pekerja asing kategori syarikat iaitu sektor swasta pemegang pas tanggungan dan pemegang pas penuntut berwarga negara asing. Pengemaskinian dasar insuran perubatan adalah sebagai usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan pekerja-pekerja asing terjamin khususnya dari segi penjagaan kesihatan dan pembiayaan kos rawatan perubatan serta melindungi para majikan dari bebanan kewangan bagi menanggung kos perubatan yang tinggi di samping mengurangkan tunggakan-tunggakan kerajaan dalam pembiayaan kos-kos rawatan bagi pekerja-pekerja asing di hospital-hospital kerajaan.

Alhamdulillah pada tahun 2024, garis panduan permohonan taraf penduduk tetap telah dikemaskini. Ini termasuk penyesuaian syarat tempoh perkahwinan dan had umur bagi beberapa permohonan seperti anak kepada ibu- bapa, Warganegara Brunei dan anak angkat serta jumlah jantina dan anak angkat. Sejak tahun 2020 sehingga Julai 2025 sebanyak 1,454 pemohon bagi mendapatkan taraf penduduk tetap yang berstatus stateless dan warganegara asing telahpun dikurniakan taraf penduduk tetap, Negara Brunei Darussalam. Manakala bagi pemohon bagi mendapatkan taraf kerakyatan pula dari tahun 2010 hingga Julai 2025 sebanyak 17,068 permohonan telah di proses dan daripada jumlah tersebut sebanyak 12,200 telah menjadi rakyat Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang termaktub dalam Akta Taraf Kebangsaan Brunei Penggal 15.

Di samping itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Lembaga Bahasa telah membuat semakkan semula ke atas kurikulum kertas ujian bertulis bahasa melayu sebagai bahan rujukan kepada calon yang akan menduduki ujian bahasa Melayu dan calon yang akan menduduki ujian lisan bahasa Melayu.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Untuk mendukung matlamat ketiga, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sentiasa mendukung usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai peniaga dan pelabur langsung asing, FDI ke negara ini. Antaranya dengan memperkenalkan dasar Pas Jangka Panjang iaitu Long Term Pass khusus kepada Warganegara Asing yang terlibat dalam sektor-sektor perniagaan dan pelaburan di negara ini. Di bawah kategori pas jangka panjang peniaga ini, para peniaga dan pelabur akan diberi kemudahan tinggal dan menetap di negara ini sehingga 5 tahun secara berterusan termasuk pemberian kemudahan multiple-entry visa.

Sudah setentunya dasar yang diperkenalkan ini akan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pilihan kepada pelabur-pelabur dan golongan profesional. Dari segi pembangunan sosioekonomi pula Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan sentiasa dan akan terus mendukung para peniaga mikro kecil dan sederhana melalui projek-projek yang diungkayahkan seperti menaik taraf, Tamu Selera, mengadakan gerai-gerai bermusim yang melibatkan peniaga-peniaga tempatan termasuk penjaja-jaja yang mengunakan trak makanan, food truck.

Di samping itu, dua buah kontrak pemotongan rumput telah dianugerahkan dari Jabatan Daerah Tutong kepada dua buah syarikat di bawah Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam memeduli kemashalatan masyarakat khususnya di kalangan penduduk mukim dan kampung.

Dalam usaha mendukung pengusaha, satu kampung satu produk. Sebanyak lebih 32 buah platform jualan dan peluang penyertaan ekspo telahpun disediakan. Alhamdulilah, jualan hampir semasa sambut hari raya 2025 sahaja telah mencecah lebih $21 ribu Brunei. Manakala jumlah jualan secara keseluruhan bagi produk 1K1P di antara bulan januari 2024 hingga Julai 2025 telah melebihi $1.9 juta Brunei termasuk produk pertukangan tangan buatan banduan di bawah jenama INSAF yang turut di pasaran melalui ekspo dan diiklankan melalui media sosial.

Selain itu, aktiviti perkembangan di daerah-daerah juga giat dilaksanakan dari masa ke semasa. Jabatan-Jabatan Daerah telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyokong pembangunan ekonomi setempat. Di Daerah Brunei Muara, kedai kampung telah diusahakan untuk dijadikan pusat untuk memasarkan produk Satu Kampung Satu Produk. Di samping menyediakan menyokong pemasaran digital serta peningkat kualiti produk kepada para pengusaha.

Manakala di Daerah Belait, pengenalan One-Stop Center sedang dibangunkan iaitu bekas Bangunan Pejabat Pos dan akan di jangka akan mula beroperasi pada November 2025. Inisiatif ini dipacu oleh kepimpinan di peringkat akar umbi di bawah Badan Kebajikan Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang, Pekerupa Kuala Belait. Begitu juga di Daerah Temburong, Kedai Kampung yang telah dikendalikan oleh kampung Selangan, Kampung Parit dan Biang Menengah sejak tahun 2015 akan ditempatkan di Kedai Rakyat Jati Bangar. Beberapa lagi lokasi turut disediakan bagi tujuan pemasaran produk kampung seperti Tamu Aneka, Kompleks Utama Bumiputera.

Sementara itu di Daerah Tutong, Program Kedai Urus Niaga dan Pemasaran Tiga, KUP sudah beroperasi di Ruang Legar di Pejabat Daerah Tutong yang dijalankan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Sengkari sejak 2 September 2024 untuk menyokong pembangunan ekonomi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Langkah-langkah yang kaola kongsikan ini merupakan usaha sama secara langsung antara pihak kerajaan dan para pemimpin akar umbi dalam menubuhkan pusat ekonomi setempat di peringkat daerah yang diharapkan dapat menginspirasi anak-anak tempatan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan ekonomi peringkat daerah.

Alhamdulilah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam usaha untuk membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan, Jabatan Penjara telah berkerjasama dengan 76 buah syarikat tempatan dan 22 buah badan bukan kerajaan NGO melalui Program After Care dalam membantu 73 bekas banduan yang berdaftar rakan seliaan untuk mendapatkan pekerjaan dan 27 rakan seliaan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Selain itu dalam memeduli dan memberikan peluang kepada banduan yang masih menjalani pemenjaraan yang mempunyai potensi untuk memperkasa keupayaan mereka dalam bidang akademik, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara dan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan pihak swasta adalah dalam persediaan permulaan sesi akademi bermula bulan Oktober 2025 iaitu sebagai persiapan untuk para banduan yang terpilih untuk menduduki peperiksaan di peringkat GCE 'O' Level pada bulan Jun 2026 nanti.

Kementerian sentiasa optimis dalam menjayakan agenda pemulihan para banduan agar setiap insan yang pernah terkhilaf agar ada peluang memajukan diri agar mereka dapat merubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan insan yang berguna dan produktif. Ianya jua antara usaha berterusan bagi menangani isu kemasukan berulang. Oleh itu, sokongan dari pelbagai bermula dari peringkat keluarga, komuniti dan kerajaan adalah sangat-sangat diperlukan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sekianlah saja yang dapat kaola kongsikan peranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam mendukung yang terkandung dalam matlamat-matlamat yang terkandung di dalam Wawasan Brunei 2035. Insya Allah, kementerian akan sentiasa proaktif dalam memastikan perancangan strategik yang sedang dilaksanakan pada masa ini dan yang akan datang sentiasa sejalan dengan petunjuk utama kebangsaan dan KPI dan petunjuk prestasi utama tindakan kebangsaan.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim, (doa dibaca), Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terima Kasih atas kesempatan laluan yang Yang Berhormat Yang Di-Pertua berikan.

Kaola merasakan satu kesempatan yang baik dalam usia hampir mencecah ke-83 tahun sekarang. Kaola turut menyertai rakan-rakan dan sahabat-sahabat menyokong Usul Bilang Satu, Wawasan Brunei 2035 yang dibawa ke Dewan ini oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Alhamdulilah, sejak Usul ini dibahaskan setakat ini, dewan telah menyambut baik wawasan ini. Kaola mendengar dan memahaminya sebagai resah hati, sebagai isi hati terhadap sesuatu perkara berupa hasrat murni dan harapan yang kita mahukan dalam keadaan sentiasa dijaga, dipelihara, dilutani tentu sahaja bagi kaola di sini sebagai Ahli Rasmi, kaola sedia dan terlatih untuk mendengar dengan sangkaan baik apa pun rentak bunyi, rentak bunyi, nada atau irama perbahasan semuanya itu adalah biasa apabila kita berada dalam permesyuaratan pastinya suasana permesyuaratan kita tetap dengan sopan santun, yang mana itulah suasana sebenar yang mencerminkan halusnya budi bahasa dan langkah kita, tingkah laku kita sebagai manifestasi watak identiti bangsa negara MIB.

Dalam perkara yang berhubung dengan perkhidmatan keugamaan, misalnya dalam ketiga-tiga matlamat wawasan iaitu Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya, Kualiti Kehidupan Rakyat yang Tinggi dan Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan, kesemuanya itu memnglah melibatkan juga perkhidmatan hal ehwal ugama dan memerlukan untuk diurus dengan perancangan dan pelaksanaan yang berfokus dan berstrategi dari segi pendidikan iaitu khasnya pelajaran, pengajian dan persekolahan ugama dari segi ajaran dan amalan keugamaan yang didakwahkan dan yang disyiarkan yang setentunya melibatkan antara hal ehwal masjid. Dan juga dari segi sistem sosial dan ekonomi Islam khasnya ehwal zakat, wakaf, permakanan dan barang-barang gunaan halal dan dari segi sistem undang-undang dan perundangan Islam.

Kesemua itu adalah tergolong dalam tadbir urus perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagaimana jua iaitu melalui kementerian perkhidmatan kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diberi peruntukan dalam belanjawan kerajaan setiap tahun sebagaimana juga peruntukan-peruntukan diberikan kepada kementerian-kementerian dalam kerajaan kerana perkhidmatan.

Perkhidmatan-perkhidmatan itu ringkasnya adalah juga menyumbang dalam pencapaian matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dan kaola indalah akan berpanjang lebar di sana, kaola akan memilih pendekatan berhubung dengan wawasan ini dari segi falsafahnya. Dalam hal, apa yang didengar di dewan ini yang kaola katakan tadi sebagai perkara biasa, apapun adanya, apapun juga iramanya, kesemua itu adalah dalam suasana dan situasi sopan santun dan memang dalam niat baik kitani sama-sama dalam permesyuaratan.

Jadi dalam perkara itu, usaha-usaha dengan anggapan dan tanggapan baik daripada terutama sekali daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik terhadap Wawasan Brunei 2035 dan terhadap usaha-usaha yang telah dilakukan dan sedang dilakukan oleh kerajaan pihak-pihak berkenaan kerajaan dalam pelaksanaannya dalam berbagai bidang yang meliputi untuk pencapaian matlamat-matlamatnya itu. Maka, kaola dalam hal ini sukacita merujuk titah Ulil Amri kita dalam bernegara, Ulil Amri kita senegara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu semasa baginda memimpin Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 iaitu mesyuarat kali pertama bagi tahun 2023 pada 30 Rejab 1444 bersamaan 21 Februari 2023 sebagaimana dipetik dalam buku laporan Wawasan Brunei 2035 iaitu period 2015 ke 2022. Titah baginda yang dipetik di sana dalam majlis tersebut dalam mesyuarat tersebut berbunyi begini "...Wawasan Brunei 2035 adalah merupakan aspirasi beta sendiri bagi melihat pembangunan negara berjalan lancar, pada awalnya wawasan diterbitkan melalui Badan Perancang Kemajuan Jangka Panjang bagi merancang pembangunan negara dalam tempoh 30 tahun ke hadapan. Beta difahamkan pelbagai usaha sudah pun dijalankan bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 ini. Namun persoalannya, sejauh manakah usaha telah berhasil sedang tempoh cuma tinggal 12 tahun sahaja..." Tempoh yang disebutkan oleh baginda 12 tahun sahaja itu ialah berdasarkan tarikh tahun mesyuarat pada tahun 2023, sekarang sudah tahun 2025, maka tinggal sepuluh tahun lagi lah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Daripada titah tersebut adalah terang dan jelas bahawa Wawasan Brunei 2035 adalah merupakan aspirasi baginda, aspirasi baginda sendiri bagi melihat pembangunan negara berjalan lancar. Kerana adalah diketahui dan Yang Berhormat Pehin lebih arif pengetahuan Yang Berhormat Pehin berhubung dengan wawasan ini, ia adalah sebahagian daripada tiga komponen dalam Perencanaan Pembangunan Jangka Panjang. Yang kerana itu seterusnya baginda juga telah memperkenankan penubuhan satu badan yang dinamakan Badan Perancana Kemajuan Jangka Panjang.

Seterusnya, kaola sukacita lagi merujuk pada muka surat titah perutusan hasil daripada laporan badan tersebut iaitu baginda menyatakan "...Kerajaan beta bukan sahaja bertanggungjawab terhadap rakyat dan penduduk pada masa kini tetapi harus juga membantu mereka untuk memenuhi harapan terhadap generasi kita akan datang. Untuk tujuan itu, kerajaan beta mestilah peka terhadap aspirasi rakyat dan penduduk dan seterusnya menyediakan perencanaan yang jelas dan realistik bagi masa depan. Perencanaan ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh kepakaran dan profesionalisme..."

Titah seterusnya berbunyi, "...Bagi memastikan perkara ini, beta telah memperkenankan penubuhan Badan Perancana Kemajuan Jangka Panjang Negara, beta telah mengarahkan..." yang ini satu point penting, "...beta telah mengarahkan pengerusi dan ahli-ahli badan tersebut untuk mengadakan konsultasi dengan rakyat dan penduduk dan untuk menyediakan satu wawasan yang mengilhamkan bagi Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035". Wawasan ini hendaklah lengkap dengan keperluan teknikal, kewangan dan lain-lain keperluan strategik supaya wawasan ini nanti menjadi kenyataan dalam tempoh 30 tahun ke hadapan yang merupakan masa penukaran satu generasi kepada generasi seterusnya.

Dengan itu, jelas sebagaimana wawasan ini telah dirumuskan sebahagian daripada dua komponen, yang lain lagi dalam perencanaan jangka panjang pembangunan negara, maka dengan melibatkan rakyat dan penduduk sebagaimana yang dititahkan tadi. Maka adalah jelas bahawa baginda mahukan supaya perancangan kemajuan jangka panjang sedemikian itu dirundingkan, dirumuskan hasil perundingan maka sedemikian itulah kaola fahamkan bahawa baginda adalah juga berhasrat supaya dalam pelaksanaannya sekarang ini melibatkan rakyat dan penduduk.

Kerana itu bagi kaola adalah sangat bijak apabila Usul Wawasan Brunei 2035 ini dibentangkan ke dalam dewan ini bagi membolehkan partisipasi Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama sekali Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, untuk memberikan input-input atau ulasan-ulasan terhadap laporan-laporan yang telah diketahui ataupun yang telah didapati pencapaian-pencapaian menerusi buku laporan Wawasan Brunei 2035 period 2015 - 2022 itu.

Penyertaan tersebut sangat bermakna bagi Brunei sesuai dengan apa yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Memanglah kita dalam kerajaan sedia dengan perancangan-perancangan dan sedia dengan tenaga, Alhamdulillah, pada era ini Yang Berhormat Pehin, Brunei bersyukur sudah mempunyai orang-orang, apa namanya ni, anak-anak negerinya yang profesional dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh negara. Jadi pelaksanaannya itu memanglah dapat kita percayakan kepada mereka ini di samping juga ada lagi juga input-input yang mungkin dapat didengar untuk sebagai bahan bagi penambahbaikannya.

Kaola minta tambah sedikit, ada satu point yang akan kaola nyatakan. Dalam apa pun nanti 10 tahun (audio tidak jelas kerana bunyi jam). Boleh kaola meneruskan Yang Berhormat Pehin? Dalam apa pun nanti pencapaiannya, sama ada kita berada di tahap apa, dalam pencapaian tersebut, maka kita hendaklah mengingati bahawa wawasan ini diberigakan serentak dengan satu pernyataan.

Pernyataan itu kalau dapat dibaca daripada buku ini Yang Berhormat Pehin, menyebutkan bahawa (membuka-buka helaian buku). Minta maaf, kaola masih mencari lagi ni, yakni apa pun tahap-tahap pencapaian yang akan kita capai di mana kita berada, sama ada kita berada on track sahaja menuju ke arahnya tetapi belum dapat mencapainya atau pun kita pada masa ini masih dalam on track dan akan mencapainya dalam tempoh-tempoh tersebut ataupun sudah berada di dalam pencapaiannya ataupun masih belum lagi berada dalam pencapaiannya apa pun, kerana semasa memberigakan Wawasan Brunei 2035 ini, kita telah mengikrarkan juga sebagaimana yang disebutkan di dalam buku ini, muka surat 11, bahawa ke arah mencapai wawasan ini, kita bersatu dalam. Pertama, kesetiaan kepada Sultan dan Negara. Kedua, keyakinan terhadap nilai-nilai Islam; dan Ketiga, keharmonian sosial dan amalan tradisi berbaik-baik.

Jadi maknanya, dalam kita mencapai wawasan, apa pun tetap yang kita capai ataupun cara yang berbagai-bagai menuju ke arah matlamat itu, kita mestilah menjaga tiga perkara ini yang intipatinya ialah untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman, kemantapan negara bagi kesejahteraan rakyat, kebahagiaan yang patut dan sentiasa akan disyukuri.

Perkara yang kedua yang kaola minta tambah Yang Berhormat Pehin, ialah kaola ingin menyebutkan perkara yang ada kaitan dengan matlamat wawasan itu, tentang kehidupan dari segi kehidupan sosialnya ialah kaola melihat apakah kita akan berada dalam perkara mengenai kemiskinan misalnya sosial ani. Walaupun ada suara beberapa hari yang lalu dan pada hari ini juga misalnya kitani belum ada satu, apa namanya tu, indeks mengenai kemiskinan di negara ani.

Memang atulah sebenarnya, tapi apakah kita pada 2035 dapat mengatasi isu-isu yang dinamakan kemiskinan ataupun isu-isu orang yang masih berharap kepada bantuan kebajikan dan juga agihan zakat. Kalau berdasarkan kepada penyata Yang Berhormat Pehin, kalau dibandingkan kepada penyata angka orang asnaf-asnaf yang tercatat di Jabatan Urusan Zakat dan Wakaf, angka yang tercatat pada 2025 ada sebanyak 13,667 orang yang menerima agihan, yang terdiri daripada 4,975 kepala keluarga.

Angka 13 ribu orang ini menggembirakan Yang Berhormat Pehin, kalau setakat bulan Julai ini, angka ini sebanyak 13,667 orang berbanding dengan angka pada 2009 semasa baki zakat yang terkumpul diagihkan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri yang menyerahkan kenyataan tersebut kepada apa namanya, penyerahan hak agihan itu kepada asnaf yang ditentukan. Ada masa itu, bilangan asnaf 17,025 orang berbanding sekarang 13,667 orang, bermakna sudah ada penurunan. Mudah-mudahan tren ini benar, dalam ertikata benarnya itu kerana diketahui ada lagi permohonan daripada tahun 2015 kepada tahun sekarang ini ada yang tertunggak.

Jadi kitani belum tahu lagi sejauh mana angka yang sebenar. Tapi yang penting di sini ialah memang diakui bahawa dalam mendokong matlamat untuk dalam bidang sosial, dalam bidang kebajikan dan sebagainya ini, maka sistem zakat dan wakaf perlu diperbaiki untuk digunakan sebaik-baiknya sistem tersebut bagi membantu orang-orang yang masih memerlukan bantuan atau memerlukan agihan pada masa kitani mencapai 2035 itu, masih terdapat jurang di antara yang berada dengan yang tidak berada.

Apakah ia masih seperti sekarang ini atau semakin mendekat? Sudah dekat menyempit ataupun ia meluas? Maka mudah-mudahan apa yang diusahakan di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam bidang zakat dan waqaf akan dapat membantu perkara ini.

Sekian, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memakan masa lebih 7 minit. Kaola mohon maaf. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ€‹

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola merakamkan sokongan terhadap Usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II berhubung dengan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Usul ini bertepatan dan dalam mencerminkan kesungguhan Majlis Mesyuarat Negara menjunjung tinggi titah dan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memastikan Wawasan Brunei 2035 terarah sebagai teras agenda pembangunan negara.

Kementerian Pembangunan berperanan menitikberatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan pembangunan infrastruktur negara yang mampan, selamat, inklusif dan resilient. Peranan ini sejalan dan sehaluan pada mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu ke arah melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Usaha Kementerian Pembangunan secara langsung menjurus ke arah matlamat meningkatkan kualiti kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Peranan Kementerian Pembangunan ini dizahirkan melalui penglibatan terhadap beberapa Petunjuk Prestasi Utama negara di bawah Wawasan Brunei 2035 seperti berikut pertama, kadar pemilikan rumah rakyat dengan sasaran 85 peratus kadar pemilikan menjelang 2035. Kedua, akses dan penjagaan kualiti bekalan air yang memenuhi piawaian WHO dengan sasaran 100 peratus menjelang 2035. Ketiga, jumlah bangunan baharu yang menepati keperluan aksesibiliti melalui Different Abilities Design Guidelines dengan sasaran 100 peratus menjelang 2035; dan Keempat, pengurangan penjanaan sisa buangan dengan sasaran sebanyak 1 kilogram seorang sehari menjelang 2035.

Sehingga kini, kadar pemilikan rumah di negara ini berada pada tahap 68 peratus. Bagi mencapai sasaran 85 peratus seperti yang digariskan di bawah Wawasan Brunei 2035, Kementerian Pembangunan terus mempergiat usaha dalam merancang dan melaksanakan projek-projek perumahan secara berfasa. Antara inisiatif utama yang sedang dan telah dilaksanakan adalah pertama, penyiapan 1000 unit rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu, Fasa 1. Kedua, ialah Projek 950 unit rumah di Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu Fasa 7 yang kini dalam tahap 74 peratus siap.

Di bawah RKN12, beberapa projek perumahan baru akan dilaksanakan yang dijangka dapat menyediakan sekurang-kurangnya 1600 unit rumah seperti berikut pertama, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2B seluas 86 ekar, 6 hektar yang akan dibina sejumlah 576 unit rumah, Kampung Rimba Fasa 6 seluas 26 hektar yang akan dibina sejumlah 330 unit rumah, Kampung Salambigar seluas 32 hektar yang akan dibina sejumlah 300 unit rumah dan Kampung Lumut Fasa 7 seluas 50 hektar yang akan dibina sejumlah 400 buah rumah.

Dalam perancangan yang sedang dibuat bagi pembangunan perumahan pada masa hadapan, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengenal pasti 19 tapak tanah baharu di keempat-empat daerah. Selain itu, terdapat 5 tapak baharu di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait yang kini dalam peringkat kajian awal bagi menilai kesesuaiannya sebagai lokasi pembangunan perumahan. Ini adalah bagi memastikan tapak-tapak pembangunan perumahan adalah terancang, tersedia bagi mendukung pelaksanaan program perumahan negara secara berterusan, mampan dan berfasa.

Antara usaha yang sedang diikhtiarkan oleh Kementerian Pembangunan ialah meningkatkan penyediaan rumah yang lebih viable dalam skala yang lebih besar dan kos yang efektif. Melalui usaha ini, tujuannya ialah untuk meneroka faedah, kaedah-kaedah baru untuk menyediakan rumah-rumah melalui pembiayaan alternatif seperti Pertama, meneroka kaedah baru yang boleh menghasilkan rumah melalui peruntukan atau pembiayaan alternatif seperti private-public partnership, penggunaan teknologi pembinaan yang efisien dalam penyediaan rumah yang lebih mampan dan kos yang terkawal.

Penggunaan bahan dan produk yang berkualiti dan lestari. Reka bentuk unit perumahan yang lebih inklusif dan menepati keperluan rakyat di negara ini termasuk seisi keluarga, warga emas dan individu yang berkeperluan khas. Reka bentuk yang mengambil kira komponen kepentingan alam sekitar seperti penjimatan penggunaan air dan penjimatan tenaga. Mengoptimumkan penggunaan tanah iaitu dengan memperkenalkan vertical development.

Kadar akses kepada bekalan air di Negara Brunei Darussalam kekal ditahap 99.9 peratus, manakala kualiti bekalan air yang memenuhi piawaian WHO telah mencapai 76 peratus. Jabatan Perkhidmatan Air juga terus melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan termasuk memperkukuh rangkaian sistem saluran air, pemeliharaan tangki-tangki air serta menaiktaraf loji-loji rawatan air di semua daerah. Antara projek utama yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut; Pertama, Projek Pembinaan Loji Rawatan Peringkat 8 di Bukit Barun, Daerah Tutong. Ini dijangka siap pada bulan Mac 2027. Loji ini akan meningkatkan air bersih untuk Daerah Brunei dan Muara dengan kapasiti pengeluaran sekitar 120 juta liter air bersih sehari. Kedua, Projek Peningkatan Kapasiti Pengeluaran Air dari Loji Rawatan Air Agis-Agis di Sungai Liang, Daerah Belait yang dijangka siap pada bulan November 2026 yang mana akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air lebih kurang 36 juta liter air sehari. Ketiga, ialah Projek Pembesaran Loji Rawatan Air Batang Duri, Daerah Temburong yang dijangka dibukakan tawaran pada Disember 2025. Projek ini bertujuan menambah kapasiti pengeluaran air daripada 5 juta liter sehari kepada 22 juta liter sehari. Insya Allah, dengan penyiapan projek-projek tersebut, jumlah kapasiti pengeluaran air bersih negara akan meningkat dari 413 juta liter sehari kepada 587 juta liter sehari.

Dengan tambahan kapasiti ini, bekalan air negara akan lebih terjamin untuk generasi akan datang. Ini juga sebagai persiapan bagi memenuhi keperluan air dalam menyokong pertumbuhan penduduk dan pembangunan industri. Dalam meningkatkan resilience sistem rangkaian bekalan air sebanyak 630 kilometer penggantian paip dirancang untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke 12 ini. Kementerian Pembangunan juga telah melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan pengoperasian sejumlah 7 tangki air utama iaitu Tangki Air Lugu, Tangki Air Batong, Tangki Air Sungai Bunga, Tangki Air Pulau Baru-Baru, Tangki Lakiun, Tangki Selapon dan Tangki Perpindahan Air Mentiri.

Pelaksanaan Projek Smart Water Meter USMS merupakan langkah strategik dalam usaha mengurangkan kadar non-revenue water dan mengatasi isu bil tertunggak dengan memberikan ketelusan sukatan keadaan penggunaan air yang jelas. Setakat ini 37.8 peratus iaitu 48,765 unit daripada 128,879 unit meter air telah dipasang secara berfasa dengan sasaran mencapai 100 peratus menjelang tahun 2027.

Beralih kepada pengurusan sisa buangan, sasaran penjanaan sisa buangan adalah 1 kilogram seorang sehari, yang mana pada tahun 2024 berada di kadar 1.27 kilogram seorang sehari. Manakala sasaran kadar kitar semula adalah 30 peratus menjelang 2035. Ini adalah sebagai langkah menyokong konsep ekonomi kitaran selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan, SDG12, Responsible Consumption and Production. Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah melaksanakan beberapa inisiatif ke arah meningkatkan pengurusan sisa buangan yang lebih efisien dan berdaya tahan melalui tawaran Projek Pembinaan Loji Waste-to-Energy. Ke arah tujuan ini, satu request for proposal telah dibukakan pada 24 haribulan Julai lepas.

Projek ini disasarkan siap dan beroperasi pada tahun 2029. Ini akan dapat menguruskan sebahagian besar sisa domestik harian, pengurangan kebergantungan terhadap tapak pelupusan, landfill dan menyumbang kepada pencapaian sasaran tenaga renewable negara. Menjelang tahun 2030 kita mensasarkan tidak ada lagi tapak sisa buangan yang baru atau landfill selepas Tapak Pelupusan Sungai Paku. Bermula dengan inisiatif kaedah 3R, Reduce, Reuse and Recycle sejak tahun 2011, beberapa inisiatif lain telah berjaya dilaksanakan, antaranya inisiatif Hari Kitar Semula Senegara di empat-empat daerah telah diadakan pada 22 haribulan Jun 2025. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai dalam mempraktikkan amalan kitar semula.

Dengan inisiatif Hari Kitar Semula pada hari tersebut, sejumlah 1,918 kilogram sisa kertas, 669 kilogram cardboard, 469 kilogram botol plastik, 392 liter minyak masak terpakai, 62 unit battery lithium, 578 unit sisa elektronik dan 929 barang buangan telah dikumpulkan untuk dikitar semula. Pada 27 haribulan Februari 2025 Eco Food Waste Initiative telah dilancarkan bagi menggalakkan pengkomposan sisa makanan sebagai baja semula jadi dan memperkenalkan garis panduan pengurusan sisa makanan.

Sebagai langkah awal pelaksanaan projek rintis sedang dijalankan melibatkan 63 vendor makanan daripada dua lokasi komersial utama iaitu The Mall Gadong dan One Riverside. Hasil data yang dikumpulkan ini nanti akan menjadi panduan dalam mengangkat inisiatif ini sebagai satu transformasi pengurusan sisa makanan yang sustainable. Pada 5 Jun 2025 Kementerian Pembangunan juga telah melancarkan Program BELIA BRUNAS sebagai platform bagi penyertaan aktif belia dalam usaha kelestarian alam sekitar negara untuk melahirkan belia yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menerajui inisiatif hijau dan pembangunan mampan.

Usaha pembangunan dalam projek meningkatkan sistem saliran dan projek mitigasi banjir juga diteruskan terutama di kawasan-kawasan yang dikenali berisiko tinggi banjir. Bagi Daerah Tutong termasuk kawasan Pekan Tutong dan Kampung Keriam, tawaran bagi Projek Mitigasi Banjir di bawah RKN12 kini dalam peringkat akhir penilaian tawaran. Sementara itu, bagi Daerah Brunei dan Muara tawaran telah dibuka bagi request for quotation Projek Pengurusan Banjir Kampung Pasai dan Mulaut Fasa Satu yang termasuk pembesaran parit serta pembinaan kolam takungan banjir.

Di samping itu, Projek Mitigasi Banjir Sungai Kedayan Fasa Enam di Kampung Pengkalan Gadong kini dalam proses penyediaan tawaran dan dijangka akan dibukakan pada 17 September 2025.

Projek ini termasuk kerja-kerja mendalamkan dasar sungai, pembinaan benteng tebing serta pemasangan sistem amaran awal banjir. Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan sistem pam air bagi mengurangkan risiko banjir juga dilaksanakan seperti pertama, Project Outfall di Jalan Maulana, Kuala Belait. Tawaran telah dibukakan pada 16 Julai 2025 dan akan tutup pada 26 Ogos 2025. Kedua, tawaran bagi Station Pump F17 Seria telah ditutup pada 1 Julai 2025 dan kini dalam proses penilaian tawaran; dan Ketiga, Station Pump Jalan Jerambak, Berakas. Kini tawaran fasa ketiga bagi kerja-kerja meningkatkan kapasiti mengepam air keluar dari kolam takungan semasa hujan lebat akan dibukakan pada 24 September 2025.

Selain daripada itu, penyediaan tawaran bagi kerja-kerja pelebaran longkang dan pembinaan longkang konkrit sedang dilaksanakan bagi projek-projek berikut Pertama, Projek Pembaikan Saliran Jerudong Fasa Dua; dan Kedua, Projek Menaik Taraf Longkang di Kawasan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, KUPUSB. Tawaran bagi Projek Kajian Pelan Induk Saliran Brunei Darussalam dan Kajian Pengurusan Dataran Banjir bagi Sungai Belait dan Temburong kini dalam peringkat penilaian. Kajian ini akan membantu dalam adaptasi reka bentuk sistem saliran yang lebih efektif melalui real-time data dan pemodalan banjir bagi menangani impak perubahan iklim.

Bagi mengawal hakisan pantai disebabkan oleh impak iklim, tawaran bagi Projek Kajian Perlindungan Kawasan Pantai Kampung Danau, Daerah Tutong kini dalam proses penilaian tawaran untuk dilaksanakan.

Bagi projek-projek menaik taraf dan membina jalan raya pula beberapa projek utama telah dirancang dan sedang dilaksanakan; Pertama, menaik taraf lebuh raya-lebuh raya dan jalan utama termasuk kerja-kerja melebarkan jalan bagi menambah ruang kapasiti jalan dijangka akan dibukakan tawarannya pada Oktober 2025 bagi Lebuh Raya Tungku iaitu dari jejambat Rimba ke jejambat Estate Gadong, Jalan Tutong iaitu dari persimpangan Jalan Tanjong Nangka ke Jalan Ikas Bandung dan Jalan Muara iaitu dari Jalan Aman ke persimpangan Jalan Salambigar. Kedua, pembinaan jejambat baru bagi meningkatkan connectivity di persimpangan lebuh raya seperti pembinaan jejambat, flyover di persimpangan Jalan Utama Mentiri dan di persimpangan Jalan Muara serta jalan penghubung Tanah Jambu yang mana telah siap dan dibuka baru-baru ini pada 2 Ogos 2025; dan Ketiga, pembinaan jejambat, flyover di persimpangan Lebuh Raya Muara-Tutong dan jalan penghubung Tanah Jambu berdekatan dengan Tapak Industri Tanjong Kajar telah bermula pada 23 Februari 2023 dan dijangka akan siap pada September 2026.

Lapan belas projek yang melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula jalan-jalan rosak dijalankan secara berjadual. Daripada 18 projek yang disusun, sejumlah 7 kontrak penggal telah siap di mana sepanjang 7.8 kilometer jalan utama telah dibaik pulih dan diturap semula iaitu Lebuh Raya Tungku dan Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien 3.5 kilometer, Jalan Kebangsaan 0.6 kilometer, Jalan Utama Mentiri 0.4 kilometer, Lebuh Raya Sultan Hassanal Bolkiah menuju ke airport 0.5 kilometer, Jalan Gadong 0.8 kilometer, Lebuh Raya Lumut-Belait 1.4 kilometer, Jalan Jerudong 0.4 kilometer.

Manakala, lapan kontrak pemeliharaan jalan raya lagi sedang dalam pelaksanaan. Kerja-kerja menurap jalan-jalan kawasan luar bandar juga tidak ketinggalan. Penggunaan teknologi baru juga digunakan dalam kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula dalam memastikan ketahanan jalan raya serta memanjangkan jangka hayat jalan tersebut, umpamanya, Pertama, penggunaan asphalt fibre reinforcement atau fibres dalam campuran asphalt dalam meningkatkan ketahanan lapisan asphalt daripada keretakan dan berombak; dan Kedua, pemasangan fibreglass reinforcement grid. Bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dasar struktur jalan raya untuk lebih tahan terhadap beban lalu lintas dan untuk mencegah jalan tidak rata, retak dan sebagainya.

Polimer yang digunakan dalam campuran road base ini mampu untuk menghasilkan lapisan yang meningkatkan ketahanan terhadap air dan beban lalu lintas yang mana ini diharapkan dapat mengurangkan kerosakan seperti jalan berlubang, retak dan sebagainya.

Kementerian Pembangunan dalam peranan utamanya sebagai agensi peneraju dalam pembangunan infrastruktur negara melalui projek-projek RKN akan menanai peranan ini dengan lebih bersepadu dan terarah bagi pencapaian matlamat kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sekian saja yang dapat kaola sampaikan dalam menyokong Usul wawasan ini yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Dengan izin dan limpahan barakah Allah Subhanahu Wataโ€™ala dan dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kitani akan dapat mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, insya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh.

Kaola mohon maaf terlanjur tiga minit. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyertai perbahasan bagi menyokong penuh Usul Wawasan Brunei 2035 daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Kaola ingin jua mengambil kesempatan ini untuk mengongsikan sedikit pencerahan ringkas berhubung perlaksanaan Social Blueprint sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 khususnya ke arah pencapaian Matlamat 2 iaitu Kualiti Kehidupan Yang Tinggi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara yang peramba, kaola, saya hormati sekalian. Kaola juga terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini atas segala sumbangan, inputs dan buah fikiran yang membina dalam usaha kitani sama-sama melaksanakan strategi-strategi ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Setentunya segala cadangan dan pandangan yang dikemukakan ini akan diambil kira tertakluk kepada keperluan dan keutamaan semasa. Maka dalam hubungan ini, izinkan peramba, kaola, saya mengambil jua kesempatan ini untuk memperjelaskan mengenai garis kemiskinan ataupun poverty line yang mana telah disentuh dan ditimbulkan dalam perbincangan kitani di Dewan yang mulia ini.

Kemiskinan dalam kalangan masyarakat kita, hanyalah disifatkan sebagai kemiskinan relatif atau apa yang difahami sebagai relative poverty dan bukannya kemiskinan mutlak iaitu absolute poverty sepertimana yang didefinisikan oleh World Bank ataupun Bank Dunia.

Garis kemiskinan antarabangsa menurut Bank Dunia atau World Bank adalah US$1.90 sehari ataupun bersamaan jika mengikut pertukaran semasa nilai currency Negara Brunei Darussalam adalah $2.45 sehari. Golongan yang memerlukan bantuan di negara ini, pada masa ini ditakrifkan mengikut perkiraan kadar kos minimum keperluan asas ataupun KMKA, yang lebih dikenali sebagai KMKA. KMKA ini merangkumi perkiraan keperluan barang makanan dan bukan makanan.

Hasil kajian perbelanjaan keluarga 2015/2016, kadar KMKA bagi Negara Brunei Darussalam ialah $283 seorang sebulan iaitu merangkumi KMKA makanan sebanyak $167 seorang sebulan dan KMKA bukan makanan sebanyak $116 seorang sebulan. Jika dibandingkan dengan garis kemiskinan antarabangsa, tatacara negara kitani menilai kelayakan seseorang untuk menerima bantuan adalah lebih menyeluruh kerana jika kitani menggunakan sukatan-sukatan antarabangsa, mungkin lebih banyak keluarga-keluarga yang pada masa ini memerlukan bantuan, tidak akan layak menerima bantuan.

Oleh itu, masyarakat yang tidak dapat memenuhi KMKA adalah golongan yang ditakrifkan sebagai golongan yang memerlukan bantuan khususnya penerima-penerima Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat, JAPEM, penerima-penerima agihan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin di bawah Jabatan Urusan Zakat Wakaf dan Baitulmal, JUZWAB dan bantuan-bantuan lain yang dihulurkan oleh pihak kerajaan melalui agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Golongan ini sememangnya secara berterusan dibantu oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ini adalah selaras dengan hasrat negara agar tiada ketirisan dan keciciran dalam menghulurkan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Di sini, peramba, kaola, saya ingin mengongsikan sebanyak lebih 14 ribu permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan dengan jumlah kewangan sebanyak lebih $25 juta dan lebih 300 bantuan dalam bentuk in-kind telah pun diagihkan. Manakala, permohonan yang diluluskan di bawah Jabatan Urusan Zakat Wakaf dan Baitulmal, JUZWAB ialah sebanyak lebih 9 ribu permohonan dengan jumlah kewangan sebanyak lebih $51 juta yang telah pun diagihkan.

Di samping itu, agensi-agensi kerajaan dengan didukung oleh rakan-rakan strategik di sektor swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan masyarakat akar umbi berganding bahu untuk menjaga kemaslahatan masyarakat bukan sahaja bagi memastikan keperluan asas mereka dipenuhi malah untuk menampung jurang-jurang keperluan mereka agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan. Ini termasuklah meningkatkan akses untuk menjana pendapatan melalui pekerjaan dan keusahawanan dan memberikan latihan kemahiran kepada penerima-penerima bantuan dan juga anak-anak serta tanggungan mereka selain memastikan mereka memperolehi keperluan asas yang utama iaitu pendidikan berkualiti dan perumahan yang selesa.

Kaola sering apabila berbincang mengenai perkara kemiskinan ini, sering menyentuh betapa pentingnya pendidikan. Pendidikan ini merupakan satu game changer, jika golongan anak-anak penerima bantuan mendapat pendidikan yang baik, berjaya dalam bidang persekolahan, mencapai ijazah sehingga boleh mendapat kerjaya yang baik, sudah tentunya ia akan dapat mengubah nasib keluarganya. Kalau dulu ia bergantung kepada ibu bapa dan sekarang gilirannya untuk menanggung ibu bapanya. Perkara ini sebenarnya bukannya rekaan, perkara ini sebenarnya sudah terbukti terjadi bukan sahaja di masyarakat kitani tetapi juga masyarakat di luar negara kitani, di negara-negara jiran.

Dalam konteks ini, rangka dasar sosial negara iaitu Social Blueprint telah diperkenalkan sebagai satu pelan dasar yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan sosial negara selaras dengan matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu Kualiti Kehidupan Yang Tinggi. Sebagai salah satu daripada 3 pelan induk utama negara bersama Manpower Blueprint dan Economic Blueprint, Social Blueprint memainkan peranan yang saling melengkapi dalam membentuk asas pembangunan negara yang inklusif dan berdaya tahan, menjurus kepada 6 keutamaan kebangsaan, national priorities di bawah rangka kerja wawasan iaitu kesihatan, kesejahteraan sosial, pengangkutan, alam sekitar dan perubahan iklim, urus tadbir dan kerjasama dan sains dan teknologi.

Dengan mengambil kira cabaran geopolitik dan ekonomi dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu ini, Social Blueprint dibangunkan bagi memacu hala tuju pembangunan sosial negara secara lebih tersusun dan teratur, menyeluruh dan mampan dengan berpaksikan kepada nilai-nilai kemanusiaan dan budaya, penyelarasan dasar antara agensi serta pendekatan senegara atau whole of nation approach yang mengiktiraf peranan semua pihak kerajaan, masyarakat, sektor swasta dan individu dalam menjayakan aspirasi kemajuan sosial negara yang sama-sama kitani inginkan. Ke arah ini, Social Blueprint mendefinisikan kemajuan sosial negara melalui 3 tonggak utama. Pertama, memastikan keperluan asas rakyat dan penduduk dapat dipenuhi secara mampan termasuk akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan yang berkualiti, peluang pekerjaan dan tempat tinggal yang selamat dan selesa. Dalam konteks ini, kemajuan sosial yang kitani maksudkan bukan sekadar bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tetapi kepada sejauh mana rakyat dapat menikmati hasil pembangunan dalam kehidupan seharian mereka;

Kedua, menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk negara ini dari sudut fizikal, mental, emosi dan sosial. Ini adalah selaras dengan keperluan untuk membina persekitaran hidup yang kondusif, sihat dan lestari yang menyokong pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera; dan Ketiga, membina masyarakat yang berdaya tahan atau resilience, mampu menyesuaikan diri dan menangani cabaran masa kini serta masa hadapan. Apa yang diharapkan adalah masyarakat yang resilience, masyarakat yang bukan saja mampu pulih daripada cabaran dan krisis tapi juga mampu bangun semula dalam tempoh masa yang singkat dan sudah setentunya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dan terus berkembang maju.

Ini mencerminkan aspirasi kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan individu, rakyat dan komuniti yang berdaya saing, tidak mudah rapuh dan mampu mengguna peluang yang hadir ketika berdepan setiap cabaran.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga tonggak ini membentuk asas kepada pendekatan pembangunan sosial yang holistik dan berasaskan nilai kemanusiaan untuk mencipta masa depan yang lebih baik bersama-sama sejalan dengan wawasan untuk membina negara sebagai sebuah negara yang inklusif, stabil dan sejahtera menjelang 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Social Blueprint ini merangka hala tuju yang menyeluruh ke arah membentuk masa depan sosial negara yang kukuh, seimbang dan inklusif berteraskan empat aspirasi utama. Pertama, dari aspek individu. Melahirkan seorang rakyat yang mandiri, berdaya tahan dan siap siaga menghadapi masa depan. Kedua, dari aspek institusi keluarga. Memperkasa institusi keluarga yang penyayang, kukuh dan berdaya tahan dan yang penting sekali keluarga yang pemedulian. Ketiga, dari aspek masyarakat iaitu membangun masyarakat yang pemedulian, inklusif dan saksama; dan Keempat, secara menyeluruh iaitu memperkasa pembangunan sosial melalui pendekatan yang menyeluruh iaitu pendekatan senegara, whole of nation.

Keempat-empat aspirasi ini adalah sama-sama penting dan saling melengkapi antara satu sama lain. Secara keseluruhan, aspirasi ini disokong oleh 19 matlamat strategik dan 28 haluan dasar yang akan didukung dan dipantau melalui beberapa KPI tindakan atau action KPI. Maka pelaksanaan Social Blueprint ini bukan hanya tentang visi masa depan tapi juga tentang bagaimana kitani dapat mencapainya secara terancang, inklusif dan menyeluruh selaras dengan dasar nasional dan matlamat jangka panjang Wawasan Brunei 2035 demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Secara amnya, pelaksanaan Social Blueprint telah menunjukkan kemajuan yang positif dalam memperkukuh pembangunan sosial negara dengan lebih tersusun dan inklusif. Pencapaian awal ini dapat dilihat melalui beberapa dimensi utama. Pertama, dari segi penyelarasan dasar dan hala tuju strategik, Social Blueprint menyediakan satu kerangka yang jelas dan terarah bagi menyatukan pelbagai inisiatif sosial yang sedia ada melalui pelbagai kementerian dirangkumi secara komprehensif di bawah satu visi nasional yang berpandukan kepada Wawasan Brunei 2035. Ia menjadi rujukan penting dalam memastikan dasar-dasar sosial bergerak seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua, dalam aspek pemantauan dan laporan dashboard digital telah pun dibangunkan bagi mengukur kemajuan pelaksanaan berdasarkan KPI. Ini merupakan satu pencapaian penting ke arah tadbir urus Social Blueprint yang lebih telus dan berasaskan data dan membolehkan penilaian impak dibuat secara berterusan.

Ketiga, dari sudut penglibatan pelbagai pihak melalui kerjasama rentas sektor, pelaksanaan Social Blueprint akan mengukuhkan lagi kolaborasi antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan serta komuniti akar umbi. Melalui pendekatan menyeluruh ini, pelbagai program telah dilaksanakan secara bersepadu untuk menyokong kesejahteraan sosial negara, khususnya dalam pembangunan belia, kesihatan mental, pengukuhan institusi keluarga dan pemeliharaan serta pengamalan budaya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Mohon izin untuk meneruskan selambar saja lagi (ketawa kecil).

Antara inisiatif yang mencerminkan kejayaan kerjasama rentas sektor ini termasuklah Talian Harapan 145, Mental Health Action Plan, Dasar Belia Negara dan Strategi Jaminan Sosial yang dilaksanakan melalui pelbagai pelan tindakan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial, MKIS yang menjadi, bagaimana aspirasi Social Blueprint diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak langsung di peringkat masyarakat;

Keempat, dari segi kesedaran dan kefahaman awam, jerayawara Social Blueprint dan pelan pembarigaan sedang dilaksanakan telah membantu meningkat pemahaman masyarakat mengenai peranan masing-masing dalam menjayakan hala tuju sosial negara. Tindak balas positif daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mencerminkan penerimaan dan sokongan yang semakin kukuh terhadap blueprint ini; dan

Akhir sekali dalam aspek pemerkasaan, institusi pelaksana usaha sedang giat dilaksanakan untuk membina kapasiti dan keupayaan agensi-agensi yang terlibat melalui latihan, penyelarasan sumber serta penggunaan indikator pembangunan sosial yang bersesuaian. Ini termasuk adaptasi indeks antarabangsa seperti Human Development Index, HDI serta pembangunan Index Social National yang lebih contextual.

Jadi secara keseluruhan, walaupun pelaksanaan Social Blueprint masih berada di fasa awal, namun asas yang kukuh telah pun dapat dibina. Pencapaian-pencapaian ini menunjukkan bahawa negara kitani berada di landasan yang betul untuk merealisasikan matlamat strategik pembangunan sosial secara inklusif, mampan dan berpaksikan rakyat sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Memang tidak dinafikan kitani masih berdepan dengan beberapa cabaran antaranya penggunaan sumber secara optima, keperluan penyelarasan yang lebih mantap dan memastikan keberkesanan program mencapai sasaran yang berimpak tinggi dan bermakna.

Namun, dengan pendekatan menyeluruh koordinasi yang berkesan dan semangat kerjasama yang utuh di semua peringkat, kitani cukup yakin Social Blueprint mampu menjadi pemacu penting kepada pencapaian Matlamat Kedua Wawasan Brunei 2035.

Akhirnya, peramba, kaola, saya ingin menekankan sekali lagi mengenai kepentingan bagi seluruh lapisan masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menyokong dan merealisasikan aspirasi Social Blueprint ini. Namun, pelaksanaan Social Blueprint sebagai Pelan Induk Pembangunan Sosial Negara tidak dapat bergerak secara bersaingan malah saling dilengkapi oleh Manpower Blueprint dan juga Economic Blueprint. Kesalinghubungan tiga-tiga blueprint ini amat penting untuk memastikan dasar negara kitani tidak bergerak dalam ruang silo.

Sebaliknya, saling menyokong secara berpadu. Manpower Blueprint, Economic Blueprint menyediakan prasyarat penting kepada kejayaan Social Blueprint. Manakala, Social Blueprint pula memastikan pembangunan manusia dan masyarakat berjalan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan transformasi tenaga kerja ke arah pembentukan negara yang inklusif dan berdaya tahan.

Dan ini yang sebenar-benarnya akhir, semoga dengan iltizam dan kerjasama semua pihak kita akan dapat melakar kejayaan dan merealisasikan cita-cita besar negara menjelang tahun 2035, insya Allah.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi taโ€™ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan sekarang saya silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. (Doa dibaca).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang ruang kepada koala bagi turut menyumbang kepada perbahasan dalam menyokong usul bagi tindakan dan sokongan bersepadu digagaskan dengan pendekatan holistik bagi merealisasikan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

Sepertimana yang telah di bentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dengan terperinci di dewan yang mulia ini. Kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi dewan ini meneliti cadangan dan idea yang dikemukakan terutamanya kepada mencapai matlamat-matlamat utama wawasan yang kini telah diperincikan melalui tiga pelan tindakan utama iaitu Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint.

Kaola juga ingin turut mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat terutamanya at the working level yang berkerja keras didalam menyediakan blueprint-blueprint tersebut demi menyahut seruan dan bersemangat tinggi untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam tempoh masa yang tertinggal.

Penyediaan blueprint-blueprint tersebut adalah bertujuan untuk menjelaskan lagi hala tuju wawasan, memberi panduan dan menyelaraskan pembuatan keputusan, membantu di dalam menyelaraskan sumber dan aktiviti di kalangan pihak-pihak berkepentingan, membolehkan pemantauan dan penilaian dilakukan serta berperanan sebagai alat komunikasi mengenai niat strategik negara.

Perkataan penting di sini adalah negara. Dalam hubungan ini, kita perlu bergerak sehaluan, berdayung bersama, memulakan pelayaran bersama, menuju destinasi yakni wawasan. Ini termasuk memastikan pembangunan negara yang mampan, memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting dan dapat mengimbangi pertumbuhan dan pembangunan jangka panjang serta kedudukan kewangan dan perbelanjaan.

Menggunakan analogi bola sepak moden yang bermain di dalam arena atau stadium. Pada lazimnya jika permainan 11 orang sepasukan akan terdapat 20 pemain didalam gelanggang atau padang, akan tetapi lebih ramai yang menjadi penonton di grandstand. Apa yang kita kehendaki adalah jumlah penyertaan seperti permainan tradisi mob football yang berlangsung melibatkan ratusan atau bahkan ribuan pemain tetapi dengan penuh dengan beradab. Erti kata lain, kita mahu melihat semua yang terlibat mengikut peranan masing-masing ke arah merealisasikan dan turut memulakan perjalanan menuju Wawasan 2035. Saya percaya, jika diberi kesempatan, semua warga penduduk di Negara Brunei Darussalam mahu memainkan peranan masing-masing.

Tiga blueprints yang sedia ada merupakan panduan dinamik dan tidak exhaustive dan memerlukan penglibatan aktif daripada semua pihak. Kejayaan pelaksanaan pelan ini tidak hanya bergantung kepada pihak Kerajaan semata-mata tetapi turut memerlukan kerjasama erat daripada sektor swasta, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya. Setiap pihak memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan kapasiti, inovasi dan keberkesanan dasar agar kita dapat bersama-sama membina masa depan yang seimbang dan berdaya tahan.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut memainkan peranan yang menyeluruh termasuk memberi sokongan kepada pelbagai sektor, antara lain seperti pembangunan kapasiti melalui inisiatif Manpower Industry Steering Committee, mempertingkatkan ekosistem digital, pembangunan sosial melalui aspek connectivity dan mobility serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dari segi penyediaan perkhidmatan dan kemudahan logistik.

Sehubungan dengan itu, dalam mengukuhkan lagi usaha-usaha ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035, kaola ingin mengongsikan di sini beberapa perkara indicative mengenai sumbangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ke arah mendokong matlamat-matlamat yang dihasratkan menjelang tahun 2035. Salah satu daripadanya adalah bermula dengan Rancangan Kemajuan Negara.

Sukacita merujuk kepada enam teras yang menjadi hala tuju kepada penyediaan program dan projek di bawah RKN12, yang mana Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut memainkankan peranan penting dalam mendokong tiga teras yang berkaitan iaitu; Teras 4, mengukuhkan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat yang berdaya tahan; Teras 5, meningkatkan sumbangan sektor bukan minyak dan gas kepada ekonomi negara; dan Teras 6, mengukuhkan pengurusan kerajaan bagi pentadbiran awam yang efisien dan kondusif.

Berhubung dengan itu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mempunyai sejumlah 21 projek di bawah RKN12 yang menjurus kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan penambah baikan kesejahteraan rakyat. Ini juga termasuk inisiatif-inisiatif berkaitan dengan transformasi digital yang akan menyumbang pada peningkatan daya inovasi serta tahap produktiviti melalui penggunaan dan peralihan kepada digital.

Dibawah Teras 4 terdapat sejumlah sembilan projek yang bertujuan untuk mengukuhkan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat yang berdaya tahan dengan menitik beratkan kedaulatan dan kestabilan negara di samping mengutamakan hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Projek-projek kementerian bagi Teras 4 bertujuan untuk menambah baikan sistem-sistem kaji cuaca, menaik taraf sistem serta peralatan bagi menjamin keselamatan dan sekuriti di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan menyediakan dan menaik taraf infrastruktur pengangkutan awam.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini semasa Mesyuarat Pertama dari Musim Pemesyuaratan ke-21 Majlis Mesyuarat Negara pada bulan Mac lalu, Request For Proposal, RFP bagi menyediakan, mengendali, mengurus dan menyelenggara perkhidmatan pengangkutan awam di Negara Brunei Darussalam telah pun dibukakan kepada syarikat-syarikat yang berminat dan koala sukacita ingin mengongsikan bahawa kementerian ini melalui Jabatan pengangkutan Darat telahpun menerima sebanyak 14 cadangan yakni proposals. Satu jawatankuasa penilaian telah ditubuhkan untuk menilai RFP tersebut.

Ahli-ahli bagi jawatankuasa tersebut terdiri daripada pihak-pihak yang berkenaan dan ini bagi memastikan proses penilaian dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan menepati objektif. Dengan pelaksanaan projek ini nanti, ianya selari dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 sepertimana yang digariskan di dalam Social Blueprint.

Seterusnya bagi Teras 5, iaitu meningkatkan sumbangan sektor bukan minyak dan gas pada ekonomi negara, fokus utama kementerian adalah berkaitan dengan sumbangan sektor infokomunikasi dan teknologi maklumat kepada KDNK dan juga sektor perkhidmatan khususnya pergerakan kargo udara dan laut sepertimana yang terkandung di dalam Economic Blueprint. Selain itu, kajian sains teknologi dan inovasi serta dana penyelidikan CREATES juga merupakan sebahagian daripada projek-projek yang telah di kenal pasti di bawah teras ini.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut akan mendokong ke arah mencapai matlamat 3 Wawasan Brunei 2035 iaitu ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Akhir sekali, sasaran Teras 6, untuk mengukuhkan pengurusan kerajaan bagi pentadbir awam yang efisien dan kondusif dimana sebanyak 10 projek telah pun diluluskan untuk dilaksanakan oleh kementerian.

Antara faktor-faktor penyumbang kepada teras ini adalah projek-projek fasiliti dan bangunan kerajaan. Sistem dan infrustuktur teknologi digital termasuk kemudahan-kemudahan infokomunikasi dan teknologi berkualiti. Projek-projek yang dimaksudkan adalah sistem pengangkutan awam, sistem pengangkutan pintar, pendigitalan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, gov.bn, data analytics sebagai perkhidmatan dan sistem pengurusan rekod. Pelaksaan projek-projek yang telah disebutkan tadi akan mendukung matlamat dua bagi Wawasan Brunei 2035 iaitu kualiti kehidupan rakyat yang tinggi.

Dalam mendukung Wawasan Brunei 2035, usaha-usaha di peringkat kementerian terus dipertingkatkan dengan memastikan pelan strategik kementerian dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah sejalan dengan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

Antara petunjuk prestasi utama di peringkat kementerian yang juga menyumbang kepada Economic Blueprint dan seterusnya mendukung matlamat tiga Wawasan Brunei 2035 adalah seperti peningkatan perkara dari segi pergerakan penumpang udara yang meningkat daripada kira-kira 1.2 juta pada tahun 2023 ke hampir 1.5 juta pada tahun 2024.

Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikkan yang positif ini ada berikutan tambahan jumlah syarikat penerbangan yang beroperasi serta peningkatan jumlah destinasi dan kekerapan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Peningkatan jumlah kargo laut dari kira-kira 33.8 juta tan pada tahun 2023 ke 38.6 juta tan pada tahun 2024. Tren yang meningkat ini didorong oleh sumbangan signifikan dari sektor minyak dan gas dan hiliran termasuk lonjakan dari segi kargo konvensional.

Sebagai usaha berterusan kementerian ini, pelan strategik baharu MTIC 2026-2030 juga akan tetap diselaraskan dengan Wawasan Brunei 2035, national blueprints, peta jalan industri dan juga pelan induk sektor utama serta Matlamat Pembangunan Mampan, Sustainable Development Goals. Ini adalah bagi memastikan sektor-sektor di bawah kementerian ini akan terus menyumbang kepada pencapaian sasaran negara menjelang tahun 2035 khususnya dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Dengan semangat sinergi dan tanggungjawab bersama, marilah kita bergerak seiring berganding bahu secara kolektif dalam sama-sama menangani tanggungjawab untuk memastikan segala dasar strategi dan pelaksanaan peta jalan, blueprint-blueprint terus selaras dan berimpak tinggi demi menjayakan Wawasan Brunei 2035 dan membawa kemajuan serta kesejahteraan yang berterusan kepada Negara Brunei Darussalam yang kita cintai.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah kita telah berbincang berbahas sehari suntuk pada hari ini dan saya ingin mencadangkan supaya mesyuarat kita ini kita tangguhkan.

Insya Allah, kita akan bersidang semula pada hari keesokan harinya iaitu hari Khamis, 7 Ogos 2025 sebagaimana biasa mulai daripada jam 9.30 pagi.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.