Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT4

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 7 minit
📊 Bilangan kata: 1,381 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan kadar sara diri negara dalam pengeluaran makanan tempatan, dan sejauh mana keberkesanan dasar sedia ada dalam memastikan ketahanan makanan negara dapat dikurangkan daripada kebergantungan import.

YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN​

JAWAPAN:

Dalam merangka perancangan dan hala tuju bagi memajukan industri makanan dan seterusnya mengukuhkan Food Security di negara ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengenal pasti enam komoditi utama iaitu beras, ayam, telur ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Dengan meningkatkan pengeluaran komoditi-komoditi tersebut, diharap Negara akan dapat memperkukuh keupayaan sara diri makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada import; menstabilkan harga dan memastikan bekalan yang mencukupi meskipun dalam situasi krisis global; dan seterusnya meningkatkan keluaran industri pertanian dan perikanan tempatan, yang akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sehubungan ini, sukacita mengongsikan mengenai pencapaian sara diri bagi enam komoditi utama bagi keluaran industri pertanian dan perikanan yang secara purata bagi 3 tahun kebelakangan (2022-2024) iaitu:

  • Bagi sektor padi (beras), negara telah mencapai 8% sara diri;

  • Bagi telur ayam adalah 103%;

  • Bagi daging ayam adalah 100%;

  • Bagi daging kerbau dan lembu sekitar 2.3%;

  • Bagi sayur tropika sekitar 72%; dan

  • Bagi ikan sekitar 74%.

Berhubung pencapaian purata keluaran sektor makanan yang merangkumi sektor pertanian dan perikanan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan meningkat dari $525 juta pada tahun 2017 kepada purata $742 juta setahun bagi tiga tahun kebelakangan 2022-2024.

Pihak Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan keluaran dan memperkukuhkan keupayaan sara diri makanan serta mengurangkan kebergantungan kepada import bagi komoditi-komoditi utama di bawah sektor pertanian dan perikanan ini, terutamanya bagi komoditi yang belum mencapai sara diri penuh seperti daging kerbau dan lembu, sayur tropika dan ikan. Ini bukan sahaja untuk memastikan bekalan makanan di Negara ini adalah terjamin tetapi juga untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah dan nilai eksport.

Bagi mendokong usaha ke arah meningkatkan pengeluaran dan menjamin sekuriti makanan Negara di samping itu memajukan industri makanan di Negara ini, beberapa strategi-strategi telah dirangka di bawah Food Industry Roadmap. Langkah-langkah strategik ini diharap akan memacu pertumbuhan dan peningkatan keluaran sektor makanan iaitu melalui keluaran dan produktiviti dari aktiviti industri penghasilan primer dan industri pemprosesan dan nilai tambah bagi industri ternakan, tanaman, tangkapan ikan dan akuakultur untuk memenuhi permintaan domestik dan eksport.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian ini dalam meningkatkan hasil sektor pertanian adalah seperti berikut:

i. Menaiktaraf dan menyediakan infrastruktur asas industri bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dari tapak-tapak pertanian. Adalah diharapkan semua Kawasan Kemajuan Pertanian dan Perikanan mempunyai bekalan letrik, air dan saliran yang mencukupi dan kondusif. Ini adalah bagi memudahkan para pengusaha untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan dalam menyumbang ke arah Food Security.

Usaha-usaha ini bagi memudahkan pengusaha, termasuk belia, memulakan perusahaan dan meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran dalam menyumbang kepada food security serta mengukuhkan rantaian nilai (value chain) industri;

ii. Menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam pertanian dan perikanan bagi meningkatkan produktiviti ladang. Ini termasuk teknik perladangan moden serta teknik yang lestari seperti Regenerative Agriculture bagi meningkatkan produktiviti keluaran tanaman dengan memulihkan kesuburan tanah melalui penggunaan kompos untuk menghasilkan hasil tanaman berkualiti tanpa menjejaskan sumber semula jadi. Usaha juga diperkukuhkan untuk mempraktikkan pengurusan urustadbir ladang yang baik serta menarik lebih ramai pengusaha baru, terutama sekali para belia, ke sektor ini.

iii. Menggalakkan aktiviti nilai tambah termasuk Research & Development untuk menarik penglibatan GLCs dan FDIs dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah tinggi (high value added) dan pembangunan & penyelidikan (R&D) dalam mengukuhkan rantaian nilai (value-chain) industri makanan. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti seperti penghasilan makanan ternakan, baja, biji benih, benih anak ikan/udang, telur berbenih, penghasilan varieti baru dan lain-lain, bagi mengurangkan kos bahan input, memastikan peningkatan hasil yang tinggi, mengukuhkan persaingan dan akses kepada pasaran global, termasuk akses kepada teknologi dan modal.

Sebagai contoh bagi mengukuhkan pengeluaran padi dan beras Negara, Kementerian ini terus menjalankan penyelidikan bagi mengenalpasti varieti padi unggul, berhasil tinggi dan menepati citarasa pengguna. Ini termasuklah cadangan penubuhan Hybrid Rice Research Centre dan memudahkan pembekalan benih padi hibrid ke Negara Brunei Darussalam; dan

iv. Selain daripada Industri Primer, Kementerian ini juga dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, melalui Capacity Enhancement Programme, giat berusaha untuk membangunkan industri agrimakanan termasuk melibatkan syarikat-syarikat homebased. Usaha ini bertujuan untuk merangkumi seluruh rantaian nilai industri makanan supaya dapat diusahakan dan dimanfaatkan di dalam negara ini.

Dalam sektor perikanan pula, Kementerian telah merangka Peta Jalan Sektor Perikanan untuk memacu pertumbuhan keluaran serta memperkukuh kestabilan makanan negara dan rantaian nilai produk agrimakanan, disamping mempromosikan amalan perikanan yang mampan.

Bagi meningkatkan lagi pengeluaran dari sektor perikanan, beberapa inisiatif telah dilaksanakan, antaranya seperti:

i. Program memperkayakan sumber ikan menggunakan takat-takat tiruan yang dilabuhkan di Zon 1 sehingga Zon 3 perairan Negara Brunei Darussalam bagi meningkatkan produktiviti penangkapan ikan oleh nelayan tempatan;

ii. Meluaskan zon penangkapan ikan bagi nelayan kecil-kecilan di Zon 1 dalam usaha untuk meningkatkan keluaran hasil dari nelayan kecil-kecilan melalui pelaksanaan sistem Zon penangkapan ikan baharu iaitu dari 0 hingga 3 batu nautika kepada 0 hingga 7 batu nautika dari pantai; dan

iii. Restocking Program udang galah secara berkala ke perairan Brunei bagi mengekalkan kelestarian populasi udang galah liar dan seterusnya akan dapat menyumbang kepada hasil tangkapan nelayan kecil.

iv. Pelan Pemulihan Industri Ternakan Udang bagi memperketatkan kawalan biosekuriti dalam mengawal risiko kemasukan penyakit udang untuk memastikan peningkatan produktiviti industri ternakan udang tempatan:

  • Dalam memastikan jumlah benih udang yang konsisten untuk dibekalkan ke ladang ternakan udang tempatan, Kementerian ini membenarkan pengimportan induk udang yang berkualiti tinggi bagi penghasilan benih udang tempatan. Selain itu, Kementerian ini juga membenarkan pengimportan benih udang yang berkualiti dan bebas penyakit daripada syarikat pembekal benih udang yang diiktiraf dalam memastikan bekalan benih udang yang mencukupi.

  • Selain itu, terdapat 3 buah syarikat tempatan yang menghasilkan benih ikan di Negara ini untuk dibekalkan ke ladang-ladang ternakan ikan tempatan bagi menyumbang kepada peningkatan keluaran hasil ternakan ikan laut;

  • Kementerian ini juga bekerjasama dengan pihak Republik Singapura bagi kajian genetik udang galah sebagai persediaan untuk membangunkan dan melaksanakan program pembangunan induk udang galah di Negara ini untuk dihasilkan oleh syarikat ternakan udang galah.

Pelbagai inisiatif juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan keluaran produk pemprosesan dan nilai tambah yang berasaskan produk-produk pertanian dan perikanan melalui penubuhan Agrifood Taskforce dalam mendokong pertumbuhan serta peningkatan keluaran dari sektor makanan.

Kementerian ini sentiasa mengutamakan penggunaan bekalan bahan mentah daripada pembekal tempatan untuk dijadikan produk nilai tambah, walau bagaimanapun bersikap terbuka kepada bekalan bahan mentah dari luar Negara bagi menampung keperluan kilang pemprosesan tempatan yang mana produk yang dihasilkan akan dieksport semula ke luar Negara. Sebarang kebenaran bagi pengimportan bekalan bahan mentah untuk kegunaan kilang pemprosesan sentiasa diteliti berdasarkan kepada jumlah bekalan bahan mentah yang dihasilkan di Negara ini bagi mendokong perkembangan syarikat tempatan dan seterusnya meningkatkan ekonomi Negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.