Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT28

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 585 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan jumlah pekerjaan yang akan dapat diwujudkan dengan belanjawan 2025 dan dalam sektor-sektor mana. Ini mengambil kira kebimbangan pada masa ini ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

YANG BERHORMAT MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ور حمة الله وبر كاته

i. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman di atas pertanyaan mengenai dengan jumlah pekerjaan yang akan dapat diwujudkan dengan belanjawan 2025 dan sektor-sektor yang terlibat serta kebimbangan untuk mendapatkan pekerjaan.

ii. Untuk makluman Yang Berhormat Pehin, fokus-fokus utama penyediaan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN12) antaranya adalah seperti berikut:

  • Pertama, bagi mendukung kestabilan sosio-ekonomi Negara;

  • Kedua, bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terjaga;

  • Ketiga, bagi meningkatkan kemahiran dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi baharu; dan

  • Keempat, bagi meningkatkan pembangunan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan.

iii. Pelaburan dalam projek-projek RKN12 ini akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri-industri baharu bagi anak-anak tempatan, seperti dalam projek-projek akuakultur, pertanian, pelancongan, kesihatan, pekerjaan hijau (green jobs) dan juga melalui projek-projek enablers seperti projek-projek pembinaan prasarana bagi persediaan industri-industri seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pengangkutan dan dalam bidang-bidang Infokomunikasi dan reformasi digital.

iv. Selain daripada projek RKN12, pelbagai usaha terus dipertingkatkan dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan. Ini termasuk mengutamakan penjanaan peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta, seperti melalui kemasukan dan pertumbuhan pelaburan langsung asing (FDIS), spin-offs daripada FDIs, dan menggalakkan keusahawanan.

v. Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia sedang melaksanakan usaha pengumpulan unjuran keperluan tenaga kerja (manpower forecasting) secara berterusan daripada pelbagai agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Usaha ini menganggarkan peluang pekerjaan sebanyak 5 ribu pekerjaan setahun yang mana jumlah ini akan dikemaskini mengikut status projek dan pengisian jawatan semasa.

vi. Dalam pada itu, dikongsikan bahawa terdapat sebanyak lebih dari 4,000 jawatan kosong di sektor swasta yang sedang aktif diiklankan di Portal Pusat Pekerjaan Brunei (JCB) setakat 31 Januari 2025. Oleh itu, para pencari kerja adalah diseru untuk merebut peluang pekerjaan yang tersedia pada ketika ini. Peluang pekerjaan yang tersedia bukan sahaja di dalam pelbagai sektor, seperti penginapan dan perkhidmatan, wholesale and retail, mining and quarrying dan lain-lain, namun juga ditawarkan di pelbagai tahap kelayakan dan peringkat kemahiran.

vii. Insya Allah, pihak Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak industri dan agensi-agensi berkaitan untuk memperluaskan lagi peluang pekerjaan sejajar dengan perkembangan sektor-sektor ekonomi negara.

Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.