Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

HARI KE-1 PAGI

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 58 minit
📊 Bilangan kata: 12,420 kata

4HB OGOS 2025 PAGI

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Jurutulis

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari pertama pada hari ini, Isnin, 10 Safar 1447 bersamaan 4 Ogos 2025, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat, Imam Jame’ Asr Hassanal Bolkiah)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir berkumpul pada pagi ini untuk bersidang pada hari pertama dalam Mesyuarat Kedua Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara yang lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah akan tiga perkara utama iaitu:

Pertama, baginda telah memperkenankan bagi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk diadakan dua kali setahun bermula dengan tahun ini. Kedua, baginda juga telah memperkenankan pengemaskinian ke atas prosedur dan proses kerja kita menurut Peraturan-Peraturan Mesyuarat atau Standing Orders; dan Ketiga, baginda juga telah memperkenankan Penggubalan Kod Etika bagi Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Alhamdulillah, titah baginda itu merupakan satu penghormatan dan kepercayaan kepada Majlis Mesyuarat Negara ini untuk melaksanakan perubahan yang besar ini dengan harapan agar perbincangan akan lebih teratur, lebih fokus dan berkesinambungan yang dapat mencerminkan kematangan dan profesionalisme Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sentiasa bekerjasama untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Antara urusan utama dalam Mesyuarat Kedua ini adalah usul yang akan membincangkan usaha senegara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 yang sudah setentunya kejayaannya bergantung kepada penglibatan menyeluruh, usaha gigih dan kerjasama berterusan daripada semua pihak dan lapisan masyarakat untuk bertindak dan bersatu.

Setentunya ini adalah sangat sesuai untuk dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat kita ini. Mesyuarat Kedua ini juga membuka ruang bagi pertanyaan dari Ahli-Ahli Yang Dilantik untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam dan juga memberi peluang kepada Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan untuk mengongsikan inisiatif-inisiatif kerajaan yang menyokong agenda pembangunan negara.

Saya berharap dalam Mesyuarat Kedua ini mempunyai peranan besar dalam menjalankan semak dan imbang dalam agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. Ahli-Ahli Yang Berhormat berpeluang untuk berbahas dan walaupun akan ada perbezaan pandangan, saya berharap perbahasan akan dapat dijalankan dalam suasana yang matang, penuh tertib dan berhemah dengan berpegangkan kepada prinsip Melayu Islam Beraja.

Saya menyeru kepada Ahli-Ahli akan berpegang kepada kekuatan Majlis Mesyuarat Negara dalam sama-sama menjalankan amanah demi kebaikan rakyat dan masa depan negara ini. Ini bermakna Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini perlu dibangunkan untuk menjadi medan pertukaran-pertukaran idea, buah fikiran dan penyelesaian demi memperbaiki dasar dan kehidupan rakyat dan seharusnya dipandang sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat perlu sama-sama menjalankan tanggungjawab bersama secara collective responsibility demi memikirkan pembangunan negara kita ini apa lagi dalam suasana dunia yang kurang menentu pada waktu ini.

Dalam membincangkan dan membahaskan isu-isu yang berkenaan, saya ingin menekankan bahawa Peraturan-Peraturan Mesyuarat atau Standing Orders harulah sentiasa dihormati dan dipatuhi sepenuhnya demi memastikan integriti dan kemuliaan institusi Majlis Mesyuarat Negara sentiasa terpelihara. Perkara ini adalah penting bukan bagi memantap, bukan saja memantapkan proses permesyuaratan tetapi adalah bukti bahawa Majlis Mesyuarat Negara kita boleh mengaplikasikan Peraturan Mesyuarat dengan tertib.

Akhirnya, saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian akan senantiasa beriltizam bagi meletakkan Majlis Mesyuarat Negara sebagai sebuah institusi yang penting dalam negara ini, apa lagi dalam kewujudannya adalah sudah termaktub dalam perlembagaan negara kita. Marilah kita bersama-sama memeriahkan setiap sesi mesyuarat dalam dewan yang mulia ini dengan perbahasan yang lebih berkesan dan berimpak tinggi serta menjaga kesantunan semata-mata demi memastikan kebajikan rakyat, kesejahteraan negara yang kita sayangi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita nampaknya ada urusan-urusan mesyuarat yang perlu diselesaikan dan saya cadangkan agar kita berpindah ke perkara lain.

Yang Mulia Jurutulis

Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya sekarang membuka ruang bagi waktu pertanyaan selama satu jam dan prosedur ini berjalan selama kita bermesyuarat setiap hari. Sebagai peringatan, Menteri-Menteri mempunyai had masa selama 10 minit untuk menjawab setiap pertanyaan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab perlulah dijawab secara bertulis dan akan diterbitkan sebagai dokumen rasmi Majlis Mesyuarat Negara. Saya juga akan membukakan ruang bagi soalan tambahan atau supplementary question dan keutamaan diberikan kepada Ahli yang menghadapkan pertanyaan tersebut.

Di hadapan saya ada senarai pertanyaan yang dikemukakan, maka saya mulakan dengan soalan dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ditujukannya kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai perancangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk melaksanakan penilaian projek dan landskap bagi penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti yang dikendalikan oleh Organisasi Bukan Kerajaan ataupun NGO di Negara Brunei Darussalam termasuk yuran yang berpatutan untuk warga yang berpendapatan rendah.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat Julai 2025 sebanyak 82 Pusat Penjagaan Kanak-Kanak telah berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat atau JAPEM dalam mana 69 Pusat telah dibuka dan sedang beroperasi di Daerah Brunei dan Muara, 4 Pusat beroperasi di Daerah Tutong dan 9 Pusat lagi beroperasi di Daerah Belait.

Setakat ini, Daerah Temburong tidak ada mempunyai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang berdaftar. Pemilik Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di negara ini adalah terdiri dari pihak-pihak individu persendirian dan juga NGO. Setakat ini, terdapat 4 pusat penjagaan yang dikendalikan oleh NGO. Jabatan Pembangunan Masyarakat mengalu-alukan bagi mana-mana pun NGO untuk menubuhkan dan menjalankan pusat penjagaan kanak-kanak dengan syarat ianya mematuhi proses pelesenan dan syarat-syarat pelesenan dan syarat garis pandu JAPEM mengikut Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Penggal 218).

Berkenaan bayaran yuran untuk penghantaran kanak-kanak, ianya adalah tertakluk kepada pusat penjagaan kanak-kanak masing-masing berdasarkan kadar pasaran semasa dan juga jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat penjagaan kanak-kanak tersebut. Jadi untuk makluman, mengikut maklumat yang diterima oleh JAPEM setakat ini, secara purata jumlah yuran bagi seorang kanak-kanak berjumlah $200 bagi setiap bulan.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan setentunya menggalakkan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak untuk ditubuhkan ke arah membantu dan meringankan beban penjagaan dan menggalakkan penyertaan wanita dalam alam pekerjaan. Sepertimana yang telah dikongsikan sebelum ini, Kementerian ini melalui JAPEM telah menyediakan draf garis panduan penjagaan kanak-kanak atau child daycare di premis kerja sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang ada pada masa ini.

Garis panduan ini sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak secara in-house di premis-premis kerja sama ada sektor kerajaan mahupun swasta. Garis panduan ini juga adalah selaras dengan amalan-amalan terbaik antarabangsa dan juga di negara-negara lain.

Salah satu objektif penubuhan daycare secara in-house ini nanti adalah untuk memberikan akses penjagaan secara lebih mudah dan mampu milik atau affordable bagi ibu bapa yang bekerja. Tambahan itu, ia juga akan mengelakkan atau mengurangkan keperluan warga kerja keluar masuk pejabat atas keperluan menghantar anak-anak sekolah. Dengan adanya in-house daycare ini, ianya akan dapat menyokong para ibu bapa terutama kaum wanita yang bekerja dalam menangani isu penjagaan kanak-kanak dan mendukung keseimbangan penjagaan anak dan kerjaya ke arah kehidupan keluarga yang lebih harmoni.

Menurut dapatan daripada kajian antarabangsa yang dikongsikan oleh UN Deputy Secretary General, premis-premis kerja yang menyediakan in-house daycare ini adalah lebih berkemungkinan untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja secara kompetitif atau dalam erti kata lain more likely to attract and retain work talent.

Jadi dalam pada masa yang sama, ia juga akan meningkatkan produktiviti di tempat kerja, jadi ini juga bermakna jika sekiranya produktiviti pada ketika ini lemah kerana orang keluar masuk pejabat dan dengan adanya dukungan seperti ini, ia akan mempertingkatkan dan mengurangkan kerugian dari segi produktiviti.

Selain daripada ini, hasil penyelidikan mengenai pembangunan wanita di Negara Brunei Darussalam telah mendapati bahawa 46 peratus daripada responden wanita menyatakan cabaran utama untuk menyertai tenaga kerja adalah disebabkan oleh isu penjagaan anak. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan pusat penjagaan kanak-kanak pada masa ini lebih tertumpu kepada keluarga yang berpendapatan tinggi dan sederhana, memberi petunjuk kepada keperluan untuk memperluaskan lagi akses kepada perkhidmatan sedemikian termasuk penubuhannya di premis-premis bangunan kerajaan.

Oleh itu, maksudnya premis-premis pejabat, bangunan pejabat kerajaan. Oleh itu, penyediaan kemudahan penjagaan anak yang lebih inklusif, mampu milik dan mudah dicapai adalah penting sebagai sebahagian daripada dasar sokongan yang menyeluruh ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang mesra keluarga.

Sekian sahaja Yang Berhormat Yang Di-Pertua bagi menjawab persoalan yang berkenaan.

Sekian Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang kedua iaitu dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada menjawab pertanyaan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai pelaksanaan Hidden Disabilities Sunflower Lanyard Programme di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan kerjasama Royal Brunei Airlines dan NGO tempatan ini adalah satu soalan yang bertepatan dan dihargai.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah di kalangan lapangan terbang yang belum menyertai skim tersebut yang merupakan skim berdaftar dan dikendalikan oleh Hidden Disabilities Sunflower Scheme Limited iaitu sebuah NGO swasta berdaftar dan berpangkalan di UK yang mempunyai rangkaian antarabangsa melalui penyertaan sebagai ahli.

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Penerbangan Awam bersetuju dengan skim tersebut, akan tetapi perlu menduduki terlebih dahulu tentang keperluan-keperluan untuk menyertai skim tersebut secara rasmi. Contohnya, untuk melaksanakan inisiatif sedemikian secara efektif di lapangan terbang, antara perkara penting yang perlu diambilkira adalah berkaitan dengan kesedaran dan kompetensi kakitangan.

Ini perlu menyediakan latihan khusus kepada kakitangan lapangan terbang termasuk pegawai keselamatan, imigresen dan khidmat pelanggan. Kesedaran mengenai ketidakupayaan tersembunyi, komunikasi, empati dan kendalian situasi sensitif. Dalam hubungan ini, Jabatan Penerbangan Awam tiada ada halangan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta dan NGO yang ingin turut menerajuinya. Ini juga tidak semestinya untuk menjadi ahli rasmi kepada Hidden Disabilities Sunflower Lanyard Programme tersebut tetapi kepada mana-mana usaha untuk membantu Orang Kelainan Upaya tersembunyi dapat diberi bantuan tambahan di khalayak orang ramai.

Dalam pada itu jua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, di antara usaha sekarang bagi meningkatkan accessibility dan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lebih mesra, inclusive, penumpang-penumpang yang mempunyai keperluan khusus seperti kelainan upaya boleh memohon bantuan melalui langkah-langkah berikut, memaklumkan kepada syarikat-syarikat penerbangan atau agen pelancongan semasa membuat tempahan tiket mengenai keperluan khas yang diperlukan untuk dapat menghubungi khidmat pelanggan syarikat penerbangan sebelum tarikh perjalanan untuk mendapatkan panduan lanjut atau membuat peraturan awal dan juga memaklumkan secara langsung kepada kakitangan lapangan terbang semasa proses daftar masuk atau check-in untuk memohon permintaan seperti masa tambahan untuk urusan perjalanan, bantuan komunikasi yang lebih jelas, perlahan dan mudah difahami dan jika perlu, penggunaan ruang menunggu yang lebih tenang seperti ruang yang lebih senyap yang sudah tersedia.

Sekian dahulunya kaola ingin kongsikan di Dewan Majlis ini Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang ketiga daripada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat di atas pertanyaan mengenai peluang pekerjaan di sektor awam bagi bekas banduan yang telah insaf.

Setakat ini, belum ada peraturan khusus yang membenarkan bekas banduan untuk dilantik ke dalam sektor awam. Sebarang cadangan atau inisiatif berkaitan tertakluk kepada pertimbangan pihak-pihak yang berkepentingan berdasarkan dasar dan garis panduan yang berkuatkuasa pada masa ini.

Sehubungan itu, bagi sebarang permohonan untuk perlantikan semula akan dirujuk kepada pertimbangan pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA dan dalam hal ini, sebagai sebuah badan bebas, SPA akan membuat penilaian dengan teliti dan berpandukan prinsip merit, kelayakan, kesesuaian jawatan serta kepentingan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat jua, SPA hanya pernah mempertimbangkan satu kes setakat ini yang melibatkan individu yang telah menjalani hukuman penjara akibat kegagalan membayar denda. Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang meneliti pendekatan yang lebih inklusif dan progresif dalam urusan pengambilan ke perkhidmatan awam termasuk pertimbangan terhadap pelaksanaan tempoh kelayakan semula bagi individu yang mempunyai rekod sabitan lupus, spent conviction.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara langkah atau inisiatif utama yang diambil oleh pihak kerajaan mengenai pembersihan rekod jenayah adalah penelitian ke atas pelaksanaan menyeluruh Akta Pendaftaran Jenayah (Penggal 202). Undang-undang berkenaan merupakan undang-undang utama yang mengimbangi tanggungjawab negara dalam memastikan keselamatan awam dengan tanggungjawab untuk menyokong pemulihan dan integrasi semula masalah yang telah insaf ke dalam masyarakat.

Walaupun akta ini menetapkan kewajipan pihak berkuasa untuk merekod butiran individu yang disabit bersalah bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, tapisan keselamatan dan fungsi kehakiman, ianya juga mengiktiraf prinsip keadilan, pemulihan dan peluang bagi individu untuk membina semula kehidupan mereka. Selain daripada menubuhkan daftar penjenayah, Akta Pendaftaran Jenayah (Penggal 202) juga turut memperkenalkan rangka kerja bagi sabitan lupus, spent conviction.

Peraturan ini mengiktiraf bahawa individu yang telah menjalani hukuman dan menunjukkan pembaikan kelakuan, wajar diberi peluang untuk maju tanpa dibebani sabitan lama sepanjang hayat yang mana kerajaan juga akan terikat dengan peruntukan ini.

Mengambilkira impaknya yang luas dan mendalam kepada semua lapisan masyarakat, maka pihak jabatan ini sedang menjalankan penelitian lanjut dan terperinci bagi memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut dijalankan dengan adil dan saksama dengan mengimbangkan kepentingan hak penjenayah yang telah insaf dengan hak masyarakat secara meluas.

Dengan yang demikian, adalah turut ditekankan kepada setiap penjawat awam untuk menilai setiap tindakan agar tidak terjerumus dalam perbuatan yang menyalahhi undang-undang demi sentiasa menjaga kemaslahatan diri sendiri dan juga keluarga serta memelihara nama baik perkhidmatan awam. Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan pada menjawab soalan Yang Berhormat itu tadi.

Sekian Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang keempat dari Yang Berhormat Awang Zainol ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Bismillahir rahmanir rahim. Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab Pertanyaan Lisan yang diajukan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memohon izin bagi kaola menjawab Soalan 4, 6, 7 dan 10 iaitu Pertanyaan Lisan 147, 183, 220 dan 182 secara berurutan kerana bidangnya adalah berkaitan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Jadi Yang Berhormat akan menjawab soalan 4, 6, 7 dan 9?

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

10

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed atas soalan mengenai dengan Pendidikan Khas di semua institusi pendidikan iaitu PL 147.

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkhidmatan Khas ataupun JP Khas sentiasa memastikan pelaksanaan pendidikan khas di semua institusi pendidikan termasuk sektor swasta mematuhi garis panduan secara konsisten. Pelaksanaan ini berpandukan Special Education Framework yang menggariskan prinsip 5A ataupun acceptance, accessibility, adapted curriculum, adapted instruction dan adapted assessment serta pelbagai buku panduan dan kurikulum khusus bagi memudahkan rujukan ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Pemantauan dan penilaian dijalankan secara sistematik melalui school review, school placement meeting, laporan kemajuan pelajar dan school transition meeting yang melibatkan pakar JP Khas bersama dengan pihak sekolah. Proses ini memastikan penempatan pelajar intervensi serta pelan pendidikan individu ditetapkan dengan tepat mengikut keperluan.

Bagi meningkatkan kapasiti tenaga kerja, inisiatif special educational needs support educators telah melatih guru sekolah kerajaan, swasta dan agama melalui kursus Pengenalan Pendidikan Khas. Sehingga tahun 2025 seramai 207 peserta telah dilatih. Selain itu, seramai 113 pegawai, pengurus, pelajar berkeperluan khas ditempatkan di sekolah-sekolah melalui program SKiPPA.

Kementerian juga menetapkan spesifikasi minimum fasiliti seperti bilik terapi, laluan bebas halangan dan bahan bantu mengajar khusus. Berbagai inisiatif seperti learning assistance centre, model inclusive school dan centre of excellence diwujudkan. Setakat ini, empat COE telah beroperasi di sekolah rendah dan menengah terpilih. Sekolah khas swasta seperti Sekolah Al-Ameerah Al-Hajah Mariam juga ditubuhkan bagi menampung pelajar tahap priority level 4 dan priority level 5.

Seterusnya soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai dengan usaha tambahan kementerian yang di luar dari pembelajaran pengajaran biasa iaitu normal teaching untuk membantu pelajar-pelajar under-performing. Ini adalah merujuk kepada PL 183.

Terima kasih Yang Berhormat Pehin atas soalan yang diajukan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Student Learning Survey iaitu penilaian psychometric kebangsaan yang melibatkan pelajar Tahun 2 hingga Tahun 11. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran dan proficiency pelajar dalam bidang literacy, numeracy dan science. Data yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan sebagai petunjuk dan penentu sama ada mereka memerlukan sokongan pembelajaran secara individu ataupun one-to-one approach atau melalui pendekatan berkumpulan atau sebaliknya.

Melalui analisis data ini, pelajar-pelajar yang under-performing yang memerlukan bantuan akan mengikuti program tambahan secara berstruktur. Learning Support Programme ataupun LSP telah diperkenalkan pada tahun 2022 bertujuan membantu sekolah-sekolah merancang dan melaksanakan program-program sokongan pembelajaran.

Satu kerangka telah dihasilkan sebagai panduan pelaksanaannya serta penyelarasan program-program sokongan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Di samping itu, program-program di luar dari pembelajaran dan pengajaran biasa ataupun normal teaching masih terus dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti extra classes dan early morning intervention.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga secara berterusan melaksanakan pengukuhan Data Driven Culture ataupun DDC di sekolah-sekolah yang merangkumi proses pengumpulan penggunaan analisis dan interpretasi data yang dapat membantu para guru untuk merancang dan melaksanakan strategi yang menyokong keperluan pembelajaran pelajar secara berfokus.

Bagi menjawab Pertanyaan Lisan 220 iaitu soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yussof terhadap perancangan untuk memperkenalkan pensijilan khusus bagi pelajar-pelajar Tahun 7, 8 atau 9 yang low academic achievers.

Pada masa ini, Kementerian Pendidikan berpendangan bahawa masih belum ada keperluan untuk memperkenalkan pensijilan khusus bagi pelajar-pelajar Tahun 7, 8 dan 9 di kalangan low academic achievers ataupun pelajar- pelajar dari kalangan non-academically inclined. Ini kerana pelajar di peringkat berkenaan masih perlu untuk mengikuti common curriculum yang diselaraskan sebagai asas kepada pengukuhan pembelajaran menyeluruh sebelum mereka memasuki aliran pengkhususan Special Applied Programme, SAP sehingga menamatkan pengajian mereka di Tahun 11. Di samping itu, untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di pasca menengah, pelajar perlu menamatkan pembelajaran sekurang-kurangnya pada Tahun 10 atau 11 seperti program-program Industrial Skills Qualification, ISQ yang ditawarkan oleh Institute of Brunei Technical Education, IBTE.

Kaola teruskan dengan menjawab Pertanyaan Lisan 182 iaitu soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai perancangan Kementerian Pendidikan untuk melahirkan generasi smart kids yang mempunyai paras intelek IQ yang above average. Kementerian Pendidikan telah menubuhkan pusat perkembangan pendidikan cerdas pintar dan berbakat ataupun Center For The Development of Gifted and Talented Education, EDGE.

Pada tahun 2021, pusat EDGE bertanggungjawab dalam merancang dan memantau aliran pendidikan pelajar-pelajar yang dikenal pasti cerdas, pintar dan berbakat termasuk pelajar-pelajar cemerlang. Di samping itu, pusat ini turut bertanggungjawab menyelaras proses pengenalpastian dan penilaian pelajar serta pelaksanaan program-program kepimpinan dan pembangunan pelajar. Usaha ini turut melibatkan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Beberapa pelajar turut terlibat dalam program dan pertandingan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa seperti The 16th APEC Cross Mentoring Research Activity, The 14th ASEAN+3 Centre For The Gifted in Science Student Camp, The 16th and 17th International Science Youth Forum dan The 10th ASEAN+3 Juniors Science Odyssey.

Penyertaan dalam program-program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekaligus mempertingkatkan kemahiran komunikasi, problem solving dan kepimpinan mereka dalam suasana global yang lebih kompetitif. Sekian saja dulu yang dapat kaola saya kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Assalamualaikum Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Mohon izin untuk bertanyakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan mana satu yang mahu ditambah?

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenai dengan tracking system.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Silakan.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan sekiranya ada usaha Kementerian Pendidikan untuk mengadakan tracking system untuk memantau anak-anak low performer dan low achievers supaya tidak tersisih daripada pelajaran.

Kaola juga berharap mereka ini akan dipantau secara menyeluruh hingga mereka mendapat kelulusan, skill set yang membolehkan mereka mencari pekerjaan atau mendapat kelulusan yang membolehkan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Jika mereka tidak ada tracking system, adakah tracking system ini akan diusahakan? Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih atas soalan yang telah diajukan dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai dengan tracking system. Sebenarnya selepas Covid hari atu, the first day the students came back to school, kitani telah menyediakan satu tracking system yang telah didevelop ataupun dikembangkan oleh Kementerian Pendidikan yang berupa satu set item yang menggunakan item-item, released item daripada International Accredited Bodies di dalam assessment.

Di dalam item-item tersebut tersenarai soalan-soalan di mana mereka di benchmark dengan expectation ataupun kompetensi mereka di dalam literacy, numeracy dan juga science seperti yang pernah saya suarakan di dalam Dewan yang mulia ini. Ia merupakan satu pengutipan data dan analisis data yang paling besar yang pernah secara peribadi kaola dan saya sendiri pernah lihat.

Daripada sana, misalnya pada tahun 2024 sahaja, seramai 47 ribu pelajar telah dinilai dan angka ani setentunya telah bertambah daripada tahun sebelumnya pada tahun 2023 dan tahun 2022 di setiap level bermula pada Tahun 2 sehingga pada Tahun 11 pelajar-pelajar ani. Jadinya, mereka dinilai dan diassess di mana keberadaan mereka.

Adakah mereka arah early beginner ataupun intermediate ataupun sudah advance. Di sinitah guru-guru akan melihat di mana keberadaan pelajar-pelajar tersebut mengikut kompetensi masing-masing.

Jadinya, memang ada terdapat tracking system. Jadinya, kalau misalnya pelajar atu memang dalam kategori early competencies ataupun immediate ataupun advance. So, we know where they are in the expected competencies. So, adakah saya sudah menjawab soalan Yang Berhormat? Tapi, memang ada. We have.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Biskaola pohonkan ialah kalau ianya dipantau untuk memastikan kanak-kanak itu tidak keluar sekolah unless mereka punya skill set yang membolehkan mereka untuk mencari pekerjaan.

Adakah mereka perlu ditahan dalam sekolah hingga umur 18 tahun hingga mereka mendapat keputusan yang membolehkan mereka menjadi pekerja apabila mereka keluar? Sebab kalaunya setakat tracking dan tidak dipantau, kaola takut bahawa mereka akan tercicir sebab pada masa ini pun ada kanak-kanak yang tercicir tidak punya kelulusan dan tidak ada upaya untuk mencari pekerjaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya sendiri bersetuju. Memang kanak-kanak ani mesti dipantau tetapi keupayaan pelajar-pelajar ada limitnya. Memang kitani sebagai seorang pendidik yang percaya pada psikologi pendidikan kanak-kanak, kitani tahu di mana sukat-sukat zone of proximal development bagi setiap pelajar. Jadinya, di sini lah fungsi utama para guru untuk memastikan kanak-kanak itu sudah mencapai zon-zon yang ataupun keupayaan mereka masing-masing.

Jadinya dalam hal ini, jika mereka atu di dalam early stage dan mereka akan diperkukuhkan lagi kompetensi mereka supaya mereka menaik kepada kompetensi berikutnya. Tetapi, kalau mereka sudah tidak dapat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya ataupun that’s the limit of durang punya academic attention, then of course kitani akan mencuba lagi cara lain seperti mewujudkan kemahiran-kemahiran ataupun skills mereka.

Jadinya, kanak-kanak yang keluar daripada alam persekolahan, ianya tidak boleh dinilai daripada segi keupayaan mereka dalam mengecapi bidang akamedik sahaja tetapi kitani mesti lihat bahawa pelajar-pelajar juga some of them adalah non-academically inclined di mana mereka adalah berjaya di dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Tetapi memang ada pemantauan sebab atu ada program-program tertentu untuk mengeluarkan mereka daripada satu stage kepada stage yang lain. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin membuat soalan tambahan. Pertama, kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana telah memberi penerangan yang begitu detail mengenai dengan usaha-usaha pihak Kementerian. Ini berkaitan dengan pelajar-pelajar yang under-performing.

Kaola cuma ingin mengetahui sahaja disebalik usaha yang sudah ada, pemantauan dan student learning survey, kaola ingin mengetahui sejauh mana kesannya bah kepada pelajar-pelajar yang underperforming ani, kerana kaola melihat dari segi keputusan peperiksaan awam, pencapaian mereka, pencapaian pelajar pada keseluruhannya masih di peringkat yang sama bah peratusnya.

Jadi kalau ada usaha-usaha untuk membaiki student student yang underperforming ani, adakah dapat dilihat dari segi keputusan peperiksaan mereka ataupun performance mereka di sekolah. Atu sahaja yang ingin kaola tanyakan Yang Berhormat Pehin, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Terima kasih di atas soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Ia adalah merupakan satu soalan yang sangat baik dan sedikit tricky. Kenapa kaola, saya ingin mengatakan soalan atu adalah tricky kerana kalau kitani melihat kepada performance pelajar-pelajar di dalam PSR ataupun soalan-soalan peperiksaan awam, mungkin kitani akan melihat ada meningkat, ada penurunan.

Tetapi kitani perlu ingat bahawa di dalam peperiksaan tersebut mereka adalah kohort yang berbeza dan yang paling penting sekali tiada link item di dalam soalan-soalan PSR daripada tahun 1 dan tahun berikutnya. Inilah merupakan satu cabaran daripada pihak Kementerian Pendidikan untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar ini sebenarnya meningkat ataupun menurun. Tetapi secara purata kitani boleh lihat kepada trend line pencapaian pelajar-pelajar atu tadi.

Walau bagaimanapun, sebenarnya saya ada satu paragraph yang akan kaola, saya timbulkan ataupun kongsikan semasa Perbahasan Wawasan nanti mengenai dengan pencapaian pelajar-pelajar menggunakan link items bermula daripada bermulanya Wawasan di announce dan bermulanya bila kitani sudah mengubah sistem pendidikan ataupun SPN Abad ke-21 pada tahun 2007 sehingga 2024 pada tahun lepas dan data tersebut menggunakan link items yang membuahkan, memberikan satu gambaran yang sangat interesting, so kalau boleh kitani tunggu pada hari tersebut untuk kaola, saya (ketawa kecil) untuk bercerita dengan lebih lanjut lagi mengenai dengan pencapaian pelajar-pelajar menggunakan 4 Psychometric assessments menggunakan link items. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Jadi kitani beralih balik lagi kepada soalan yang kelima, iaitu soalan daripada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat atas pertanyaan mengenai usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memperkukuh kemudahan sukan dan rekreasi di peringkat akar umbi bagi memastikan akses yang lebih inklusif.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus sentiasa berusaha memperkukuh prasarana serta program sukan dan rekreasi di peringkat akar umbi agar dapat dinikmati secara adil, inklusif dan menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat termasuk wanita, warga emas dan golongan orang kelainan upaya. Ini adalah selaras dengan hasrat melahirkan rakyat dan penduduk yang sehat, bersaya tahan dan bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan. Pertama, penambahbaikan dan penaiktarafan kemudahan sukan yang sedia ada agar lebih inklusif di kompleks-kompleks dan fasiliti-fasiliti sukan di bawah kawalan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan.

Ini termasuk usaha untuk memastikan setiap premis dan kemudahan sukan memenuhi piawaian Design and Accesibility Development Guideline atau ringkasnya DADG yang mana telahpun ditetapkan. Penyediaan ramp access (OKU) dan laluan mesra kerusi roda. Penyediaan zon senaman yang dikhususkan untuk warga emas lengkap dengan peralatan senaman berimpak rendah yang bersesuaian dengan keperluan golongan warga emas tersebut. Penyediaan ruang yang selamat dan mesra keluarga termasuk kawasan permainan untuk kanak-kanak dalam usaha menggalakkan penyertaan wanita dan keluarga secara lebih aktif dalam kegiatan sukan dan riadah.

Kemudian kedua. Pelaksanaan program Sukan Untuk Masyarakat atau ringkasnya SUM, yang menyasarkan penyertaan akar umbi melalui aktiviti seperti sukan Mukim dan Kampung dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO bagi memastikan penglibatan menyeluruh semua golongan tanpa mengira umur, jantina atau keupayaan fizikal. Melalui pendekatan bersepadu ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berharap kemudahan sukan dan rekreasi akar umbi bukan sahaja menjadi medium membentuk sahsiah dan gaya hidup sihat malah menjadi pemangkin kepada perpaduan komuniti serta kesejahteraan sosial ke arah pembangunan daerah yang seimbang lagi inklusif.

Seterusnya, selaras dengan Pelan Tindakan Warga Emas yang memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran yang mesra dan kondusif bagi warga emas termasuk akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi di peringkat akar umbi, pelan ini turut menyokong penyertaan aktif warga emas dalam aktiviti fizikal seperti senaman ringan, jalan santai dan juga sukan komuniti. Ini adalah sebagai sebahagian daripada pendekatan yang menyeluruh untuk menggalakkan gaya hidup sehat, mengurangkan kesunyian dan mengukuhkan interaksi sosial dalam kalangan warga emas. Pendekatan ini diyakini mampu memperkukuh kesejahteraan fizikal dan mental, dan juga mental warga emas disamping memupuk perpaduan komuniti yang lebih inklusif dan seimbang.

Sekian sahaja bagi menjawab soalan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed. Sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih atas soalan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang kelapan iaitu soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dan seterusnya soalan sembilan iaitu daripada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat ditujukan juga kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai pemantauan pihak penguatkuasa terhadap pusat-pusat penjagaan kanak-kanak demi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan kanak-kanak sejajar dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Penggal 219). Sebagai makluman bersama, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat iaitu jawatan Pengarah JAPEM telah diwartakan sebagai Pendaftar Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Penggal 218).

Maka dalam hubungan itu, Jabatan Pembangunan Masyarakat, JAPEM adalah bertanggungjawab untuk memantau penubuhan Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di seluruh Negara Brunei Darussalam. Di bawah Rangka Kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak ataupun National Framework of Child Protection, pemilik, pengurus dan pengasuh Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dan ibu bapa penjaga, semuanya memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak dan mempunyai tanggungjawab untuk membuat pendekatan, merujuk dan melapor apabila menerima kes perlindungan kanak-kanak. Tanda-tanda penderaan kanak-kanak termasuk fizikal, seksual, emosi, pengabaian dan sebagainya.

Menurut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Penggal 219) Seksyen 26 (1), peranan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak adalah jika Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak tersebut percaya atas alasan yang munasabah bahawa adanya kanak-kanak didera secara fizikal atau emosi akibat menerima layanan yang buruk, diabaikan, ditinggalkan, atau terdedah atau didera secara seksual, ia hendaklah segera memaklumkan kepada pelindung iaitu Jabatan Pembangunan Masyarakat atau JAPEM. Mana-mana Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang gagal memenuhi sub-section (1) adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi $5,000.00, dikenakan hukuman penjara bagi satu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak penguatkuasa sentiasa memastikan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak mematuhi Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 2006, khususnya dalam aspek perlindungan, permakanan, kesihatan, kebersihan, kebajikan dan jua keselamatan. Lawatan pemeriksaan adalah dijalankan pada setiap bulan, sekurang-kurangnya dua lawatan setiap minggu, termasuk lawatan berjadual dan tidak berjadual.

Ini adalah bagi bertujuan memantau tahap pematuhan ataupun compliance pusat-pusat tersebut. Jadi sebarang aduan berkaitan pelanggaran Akta akan setentunya disiasat dengan serius dan tindakan tegas sudah setentunya termasuk penutupan pusat atau pendakwaan boleh dikenakan jika didapati melanggar peruntukan undang-undang.

Selain itu, pemeriksaan juga dilaksanakan setiap kali permohonan untuk menubuhkan atau memperbaharui lesen dikemukakan, ertinya ia bukannya berbentuk auto-renewal/ah. Ini termasuk penilaian ke atas kemudahan, nisbah tenaga penjaga kepada kanak-kanak serta amalan penjagaan yang selamat dan berkualiti. Ahli Jawatankuasa Perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak itu adalah terdiri daripada wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, wakil Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, wakil Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan wakil Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Alam Sekitar juga akan meneliti setiap Pusat Penjagaan Kanak-Kanak bagi memastikan pusat-pusat berkenaan patuh terhadap piawaian dan mengikuti garis panduan jabatan masing-masing.

Dari aspek permakanan, kesihatan dan kebersihan, ia adalah dipantau dan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Alam Sekitar. Pekerja-pekerja Pusat Penjagaan Kanak-Kanak adalah diwajibkan untuk mendapatkan sijil penyelia makanan, lulus pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat dari penyakit-penyakit berjangkit, kronik atau membahayakan kepada kanak-kanak dalam jagaan.

Dari aspek keselamatan pula, pengawasan dan perlindungan dipantau dan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Rekod Jenayah dan Cap Jari yang memastikan bangunan dan infrastruktur premis di luar dan di dalam Pusat Penjagaan Kanak-Kanak adalah dikira selamat untuk kanak-kanak seperti contoh pemasangan tikar-tikar yang berbentuk soft-padding di seluruh kawasan dan memastikan jua pekerja-pekerja atu yang berdaftar, pekerja-pekerja yang berdaftar tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang dikira merbahaya dan tidak sesuai untuk berkhidmat dalam perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Manakala dari aspek kebajikan, dipantau oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat atau JAPEM dimana kebajikan kanak-kanak semasa berada di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dipastikan akan terus dan sentiasa dalam keadaan terjamin. Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Introduction to Infant and Children Training Program for Caregivers mulai 12 Februari 2025 hingga 11 Julai 2025. Training program ani diperkenalkan khusus bagi penjaga-penjaga anak-anak damit ah, ianya bertujuan untuk memastikan tahap penjagaan itu berkualiti serta memperkukuh kecekapan penjaga dalam menangani keperluan kanak-kanak damit dan akan dapat membantu mengurangkan insiden penderaan dan kecuaian.

Program ini telah disertai oleh sejumlah 68 peserta yang terdiri daripada pemilik dan penjaga daripada sebanyak 64 buah Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di seluruh negara. Ini juga sebenarnya bertujuan untuk melahirkan para belia untuk berkemahiran dalam sektor Care Economy sebagai salah satu sektor ekonomi yang boleh menjana dan membuka ruang pekerjaan khususnya yang melibatkan penjagaan kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah dan sudah setentunya perkara ini akan membuka ruang pekerjaan yang lebih luas dengan adanya pengiktirafan melalui program yang disediakan.

Oleh yang demikian, dengan berkembangnya sector Care Economy ani, Insya Allah ianya akan membantu mengurangkan permintaan ataupun menangani kenaikan-kenaikan kos apabila kitani mendapatkan khidmat pembantu rumah dari luar negara.

Sekian sahaja bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pehin tadi. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

(Berhenti sebentar)

Mohon maaf Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ada lagi satu tinggal soalan. Sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih jua kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat di atas pertanyaan mengenai garis panduan dan kerangka perundangan dalam memastikan pelaksanaan intervensi terhadap kes kanak-kanak dan keluarga rentan adalah secara beretika, sah dan profesional.

Bagi kes kanak-kanak, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Penggal 219) ada menetapkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Pembangunan Masyarakat, JAPEM dalam perlindungan kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut. Pengarah Pembangunan Masyarakat adalah juga selaku pelindung, diberi kuasa dan mempunyai kuasa untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis termasuk rumah, bangunan, kedai dan bilik jika mempunyai alasan yang munasabah dan mensyaki bahawa ada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Ini sebenarnya bukan perkara baru, ini memang sudah terdapat di bawah akta yang berkenaan dan ini bukannya unik kepada Negara Brunei Darussalam saja. Sememangnya agensi-agensi serupa yang berupa counterpart JAPEM dan agensi yang serupa ini di luar negara semuanya mempunyai kuasa yang serupa ini. Selain itu, Rangka Kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak atau National Framework in Child Protection atau NFCP adalah panduan kebangsaan yang bertujuan untuk mengembangkan ekosistem dan menambah baik sistem perlindungan kanak-kanak yang sedia ada di Negara Brunei Darussalam.

Perlindungan kanak-kanak di negara ini dilaksanakan melalui pendekatan pelbagai sektor. Antara sektor utama yang terlibat dalam perlindungan kanak-kanak termasuklah agensi perkhidmatan sosial JAPEM iaitu pekerja sosial, penghulu, ketua kampung, NGO dan juga orang-orang awam. Pendidikan, sektor pendidikan pula, pengetua, guru-guru, kaunselor, penjaga pusat penjagaan kanak-kanak dan di bawah Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Pendidikan Swasta, Jabatan Pengajian Islam, sekolah-sekolah tahfiz dan arab, agensi penguatkuasaan seperti Polis, Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Biro Kawalan Narkotik dan penguatkuasaan ugama dan kesihatan termasuk pegawai perubatan profesional, pekerja perubatan sosial, hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Penjagaan terhadap kanak-kanak dan orang muda sebenarnya memerlukan penglibatan antara agensi, ini kerana kanak-kanak ani mempunyai pelbagai keperluan seperti keperluan fizikal, keperluan emosi, pendidikan, identiti, sosial, kerohanian dan kemahiran penjagaan diri kerana kanak-kanak ani lemah dan vulnerable sebenarnya. Jadi di bawah NFCP terdapat mechanism iaitu assessment tools ah dan SOP untuk mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Untuk mengenalpasti kanak-kanak tersebut, ianya memerlukan perlindungan iaitu Protokol Penilaian Sektor atau apa juga dikenali sebagai Sectoral Assessment Tools dan Protokol Pelaporan Perlindungan Kanak-Kanak atau Child Protection Reporting Protocol, CPRP bagi setiap sektor. Ini sebenarnya bermakna ada langkah-langkah steps yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan proses penilaian-penilaian dan pelaporan-pelaporan mengenai perkara ini.

Sectoral Assessment Protocol atau SAP adalah mechanism untuk mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan bagi memudahkan dalam menjalankan intervensi awal. Intervensi awal ini sudah setentunya sangat penting terhadap aduan-aduan yang diterima. SAP ani ada 4 versi untuk keempat-empat sektor iaitu sektor penguatkuasaan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial. Setiap sektor ani dan pengguna-pengguna mempunyai peranan yang sangat penting dan diperlukan untuk mengetahui serta menjalankan penilaian kes yang diterima. Jadi SAP ani jua menetapkan tahap risiko kes yang diterima menggunakan colour-coding, colour-coding yang mengikut tahap kes yang dari peringkat ringan kepada peringkat yang lebih serious. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, khusus mengenai kaunselor, JAPEM telah menghasilkan satu buku Kod Etika Kaunselor JAPEM yang mana telah dilancarkan pada tahun 2023. Buku ini berperanan secara signifikan dalam menjamin kebajikan kaunselor dan pengamal kaunseling sebagai rujukan serta garis panduan dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal ehwal kaunseling secara beretika dan profesional.

Sekali lagi kaola menekankan ini bukannya unik kepada Negara Brunei Darussalam, apa-apa panduan, buku, etika, dan sebagainya semuanya dipastikan selaras dengan apa yang diamalkan peringkat antarabangsa. Salah satu perkara yang terkandung dalam kod etika tersebut adalah mengenai persetujuan termaklum ataupun apa yang dipahami sebagai Informed Consent dan hak-hak klien sebelum dan di sepanjang proses dijalankan bersama klien. Proses ini merangkumi lawatan ke rumah klien jika diperlukan dengan kebenaran klien atau ibu bapa atau pelindung, iaitu pelindung di sini bermaksud Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Jadi, sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk menjawab soalan tadi yang nombor sembilan PL231. Terima kasih sekali lagi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, waktu bagi pertanyaan selesai dan kita sekarang beralih kepada urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Usul Keahlian Majlis Mesyuarat Negara kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terima kasih kerana memberikan kaola ruang untuk memberikan ulasan. Minta maaf. Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terima kasih kerana telah memberikan kaola ruang untuk mencadangkan satu Usul yang berbunyi: “Majlis ini bersetuju bagi Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA”. Terima kasih.

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah memberikan laluan kepada kaola selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Dilantik untuk menghadap satu Usul di Dewan yang mulia ini iaitu Usul bagi keahlian Majlis Mesyuarat Negara dalam Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA seperti berikut:

Menyedari bahawa Majlis Mesyuarat Negara telah menjadi negara pemerhati kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA selama beberapa tahun.

Menyokong akan usaha pertubuhan antarabangsa bagi mengukuhkan diplomasi parlimen iaitu parliamentary diplomacy dengan memaju hubungan dua hala dan pelbagai hala antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara serantau. Majlis Mesyuarat Negara membuat cadangan untuk menjadi ahli penuh kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA.

Bahawa Majlis ini bersetuju bagi Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli kepada IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA. Kertas Usul keahlian Majlis Mesyuarat Negara Brunei, MMN ke IPU dan CPA dihadapkan sebagai kertas bilangan nombor 6 tahun 2025.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin meneruskan hujah kaola untuk menyokong Usul yang telah kaola bentangkan.

Pertama, IPU adalah kesatuan parlimen yang ahlinya terdiri dari negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu PBB dan United Nations yang telah ditubuhkan pada 1889 bertujuan untuk memupuk kerjasama dan dialog di kalangan parlimen negara ahli dalam mempromosi demokrasi, keamanan dan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan dan pembangunan mampan, sustainable development di seluruh dunia. IPU merupakan platform bagi parlimen-parlimen untuk bertukar-tukar fikiran, berkongsi amalan terbaik dan bekerjasama dalam isu-isu global yang kritikal.

Yang kedua sebagai pemerhati tetap di Persidangan Agung PBB, IPU mempunyai jalinan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan PBB dalam pelbagai isu global seperti perubahan iklim, gender equality dan hak asasi manusia. Dengan menjadi ahli kepada IPU nanti, dapatlah Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam mengikuti perkembangan dan perbincangan isu-isu global di kalangan parlimen antarabangsa yang mempunyai kepentingan kepada Negara Brunei Darussalam.

Manakala Commonwealth Parliamentary Association, CPA adalah satu organisasi yang telah ditubuhkan dalam Commonwealth pada tahun 1911 yang menghimpunkan semua parlimen di pelbagai peringkat dari negara-negara Commonwealth untuk mempromosi demokrasi berparlimen, parliamentary democracy, good governance dan rule of law. Keahlian Majlis Mesyuarat Negara dalam Commonwealth Parliamentary Association akan memberi laluan kepada Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam untuk mengikuti perkembangan isu-isu global di kalangan negara-negara commonwealth.

Di samping networking dan kolaborasi dengan 180 buah parlimen dan badan-badan perundangan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga akan berpeluang untuk mengikuti program professional development dan training di bawah capacity building program bagi meningkatkan skill dan knowledge of parliment and parliamentary staff. CPA juga menawarkan bantuan teknikal untuk mengukuhkan lagi kapasiti institusi Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Selama ini, atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hubungan dan penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam IPU dan CPA adalah sebagai pemerhati.

Setelah menghadiri beberapa persidangan sebagai pemerhati dan juga penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam beberapa program yang dianjurkan oleh kedua organisasi tersebut, kaola percaya bahawa keahlian penuh dalam IPU dan CPA adalah satu langkah yang strategik dan selaras dengan aspirasi negara untuk mengukuhkan institusi dan peranan Majlis Mesyuarat Negara dan juga bagi tujuan menaikkan prestasi sistem parlimen negara ini sebanding dengan sistem parlimen-parlimen yang lain.

Pada masa ini, hanya Negara Brunei Darussalam sahaja antara negara ASEAN yang belum menjadi ahli IPU, sementara di kalangan negara-negara ASEAN ahli Commonwealth iaitu Brunei, Malaysia, Singapura, hanya Brunei masih lagi belum menjadi ahli Commonwealth Parliamentary Association.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah menimbangkan perkara ini sedalam-dalamnya dan mengambil kira jua kepentingan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai sistem parlimennya sendiri dan dengan bertawakal pada Allah Subhanahu Wata’ala, kaola penuh yakin menghadapakan Usul Keahlian Negara Brunei Darussalam ke IPU dan CPA kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sokongan.

Sekian Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah kita dengar, seorang Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman telah pun membukakan satu Usul yang berbunyi Majlis ini bersetuju bagi Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA.

Sebelum perkara ini saya bukakan untuk dibahaskan, saya minta kalau ada ahli yang menyokong Usul ini.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya Usul iaitu motion yang telah dicadangkan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan disokong oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin sekarang di hadapan kita untuk dibahaskan.

Seterusnya saya membukakan Usul ini untuk dibahaskan dan saya mengingatkan bahawa perbahasan Usul dihadkan kepada 15 minit bagi setiap Ahli Yang Berhormat. Perbahasan ini sekarang saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim (doa dibaca). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan penuh hormat kaola merakamkan setinggi terima kasih dan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam memberikan peluang kepada kaola untuk menyokong sepenuhnya Usul yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman terhadap keahlian Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam menjadi Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association yang dicadangkan.

Dalam pada itu, kaola juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman di atas mukadimah dan penjelasan mengenai keahlian Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam ke Inter-Parliamentary Union dan Commonwealth Parliamentary Association termasuk tujuan dan manfaat yang diperolehi.

Alhamdulillah, walaupun Negara Brunei Darussalam merupakan negara yang kecil tetapi telah pun menjadi dan diiktiraf dalam keahlian di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, World Health Organization, OIC dan APEC. Justeru itu, adalah bersesuaian dan relevan bagi Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli IPU dan CPA, bukan sahaja sebagai value added bahkan menambahkan lagi pengiktirafan dan keahlian bagi keahlian Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa sekali gus kaola berpendapat ianya menaikkan imej dan memartabatkan lagi institusi Majlis Mesyuarat Negara ke persada antarabangsa. Ini juga memberikan peluang untuk mengikut perkembangan semasa di samping membolehkan mengemukakan pandangan yang relevan demi mempertahankan kedaulatan, kepentingan Negara Brunei Darussalam.

Kaola juga berpandangan sudah tiba masanya dan bertepatan Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli kepada Inter-Parliamentary Union dan Commonwealth Parliamentary Association untuk dipertimbangkan, kerana seperti yang dimaklumi Majlis Mesyuarat Negara telahpun sudah sekian lama menjadi pemerhati di samping membolehkan menilai akan kemanfaatannya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Kaola berpendapat dengan keahlian ini juga akan mencerminkan satu anjakan strategik yang akan memperkukuhkan institusi legislatif Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu usaha memperluaskan platform diplomasi negara ini di peringkat global serta menjadikan posisi Negara Brunei Darussalam ini salah satu rakan dialog dalam mengongsikan pengalaman, bertukar-tukar pandangan isu-isu global yang merangkumi antara lainnya hal ehwal keselamatan, perubahan iklim dan juga kemajuan digital. Penyertaan ini juga selari dengan hasrat negara untuk bersama-sama menyokong dalam mewujudkan dunia yang lebih aman, adil, sejahtera di persada antarabangsa.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Penyertaan penuh Majlis Mesyuarat Negara dalam IPU dan CPA yang mengamalkan best practise adalah juga merupakan satu langkah strategik ke arah memperkukuh yang juga mensasarkan meningkatkan pengalaman, pengetahuan, kualiti dan kecekapan lebih mantap lagi akan kedudukan Majlis Mesyuarat Negara.

Pada kesimpulannya, kaola menyokong sepenuhnya Usul keahlian Majlis Mesyuarat Negara kepada Inter-Parliamentary Union dan Commonwealth Parliamentary Association.

Sekian. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kaola menyokong penuh Usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman bagi membolehkan Majlis Mesyuarat Negara menjadi ahli kepada dua pertubuhan antara parlimen, Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA. Usul ini mencerminkan satu langkah yang berpandangan jauh serta juga usaha yang amat bertepatan dengan waktu dalam mengukuhkan arah tuju diplomasi parlimen negara dan meningkatkan nilai institusi MMN secara menyeluruh.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melalui satu fasa pengukuhan dalaman yang ketara, baik dari sudut penambahbaikan peraturan mesyuarat, perluasan ruang perbahasan, penyusunan semula proses mesyuarat sehinggalah pada peningkatan mutu penyediaan dokumentasi dan amalan perbahasan.

Maka, langkah ke arah penyertaan antarabangsa ini hadir tepat pada masanya. Ia tidak hanya meningkatkan keterlibatan kita di persada antarabangsa tapi juga mencerminkan tahap kematangan institusi dan kesiapsiagaan untuk memperkukuh keupayaan dalaman melalui jaringan kerjasama yang lebih luas dan strategik.

Cadangan ini pada pandangan kaola juga merupakan satu bentuk pelaburan institusi yang bersifat pembangunan kapasiti. Penyertaan ini tidak lagi sekadar membawa nama dalam senarai keahlian tetapi lebih penting lagi ia membuka ruang untuk membina struktur kerja yang lebih responsif, lebih sistematik dan profesional. Sebagai contoh, pertubuhan seperti CPA menyediakan platform khas bagi parliamentary benchmarking iaitu satu proses penting untuk melihat keberkesanan sistem sokongan termasuk latihan urus setia, khidmat penyelidikan serta pengurusan parlimen.

Melalui penglibatan ini, kita akan dapat meneliti elemen-elemen tersebut secara lebih fokus dan berstruktur mengikut kesesuaian konteks majlis kita. Kaola berpandangan sudah tiba masanya MMN mewujudkan satu kerangka pengukuran kendiri yang lebih kukuh bukan sahaja melalui laporan tahunan tetapi menerusi rujukan kepada standard dan panduan institusi serantau dan global.

IPU misalnya mempunyai pelbagai sumber seperti indicators for democratic parliament yang boleh dijadikan alat rujukan dalam membentuk budaya kerja parlimen yang lebih telus, inklusif dan berkesan. Dengan ini, kita dapat mengenalpasti aspek-aspek yang perlu diperhalusi bagi memperkukuh fungsi teras majlis seperti perbahasan, semakan dasar dan penyampaian maklumat kepada rakyat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Langkah ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang MMN dalam memperkukuh legislative support system termasuk pembinaan kapasiti ahli dan pegawai, pementoran ahli baru serta pembangunan amalan kerja yang lebih mampan. Hubungan jangka panjang dengan institusi parlimen luar dapat membina bukan saja jaringan tetapi juga arkib kerja dengan memori institusi-institusi yang berharga. Kita sedang meletakkan batu asas pada satu bentuk kesinambungan institusi yang bukan hanya bersandarkan kepada individu tetapi kepada struktur dan budaya kerja yang mantap.

Oleh itu, kaola menyokong Usul ini dengan penuh keyakinan bukan semata-mata kerana ia membolehkan kita menyertai tetapi kerana ia membuka fasa baharu kepada bagaimana MMN boleh mengurus dan mengukur kemajuan. Ini termasuklah keupayaan untuk memilih bentuk penyertaan yang paling relevan, mengoptimumkan kehadiran kita di platform antarabangsa, mendokumentasikan pelajaran yang diperoleh dan paling penting menterjemah segala dapatan tersebut ke dalam penambahbaikan sebenar terhadap proses dan hasil kerja majlis.

Kaola juga ingin menekankan bahawa keberhasilan penyertaan ini tidak akan bergantung kepada berapa banyak persidangan yang kita hadiri, tetapi sejauh mana kita memanfaatkan ruang ini untuk mengukuh disiplin kerja, dari penyusunan agenda pembentangan, dapatan pembangunan, perbahasan hinggalah kepada komunikasi yang lebih strategik dengan rakyat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin merakamkan penghargaan kepada rakan ahli yang telah membawa Usul ini ke hadapan dan berharap dengan perancangan dan pelaksanaan yang rapi, penyertaan ini akan menjadi satu titik penting dalam pembangunan jangka panjang institusi ini.

Sekian. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang bagi kaola membahaskan Usul keahlian Majlis Mesyuarat Negara kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA.

Terlebih dahulu, izinkan kaola untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia Majlis Mesyuarat Negara dan semua pihak yang berkepentingan dalam mewujudkan dan menjayakan Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 bagi tahun 2025 yang pada julung kalinya diadakan seperti yang dihasratkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama tahun ini.

Kaola berpendapat bahawa keahlian Majlis Mesyuarat Negara ke dalam Persatuan Parlimen Komanwel ataupun dikenali sebagai Commonwealth Parliamentary Association, CPA bukan hanya semata-mata simbolik, bahkan merupakan langkah strategik yang menawarkan faedah yang mendalam dalam mengukuhkan tadbir urus kerjasama serantau dan melibatkan global dengan parlimen-parlimen CPA yang lain.

Sebagai pertubuhan yang menghubungkan lebih daripada 180 buah badan perundangan negara dan sub-nasional di seluruh Negara-Negara Komanwel. Pertubuhan ini bertujuan untuk mempromosikan pengetahuan tentang aspek perlembagaan, perundangan, ekonomi, sosial, budaya, demokrasi, parlimen dan rujukan khusus kepada Negara-Negara Komanwel.

Untuk meneraju misinya, CPA seringkali mengadakan beberapa persidangan, seminar, bengkel dan lawatan kerja yang membolehkan ahli untuk berbincang dan berkongsi pengalaman untuk menyelesaikan isu-isu semasa yang berhubung kait dan tidak terhad kepada transformasi digital, perubahan iklim, isu-isu yang berkaitan dengan wanita, orang kelainan upaya, sebagainya. Ini bermakna CPA secara tidak langsung adalah merupakan satu wadah untuk menerajui beberapa matlamat-matlamat Sustainable Development Goals, SDGs.

Ini merupakan satu usaha bersama yang mana negara juga memberi keutamaan dalam beberapa aspek seperti Matlamat 5, Kesaksamaan Jantina; Matlamat 10 Mengurangkan Ketidaksamaan; dan Matlamat 13, Tindakan Iklim, yang turut menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2035, terutamanya Matlamat 2 iaitu Kualiti Kehidupan Rakyat Yang Tinggi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, CPA bukan hanya memberikan manfaat-manfaat seperti yang dihuraikan tadi, malah CPA juga memberikan peluang untuk mempelajari dan memahami amalan terbaik.

Sebagai contoh, CPA mempunyai kerangka yang bernama CPA Benchmark for Democratic Legislatures yang meliputi topik seperti pengawasan, kewangan dan belanjawan, penglibatan dengan rakyat dan akhbar, keistimewaan pengundian infrastruktur, peraturan prosedur, permohonan profesional dan lain-lain.

Kerangka ini mengandungi lebih kurang 200 petunjuk yang menilai parlimen berdasarkan aspek seperti pembaikan prosedur, seperti keterbukaan, akauntabiliti dan integriti secara sistematik. Secara langsung, perkara ini menyumbang kepada pencapaian Matlamat nombor 16, Sustainable Development Goals, SDGs, berkenaan keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh terutamanya objektif Matlamat 16.5, mengurangkan rasuah dan suapan dalam semua bentuk. Objektif Matlamat 16.6, membangunkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan telus pada semua peringkat dan objektif 16.7, memastikan perbuatan keputusan yang responsif, inklusif, partisipatif dan berwibawa pada semua peringkat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, CPA juga mengadakan program pembangunan profesional seperti Parliamentary Academy yang membukakan peluang untuk Majlis Mesyuarat Negara mempelajari best practices daripada parlimen-parlimen Negara Komanwel melalui kursus dalam talian, kursus residency dan kursus yang disampaikan secara luaran. Selain itu, dengan keahlian Majlis Mesyuarat Negara ke dalam CPA, Urussetia Majlis Mesyuarat Negara boleh memanfaatkan pelbagai tool kit dan panduan Commonwealth Parliamentary Association, CPA yang sedia ada seperti gender sensitising, parliament guidelines, disability inclusion guidelines, standards of code of conduct for members of parliament and parliamentary workplace dan lain-lain.

Dengan akses kepada Parliamentary Academy dan tool kit dan panduan-panduan ini, ianya akan mendukung Majlis Mesyuarat Negara untuk memperkukuhkan lagi proses semangkin dan kualiti pentadbiran setaraf dengan standard antarabangsa. Kaola berpandangan bahawa dengan keahlian Majlis Mesyuarat Negara ke dalam Commonwealth Parliamentary Asscociation, CPA ini, ini akan memperkasakan lagi fungsi-fungsi Majlis Mesyuarat Negara dan peranan sebagai medan untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang memainkan peranan dalam arena antarabangsa dan juga memajukan Negara Brunei Darussalam ke arah mencapai Wawasan 2035.

Maka ini rendah diri kaola menyokong sepenuhnya Usul Keahlian Majlis Mesyuarat Negara kepada Inter-Parliamentary Union (IPU) dan Commonwealth Parliamentary Association (CPA). Sekian yang dapat kaola kan sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, terlebih dahulu kaola ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya jua kita semua dapat bermesyuarat buat julung-julung kalinya bagi kali kedua di Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola juga dengan hormat sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana kerana memberikan kesempatan bagi kaola membahaskan Usul iaitu Motion yang telah dikemukakan mengenai cadangan bagi Majlis Mesyuarat Negara untuk menjadi ahli kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, sepertimana yang termaktub di dalam watikah Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, yang antara lain menyatakan bahawa sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, Negara Brunei Darussalam akan sentiasa memelihara perhubungan persahabatan di peringkat antarabangsa atas dasar saling hormat menghormati terhadap kemerdekaan dan kedaulatan bernegara. Pada hemat kaola, usul yang telah dicadangkan tadi itu adalah satu langkah yang amat relevan di dalam merealisasikan hasrat negara yang murni ini.

Penglibatan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Mesyuarat Negara di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti IPU dan CPA ini bukan sahaja akan mengangkat martabat Majlis Mesyuarat Negara di peringkat antarabangsa bahkan ianya juga akan memberi ruang kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman bersama badan-badan perundangan dari seluruh dunia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana, izinkan kaola berkongsi serba sedikit mengenai kelebihan jika sekiranya majlis bersetuju untuk menyertai Inter-Parlimentary Union, IPU. Sebagai sebuah pertubuhan badan perundangan yang termuka di dunia, IPU memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempromosikan demokrasi, keamanan dan kerjasama antarabangsa.

Pada masa yang sama, IPU juga berfungsi sebagai nadi penggerak kepada matlamat-matlamat yang terdapat pada United Nations Sustainable Development Goals di peringkat institusi-institusi perundangan dunia.

Antara matlamat-matlamat yang sangat diambil berat oleh IPU ialah Matlamat No.13 iaitu Climate Action. Bagi sama-sama merealisasikan matlamat tersebut, IPU berperanan untuk membantu institusi-institusi perundangan dunia bekerja bagi sama-sama mencapai Perjanjian Paris dan perjanjian iklim yang lain seperti usaha mempercepatkan dekarbonisasi dan mengurangkan jejak karbon seluruh dunia. Ini adalah sejalan dengan Wawasan Brunei 2035 yang antara lain berhasrat untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi dengan berasaskan persekitaran negara yang lestari dan ekonomi negara yang tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil keluar minyak dan gas.

Ini bermakna keahlian Majlis Mesyuarat Negara di dalam IPU akan membukakan peluang yang sangat berharga kepada Majlis Mesyuarat Negara untuk terlibat secara langsung di dalam perbincangan isu-isu kritikal di peringkat antarabangsa. Melalui platform IPU ini juga, kaola percaya bahawa Majlis Mesyuarat Negara akan dapat menyuarakan perspektif yang unik dan bernas dalam menyumbang kepada pembentukan resolusi dan keputusan yang insya Allah akan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat dunia disamping menunjukkan kebolehan negara dalam menyertai perbincangan di peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana, ini juga merupakan peluang yang sangat baik bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk mempelajari, mengadaptasikan dan mengaplikasikan amalan-amalan yang terbaik dari badan-badan perundangan dari seluruh dunia. Negara Brunei Darussalam juga boleh mengongsikan amalan-amalan terbaik negara dengan tindakan-tindakan dan amalan-amalan negara dalam menangani isu cuaca dan iklim yang melanda dunia. Melalui kaedah ini, Majlis Mesyuarat Negara sebagai institusi perundangan Negara Brunei Darussalam, boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman bersama badan-badan perundangan yang berkemahiran tinggi seperti mencari kaedah proses perundangan yang terbaik dan efisien.

Dengan perkongsian ini, kaola juga percaya ia boleh menyumbangkan kepada menarik minat negara-negara ahli untuk mengerat hubungan usaha sama dengan negara dan juga mana-mana amalan terbaik yang dipelajari akan dapat dikongsikan dengan kementerian-kementerian berkaitan untuk diambil kira di dalam pelan tindakan masing-masing.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Jalinan kerjasama di antara Majlis Mesyuarat Negara bersama 181 buah negara ahli IPU akan membolehkan kita bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani isu-isu rentas sempadan yang kompleks demi kesejahteraan bersama.

Di samping itu, kaola percaya bahawa penyertaan Majlis Mesyuarat Negara kepada pertubuhan-pertubuhan ini mengesahkan komitmen kita terhadap diplomasi parlimen dan peranan aktif di dalam komuniti antarabangsa selaras hasrat dengan Negara Brunei Darussalam sentiasa memelihara perhubungan persahabatan di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, cadangan ini bukan sahaja akan memperluaskan jaringan diplomatik bagi Majlis Mesyuarat Negara bahkan juga akan meningkatkan kapasiti dan profesionalisme Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Usul ini adalah tepat pada masanya dan selaras secara strategik dengan prinsip-prinsip dasar luar Negara Brunei Darussalam yang berteraskan kepada penghormatan terhadap kedaulatan, tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, hubungan berjiran yang baik, kerjasama pelbagai hala serta komitmen terhadap keamanan, neutrality dan penyelesaian melalui dialog dan persefahaman bersama.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana, maka dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan berpaksikan Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir serta dengan berlandaskan calak dan identiti kebruneian kitani, kaola menyokong sepenuhnya Usul bagi Majlis Mesyuarat Negara untuk menjadi ahli kepada Inter-Parlimentary Union dan Commonwealth Parlimentary Association.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan kaola kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit pandangan di Dewan yang mulia ini.

Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam antaralainnya mengenai perubahan terhadap kekerapan persidangan majlis daripada satu kali setahun kepada dua kali setahun serta pengemaskinian terhadap prosedur proses kerja menurut Peraturan Mesyuarat atau Standing Orders.

Kaola dengan penuh hormat dan takzim menjunjung dan menyambut baik titah baginda ianya akan mempertingkatkan lagi keberkesanan persidangan majlis ini dengan terdapatnya peluang untuk perbincangan yang lebih berfokus dan berkesinambungan.

Di kesempatan ini juga, kaola merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kewibawaan dan kebijaksanaan beliau mengendalikan sesi Mesyuarat Pertama yang lalu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, kita semua dapat berkumpul sekali lagi bagi menghadiri sesi Mesyuarat Kedua dari Musim Persidangan kali ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah negara yang kecil, kekuatan kita terletak pada kebolehan untuk membina hubungan yang kukuh dan bekerjasama secara kolektif. Negara Brunei Darussalam telah terus memberikan keutamaan kepada keahlian dan penyertaan aktif dalam ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam, Commonwealth dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik antaranya.

Menerusi keahlian pertubuhan-pertubuhan ini, negara dan rakyat terus beroleh pelbagai manfaat. Ia turut mencerminkan komitmen negara yang berterusan dalam mendukung multilateralism serta memastikan suara dan kepentingan negara dipertahankan di peringkat serantau dan juga global.

Ia juga sejalan dengan dasar luar negara yang antara lain menggalakkan kerjasama demi faedah bersama. Sama ada secara dua hala mahupun pelbagai hala. Misalnya keahlian Negara Brunei Darussalam dalam perhimpunan ASEAN Inter-Parliamentary Assembly, ianya merupakan landasan untuk mengadakan dialog dan juga untuk memupuk dan memperdalam persefahaman antara parlimen negara-negara ASEAN.

Melalui keanggotaan di dalam AIPA yang aktif, Negara Brunei Darussalam telah diberi kepercayaan dan kehormatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden AIPA dan juga ketika ini sedang memikul peranan sebagai Setiausaha Agong AIPA sehingga penghujung tahun ini. Kepercayaan ini melambangkan pengiktirafan terhadap peranan aktif dan konstruktif negara. Sekaligus dapat mengangkat imej dan profil negara kita di rantau ini.

Di samping itu, dengan adanya Mesyuarat ASEAN - AIPA Leaders' Interface ianya berfungsi sebagai wadah untuk mengekalkan perpaduan dan kerjasama serantau di peringkat tertinggi iaitu antara pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan parlimen negara-negara AIPA. Ini memperlihatkan bahawa parlimen juga memainkan peranan signifikan dalam usaha mencapai visi keamanan, kemakmuran dan kemampuan ASEAN.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menyentuh mengenai dengan penyertaan Negara Brunei Darussalam di Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA ianya membolehkan kita untuk turut serta dalam bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran serantau dan antarabangsa. Ini termasuk isu-isu yang menjejaskan keamanan perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi, keselamatan tadbir urus digital, kesihatan awam dan sebagainya.

IPU dan CPA juga dapat menjadi medium untuk meningkatkan pembangunan kapasiti ahli dan pegawai Majlis Mesyuarat Negara, melalui pertukaran-pertukaran dan lawatan rasmi. Ia turut memperluaskan rangkaian kerjasama dengan ahli-ahli parlimen negara lain dan berupaya menjalin kepercayaan di kalangan negara-negara ahli. Ini juga seiring dengan usaha negara untuk mencapai Sustainable Development Goals, SDGs khususnya SDG 17 iaitu Partnership for Goals ianya bermaksud menggiatkan pengkongsian global termasuk antara parlimen-parlimen bagi mendukung agenda pembangunan lestari.

Sebagaimana yang telah ditekankan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 kali pertama pada April 2025, di mana kejayaan dalam merealisasikan Wawasan Negara menuntut rancangan yang teliti, penyelarasan dan pensejajaran yang kukuh serta dedikasi tinggi oleh semua pihak. Oleh itu, pengalaman dan amalan-amalan terbaik yang boleh diperolehi secara langsung atau rangkaian dapat dipraktikkan untuk meningkatkan undang-undang dan dasar negara pada masa ini. Ini boleh membina kapasiti institusi yang lebih efisien serta boleh meningkatkan tadbir urus yang berkesan.

Oleh itu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menyambut baik hasrat Majlis Mesyuarat Negara untuk menjadi ahli kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA. Inisiatif ini merupakan langkah yang positif, yang tepat pada masanya bagi memperluaskan penglibatan Majlis Mesyuarat Negara di peringkat antarabangsa.

Insya Allah, ianya akan dapat membantu memperkukuh lagi kedudukan negara di mata dunia serta mempertingkatkan pandangan positif terhadap Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga Negara Brunei Darussalam dengan mengongsikan pendekatan dan nilai-nilai negara kita yang unik.

Ini juga akan menjadi satu landasan bagi Negara Brunei Darussalam mempertahankan dan memajukan kepentingannya sekaligus menunjukkan kita sebagai ahli yang aktif dan bertanggungjawab dalam terus menyumbang kepada dialog bersama ahli-ahli parlimen dari negara-negara sahabat.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum Usul ini kita tutup ataupun kita undi seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Ahli yang membawa Usul ini untuk memberikan ulasannya yang terakhir sekiranya ada, silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan kaola ruang untuk memberi sedikit ulasan sahaja.

Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli yang telah pun menyokong Usul yang kaola bentangkan di Dewan yang mulia ini.

Kaola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ulasan yang disampaikan oleh rakan-rakan Yang Berhormat untuk menyokong cadangan Usul yang telah kaola bawa, kaola mengambil kesempatan mengucap berbanyak terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II kerana ulasan yang begitu padat dan padu untuk menyokong Usul yang telah kaola bawakan.

Seterusnya kaola menerima baik saranan serta pandangan yang telah pun disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala, kaola berharap keahlian Majlis Mesyuarat Negara dalam Inter-Parliamentary Union dan Commonwealth Parliamentary Association akan mencapai hasrat seperti yang telah pun diharapkan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telahpun selesai membahaskan satu Usul yang telahpun dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang mana telahpun disokong oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dan disoalkan, dibincangkan oleh beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik juga disokong dan dibincangkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat Ahli Rasmi Kerana Jawatan, maka sekarang Usul ini adalah sesuai untuk diundi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju bagi Usul ini diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih, nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Usul ini diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis

Usul Keahlian Majlis Mesyuarat Negara kepada Inter-Parliamentary Union, IPU dan Commonwealth Parliamentary Association, CPA diluluskan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada pagi ini dan mesyuarat ini kita tangguhkan. Insya Allah, kita akan bersidang semula pada tengah hari ini nanti mulai daripada jam 2.30 petang.

Sekian, Wabillahit taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.