Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT2
📖 Masa membaca: 7 minit
📊 Bilangan kata: 1,421 kata
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan kadar sebenar pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan tanpa mengambil kira program sementara seperti skim perantis. Apakah langkah jangka panjang bagi memastikan pekerjaan yang stabil, berpendapatan mapan, serta sejajar dengan kemahiran tenaga kerja tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyelesaian sementara.
YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​
JAWAPAN:
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
i. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan dan terima kasih jua di atas keprihatinan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed yang telah menyuarakan persoalan mengenai dengan kadar pengangguran yang sebenar tanpa mengambil kira program atau skim perantisan dan langkah jangka masa panjang untuk memastikan pekerjaan yang stabil, pendapatan yang mampan dan sejajar dengan kemahiran.
ii. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perkiraan statistik tenaga buruh di negara ini, termasuk kadar pengangguran, adalah berdasarkan kepada kajian tenaga buruh yang menggunakan kaedah persampelan yang sistematik dan metodologi yang digunakan oleh International Labour Organisation (ILO). Maka berasaskan kepada ini, perkiraan kadar pengangguran tanpa mengira skim perantisan sepertimana yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat, perlulah dikaji bersama agensi-agensi yang berkenaan, mengambil kira kadar pengangguran menggunakan metodologi ILO mengira perantis sebagai sebahagian daripada golongan yang bekerja (employed).
iii. Berhubung dengan langkah dalam memastikan pekerjaan yang stabil dan berpendapatan mampan sejajar dengan kemahiran tenaga kerja tempatan, Kerajaan terus melaksanakan langkah-langkah jangka panjang, antaranya:
Pertama, mengutamakan penjanaan pekerjaan dalam sektor swasta, termasuk melalui kemasukan dan pertumbuhan pelaburan langsung asing (FDIs), spin-offs daripada FDIs, dan menggalakkan keusahawanan.
Seiring dengan pertumbuhan sektor swasta termasuk melalui pertumbuhan FDIs dan projek-projek utama dalam sektor hiliran minyak dan gas, jumlah pekerja di Sektor Swasta telah meningkat sebanyak 4 peratus pada tahun 2024 menjadikan peratus tenaga kerja dalam Sektor Swasta meningkat kepada 70 peratus pada tahun 2024 bersandarkan Laporan awal Kajian Tenaga Kerja 2024 berbanding 53 peratus tenaga kerja dalam kajian yang sama tahun tahun 2014. Peningkatan ketara dicatatkan dalam lima sektor iaitu Perdagangan Borong dan Runcit; Pembuatan (Petrokimia); Perkhidmatan Sokongan; Perkhidmatan Makanan dan Penginapan; dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersandarkan kajian suku tahun perniagaan tahun 2024.
Selaras dengan usaha memajukan keusahawanan di kalangan anak-anak tempatan, kategori bekerja sendiri telah juga meningkat didorong oleh peralihan tren ekonomi ke arah ekonomi gig yang dipacu oleh platform digital. Perkembangan positif ini menggambarkan anak-anak tempatan tidak lagi bergantung kepada sektor kerajaan dan menjadikan sektor swasta sebagai pilihan pekerjaan mereka. Dalam perkara ini, pihak kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dalam usaha bersepadu untuk menghasilkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang stabil dan berpendapatan mampan bagi anak-anak tempatan.
Kedua, menggalakkan upskilling dan reskilling tenaga kerja tempatan terutamanya bagi mereka yang berkelulusan peringkat menengah dan ke bawah agar sentiasa relevan kepada keperluan industri. Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memperkukuh pembangunan model insan melalui latihan yang inovatif di semua peringkat dengan menumpukan peningkatan kemahiran dan kebolehan pasaran anak-anak tempatan terutamanya golongan belia. Ini termasuk penyelarasan usaha-usaha dengan keperluan industri, perkembangan ekonomi dan badan profesional ke arah memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Baru-baru ini, Program Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SkiPPA) telah diperkenalkan bertujuan untuk memberikan pengalaman pekerjaan kepada graduan dalam mana setakat ini, seramai 794 perantis sedang menjalankan program ini di kementerian dan jabatan kerajaan.
Program upskilling dan reskilling tenaga kerja tempatan seperti SkillsPlus akan diteruskan pada tahun 2025 dengan beberapa kursus baharu mengikut keperluan industri. Ini didokong oleh pemberigaan berterusan melalui platform mini recruitment drive, employability workshop, pesta kerjaya, mukim connect dan Pusat Pekerjaan Brunei (PPB) Open Day di mana pencari kerja akan berpeluang untuk memahami lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh PPB, berinteraksi secara langsung dengan agensi-agensi yang ikut serta, meningkatkan pengetahuan mengenai persediaan menghadiri ujian, temuduga dan sebagainya bagi meningkatkan kebolehpasaran para pencari kerja.
Kerajaan akan terus bekerjasama dengan sektor-sektor industri di Negara ini untuk membangunkan program-program dan latihan-latihan vokasional bagi memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan.
Selain pihak Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies) turut mendukung pembangunan modal insan dan menyediakan pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Peruntukan sejumlah BND 19.21 juta disediakan di bawah Pusat Pekerjaan Brunei, Jabatan Perdana Menteri bagi mengendalikan program-program pembangunan kapasiti seperti SkiPPA, Skim TVET, Skillsplus, SPIN in Accountancy dan Tradeskills dalam usaha berterusan Kerajaan menyediakan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju agar sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan dan industri semasa dan juga masa hadapan, dan seterusnya memastikan pendapatan yang mampan selaras dengan kemahiran yang diperolehi.
Para belia di negara ini diseru untuk merebut peluang meningkatkan kemahiran masing-masing melalui pelbagai platform yang telah disediakan oleh pihak kerajaan mahupun sektor swasta dan pelbagai agensi-agensi yang berkepentingan.
Ketiga, mengurangkan ketidakselarasan (mismatch) melalui perancangan tenaga manusia (manpower planning), termasuk penyelarasan di antara keperluan lima (5) sektor keutamaan di bawah Economic Blueprint dan bidang-bidang kursus yang diutamakan di bawah Kementerian Pendidikan. Langkah ini adalah untuk memastikan program latihan dan pembangunan kemahiran sejajar dengan keperluan pasaran kerja.
Keempat, mengukuhkan latihan dan pensijilan. Usaha terus dijalankan dalam memperkukuh pensijilan dan pengiktirafan kemahiran melalui badan-badan yang diiktiraf bagi memastikan tenaga kerja tempatan memiliki kelayakan yang kompetitif. Beberapa program latihan di bawah Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan, seperti Clinical Supervisory Programme (CSP) dan HSE program adalah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) selaku pengawalselia dan industry player yang membolehkan anak tempatan untuk menjadi practitioner di bidang-bidang tertentu;
Kelima, memberi dokongan kepada pekerjaan berkualiti dengan menggalakkan pertumbuhan sektor yang menawarkan pekerjaan bernilai tinggi, seperti ekonomi digital dan tenaga hijau, agar peluang pekerjaan yang diwujudkan lebih stabil dan berdaya tahan;
Keenam, memberi dokongan bagi rakyat untuk menjadi bakat bertaraf global dengan menerokai peluang penempatan dan pekerjaan di arena antarabangsa bagi memperoleh pengalaman dan pengetahuan kerja, termasuk pendedahan kepada teknologi terkini, amalan kerja terbaik, dan jaringan profesional antarabangsa yang akan meningkatkan keupayaan dan kepakaran mereka untuk memacu kemajuan Negara. Ini sememangnya bukan hanya memberi sekadar peluang pekerjaan, tetapi adalah satu pelaburan bagi modal insan yang berkualiti dan bertaraf global; dan
Ketujuh, pengenalan Perintah Pekerjaan (Upah Minimum) yang menetapkan gaji minimum BND500 sebulan atau BND2.62 sejam bagi pekerja sambilan secara berfasa sebagai usaha bagi pekerja-pekerja di sektor swasta menerima gaji yang berpatutan dan mampan sejajar dengan kemahiran mereka, serta menggalakkan amalan pekerjaan yang adil (fair employment practices). Setakat ini, Perintah Pekerjaan (Upah Minima) 2025 meliputi tujuh (7) industri yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Perbankan dan Kewangan; (ii) Teknologi Info-Komunikasi; iii) Sekuriti; (iv) Pelancongan dan Penginapan (v) Arkitek, Kejuruteraan Profesional, Ukur Bahan dan Ukur Tanah; (vi) Perubatan dan Pergigian; dan (vii) Pendidikan Tinggi Swasta.
iv. Pihak Kerajaan akan terus menilai dan menambah baik inisiatif yang sedia ada dengan mengambil kira keadaan pasaran kerja dan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi memastikan keseimbangan antara penawaran dan permintaan tenaga kerja di Negara ini. Usaha ini akan memerlukan komitmen dan usaha sepadu dari semua pihak, sama ada individu, Kerajaan, mahu pun sektor swasta.
v. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan pendekatan whole-of-nation, ianya diharapkan dapat mewujudkan tenaga kerja yang berdaya saing serta mengurangkan kebergantungan kepada penyelesaian sementara, sejajar dengan aspirasi pembangunan negara.
Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.