Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT1

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 650 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan jumlah FDI sebenar yang berjaya direalisasikan berbanding jumlah pelaburan yang dirancang dalam tempoh lima tahun kebelakangan. Adakah kementerian berpuas hati dengan kadar kejayaan ini atau bercadang untuk menambah baik strategi pengekalan pelabur bagi memastikan pelaburan mampan boleh memberi impak jangka panjang kepada ekonomi negara.

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu, adalah penting untuk memahami bahawa keputusan pelaburan langsung asing (FDI) bergantung kepada beberapa faktor utama, termasuk kestabilan politik, persekitaran dan skala ekonomi, dasar pelaburan, akses kepada tenaga kerja berkualiti, infrastruktur, serta perlindungan perundangan terhadap kepentingan pelabur, perbekalan bahan mentah dan sebagainya.

Alhamdulillah, untuk makluman Yang Berhormat Ahli, setakat ini, terdapat 26 syarikat pelaburan langsung asing (FDI) yang telah mula beroperasi di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2010. Aktiviti-aktiviti pelaburan tersebut merangkumi kelima-lima sektor utama (priority sector) yang telah dikenal pasti di dalam Economic Blueprint iaitu sektor hiliran minyak dan gas, pemakanan, pelancongan, teknologi dan info-komunikasi dan perkhidmatan. Sebagai tambahan, sehingga Januari 2025, sebanyak 15 projek FDI sedang dalam fasa pelaksanaan. Projek-projek tersebut merangkumi sektor hiliran minyak dan gas, pemakanan, pelancongan dan perkhidmatan.

Berdasarkan makluman ini, pihak Kementerian ini melihat bahawa jumlah FDI melabur di Negara Brunei Darussalam masih ada peluang untuk ditingkatkan lagi.

Antara langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak FDI berkualiti termasuk:

  1. Peningkatan Kemudahan Pelaburan

    Kerajaan, melalui Strategic Development Capital (SDC) dan Brunei Economic Development Board (BEDB), akan terus bekerjasama dengan pelabur asing secara co-investment dan meneroka peluang pasaran, memudahcara proses berkaitan import bahan mentah serta eksport produk, serta memastikan operasi pelaburan berjalan dengan lancar.

  2. Memperkukuhkan Mekanisme Pengekalan Pelabur

    • Mekanisme pemantauan FDI dipertingkatkan bagi memastikan projek pelaburan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

    • Kerajaan juga mengadakan sesi dialog berkala dengan pihak pelabur bagi menangani cabaran dan memastikan kelangsungan pelaburan.

  3. Pelantikan Referral Agents dan Misi Pelaburan

    • Untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, kerajaan telah melantik referral agents serta meningkatkan promosi pelaburan secara langsung melalui misi pelaburan ke luar negara dan Investor Forums.

    • Proses susulan pelabur turut diperkukuhkan bagi memastikan setiap pelaburan mendapat sokongan yang diperlukan.

  4. Pembangunan Tenaga Kerja Tempatan

    Usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kadar pengisian pekerjaan dalam sektor FDI oleh rakyat tempatan melalui program latihan dan peningkatan kemahiran.

Dengan strategi-strategi ini, kerajaan yakin bahawa kadar kejayaan pelaburan yang direalisasikan dapat terus ditingkatkan bagi memastikan impak jangka panjang yang mampan terhadap ekonomi negara.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.