Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT30
📖 Masa membaca: 5 minit
📊 Bilangan kata: 1,004 kata
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hasil penilaian program program dan kursus kursus yang dikendalikan kepada guru guru dan bagaimana mengukur keberkesanan kepada kualiti guru. Sejauh manakah hasilnya menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran dan pencapaian pelajar di semua peringkat secara inklusif?
YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN​
JAWAPAN:
BismillahirrahmanirrahimYang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua,Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk saya menjawab pertanyaan bertulis PT30 yang diajukan.
Program pembangunan profesional bertujuan untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran pedagogi, profesionalisme serta kualiti pengajaran bagi memastikan para guru sentiasa berkembang selaras dengan perubahan dunia pendidikan. Guru merupakan tunjang utama dalam sistem pendidikan, dan peningkatan keupayaan mereka akan memberi impak positif kepada pencapaian pelajar serta kualiti pendidikan negara. Justeru itu, program pembangunan profesional guru merupakan inisiatif / agenda utama Kementerian Pendidikan selaras dengan Matlamat ke-tiga (3) dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023 – 2027 iaitu Membina Sumber Tenaga Manusia.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024, Akademi Pemimpin dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA) telah menjalankan sebanyak 116 program pembangunan profesional yang disertai oleh seramai 8,313 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah dan institusi pendidikan Kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
PENILAIAN PROGRAM & KURSUS
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan kepada para peserta bagi menilai keberkesanan program perkembangan profesional dalam mencapai objektif dan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) kepada para peserta telah menunjukkan tahap kepuasan yang sangat tinggi di mana:
99.56% peserta bersetuju bahawa objektif kursus dinyatakan dengan jelas
99.56% bersetuju bahawa kandungan kursus menyokong objektif
99.45% bersetuju bahawa objektif tercapai pada akhir kursus
99.23% peserta mengakui telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diharapkan
99.12% bersetuju bahawa mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
Sementara hasil kaji selidik sama ada para peserta memperolehi dan dapat mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran juga memberikan maklum balas yang sangat positif, dimana:
99.23 % peserta bersetuju memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu;
99.12 % peserta berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran;
98.68 % peserta memperolehi pengetahuan melalui interaksi dengan peserta lain.
IMPAK KEPADA KUALITI PENGAJARAN
Alhamdulillah, berdasarkan data Penilaian Prestasi Guru (Teachers Performance Appraisal) telah menunjukkan peningkatan ketara dengan peratus guru yang memperolehi Gred 3 (tahap baik) ke atas meningkat dari 95.3% pada 2020 kepada 99.1% pada tahun 2024, manakala peratus guru yang memperoleh Gred 4 (tahap sangat baik) ke atas telah meningkat dari 21.9% pada tahun 2020 kepada 44.9% pada tahun 2024.
Tren Peningkatan Guru Mencapai Gred 3 dan 4 ke atas Penilaian Prestasi Guru (Teachers Performance Appraisal)​
| Tahun | Peratus Guru Mencapai Gred 3 dan ke atas | Peratus Guru Mencapai Gred 4 dan ke atas | | ----- | ---------------------------------------- | ---------------------------------------- | | 2020 | 95.3% | 21.9% | | 2021 | 96.7% | 24.1% | | 2022 | 97.6% | 29.9% | | 2023 | 98.9% | 40.4% | | 2024 | 99.1% | 44.9% |
Berdasarkan analisis tren dari 2020 hingga 2024, peningkatan ini membuktikan bahawa:
Program latihan profesional guru telah meningkatkan kemahiran pedagogi tenaga pengajar, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pencapaian pelajar di semua peringkat.
Strategi pembelajaran berbeza (differentiated learning), penggunaan teknologi, dan intervensi berasaskan data telah meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Selain itu, bidang fokus 5.1 dalam BTS-TPA yang berkaitan dengan perkembangan amalan profesional guru juga menunjukkan peningkatan ketara di mana peratus guru yang mencapai Gred 4 ke atas bagi bidang ini meningkat sebanyak 20.9%, daripada 40.4% pada tahun 2020 kepada 61.3% pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan lebih ramai guru melaksanakan refleksi sebagai budaya profesional mereka. Mereka juga lebih aktif dalam mengemaskini pengetahuan, berkolaborasi untuk pembangunan profesional serta menyokong inisiatif pendidikan baharu.
Di samping itu melalui salah satu analisis kaji selidik PISA (Programme for International Students Assessment) yang dikendalikan oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) mengenai dengan kualiti latihan guru. Beberapa indikator boleh dirujuk, seperti indikator pencapaian pelajar dalam ujian PISA. Pencapaian pelajar dalam PISA mencerminkan sejauh mana keberkesanan pengajaran yang mereka terima. Dalam konteks Brunei, peningkatan skor dalam PISA 2022 memberi petunjuk bahawa pelajar-pelajar adalah diajar oleh guru-guru yang terlatih dan berkualiti tinggi. Sehubungan itu latihan dan profesional pembangunan guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengajaran yang lebih efektif dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Secara ringkasnya hasil penilaian ini menunjukkan bahawa latihan guru yang berkualiti tinggi mampu memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar secara inklusif di semua peringkat pendidikan. Kejayaan Brunei dalam meningkatkan skor PISA 2022 menandakan bahawa program pembangunan profesional guru yang dijalankan telah membuahkan hasil.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.