Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT34

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 271 kata

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan peruntukan sumber-sumber untuk membangunkan dan mengekalkan platform maklumat farmaseutik berpusat yang akan mengandungi peraturan semasa, senarai ubat-ubatan yang komprehensif, prosedur pelesenan, serta lokasi farmasi-farmasi. Ini adalah bagi memastikan para profesional kesihatan dan orang awam mempunyai akses kepada maklumat yang sahih mengenai pilihan farmaseutik yang tersedia di dalam negara.

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN​

JAWAPAN:

Kementerian Kesihatan mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan permohonan pengimportan, permohonan untuk pemasaran dan pemantauan semasa di pasaran bagi produk kesihatan seperti produk farmaseutikal, produk kosmetik, produk ubat tradisional dan produk suplemen kesihatan. Ini termasuk juga mengendalikan permohonan bagi kebenaran untuk membuka premis-premis perniagaan kesihatan seperti farmasi-farmasi swasta dan pemantauannya. Kementerian Kesihatan mengakui kepentingan pembangunan platform maklumat produk - produk kesihatan berpusat yang komprehensif untuk memastikan akses kepada maklumat yang sahih dan terkini mengenai perkhidmatan dan produk farmaseutikal di Negara Brunei Darussalam.

Antara inisiatif Kementerian Kesihatan dalam perkara ini termasuk memuat naik maklumat-maklumat berkenaan di Laman Web rasmi Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus berusaha dan komited untuk memantapkan dan menaiktaraf lagi platform laman web berkenaan untuk lebih komprehensif, lebih mesra pelanggan dan boleh diakses dan dipercayai untuk memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan. Dengan jadual pembangunan untuk menaiktaraf laman web secara berperingkat, peruntukan sumber yang mencukupi, dan penglibatan semua pihak berkepentingan, Kementerian yakin bahawa platform laman web ini akan menjadi platform penting dalam menyumbang kepada hasil kesihatan yang lebih baik untuk rakyat dan penduduk di negara ini.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.