Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT25

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 511 kata

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan berkenaan potensi negara untuk menjadi pusat pemulihan data serantau dan perancangan Kementerian bagi memastikan infrastruktur digital dan rangkaian mampu menyokong negara sebagai pusat pemulihan data serantau. Adakah ini termasuk di dalam perancangan Masterplan Digital Kementerian?

YANG BERHORMAT MENTERI PENGANKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI​

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin di atas soalan mengenai potensi negara sebagai pusat pemulihan data serantau.

Dalam perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam telah meneroka peluang industri Pusat Data sejak beberapa tahun kebelakangan. Melalui entiti seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan lain-lain, beberapa pihak berkepentingan telah terlibat dalam meneliti cadangan bagi pembangunan Pusat Data di negara ini termasuk sebagai pusat pemulihan data serantau.

Sebagai contoh, semasa lawatan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ke syarikat Microsoft di Singapura pada bulan Oktober 2024 telah juga mengemukakan cadangan bagi syarikat berkenaan untuk mempertimbangkan penggunaan kemudahan-kemudahan atau mewujudkan data centre di Negara Brunei Darussalam antaranya bagi menghoskan aplikasi-aplikasi serta perkhidmatan cloud mereka. Ini juga mengambil kira penggunaan aplikasi-aplikasi Microsoft di negara ini adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, antara elemen utama yang diperlukan dalam cadangan-cadangan tersebut adalah base customer volume untuk menjadikannya berdaya maju. Dalam hubungan ini, syarikat-syarikat tersebut masih berpendapat bahawa saiz pasaran tempatan termasuk permintaan tempatan (iaitu local demand) yang masih merupakan satu cabaran jika mengambil kira saiz pasaran yang kecil.

Dengan itu, pada masa ini Unified National Networks (UNN) kini menerajui beberapa projek bagi pembangunan industri ini. Di antara usaha-usaha pihak UNN adalah termasuk projek-projek berikut di bawah yang mana juga dipasarkan di luar negara:

  • Pelancaran Borneo-IX pada tahun 2021 sebagai infrastruktur bagi Pertukaran data Internet antarabangsa yang neutral, membolehkan Penyedia Perkhidmatan Internet, penyedia rangkaian penghantaran kandungan, penyedia Perkhidmatan cloud, dan pengendali rangkaian bertukar data dengan lebih cekap. Penyediaan ini meningkatkan lagi kesalinghubungan dengan mengurangkan latency dan memperbaiki kelajuan pemindahan data bagi pengendali rangkaian domestik dan serantau.

  • Penyediaan fasiliti dan perkhidmatan Data Centre bertempat di tiga (3) lokasi iaitu Telephone House Sumbiling, Tungku Submarine dan Telisai bertujuan untuk menyokong usaha pendigitalan negara.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menggalakkan pembangunan industri Pusat Data. Ini merangkumi potensi Negara Brunei Darussalam sebagai pusat pemulihan bencana serantau yang mana boleh memanfaatkan dari segi keamanan, kestabilan, dan persekitaran selamat di negara ini.

Dalam hal ini juga, pihak Kementerian akan terus meneliti infrastruktur utama yang merangkumi kesalinghubungan antarabangsa seperti under-sea cables serta infrastruktur tenaga yang mana pusat data memerlukan permintaan kuasa tenaga yang tinggi.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.