Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT16
📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 990 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan berkenaan kes-kes penyakit kritikal yang sering melawat di hospital tetapi lambat mengesan, terlepas pandang atau ada salah diagnosis. Dalam kes terminal, diagnosis lewat membawa cabaran dalam rawatan pemulihan. Berapakah kes-kes seumpama dan apakah mekanisme yang digunakan untuk menilai kelemahan dalam proses diagnosis awal bagi mengelakkan kes yang boleh dirawat menjadi lebih serius.
YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN
JAWAPAN:
Sebahagian besar daripada kes-kes yang lambat dikesan, terlepas pandang atau tersalah diagnos, berkemungkinan akan diadukan atau dilaporkan melalui saluran-saluran tertentu di Kementerian Kesihatan, seperti aduan kepada Jabatan yang berkaitan, aplikasi MOH Care, Bahagian Perhubungan Korporat, atau melalui laporan insiden (incident reporting).
Bagi sebahagian penyakit-penyakit kronik, salah satu cara untuk mengelakkan kelembatan dalam pengesanannya, adalah melalui Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan ataupun National Health Screening Programme (NHSP) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2019.
Penyaringan kesihatan ataupun “screening” membolehkan kita untuk mengesan penyakit atau faktor risiko pada peringkat awal iaitu sebelum terdapat sebarang tanda-tanda atau simptom penyakit. Penyakit yang dikesan pada peringkat awal adalah lebih mudah untuk dirawat dan dikawal serta boleh mengelakkan atau mengurangkan komplikasi penyakit yang memudaratkan.
Di bawah Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan ini ada terdapat empat (4) program saringan iaitu saringan bagi faktor risiko penyakit kardiovaskular termasuk obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi; dan 3 jenis kanser iaitu kanser kolorektal, payudara dan serviks.
Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan ini dikendalikan oleh jururawat-jururawat terlatih di Pusat-Pusat Kesihatan termasuk di Klinik-Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Bagi program pemeriksaan kanser payudara, pemeriksaan mamogram dijalankan di Pusat Pengimejan Payudara yang terletak di hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kementerian Kesihatan juga telah bekerjasama dengan Early Detection and Prevention Services (EDCPS), Jerudong Park Medical Centre yang turut merekrut peserta bagi program pemeriksaan kanser payudara terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga dan mereka yang telah dirujuk daripada Pusat Kanser Brunei (The Brunei Cancer Centre);
Hasil dapatan daripada Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan sejak ianya dilancarkan sehingga penghujung tahun lepas (November 2024) adalah seperti berikut:
Pemeriksaan faktor risiko penyakit kardiovaskular: Dari jumlah peserta yang telah menjalani pemeriksaan tersebut, kira-kira hampir 1 dalam 3 orang (30%) didapati mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30 iaitu di dalam kategori obes; kira-kira 1 dalam 2 orang (54%) telah dikesan menghidapi kadar kolesterol yang tinggi; 18% telah dikesan menghidapi tekanan darah tinggi dan hampir 1 dalam 12 orang (7%) telah dikesan menghidapi paras gula dalam darah yang tinggi.
Pemeriksaan kanser kolorektal: Dari jumlah peserta yang telah menjalani pemeriksaan tersebut, sebanyak 7.5% (1075) dari mereka yang telah menjalani pemeriksaan saringan telah didapati positif bagi sampel darah dalam najis, dan telah dirujuk bagi pemeriksaan lebih lanjut (kolonoskopi).
Pemeriksaan kanser payudara: Dari jumlah peserta yang telah menjalani pemeriksaan tersebut, sekurang-kurangnya 1% wanita mendapat keputusan mammogram yang tidak normal dan telah dirujuk.
Pemeriksaan kanser serviks: Sejak pemeriksaan saringan bagi kanser serviks diperkenalkan pada tahun 2011, kira-kira 3% wanita didapati mempunyai keputusan pap smear yang tidak normal. Manakala, bagi ujian HPV yang baru diperkenalkan pada bulan Ogos 2024 sehingga November 2024, kira-kira 6.5% wanita telah didapati mempunyai keputusan tidak normal.
Mengenai penyakit kanser, tidak dinafikan terdapat sebahagian daripada pesakit-pesakit kanser hanya dikesan pada peringkat akhir (late stage). Mengikut data yang diperolehi daripada Brunei Darussalam Cancer Registry Report 2002-2021, kira-kira 54% pesakit kanser didiagnos pada tahap ‘regional’ dan ‘distant’, yang menunjukkan bahawa kanser telah menular daripada tempat asalnya (primary site).
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pesakit yang kurang peka atau tidak tahu mengenai simptom kanser (low health literacy), takut untuk berjumpa dengan pihak kesihatan, atau berada dalam keadaan penafian ‘in denial’ (tidak mahu/takut menerima kenyataan) mengenai keadaan diri mereka.
Dalam menangani isu-isu tersebut dan sebagai langkah pembaikan bagi Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan (NHSP), Kementerian Kesihatan sedang merancang beberapa aktiviti pemasaran dan pemberigaan, termasuk mengadakan jerayawara dan kempen media bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai program ini. Satu lagi langkah pembaikan adalah untuk melaratkan pendaftaran NHSP melalui aplikasi BruHealth, yang dikenali sebagai ciri Penilaian Risiko. Antara manfaat pendaftaran melalui aplikasi BruHealth ini ialah:
Slot perjanjian boleh ditempah secara langsung
Keputusan ujian saringan boleh didapati melalui aplikasi ini
Jika ingin mendapatkan pandangan tambahan, Kementerian Kesihatan tidak ada halangan jika individu ingin merujuk kepada doktor lain, sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.