Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT23
đź“– Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 258 kata
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan reka bentuk “masjid sebagai tempat ibadah dan pusat perkumpulan keugamaan” diterapkan dalam projek pembinaan masjid di Negara ini. Masjid menunjukkan keberadaan orang Islam di tempat tersebut. Selain mencerminkan nilai-nilai Islam, pembinaannya perlu menitikberatkan reka bentuk Melayu Islamik.
YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA​
JAWAPAN:
Jabatan Hal Ehwal Masjid mengambil maklum dan perhatian akan saranan yang ditimbulkan mengenai rekabentuk masjid di Negara ini. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa KHEU mempunyai Garis Panduan Pembinaan Masjid Tahun 1991 yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan telah dibuat pindaan pada tahun 2014.
Garispanduan ini bertujuan supaya pembinaan masjid itu menepati seni bina Islam dan mempunyai unsur-unsur kebruneian. Selain daripada itu, garis panduan ini disediakan bertujuan supaya reka bentuk masjid itu dapat menambat hati umat islam serta menjadi syiar dan mercu tanda utama negara. Selain daripada itu juga, di dalam garispanduan ini menetapkan bahawa setiap pembinaan masjid baharu perlu dilengkapi dengan fasiliti yang diperlukan oleh semua golongan masyarakat termasuk golongan kurang upaya. Ditambah lagi, kemudahan-kemudahan tersebut bukan sahaja menumpukan kepada fasiliti untuk melaksanakan ibadat, akan tetapi turut menyediakan fasiliti yang menjurus kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan aktiviti kemasyarakatan seperti bilik kuliah, perpustakaan, ruang yang boleh digunapakai bagi pembayaran Pencen Tua dan sebagainya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.