Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT12 dan PT27

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 6 minit
📊 Bilangan kata: 1,140 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM DAN YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah cadangan Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) dalam ‘White Paper On Making Brunei Darussalam The Preferred Holiday Destination For All By 2025’ yang diterbitkan pada tahun 2015, yang mengenal pasti empat kawasan berpotensi termasuk Jerudong dan Kampung Ayer, telah diambil kira dalam perancangan kemajuan pelancongan.

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan strategi jangka panjang dan perancangan MPRT dalam fasa 3 (2029-2030) pelan MPRT, bagi membangunkan produk pelancongan Islam yang menarik. Ini memerlukan sokongan yang padu dari semua Kementerian bagi memastikan pelaksanaan projek berjaya, walau bagaimanapun mengambilkira negara berpotensi besar dalam pelancongan Islam dengan akses kepada 2 bilion penduduk Muslim global.

YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN​

JAWAPAN:

Kementerian menghargai dan mengiktiraf visi menyeluruh yang digariskan dalam White Paper tersebut bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi percutian pilihan menjelang 2025. Walaupun beberapa inisiatif strategik yang dikemukakan di dalam White Paper berkenaan, seperti Jerudong Integrated Leisure Destination dan National Arts and Performance Creative Theatre, memerlukan pelaburan besar daripada sektor swasta serta dorongan keusahawanan, terdapat juga aspek lain yang telah pun giat dilaksanakan.

Sebagai contoh, pembangunan eko-resort, pelancongan berasaskan komuniti, serta kemudahan yang mempromosikan produk tempatan, kedai makan, dan perniagaan tempatan telah pun dilaksanakan, walaupun tidak semestinya dalam bentuk kluster seperti yang dinyatakan dalam kertas cadangan tersebut. Inisiatif-inisiatif ini merupakan komponen penting dalam strategi pelancongan negara dan sedang dilaksanakan secara berperingkat. Kerajaan, dengan kerjasama perniagaan tempatan, terus menggalakkan pertumbuhan eko-pelancongan serta memperkenalkan keunikan produk tempatan kepada pelancong.

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pelancong di Kampong Ayer dan sekitarnya. Antaranya termasuk mengemaskini panduan laluan pelancong seperti Bandar Seri Begawan Heritage Trail dan Kampong Ayer Walking Trail, serta pembinaan laluan konkrit yang lebih selamat di Kampong Ayer. Panduan Audio Guide melalui QR code telah diperkenalkan di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer pada 2024. Papan tanda maklumat pelancongan juga dipasang di laluan konkrit dan jeti tumpuan untuk memberikan pengalaman visual dan sejarah. Selain itu, menaiktaraf Galeri Kebudayaan Kampong Ayer dengan projek Fasa 1 telah selesai pada 2024 dan Fasa 2 dijangka siap pada 2026. Projek lain termasuklah pemasangan papan tanda di jeti untuk menyokong aktiviti pelancongan menyelusuri sungai.

PELANCONGAN PENDIDIKAN

Dari segi pelancongan pendidikan, antara usaha yang sedang dijalankan adalah memperkukuh kerjasama dengan universiti antarabangsa dan tempatan bagi menarik lebih ramai pelajar dan penyelidik untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pendidikan yang unik. Selain itu, inisiatif dengan agensi pelancongan dan institusi kebudayaan juga digerakkan untuk memperkenalkan pakej pelancongan yang menampilkan keunikan warisan Islam dan institusi pendidikan negara.

Negara Brunei Darussalam menawarkan pengalaman pembelajaran yang mendalam yang memaparkan biodiversiti, warisan budaya, dan usaha pembangunan mampannya. Inisiatif ini merangkumi lawatan kajian terancang dan bengkel yang memfokuskan pada topik seperti hutan hujan, seni tradisional, dan budaya Islam. Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga menawarkan program pendidikan mempelajari Bahasa Inggeris dan kem musim panas (summer camp) yang menjadi tarikan ramai penuntut antarabangsa berbanding destinasi lain di rantau ini, dengan keadaan negara yang aman, selamat, dan hijau. Negara Brunei Darussalam turut mengadakan banyak program pertukaran pelajar dengan negara-negara seperti Singapura, Jepun dan lain-lain, yang memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pendidikan yang menarik.

Penekanan strategik terhadap pelancongan pendidikan ini bukan hanya memupuk pertukaran budaya, tetapi juga memperkukuh kedudukan negara sebagai pusat pengalaman pembelajaran mampan di Asia Tenggara.

Sebagai makluman, Kementerian, melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah mengendalikan lawatan suai kenal bagi institut pendidikan dari Jepun pada tahun 2024 dengan tujuan bagi menarik lebih ramai lagi penuntut dari Jepun. Universiti Brunei Darussalam (UBD) pula telah menganjurkan UBD-AUN Summer Camp 2024 selama dua minggu yang mana telah disertai oleh lebih daripada 75 pelajar antarabangsa dari 21 universiti yang termasuk dalam keahlian ASEAN University Network (AUN).

Selain itu, Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menganjurkan UTB Odyssey 2024 selama 15 hari yang mana telah disertai oleh 12 pelajar antarabangsa terdiri dari negara-negara ASEAN dan Canada. Program ini bertujuan untuk memberikan peserta pemahaman menyeluruh tentang kepelbagaian budaya Negara Brunei Darussalam, alam semula jadi, dan warisan Islam. Peserta-peserta telah menerokai kekayaan budaya Negara Brunei Darussalam melalui pengalaman seperti masakan dari hutan ke pinggan (jungle-to-plate cuisine), bengkel kraftangan, serta pendedahan kepada seni, muzik, dan adat puak-puak Brunei. Itinerari juga merangkumi lawatan ke galeri pameran, muzium, dan mercu tanda bersejarah yang memberikan gambaran mendalam tentang warisan Islam dan kepentingan sejarah Brunei.

PELANCONGAN ISLAMIK

Sepertimana yang diketahui, Pelancongan Islamik sememangnya berpotensi besar sebagai salah satu tarikan pelancong yang menarik di negara ini dan seterusnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Negara Brunei Darussalam terkenal dengan keamanan serta keindahan warisan Islamnya. Walaupun sektor ini berada dalam fasa ketiga hala tuju industri pelancongan negara, langkah-langkah awal telahpun diambil untuk mempercepat perkembangannya.

Pada masa ini, terdapat beberapa ejen-ejen pelancongan Islam yang menyediakan pakej-pakej lawatan seperti ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien yang terkenal dengan seni bina yang indah dan megah, Jame’ Asr Hassanal Bolkiah yang sinonim dengan suasana tenang serta damai, Pusat Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mempamerkan warisan tradisi kaligrafi Islam yang penting dalam budaya dan sejarah Islam, dan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pameran artifak Islam yang berharga.

Selain lawatan ke masjid-masjid, ejen-ejen yang mempromosikan pakej pelancongan Islam juga menawarkan Masjid Tour, pengalaman Ramadhan di Negara Brunei Darussalam, sambutan Hari Raya Aidil Fitri serta peluang untuk menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul. Para pelancong juga berpeluang menyaksikan pelbagai tradisi Islam tempatan yang masih diamalkan di negara ini yang turut menjadi tarikan sebagai destinasi pelancongan Islam yang ideal. Program Imarah Masjid menjadi daya tarikan pelancong di Negara Brunei Darussalam, memberi peluang untuk melawat dan beribadah di masjid-masjid indah dan bersejarah. Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga merupakan destinasi persinggahan bagi jemaah Umrah dari Indonesia sebelum ke Tanah Suci.

Selain itu, pelancong juga berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah yang mendedahkan kisah-kisah permulaan penyebaran Islam di Negara Brunei Darussalam seperti Taman Arkeologi Kota Batu, Muzium Teknologi Melayu Brunei, Pusat Sejarah Brunei dan Muzium Alat Kebesaran Diraja.

Jabatan Kemajuan Pelancongan turut bekerjasama dengan Negara Filipina melalui sebuah memorandum persefahaman yang bertujuan untuk meningkatkan kedatangan pelancong dan menyokong pertumbuhan sektor pelancongan niche seperti pelancongan islam.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.