Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT22
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 276 kata
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah pencegahan bagi isu individu yang melebihi tempoh tinggal di Brunei Darussalam yang melibatkan penguatkuasaan dan pencegahan yang berkesan. Adakah isu melebihi tempoh tinggal berisiko untuk dieksploitasi sindiket pemerdagangan manusia? Memandangkan negara pernah disenaraikan hitam oleh Amerika Syarikat pada 2024, apakah usaha-usaha agar tidak disenarai hitamkan lagi?
YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI​
JAWAPAN:
Berhubung dengan isu pemerdagangan manusia di Negara Brunei Darussalam, perkara ini adalah dipantau di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang (JKAPO) yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Penguatkuasaan), Jabatan Perdana Menteri, dengan keahlian Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, dan Jabatan Buruh adalah selaku Ahli.
Walau bagaimanapun, berkenaan dengan kekhuatiran berkenaan dengan "tempoh tinggal berisiko untuk dieksploitasi sindiket pemerdagangan manusia" ianya bukanlah ditarifkan sebagai kes pemerdagangan orang di mana Pemerdagangan orang adalah didefinisikan sebagai pengambilan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan atau penerimaan seseorang bagi tujuan eksploitasi melalui penculikan, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pemalsuan, sogokan, ancaman, atau paksaan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang Penggal 230 (Anti-Trafficking in Persons Act Chapter 230).
Individu yang melebihi tempoh tinggal di Negara Brunei Darussalam akan diambil tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan seperti denda, tahanan, dan pengusiran di bawah Akta Imigresen.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.