Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT26
📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 545 kata
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan Kementerian untuk mengembangkan industri kreatif, khususnya dalam memanfaatkan keunikan budaya tujuh puak jati Brunei. Ini memandangkan kekayaan warisan budaya Negara melalui tujuh puak jati yang dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan industri kreatif yang tidak hanya melestarikan warisan budaya, tetapi juga memberikan peluang ekonomi bagi masyarakat.
YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN​
JAWAPAN:
Terima kasih kepada** Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin atas pertanyaan** mengenai dengan rancangan Kementerian untuk mengembangkan industri kreatif, khususnya dalam memanfaatkan keunikan budaya tujuh puak jati Brunei.
Negara Brunei Darussalam mempunyai kebudayaan dan kesenian yang unik dan berpaksikan kepada Melayu Islam Beraja dengan nilai-nilai dan cara hidup yang mencerminkan tatasusila dan warisan budaya Brunei. Puak Jati Brunei tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, khususnya melalui pelancongan budaya yang menonjolkan keunikan adat resam, seni bina, pakaian tradisional, makanan, serta seni persembahan mereka. Dikongsikan, data menunjukkan bahawa lebih 231,000 pelawat telah mengunjungi galeri, perpustakaan, dan tapak-tapak bersejarah di seluruh negara, membuktikan minat yang tinggi terhadap warisan budaya Brunei.
Dalam usaha memanfaatkan keunikan budaya tujuh puak jati Brunei selari dengan perkembangan industri kreatif, Kementerian telah dan akan terus melaksanakan festival dan pameran tradisi dan kesenian budaya. Dalam pada itu, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan juga ada menawarkan produk buatan tangan dan giat meningkatkan jualan produk dalam pasaran tempatan dan antarabangsa melalui pameran dan penyertaan dalam kegiatan antarabangsa.
Bagi memastikan industri kebudayaan dan kreatif berkembang mampan di negara ini, Kementerian memberi tumpuan kepada strategi inisiatif seperti pemberian bantuan kewangan dan fasiliti kepada lebih 50 pengusaha dan penggiat seni budaya untuk memastikan kesinambungan industri kebudayaan dan kreatif. Di samping itu, kerjasama strategik dengan puak-puak etnik, Jabatan Kemajuan Pelancongan, dan Jabatan-Jabatan Daerah juga giat dilaksanakan dalam penganjuran 21 program kebudayaan yang telah menarik lebih 6,000 peserta.
Seperti yang dinyatakan dalam ulasan sebelum ini bahawa kejayaan pengiktirafan pencalonan Kebaya sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia UNESCO adalah hasil usaha bersama antara pelbagai puak etnik di rantau ini, termasuk Brunei. Inisiatif ini menunjukkan bagaimana identiti budaya boleh dikongsi oleh pelbagai komuniti serantau, serta kepentingan kerjasama dalam memartabatkan warisan budaya di peringkat global.
Dengan usaha berterusan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan agensi-agensi berkepentingan yang lain menerusi pendekatan senegara yakin bahawa pelestarian dan pelancongan budaya akan terus berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara serta memastikan warisan budaya Brunei kekal relevan, berdaya saing dan dihargai oleh generasi akan datang.
Sekian sahaja yang dapat diulaskan. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.