Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT19

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 735 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesiapsiagaan kesihatan termasuk mengenalpasti infrastruktur yang boleh diubah suai (adaptive), peruntukan, dan kepakaran untuk pandemik. Kesiapsiagaan hendaklah dimasukkan ke dalam National Crisis Management Plan dan mengambilkira pengajaran yang boleh diambil dari COVID-19, yang menunjukkan pentingnya persediaan awal dan sistem kesihatan kukuh, walaupun Brunei menanganinya dengan baik.

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN​

JAWAPAN:

Kementerian Kesihatan telah dan sedang mengambil langkah-langkah bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dan respons terhadap pandemik di Brunei Darussalam. Pandemik COVID-19 telah memberikan kita banyak pengajaran yang berharga. Dari sudut kesihatan awam, ia menuntut keupayaan kita untuk bertindak pantas, berasaskan sains, serta berdaya tahan dalam menghadapi ketidak tentuan dan cabaran baharu. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk memastikan kita bukan sahaja lebih bersedia, tetapi juga dapat menyumbang secara aktif kepada keselamatan kesihatan serantau dan global.

Semasa persidangan Kesihatan sedunia pada May 2024, Kementerian Kesihatan telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Eksekutif WHO atau ‘WHO Executive Board’ dan seterusnya menjadi ahli bagi ‘WHO Strategic and Technical Advisory Group for Health Emergency Preparedness and Response (SAGEPR)’. Dengan lantikan ini, Negara Brunei Darussalam sedang memainkan peranan yang lebih besar dalam landskap kesihatan global. Kita bukan sahaja memperkukuhkan suara dan sumbangan negara dalam perbincangan strategik, tetapi juga berpeluang membantu membentuk polisi global berkaitan kesiapsiagaan pandemik dan kecemasan kesihatan awam. Kementerian Kesihatan juga sedang bergiat aktif dalam proses perangkaan ‘Pandemic Treaty’ yang bertujuan untuk mengukuhkan kesiapsiagaan, pencegahan dan respons global terhadap ancaman pandemik. Manakala diperingkat serantau termasuk ASEAN dan Western Pacific, Kementerian Kesihatan juga bekerjasama rapat bersama agensi-agensi kesihatan lain bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan kesihatan melalui pertukaran maklumat dan pembangunan kapasiti seperti latihan, bengkel dan sebagainya.

Di peringkat negara pula, salah satu inisiatif utama Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan kesiapsiagaan pandemik adalah penubuhan ‘MOH Epidemic Intelligence Hub’ pada tahun 2022, sebuah pusat yang berfungsi sebagai sumber maklumat strategik dalam pengawasan penyakit dan tindak balas kecemasan kesihatan awam. Ianya mampu menyediakan maklumat yang lebih cepat dan tepat dengan menggabungkan data epidemiologi, memantau tren penyakit berjangkit secara real-time, membolehkan pengesanan awal peningkatan kes dan perancangan tindak balas yang lebih pantas. Disamping itu, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan pandemik, Kementerian Kesihatan telah mempertingkatkan ‘Influenza Surveillance’, yang bertujuan untuk memantau tren influenza di Negara ini bagi mengenal pasti sebarang peningkatan kes atau kemunculan varian baru, di samping menyumbang kepada sistem pemantauan influenza diperingkat global. Selain itu juga, Kementerian Kesihatan menjalankan penilaian secara berkala beberapa kapasiti teras (Core Capacities) bagi memenuhi keperluan International Health Regulation (2005), iaitu satu peraturan antarabangsa bagi memastikan kesediaan dan respons terhadap ancaman Kesihatan yang boleh merentas sempadan termasuk pandemik.

Pada tahun 2024 juga, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan After Action Review bagi COVID-19 dan telah menjemput semua pihak berkepentingan di Negara Brunei Darussalam untuk menilai keberkesanan tindak balas negara terhadap COVID-19 dan mengenalpasti kejayaan, cabaran dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Perlu juga ditekankan, kesiapsiagaan pandemik tidak boleh hanya tertumpu kepada sektor kesihatan semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama erat diantara pelbagai sektor termasuk kesihatan manusia, haiwan, dan persekitaran melalui pendekatan One Health (One Health Approach).

Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani apa jua bencana dan kecemasan kesihatan dengan mengadakan serta mengikuti latihan-latihan kemahiran dan bengkel-bengkel yang berkaitan bagi semua peringkat pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan terutamanya emergency responders dan frontliners di dalam dan juga luar negara yang dianjurkan oleh negara-negara yang berpengalaman dalam menangani bencana dan kecemasan kesihatan dalam skala yang besar.

Pihak Kementerian Kesihatan juga sentiasa bekerja rapat dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan dalam pengurusan kecemasan dan bencana untuk menyediakan dan mengemaskinikan SOP dan garis panduan yang berkaitan mengikut peranan serta tugas dan tanggungjawab setiap agensi bagi memastikan pengurusan adalah lebih bersepadu dan teratur. Di samping itu, pihak Kementerian Kesihatan juga secara berterusan ikut serta dalam latihan-latihan bersepadu yang diadakan melalui kaedah table-top dan latihan simulasi agar setiap agensi memahami akan peranan masing-masing dan memperkukuhkan lagi tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam menangani apa jua kecemasan dan bencana. Ianya juga akan memberi peluang bagi pihak Kementerian Kesihatan untuk menguji cuba dan memperbaiki lagi SOP yang sedia ada.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.