Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT11
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 412 kata
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan rancangan Kementerian untuk memastikan perlindungan menyeluruh tapak-tapak dibawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam Penggal 31, yang boleh dimanfaatkan sebagai tarikan pelancongan dan pusat penyelidikan. Terdapat empat tapak telah dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2013, apakah status terkini permohonan tersebut dan langkah-langkah yang diambil untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan UNESCO?
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​
JAWAPAN:
[Soalan telah dijawab oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan]
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam atas pertanyaan mengenai dengan rancangan Kementerian untuk memastikan perlindungan menyeluruh tapak-tapak di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam Penggal 31, yang boleh dimanfaatkan sebagai tarikan pelancongan dan pusat penyelidikan.
Negara Brunei Darussalam komited dalam usaha memelihara dan mengangkat warisan budaya serta sejarah ke peringkat antarabangsa. Pencalonan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO memerlukan pematuhan kepada kriteria yang ketat di bawah Konvensyen UNESCO 1973. Dari empat tapak yang dicalonkan, hanya Tasek Merimbun yang setakat ini memenuhi kehendak konvensyen tersebut, namun masih terdapat beberapa persiapan yang perlu disediakan sebelum dapat dimasukkan ke dalam senarai tentatif UNESCO.
Selain UNESCO, Negara Brunei Darussalam juga mengambil pendekatan yang lebih luas dalam penjagaan warisan dunia. Masjid Omar Ali Saifuddien telah dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia Islam ICESCO dan kini masih dalam penelitian. Dalam peringkat serantau pula, terdapat beberapa warisan budaya yang sedang dalam perbincangan untuk disenaraikan di bawah Senarai Warisan Budaya ASEAN. Ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan khazanah budaya Brunei mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Alhamdulillah, kejayaan telah dicapai apabila Kebaya dicalonkan sebagai Warisan Dunia Tidak Ketara 2024 bersama Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand. Insya-Allah, pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak warisan budaya negara kita akan diketengahkan dalam senarai antarabangsa, selaras dengan usaha KKBS untuk memperkukuh identiti dan warisan budaya Brunei Darussalam di persada dunia.
Sekian sahaja yang dapat diulaskan. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.