Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

HARI KE-4

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 117 minit
📊 Bilangan kata: 23,533 kata

7HB OGOS 2025

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Jurutulis

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari keempat pada hari ini, Khamis, 13 Safar 1447 bersamaan 7 Ogos 2025 dan didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat, Imam Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua,kita dapat bersama-sama berkumpul lagi pada pagi ini untuk bersidang bagi hari keempat di Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita akan memulakan hari ini dengan urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kita beralih kepada Waktu Pertanyaan. Di hadapan kita sekarang terdapat senarai Pertanyaan yang telah pun dikemukakan.

Saya mulakan dengan soalan pertama iaitu soalan yang diterima daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Terlebih dahulu izinkan kaola, jika boleh menjawab sekali gus pertanyaan bagi PL 266 dan PL 281, mengikut urutan Jadual Pertanyaan tersebut.

(Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menunggu izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua)

(Yang Berhormat Yang Di-Pertua memberi isyarat menganggukkan kepala tanda bersetuju).

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee atas pertanyaan PL 266 untuk mengadaptasi modal Public Private Community Partnership bagi projek berskala kecil dalam lima sektor keutamaan.

Dalam hal ini, izinkan jua kaola mengongsikan sedikit pencerahan mengenai pelaksanaan Public Private Partnership ataupun PPP di negara ini yang mana merupakan salah satu kaedah pembiayaan alternatif yang digunakan untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan kerajaan di samping untuk memastikan pemberian perkhidmatan awam dan adanya penyediaan infrastruktur akan dapat menjadi lebih cekap, berkesan dan kos efektif.

Ianya jua memanfaatkan kepakaran sektor swasta dalam melaksanakan projek atau perkhidmatan serta kesanggupan mereka untuk berkongsi risiko projek ataupun perkhidmatan. Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui JPKAS amat menggalakkan mana-mana projek yang dapat dilaksanakan secara kaedah PPP khususnya jua yang berunsur high impact dan high value-add. Setakat ini, pelaksanaan mana-mana cadangan projek PPP tidak ada ditetapkan sebarang had minima atau maksima ataupun dihadkan kepada sektor-sektor yang tertentu sahaja.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan projek-projek PPP yang dikenal pasti adalah bersesuaian untuk dilaksanakan bagi mencapai objektif yang dihasratkan. Beberapa faktor penting adalah perlu jua diambil kira sepertimana yang dinyatakan di atas. Ini termasuk seperti dari segi kapasiti pihak swasta yang terdapat di negara ini serta viability projek tersebut iaitu termasuk dari segi aspek kewangan, kebolehlaksanaan teknikal dan juga impak kepada ekonomi, sosial dan persekitaran.

Dalam pada itu, pihak kerajaan senantiasa terbuka bagi menerima cadangan dan buah-buah fikiran daripada pihak-pihak yang berkepentingan iaitu termasuk jua antara lainnya daripada ketua-ketua akar umbi, persatuan-persatuan, perusahaan koperasi dan lain-lain. Bagi mempertimbangkan projek-projek PPP yang menekankan prinsip by community for community.

Seterusnya, kaola beralih kepada pertanyaan PL 281. Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, yang mana soalannya kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan cadangannya untuk melaksanakan Bulan Bebas Cukai pada musim cuti dan bonus bulan Disember sehingga Januari.

Seperti di negara-negara lain, inisiatif bebas cukai ini lazimnya diberikan kepada barangan atau perkhidmatan yang ada dikenakan goods and services tax ataupun GST atau value-added tax, VAT ataupun sales tax. Tujuan utama pelaksanaan bebas cukai adalah untuk mengurangkan beban kos kumpulan sasaran tertentu, khususnya golongan berpendapatan rendah atau kurang kemampuan dan sektor yang sensitif dari segi sosioekonomi seperti kesihatan dan pendidikan. Selain itu, ia turut berperanan sebagai kaedah pengecualian cukai kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara tersebut bagi menggalakkan perbelanjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Seperti yang sedia maklum, pada masa ini cukai secara tidak langsung, indirect tax yang ada dikenakan ke atas entiti-entiti perniagaan di negara ini hanya merangkumi duty stamp, cukai eksais kastam dan cukai bangunan. Manakala, GST atau VAT ataupun sales tax belum ada dikenakan di negara ini. Sehubungan itu, pelaksanaan konsep bebas cukai seperti ini mungkin belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini. Walau bagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan telah pun melaksanakan beberapa insentif-insentif lain bagi menggalakkan aktiviti membeli-belah di negara ini di samping jua untuk membantu mengurangkan bebanan kos kepada rakyat. Ini termasuk antaranya dengan mengadakan jualan besar-besaran atau Salebration pada musim-musim tertentu dengan kerjasama entiti-entiti perniagaan yang menawarkan potongan harga barangan yang menarik.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Kitani beralih kepada soalan yang ketiga iaitu soalan Yang Berhormat.

(Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengangkat tangan memohon izin bagi soalan tambahan)

Yang Berhormat Chong Chin Yee, silakan.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin menjelaskan bahawa PPP bukan PPCP yang dinyatakan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. PPCP menunjukkan kepada modal kerjasama di antara kerajaan iaitu sektor awam, syarikat sektor swasta dan komuniti atau pertubuhan masyarakat sivik seperti NGO, persatuan tempatan ataupun penduduk kesetempat.

Bagi merancang membiayai, melaksanakan dan menyelenggara sesuatu projek atau perkhidmatan yang memberi manfaat kepada orang ramai untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih inklusif dan mampan. Lazimnya digunakan dalam bidang seperti penjagaan kanak-kanak, klinik, kedai runcit atau pembangunan setempat.

Maka, soalan kaola adakah kementerian mempertimbangkan untuk mengadaptasi model Public Private Community Partnership bagi projek berskala kecil dalam lima sektor keutamaan? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih atas soalan dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Saya rasa jawapan kepada pertanyaan itu tadi sudah kaola terima. Ia sudah dijawab. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Dengan itu, kitani beralih kepada soalan yang ketiga iaitu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola ingin memohon izin untuk menjawab soalan PL 171 terus bersama dengan PL 148 dan PL 279 iaitu soalan tiga, empat dan sebelas dalam Perintah Harian memandangkan soalan-soalan ada berkaitan dengan perkara yang sama, terima kasih.

Bismillahir Rahmanir Rahim, (doa dibaca). Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Yang Berhormat Awang Lau How Teck dan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, berhubung dengan perancangan untuk mewujudkan satu pelan hala tuju pembiayaan kesihatan jangka panjang dan perlaksanaan Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Menyentuh tajuk mengenai dengan pelan hala tuju pembiayaan kesihatan jangka panjang, Kementerian Kesihatan menegaskan untuk sentiasa meneliti dasar-dasar sedia ada demi memastikan kelestarian dan keupayaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam jangka masa panjang. Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghadapi cabaran masa depan secara proaktif dan inklusif melalui kajian menyeluruh terhadap kos rawatan dan dasar pemberian perkhidmatan kesihatan.

Berkenaan dengan perlaksanaan Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan adalah langkah ke arah kelestarian sistem kesihatan negara dan dilaksanakan dengan penuh pertimbangan terhadap kemampuan kewangan, keperluan rawatan perubatan dan situasi sebenar kehidupan mereka yang terkesan. Dasar ini bukan bersifat diskriminasi, sebaliknya bertujuan memperkasakan sistem kesihatan dan memastikan tiada jurang kesihatan berlaku.

Bagi mereka yang menghadapi kesulitan dari segi kewangan, penilaian kelayakan akan dijalankan dan sekiranya layak, bantuan boleh dirujuk ke beberapa buah saluran seperti Tabung Amal Bantuan Pesakit, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal ataupun JUZWAB, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah atau menerusi kaedah bayaran secara ansuran. Kementerian juga menggalakkan golongan yang terkesan untuk mempertimbangkan insurans kesihatan sebagai langkah persediaan, sebagaimana yang diamalkan di banyak negara lain sebagai salah satu bentuk pengurusan risiko kewangan dalam penjagaan kesihatan.

Kementerian Kesihatan juga ingin menegaskan bahawa tidak mengabaikan pesakit yang memerlukan rawatan kerana pertimbangan kesihatan awam akan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat. Proses permohonan warga emas yang masih menunggu kelulusan kewarganegaraan yang menghadapi kekangan kewangan, walaupun proses kelulusan bukan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan, mereka tetap boleh memohon bantuan melalui saluran-saluran mengikut proses yang telah kaola terangkan sebelum ini.

Mengenai dengan hala tuju, kajian berterusan akan dilaksanakan untuk mengetahui apa jua masalah untuk diatasi bersama. Mekanisme pemantauan ini melibatkan analisis tren dalam permohonan bantuan kewangan. Maklum balas daripada kakitangan barisan hadapan mengenai pelaksanaan dasar dan tinjauan kepuasan pengguna perkhidmatan yang berkesan. Pelan perancangan ini akan dilaksanakan sebagai aktiviti utama Kementerian Kesihatan. Sekian dalam menjawabnya. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Teruskan lagi. Soalan yang kelima, iaitu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih di atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee berkenaan dengan mempromosikan kopi tempatan bagi meningkatkan permintaan domestik dan juga menggalakkan agropelancongan.

Sebenarnya kementerian telah pun, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mempromosikan kopi tempatan sebagai elemen penting bagi mengukuhkan identiti nasional dan mempelbagaikan produk pelancongan khususnya dalam sektor gaya hidup dan kulinari.

Salah satu inisiatif utama adalah pelancaran Brunei Coffee Trail pada bulan Julai tahun lepas. Ia memperkenalkan pengalaman pelancongan unik kepada pelawat tempatan dan juga antarabangsa. Laluan ini menghubungkan lebih 100 kedai kopi tempatan dan dari pop-up hingga ke café moden yang menawarkan specialty coffee dan kepakaran barista. Melalui Brunei Coffee Trail, pelawat dapat menikmati kopi dan pastri tempatan yang berkualiti, menyertai bengkel serta sesi coffee tasting dan mendalami sejarah serta budaya kopi di Negara Brunei Darussalam.

Inisiatif ini juga turut memberi sokongan langsung kepada pengusaha PMKS dalam industri makanan dan minuman serta menyumbang kepada ekosistem pelancongan bandar yang lebih mampan dan dinamik. Di peringkat antarabangsa, Brunei Coffee Trail ini telah dipromosikan melalui pelancaran Mini Ekspo di Kota Miri, Sarawak pada Februari 2025 dan insya Allah bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah pada, dan dalam dengan matlamat meningkatkan permintaan kopi Brunei serta mengukuhkan kedudukan negara dalam agropelancongan dan pelancongan kulinari serantau.

Selain itu, Mukim Labi mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi agropelancongan berasaskan kopi yang mampu menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelawat. Dari aktiviti penanaman dan penuaian hingga ke pemprosesan biji kopi tempatan. Konsep ini bukan sahaja unik, tetapi juga berupaya menarik minat pelancong yang menghargai pengalaman authentic dan berasaskan komuniti.

Buat masa ini, usaha telah, untuk membuka ladang kepada pelawat sedang diperhalusi secara berperingkat dengan fokus kepada pembangunan keupayaan dari segi sumber tenaga manusia kerja dan juga infrastruktur sokongan seperti kafe dan perkhidmatan pelancongan.

Walaupun masih dalam fasa awal, inisiatif ini selari dengan strategi kementerian untuk menjelmakan Brunei sebagai destinasi pelancongan dan kulinari dan agripelancongan yang authentic dan berkualiti. Ia juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat serta memupuk penghargaan terhadap produk tempatan khususnya kopi Brunei yang berfungsi diketengahkan di pasaran serantau.

Sekian yang kaola dapat sampaikan berkenaan dengan soalan yang diajukan.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

(Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengangkat tangan memohon izin bagi soalan tambahan)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengetahui bagaimanakah jejak kopi atau coffee trail itu memandu. Yang kami perlukan ialah memperkenalkan jenama Brunei tertentu seperti mana bagaimana orang tahu tentang kopi Vietnam, kopi Luwak seperti yang kitani selalu diberitahu jangan, don't leave the country without drinking those coffee as a tourist. So, jadinya macam mana coffee trail and all the initiative really help to promote coffee di Brunei sedangkan kami ada 100 lebih coffee café di mana-mana saja di Brunei dan kaola juga bercakap dengan pemilik kopi Labi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, mereka tidak mempunyai sumber mencukupi untuk membuat skala yang besar. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Mangkali soalan yang telah diajukan sekali ani lagi sudah saya, abiskaola jawab tu. Coffee Trail atu is one of the flagship untuk mempromote coffee Brunei, bukan sahaja coffee Brunei malah kafe-kafe Brunei yang ada di Brunei di mana ada terdapat 100 lebih kafe.

Berkenaan dengan Kopi Labi, memang pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bekerja rapat dengan Kopi Labi kerana atulah saja kopi-kopi, ladang kopi yang ada di negara ani, jadi, memang pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bekerja rapat dan juga membantu dalam memajukan Kopi Labi ani untuk dijadikan sebagai satu brand. Ia adalah one of the cornerstone of our coffee di negara ani. Iatah memang sudah ada kerjasama dengan bisdurang atu untuk dimajukan, untuk ditonjolkan bukan sahaja dari segi apa namanya produk malah juga ladangnya untuk di expand.

Atulah Yang Berhormat Yang Di-Pertua, usaha-usaha pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi memajukan coffee apa namanya culture di negara ani. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya ingin (sambil ketawa), saya juga ingin bertanya (sambil tersenyum), saya adalah seorang coffee drinker (ketawa). Apakah ada kemungkinan kitani suatu hari mengeluarkan apa namanya ni, coffee yang boleh dijenamakan sebagai Brunei Blend?

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Perkara yang menjadi Brunei Blend ani, its not impossible Yang Berhormat Pehin, ganya what yang masa ani yang jadi limitation ialah jumlah pengusaha-pengusaha kopi di negara ani. Cuma satu yang aktif iaitu Kopi Labi, Mr. Yong. Atulah saja yang masa ani Yang Berhormat Pehin, dengan adanya kali, ada interest dari peladang-peladang untuk menanam kopi, mangkali inda impossible for us to create our own coffee blend.

Tapi dari segi, apani, dari segi apani, beberapa kafe-kafe yang ada di Brunei ani masa ani, they have their own blend of coffee tapi, bukan Brunei coffee (sambil ketawa) tapi different coffee daripada luar negeri. They created their own, very innovative Yang Berhormat Pehin, untuk disediakan untuk pelanggan-pelanggan bisdurang daripada kafe-kafe apani yang original blend nya Yang Berhormat Pehin. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang keenam, iaitu soalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, yang ditujukan juga kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, berkenaan dengan memperhebatkan promosi domestik pelancongan domestik dan juga pelancongan bagi 2026/2027. Sebenarnya antara inisiatif untuk memperhebatkan pelancongan domestik ialah penjenamaan semula Kenali Negara Kitani, KNK dengan lebih 50 pakej budaya alam semula jadi dan pelayaran sungai bagi memacu pelancongan domestik.

Ini kebanyakkannya melibatkan pelancongan berteraskan komuniti, pendidikan, alam sekitar dan pengembaraan. Apa yang membanggakan dalam Program KNK ini, ialah banyak penglibatan anak-anak kampung melalui MPK dan juga MPM. Kementerian juga seperti tahun-tahun lepas mengungkayahkan lagi inisiatif Brunei Gastronomy Festival, di mana festival ini memberi kesempatan syarikat-syarikat penyaji makanan dan restoran untuk mempromosikan beraneka jenis makanan terutamanya makanan Brunei. Inisiatif Brunei December Festival yang diungkayahkan setiap tahun dalam menyediakan promosi-promosi khas pakej-pakej pelancongan adalah disasarkan jua bukan sahaja untuk pelancong luar negeri malah juga untuk pelancong domestik bagi menggalakkan mereka melancong di dalam negeri, menghayati keindahan dalam negeri ini.

Kementerian melihat tahun 2026/2027 sebagai tempoh penting dan bersejarah untuk negara sempena hari, Sambutan Hari Keputeraan ke-80 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga Jubli Intan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan ini, kementerian sedang merangka pelan bersepadu untuk menjadikan tempoh ini sebagai pemangkin transformasi sektor pelancongan nasional. Ada beberapa inisiatif yang dikira impactful yang sedang dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan. Inisiatif-inisiatif ini yang akan menjadi platform bagi menjenamakan jenama Brunei sebagai destinasi pelancongan eksklusif, lestari dan berbudaya tinggi, menonjolkan identiti kebangsaan dan kejayaan negara, memacu pelancongan domestik dan antarabangsa secara inklusif dan mampan.

Dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif perkembangan pelancongan tindakan telah disusun secara saling melengkapi dengan memfokuskan kepada perancangan awal dan penyelarasan antara agensi melalui Jawatankuasa Pandu dan Teknikal. Pelaksanaan program seperti yang dicadangkan, oleh, yang seperti, pelaksanaan program seperti pertandingan Jingle Slogan Kebangsaan, pembangunan Pakej Pelancongan Domestik BerBundle dan penglibatan MSME serta masyarakat akar umbi.

Pelaksanaan acara utama seperti Brunei December Festival, Brunei Gastronomy Festival, MYCE untuk merancakkan ekonomi tempatan, kerjasama dengan rakan industri dalam dan luar negeri termasuk agensi pelancongan, syarikat penerbangan, media dan penpengaruh influencer. Kementerian ini juga membantu pengusaha dalam menyediakan platform promosi percuma dengan berbagai bentuk termasuk dengan dalam media cetak, digital dan Fantrips bukan sahaja untuk agen tetapi juga sepanjang rantaian nilai pelancongan. Pendekatan ini selaras dengan prinsip whole of nation dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu memastikan matlamat, manfaat pelancong bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan tetapi juga memperkukuhkan perpaduan dan masyarakat dan kebanggaan negara.

Dengan rancangan yang teliti dan sokongan padu daripada semua pihak, inisiatif-inisiatif perkembangan pelancongan bukan sahaja akan menjadi pemangkin kepada transformasi sektor pelancongan malah turut berfungsi sebagai platform strategik untuk mengetengahkan pencapaian dan kemajuan berbagai sektor di negara ini. Ia juga merupakan peluang emas untuk memanfaatkan potensi ekonomi melalui pelbagai program seperti jualan cenderamata tempatan, penganjuran acara berskala besar dan secara aktiviti komersial lain yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan perusahaan tempatan dan kebangsaan dan serta kebanggaan negara. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

(Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman mengangkat tangan memohon izin bagi soalan tambahan)

(Yang Di Pertua membenarkan dengan isyarat)

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. For your information kali kitani tahu bahawa tahun depan ada tujuh long weekends, golden weekends dan tahun 2027 ada enam long weekends dan kalau ganya sehari, dua hari we have full seven to ten days.

Kaola memohon pencerahan macam mana kitani dapat memastikan bahawa that long weekends daripada orang Brunei keluar negara, apa perlu kita buat to promote bahawa dorang ani stay dalam negeri. Ia akan membantu pakej-pakej tempatan, subsidi yang to build up durang punya infrastructure. Banyak pakej-pakej yang kaola pernah ikut very nice packages, tapi infrastructure nya will not invite repeated visitor.

So, apakah perlu ada perancangan daripada kementerian untuk melihat mengenal pasti pakej-pakej yang berkemungkinan boleh menarik domestic tourist dan membantu untuk membina infrastructure di sekelilingnya to attract repeat the visitors. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin berkenaan dengan soalan lanjutan tersebut. Sebenarnya, kementerian ini mempunyai beberapa strategi, strategi pertama ialah untuk bagi memajukan pelancongan. Satu, ialah untuk mempromosikan, promotion of pelancongan; dua, ialah untuk mengukuhkan lagi produk-produk pelancongan dan tiga, ialah untuk meningkatkan kualiti dan juga services yang provided.

Di sini, ketiga strategi ani berjalan secara bersepadu. Tidak akan berhasil promosi tanpa memperkuatkan produk-produk tempatan, produk-produk pelancongan. Tidak akan juga berhasil efektif jika promosi dan juga produk atu inda, apa ni, diperkemaskan quality service.

Jadi memang strategi ani memang dilaksanakan. Jadi, for example, seperti contoh-contoh macam kawasan-kawasan tarikan, let’s say Luagan Lalak lah, di Bukit Patoi lah, memang disediakan infrastructure macam di Bukit Patoi masa ani, Alhamdulillah melalui PPP, sebuah restoran telah ditubuhkan.

Di samping atu, kemudahan infrastructure seperti jamban, toilets dan juga pathway pun disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian. Memang ditekankan tu, jadi for example di samping atu kepada service provider, tourism service provider termasuk anak-anak kampung, memang there is already diadakan workshop secara continuous bagi membantu mereka membina produk yang mampan, yang berkualiti, yang standard termasuk penyediaan infrastructure yang mencukupi.

Atulah usaha-usaha pihak kementerian terutama Jabatan Kemajuan Pelancongan terutama dalam memperkuatkan dan memperkasakan industri pelancongan di negara ani. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang ketujuh yang diterima daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih jua diucapkan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim atas pertanyaan mengenai peranan Bank Usahawan Berhad dalam membantu mengembangkan perniagaan belia dan juga pinjaman yang dihulurkan oleh bank berkenaan kepada pengusaha tempatan.

Suka kaola maklumkan bahawa Bank Usahawan Berhad, BU adalah sebuah institusi kewangan yang patuh Syariah dan syarikat berkaitan kerajaan GLC dan bank ini memainkan peranan penting dalam ekosistem kewangan negara serta pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan yang mana merangkumi usahawan belia atau usahawan muda khususnya dalam mengatasi cabaran-cabaran seperti kekangan akses kepada pembiayaan, ketiadaan cagaran atau collateral serta rekod track record perniagaan yang terhad.

Pada bulan Mei 2024, Bank Usahawan telah memperkenalkan skim pembiayaan baru yang lebih inklusif dan mudah diakses khusus untuk usahawan belia di peringkat mikro. Melalui skim pembiayaan Boost, cagaran tidak diperlukan, hanya memerlukan penjamin dan menawarkan pembiayaan sehingga $5000 maksimum. Melalui produk ini, BU telah berjaya membantu lebih banyak lagi perniagaan mikro yang baru untuk berkembang secara mampan tanpa menanggung beban hutang yang berlebihan. Dalam pada itu, jumlah pembiayaan kepada para usahawan belia dan pengusaha tempatan sehingga Jun 2025, alhamdulillah, Bank Usahawan telah berjaya menyalurkan pembiayaan kepada keseluruhannya sebanyak hampir 500 usahawan tempatan dengan pembiayaan keseluruhan jumlahnya melebihi $40 juta.

Daripada jumlah tersebut, usahawan belia merupakan sebahagian besar iaitu lebih daripada 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan BU dan lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pembiayaan keseluruhan yang telah disalurkan oleh BU. Selain daripada penyediaan produk pembiayaan, Bank Usahawan juga aktif dalam mendukung pembangunan kapasiti para usahawan belia sama ada Bank Usahawan sendiri ataupun melalui pendekatan secara kolaboratif. Pertama, khidmat nasihat celik kewangan. Ini merangkumi topik-topik penting seperti penyediaan belanjawan, budgeting, pengurusan hutang, simpanan dan aliran tunai.

Kedua, book keeping dan business skills training. Ini dilaksanakan bersama pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, BEDB dan rakan strategik lain bagi memperkukuh asas pengurusan perniagaan; dan Ketiga, kerjasama strategik dengan institusi-institusi pendidikan. Pihak Bank Usahawan bekerjasama rapat dengan UNISSA, IBTE dan Politeknik Brunei untuk melengkapkan ilmu keusahawanan yang dipupuk di institusi pendidikan berkenaan melalui latihan kewangan secara praktikal dan akses kepada pembiayaan.

Kaola percaya pendekatan seperti ini ertinya bukan saja bertumpu meliputi skop pembiayaan tetapi juga skop pembinaan keupayaan untuk macam mana mengurus perusahaan aktiviti perusahaan dengan jumlah pembiayaan yang telah pun diberikan itu akan dapat membantu pengusaha-pengusaha mikro terutama sekali di kalangan pengusaha-pengusaha belia yang baru saja menceburkan diri berkecimpung dalam aktiviti serupa ini.

Jadi insya Allah, melalui usaha bersepadu secara pendekatan senegara ataupun whole of nation approach, Bank Usahawan Berhad akan terus membantu dan memainkan peranannya dalam membina generasi usahawan yang lebih yakin diri, celik kewangan, berdaya saing, adaptable dan resilient serta memastikan PMKS yang mempunyai akses yang sewajarnya kepada pembiayaan dan peluang pertumbuhan ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

Sekian saja bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Seterusnya soalan yang kelapan yang diterima daripada Yang Berhormat Awang Lau How Teck yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck berkenaan dengan membangunkan dan juga memperluaskan infrastruktur rantaian dingin bagi industri-industri pertanian.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyedari akan kepentingannya pembangunannya infrastruktur rantaian dingin, cold chain yang menyeluruh dan berdaya saing sebagai salah satu faktor utama dalam menjamin keselamatan makanan, pematuhan piawaian eksport serta memudahkan pengembangan pasaran produk-produk pertanian dan agrimakanan tempatan.

Sejajar dengan ini, kementerian secara aktif menilai dan mengenal pasti keperluan untuk membangunkan inisiatif kebangsaan bagi mengukuhkan ekosistem logistik bagi produk pertanian dan agrimakanan, ini termasuk Pertama, pemantauan keperluan industri secara berterusan bagi mengenal pasti penyimpanan dan pengangkutan produk, pertanian dan agrimakanan dari ladang hingga ke pengguna akhir mematuhi keperluan suhu terkawal dan ditetapkan bagi mengekalkan kualiti dan keselamatan produk. Kedua kerjasama erat dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan Authoriti Makanan Brunei Darussalam, BDFA, agensi pengawas selia serta pihak swasta dalam menarik pelaburan asing dan merangsang penglibatan pelabur tempatan dalam membangun kemudahan penyimpanan pusat pengumpulan dan logistik rantaian dingin yang strategik di seluruh negara ini.

Ketiga ialah penerokaan insentif dan galakan khusus kepada syarikat tempatan. Contohnya, Brunei International Air Cargo Centre, BIACC bagi menyokong pembangunan dan pengoperasian kemudahan rantaian dingin terutamanya di kawasan pengeluaran utama dan juga tempat keluar eksport negara dan juga melaksanakan projek pemodenan dan pembangunan semula Kompleks Pendaratan Ikan Muara yang ditawarkan kepada Muara International Fish Landing Sdn. Bhd.

Dalam hubungan ini, kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah juga menyediakan kemudahan bilik sejuk, storage dan juga pemprosesan secara sementara bagi pengusaha-pengusaha tanaman untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran hasil. Kemudahan ini disediakan di pusat perkhidmatan dan latihan lepas tuai Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku. Setakat ini penggunaan bilik sejuk dan juga pusat pemprosesan adalah digunakan secara daily basis.

Di samping itu, suatu kawasan strategik di Kampung Mulaut berdekatan dengan kawasan pertanian KKP Bertumpu, KKP Wasan, KKP Limpaki, KKP Kilanas, KKP Tanah Tuah yang telah dikenal pasti bagi ditawarkan kepada sektor swasta bagi menyediakan satu pusat lepas tuai pertanian. Ini termasuklah sebagai collection point, pusat pemprosesan dan juga packaging serta cold storage dan juga pusat distribution bagi Daerah Brunei-Muara sebelum diedarkan ke supermarket atau kepada outlet termasuk untuk eksport. Ini akan dapat menjamin kualiti dan keselamatan hasil pertanian di negara ini, terutama sekali di kawasan-kawasan yang telah KKP saya nyatakan tadi.

Adalah diharapkan terdapat sambutan yang menggalakkan dan daripada pihak swasta untuk melabur dalam projek pusat collection, processing, packaging, cold storage and distribution bagi industri pertanian di Mulaut itu nanti. Insya Allah, jika berjaya inisiatif ini akan juga dilaratkan ke daerah-daerah lain. Secara keseluruhannya, kementerian komited dalam mengukuhkan keupayaan infrastruktur sokongan sektor pertanian, perikanan dan agrimakanan termasuk aspek rantaian dingin sebagai langkah strategik ke arah mempertingkatkan daya saing sektor pertanian negara dan menjamin keselamatan makanan jangka panjang. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Soalan yang kesembilan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekali lagi terlebih dahulu izinkan kaola jika boleh menjawab sekali gus pertanyaan bagi PL 198 dan PL 199 mengikut urutan jadual pertanyaan tersebut.

(Yang Berhormat Yang Di-Pertua memberi isyarat menganggukkan kepala tanda bersetuju).

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan terima kasih atas pertanyaan kedua-dua soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty bin Haji Abdul Mumin.

Pertama, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi belum menerima sebarang cadangan mengenai dengan penubuhan Zon Ekonomi Dua Hala, BS-SEZ antara Kuala Belait dan Kuala Baram. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sentiasa terbuka untuk meneroka cadangan-cadangan inisiatif strategik yang dijangka boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara khususnya untuk mengadakan Zon Ekonomi Dua Hala. Seterusnya kaola beralih kepada pertanyaan PL199.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan keberkesanan usaha-usaha pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan dalam membentuk dan mendukung perusahaan tempatan yang berjaya setentunya adalah amat penting untuk dapat kita menilai dan memahami tahap keberkesanan dasar bantuan dan program yang telah dilaksanakan. Setakat ini, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, BEDB selaku agensi utama bagi pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, MSME di negara ini memang sudah ada memantau secara berkala beberapa KPI yang meliputi hasil syarikat, sumbangan pelaburan, peluang pekerjaan dan capaian pasaran ataupun market access.

Dalam menilai keberkesanan inisiatif dan program yang diungkayahkan, perkara ini dilaporkan kepada Ahli Lembaga Pengarah BEDB secara bulanan dan tahunan serta melalui laporan tahunan yang dikongsikan dalam laman sesawang rasmi BEDB. Dari segi capaian pasaran, untuk maklumat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari tahun 2023 hingga Jun 2025, pihak BEDB telah memudah cara eksport 22 perusahaan tempatan ke 5 pasaran luar negara. Daripada 22 perusahaan tersebut sebanyak 20 produk dan 2 perkhidmatan yang telah dieksport. Dalam hubungan ini, kementerian ini mengambil baik elemen KPI tambahan yang telah dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat seperti survival rate MSME selama 5 tahun dan perkara ini akan dipertimbangkan dengan lebih lanjut bagi dimasukkan dalam rangka pemantauan sedia ada.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya, sukacita jua untuk mengongsikan bahawa kementerian ini melalui Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan, IBE pada masa ini sedang giat merangka satu dasar MSME yang bertujuan untuk menyediakan hala tuju strategik bagi memperkukuh peranan MSME sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Dasar ini akan memberi fokus kepada pembangunan kapasiti dan keupayaan MSME tempatan terutamanya usahawan muda dan anak-anak tempatan agar lebih berdaya maju dan berdaya saing. Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

(Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty menaikkan tangan)

(Yang Di Pertua berisyarat untuk mempersilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty).

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pehin. Just menambah satu question yang soalan nombor Sembilan Pehin. Pertanyaan kaola bolehkah kitani membuat first step untuk melawat Miri daripada kitani menunggu daripada proposal ini. It takes two to tango untuk membuatkan sesuatu proposal. Ini for two reasons, satunya kitani sudah melihat sukses daripada sama set upnya daripada Johor dan Singapura.

And then kedua, Kuala Belait will be a ghost town soon sekiranya inda ada apa-apa industri yang mengambil alih oil and gas di sana and itu adalah satu kesedihan bagi saya yang saya lahir di Belait Yang Berhormat Pehin. Saya bekerja dengan oil and gas selama 33 tahun. Itu sahaja soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin dengan cadangannya untuk kitani melawat ke Bandar Miri.

Sepertinya perkara, (ketawa kecil), sebenarnya kaola belum pernah ke Bandar Miri 20 lebih tahun sudah.

(Dewan ketawa).

Pasal kaola menyokong ekonomi negara.(Dewan ketawa)

Sebenarnya ada satu dialog yang kitani masa ini mengadakan dengan satu kumpulan jua di Bandar Miri dan jua di Sarawak. Jadi sama-sama memikirkan dalam sektor atu ada kah inda peluang kitani bekerjasama. Jadi ini sama-sama mengatasi jua bukannya satu hala sahaja, jadi orang ramai kitani ganya ke Sarawak mahupun kitani menggalakkan jua orang Sarawak itu ada peluang jua datang melawat ke negara kita.

Jadi mengenai dengan Kuala Belait memang isu ini telah diambil berat. Sebenarnya seperti Yang Berhormat sedia maklum, bulan Disember tahun lepas sudah kita, Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengadakan satu dialog dengan bisnes-bisnes komuniti di Kuala Belait dan selepas itu ada sudah beberapa follow up discussion termasuk jua opportunity framework dan sebagainya.

Jadi kaola sendiri ada jua mengadakan beberapa sesi dengan yang kira ketua-ketua dialog inilah. Jadi dalam perbincangan yang terakhir ini, bulan Jun ke bulan Julai, jadi ada sudah beberapa langkah-langkah mungkin akan dapat di quick wins yang dapat kitani laksanakan supaya kitani dapat memajukan lagi ataupun melihatkan prosperity di Bandar Kuala Belait, insya Allah.

Usaha ini memang diteruskan. Mungkin bukan sahaja di Kuala Belait, seperti kitani ada jua usaha dibuat sebelum ini melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong, kitani jua sama-sama akan membantu dari segi bisnes-bisnes opportunity di daerah lain jua, insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Kita beralih kepada soalan 12 iaitu soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih jua atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berkenaan dengan menangani keselamatan makanan di negara ini.

Alhamdulillah, negara ini mencapai 100 peratus tahap sara diri dalam pengeluaran daging, ayam dan 113 peratus telur ayam. Di samping itu, kita telah juga mencapai 77 peratus sara diri dari segi sayur tropika dan juga 65 peratus bagi ikan dan udang. Sebagai langkah memastikan keterjaminan sekuriti makanan negara, beberapa langkah telah dan sedang diambil termasuk kementerian melalui jabatan-jabatan di bawahnya melaksanakan pemantauan ke atas kategori makanan utama yang menjadi komoditi fokus industri. Bagi komoditi seperti ayam, telur dan daging lembu, pemantauan dilakukan secara bersuku tahunan, secara suku tahunan bagi menilai tahap kecukupan dan ketersediaan di pasar raya serta kedai runcit termasuk unjuran bagi tahun-tahun, bagi bulan-bulan akan datang. Usaha ini bukan sahaja menyokong strategi keterjaminan makanan malah membolehkan potensi gangguan dalam rantaian bekalan dikenal pasti dan dikenali dan ditangani secara lebih awal.

Kedua, ialah mengukuhkan semua rangkaian perusahaan dari peringkat pengeluaran benih seperti anak ayam, ikan dan juga biji benih tanaman hingga ke peringkat pengeluaran ayam pedaging, telur, ikan dan juga padi serta sayuran dan seterusnya ke peringkat pemprosesan. Inisiatif pengukuhan ini memastikan bahawa negara ini tidak terlalu bergantung kepada import bagi terutama sekali biji benih, parent stock, good stock, ikan, juga biji benih sayur-sayuran dan juga padi.

Ketiga, ialah melaksanakan export drive initiative bagi menggalakkan perusahaan makanan di negara ini meningkatkan pengeluaran mereka bukan sahaja untuk pasaran domestik malah jua pasaran eksport. Jika banyak perusahaan di negara ini berjaya menembusi pasaran eksport akan menjadikan negara bukan sahaja mencapai status self-sufficiency malah menjadi next exporter makanan terutamanya downstream products.

Yang keempat, ialah mengenal pasti sumber benih yang sesuai di negara ini bagi meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran bagi setiap hektar terutama sekali bagi pengeluaran beras yang mana tahap sara diri pada masa ini hanyalah sub 8 peratus; dan

Yang kelima, ialah khusus bagi beras dan daging lembu selain daripada pengeluaran dalam negeri dan kementerian juga dengan kerjasama pihak MOFE sedang menerokai peluang-peluang usaha sama lain bagi meningkatkan tahap sara diri di negara ini.

Dengan kerjasama pihak BEDB, kementerian mengalu-alukan pelaburan langsung asing bagi melabur projek perusahaan makanan yang meliputi semua rantaian perusahaan dari pengeluaran biji benih atau perusahaan telur benih ayam, ikan dan udang pembiakan hinggalah kepada pemprosesan dan pemasaran produk berkenaan. Bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk agrimakanan yang dihasilkan oleh syarikat pemprosesan makanan tempatan, pemantauan kebersihan premis dan juga persampelan produk makanan dikendalikan bagi syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Pemantauan kebersihan premis dan persampelan produk makanan dilakukan setiap bulan bagi setiap syarikat home-based, dan tiga bulan bagi syarikat berskala besar. Sampel catitan premis dianalisa oleh Makmal Veterinari Terunjing, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Manakala, sampel produk makanan dianalisis oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan bagi biologi. Inisiatif ini ialah juga bekerjasama dengan pihak Brunei Darussalam Food Authority bagi meninjau dan juga memantau keselamatan makanan di negara ini.

Menyedari bahawa food security ini bukan sahaja tanggungjawab daripada pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan malah bertanggungjawab berbagai pihak sama ada dari pihak kerajaan, pihak swasta dan juga pihak pengusaha di negeri sendiri. Ini memerlukan whole of nation approach bagi menjayakan usaha ini. Kementerian ini akan terus bekerja rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam mencapai hasrat food security bagi Negara Brunei Darussalam. Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun menyelesaikan beberapa soalan yang dikemukakan dan dijawab oleh menteri-menteri yang berkenaan dan sekarang kita akan beralih kepada urusan mesyuarat yang seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, sekarang beralih kepada membahaskan Usul Wawasan Brunei 2035 dan kita telah pun mendengar selama dua hari ini perbahasan yang begitu rancak dibuat oleh kedua-dua belah pihak, sama ada pihak Yang Dilantik mahupun pihak Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan, maka sekarang mempersilakan pula Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk ikut membahaskannya. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, negara kita senantiasa menikmati keamanan dan kemakmuran serta dapat terus membangun di bawah berkat dan daulat kepimpinan bijaksana lagi penuh wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Di kesempatan ini, kaola dengan tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan setinggi-tingginya penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah dapat memimpin permuzakarahan ini di Dewan yang mulia ini dengan penuh berwibawa, adil lagi bijaksana dalam suasana muhibah dan silaturrahim terutamanya mengalu-alukan perbahasan Usul Wawasan kaola.

Begitu jua dengan penglibatan dan kenyataan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam memberikan pandangan serta cadangan-cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sama-sama mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara maju selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

Perkara ini selaras jua ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-79, yang menggariskan penekanan terhadap kemampuan fiskal negara, transformasi ekonomi digital dan pemerkasaan rakyat sebagai teras dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

Oleh itu, segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, setentunya akan diambil kira sebagai rujukan, panduan dan nilai tambah oleh pihak kerajaan dalam mengubah dan melaksanakan apa jua dasar, strategi dan inisiatif ke arah keutuhan ekonomi negara. Ia juga diharap akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan di samping memastikan perkembangan dan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh bagi semua pihak sebagaimana yang dihasratkan oleh baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai pelbagai perkara yang mana sebahagian besarnya telah pun diberikan penjelasan secara perinci oleh rakan-rakan sejawat kaola sebelum ini. Walau bagaimanapun, terdapat lima perkara penting yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah semuanya berkaitan dengan Wawasan 2035 yang mana kaola menyambut baik seperti yang dirumuskan berikut. Pertama, mengenai dengan usaha kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memantapkan lagi pelan strategi yang digariskan di dalam Brunei Darussalam Economic Blueprint.

Kedua, usaha transformasi digital ke arah ekonomi yang dinamik dan lebih kompetitif serta mesra rakyat dan penduduk. Ketiga, untuk menangani defisit fiskal kerajaan yang perlu diberikan perhatian dan usaha untuk mengimbangi defisit tersebut. Ini termasuklah mengenai penyediaan dan penggunaan peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Keempat, mengenai dengan usaha bagi mempertingkatkan ekosistem perniagaan agar ianya lebih kondusif dan mesra pelanggan ataupun business friendly; dan Kelima, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks, kita harus mempercepatkan usaha-usaha kepelbagaian ekonomi terutamanya dengan mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas. Walau bagaimanapun, kita jua semakin melihat kemajuan ketara dalam sektor-sektor bukan minyak dan gas. Pada tahun 2024, KDNK Negara Brunei Darussalam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus setelah dikemaskini pada bulan Jun 2025, dengan sektor bukan minyak dan gas menyumbang melebihi 50 peratus sejak tahun 2022 dibandingkan dengan 31 peratus pada tahun 2017.

Begitu juga dengan eksport negara yang mana 60 peratus daripada eksport negara kini terdiri daripada produk bukan minyak dan gas pada tahun 2024 berbanding 11 peratus pada tahun 2017. Angka ini mencerminkan peningkatan signifikan dalam usaha dalam mempelbagaikan ekonomi kerajaan ataupun ekonomi negara secara berterusan.

Antara langkah teras dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan ialah melalui perlaksanaan Brunei Economic Blueprint yang mempunyai saling pendokong bagi setiap blueprint-blueprint yang lain. Fokus utama adalah kepada lima sektor keutamaan sebagai penggerak utama usaha kepelbagaian ekonomi negara. Antara contohnya adalah seperti sektor hiliran minyak dan gas (downstream) seperti selain daripada Hengyi Fasa Kedua, terdapat sebuah kilang pengeluaran acid acetic dan aniline ataupun projek Triple A yang akan menjana peluang pekerjaan tempatan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2027.

Sektor industri makanan khususnya agromakanan dan akuakultur seperti contoh baru-baru ini, Syarikat Jets Sendirian Berhad, sebuah syarikat pelaburan langsung asing akuakultur berkuasa tenaga suria bersih, solar green energy pertama di Asia Tenggara di Serasa yang akan menggunakan teknologi Artificial Intelligence, AI untuk menternak udang biru. Sektor pelancongan yang memanfaatkan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya seperti Brunei Mid-Year Conference and Exhibition yang diadakan setiap tahun bagi mendokong industri pelancongan luar dan tempatan.

Sektor teknologi matlumat dan infokomunikasi termasuk ekonomi digital seperti pelaburan dalam kabel dasar laut bagi kesiapsiagaan teknologi AI dan menaik taraf 5G meliputi 98.7 peratus daripada kawasan berpenduduk. Sektor perkhidmatan yang berimpak tinggi seperti projek pembangunan fasiliti bersepadu, Syarikat Anson Sendirian Berhad selaku usaha sama syarikat dengan kerajaan yang memfokus kepada penyelenggaraan marin dan pentauliahan di Pulau Muara Besar. Integrated Marine Maintenance and Decommissioning Yard juga diusahakan yang merangkumi pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan industri perkapalan yang dijangka beroperasi pada tahun 2026.

Insya Allah, melalui pelaksanaan dasar-dasar strategik yang digariskan di bawah Economy Blueprint, negara akan terus melangkah ke hadapan ke arah pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif. Usaha ini secara langsung akan mendokong matlamat pertama dan matlamat kedua wawasan negara, khususnya dalam menjana peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi, memperkasa rakyat dengan pendidikan serta kemahiran yang relevan dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan rakyat secara menyeluruh dan berdaya tahan.

Begitu jua dengan saranan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi berkenaan dengan usaha kerajaan dalam memperkukuhkan rancangan economic diversification negara, sudah setentunya setiap pelan dan strategi ini sedang giat dilaksanakan dengan penuh gigih dan penuh pemantauan, fokus, demi memastikan keberkesanan dan impaknya kepada rakyat dan negara walaupun hasilnya yang diraih masih memerlukan masa.

Oleh itu insya Allah, bagi merancakkan usaha-usaha dibawah Economic Blueprint, sebuah Jawatankuasa Pandu Special Economic City telah ditubuhkan bagi merangka sebuah fasa kajian kebolehlaksanaan yang dijangka berlangsung sehingga penghujung bulan November 2025. Insya Allah, jika dilaksanakan dengan teratur, projek ini akan menjadi sebuah game changer ke arah usaha meningkatkan menarik pelaburan-pelaburan asing, peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan khasnya MSME, hasil kepada kerajaan dan sebagainya. Kaola ingin menyeru agar semua pihak yang berkepentingan akan dapat memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan usaha serta inisiatif ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Beralih kepada transformasi ekonomi digital yang sering dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Perkara ini telah menjadi tumpuan utama negara dengan penekanan kepada fintech, e-Dagang dan automasi industri. Alhamdulillah, kini perniagaan telah beralih kepada platform digital dan kita melihat peningkatan dalam syarikat fintech serta perniagaan berasaskan teknologi yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan inovasi dalam sektor swasta.

Sebagai sebahagiannya daripada usaha memperkukuh ekonomi digital, Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan sebuah Sistem Tarus iaitu sistem pembayaran segera pertama negara yang dikendalikan oleh sebuah milik syarikat berkaitan kerajaan iaitu National Digital Payments Network Sdn Bhd, NDPX iaitu pengendali Sistem Pembayaran Tarus yang membolehkan pemindahan wang secara serta merta hanya dengan menggunakan nombor telefon bimbit tanpa memerlukan nombor akaun bank penerima. Inisiatif ini adalah sejajar dengan dibawah pelbagai inisiatif wawasan demi mewujudkan sistem kewangan yang lebih cekap, inklusif dan moden.

Selain itu, perkhidmatan rangkaian 5G yang telah dilancarkan pada Julai 2023 dimana pada bulan Julai 2025, negara telah mencapai tangga kesembilan paling tinggi di dunia untuk kelajuan download mobile berdasarkan indeks Ookla Global Speedtest. Insya Allah, pelaburan dalam digitalisasi dan teknologi bukan hanya untuk menjana pertubuhan ekonomi tetapi juga membuka peluang pekerjaan baharu untuk anak-anak tempatan, memperkasa perusahaan kecil serta menjadikan negara destinasi yang lebih menarik bagi pelabur serantau.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Selain ini, pihak kerajaan akan terus memastikan bahawa pengurusan fiskal negara akan terus kekal berhemah dan mampan. Antara langkah-langkah utama yang sedang dilaksanakan ialah strategi fiscal consolidation program bagi mengimbangkan perbelanjaan dengan keutamaan jangka panjang negara. Pemantauan prestasi perbelanjaan pembangunan secara berkala bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan membawa pulangan sosial dan ekonomi yang tinggi. Memperluaskan asas pendapatan hasil-hasil daripada sektor bukan minyak dan gas ke arah yang lebih kukuh dan mampan tanpa menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah.. (lonceng menandakan masa akan habis).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memohon izin supaya dapat diteruskan dengan perbahasan kaola, terima kasih (Yang Berhormat Yang Di-Pertua berisyarat untuk memberi izin bagi tambahan masa).

Menyentuh mengenai dengan ulasan Yang Berhormat Dayang Hajah Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai tren penurunan peruntukkan Rancangan Kemajuan Negara, kaola rasa perkara yang disentuh boleh memberikan gambaran yang sedikit mengelirukan. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, RKN sebenarnya sudah berusia lebih daripada 70 tahun sejak ianya bermula pada tahun 1953 dengan harga rancangan awalnya sebanyak $100 juta sehinggalah pada tempoh RKN ke-12 ini dengan harga rancangan sebanyak $4 bilion yang disediakan. Ini bermakna rancangan kemajuan negara bertambah secara cumulative dari satu RKN ke satu RKN mengikut perancangan jangka panjang negara serta keperluan yang disesuaikan dari situasi dari masa ke masa. Tambahan pula jumlah infrastruktur-infrastruktur yang terbina akan bertambah tahun demi tahun dan RKN demi RKN tertakluk kepada kemajuan pelaksanaan projek-projek berkenaan.

Di samping itu, projek-projek RKN sentiasa direview dari masa ke semasa sama ada masih bersesuaian untuk diteruskan ataupun terdapat strategi alternatif yang mempunyai impact keberhasilan yang lebih baik contohnya mengambilkira arus pembangunan teknologi maklumat masa kini dan projek-projek yang boleh dilaksanakan melalui pembiayaan alternatif seperti melalui Government Linked Companies atau Public Private Partnership. Tambahan lagi peranan usaha-usaha pengkopratan juga adalah sangat penting sebagai saling mendukung usaha-usaha kemajuan negara khasnya RKN demi memperkukuh kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk di negara ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Selaras juga dengan tumpuan membantu perkembangan perusahaan mikro kecil dan sederhana di negara ini. Pihak kerajaan melalui BEDB akan memberikan sokongan secara berterusan kepada MSME di negara ini. Inisiatif seperti mikro inkubasi kemudahan pembiayaan, bantuan eksport serta penyediaan infrastruktur peniagaan telah memacu pertumbuhan perusahaan tempatan ketahap yang lebih tinggi.

MSME merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi bukan minyak dan gas. Maka itu, kerajaan akan terus melabur dalam pembangunan kapasiti mereka supaya mereka dapat bersaing dipasaran terbuka dan menyumbang KDNK negara. Maka menyentuh kepada ulasan-ulasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang kelambatan proses peniagaan pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri dalam melaksanakan usaha-usaha ke arah meningkatkan efisiensi.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi jua sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan untuk mengongsikan persepsi komuniti perniagaan dengan tujuan untuk meneliti mempertimbangkan semula dasar-dasar khasnya bagi mempercepatkan lagi urusan dalam agensi-agensi kerajaan agarnya lebih kondusif dan mesra perniagaan ataupun probisnes.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Berkenaan dengan ulasan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai mismatch pekerjaan. Sebagai langkah ke arah penyediaan tenaga kerja yang siap siaga masa depan future-ready Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan, MPEC melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia PPTM, Jabatan Perdana Menteri telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bidang-bidang kemahiran yang diperlukan dan relevan dengan imaging technologies seperti AI, data science dan teknologi hijau untuk diterapkan ke dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh pengemaskinian kurikulum menerusi pengenalan module data analytics dan machine learning telah dilaksanakan di institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi Brunei Darussalam dan Universiti Brunei Darussalam. Usaha ini bertujuan melahirkan anak tempatan yang berkemampuan mengisikan pekerjaan masa depan sejajar dengan keperluan industri.

Manakala bagi kursus pengajian yang masih belum ada ditawarkan dalam negeri, kursus berkenaan adalah ditawarkan melalui biasiswa kerajaan ke luar negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan Kerajaan sebagai saluran untuk membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang berkenaan. Perancangan ini adalah sejajar dengan usaha menyokong pembangunan sektor-sektor utama yang telah dikenalpasti di bawah economic blueprint sekaligus memastikan keseimbangan antara keperluan industri dan ketersediaan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing.

Namun begitu dengan berkat kepimpinan dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini juga telah memperkenankan dengan pelaksanaan gaji minimum yang telah dikuatkuasakan secara berperingkat masing-masing pada 12 haribulan Julai 2023 dan seterusnya pada 01 haribulan April 2025 bagi sektor-sektor tertentu yang telah diberikan kesan positif terhadap kualiti hidup rakyat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Insya Allah, pihak Kerajaan akan sentiasa memantau dan seterusnya memperkukuhkan lagi taraf kehidupan rakyat dan penduduk melalui inisiatif-inisiatif seperti ini demi mencapai matlamat wawasan.

Seterusnya merujuk kepada ulasan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee berkaitan dengan realiti sebenar pasaran buruh dan tenaga kerja yang menggunakan Data Banci Tahunan Perusahaan ataupun perniagaan (Annual Census of Enterprises) antara tahun 2019 hingga 2022 di mana Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengongsikan jumlah pekerjaan dalam sektor swasta hanya meningkat 1,743 dalam tiga tahun tersebut. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah penting diambil kira bahawa tempoh data yang dirujuk iaitu dari tahun 2019 hingga 2022 merupakan fasa negara dan dunia berdepan dengan situasi luar jangkaan akibat pandemik COVID-19 yang secara langsung memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan pasaran buruh. Walaupun negara berada dalam fasa sekatan dan perniagaan terjejas secara keseluruhan, kita masih berjaya mencatat peningkatan dalam penciptaan pekerjaan sektor swasta.

Justeru itu, dengan menilai statistik adalah lebih wajar untuk meletakkannya dalam konteks yang lebih relevan dan stabil. Walau bagaimanapun, kaola ingin highlight dalam tempoh yang dirujuk tersebut iaitu dari tahun 2019 hingga 2022 terdapat jua satu statistik yang perlu dikongsikan bahawa terdapat jumlah peningkatan yang signifikan dalam pengambilan tenaga kerja tempatan iaitu sebanyak 8,881 orang yang merupakan petunjuk positif terhadap peningkatan penyertaan anak-anak tempatan dalam sektor swasta semasa negara dilanda oleh pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, izinkan kaola mengongsikan gambaran perkembangan pasaran buruh sektor swasta dengan lebih terperinci. Merujuk kepada Labour Force Survey, kaola ingin membandingkan data 2014 dan 2024. Pada tahun 2014, sektor swasta menyumbang 53 peratus iaitu seramai 100,000 pekerja daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di negara ini. Pada tahun 2024 sumbangan ini telah meningkat secara ketara kepada 70 peratus iaitu seramai 155,200 orang pekerja di sektor swasta, menjadikan sektor swasta sebagai penyumbang utama kepada pekerjaan di negara ini. Pertumbuhan dan analysis data ini menunjukkan bahawa tren pasaran buruh negara kekal kukuh dan berdaya tahan meskipun menghadapi cabaran luar jangkaan. Ini jua mencerminkan keupayaan struktur ekonomi dan pasaran pekerjaan negara yang mampu menyesuaikan diri dan terus bersaing dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Namun demikian, kaola jua ingin menarik perhatian bahawa terdapat jua isu-isu yang ditimbulkan tidak berasas kepada data dan fakta yang betul dan up-to-date. Perkara ini, kaola berpendapat perlu diambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan kekeliruan bukan sahaja kepada orang ramai tetapi jua kepada pengusaha-pengusaha dan pelabur-pelabur asing yang minat untuk melabur di negara ini.

Malahan terdapat jua saranan-saranan yang ditimbulkan dalam Dewan ini, nampaknya dibawakan tanpa sebarang kajian yang secukupnya mengenai punca berlakunya isu berkenaan dan kesan yang mungkin akan timbul jika saranan tersebut dilaksanakan. Perkara seperti ini jika tidak dikawal dikhuatiri boleh membantutkan usaha-usaha kerajaan serta menjejaskan keharmonian masyarakat serta kewibawaan Dewan ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dalam persekitaran yang sentiasa berubah, kaola menyeru agar kita terus menyesuaikan diri dan kita perlu mempunyai satu berperanan dengan lebih aktif dalam menyumbang kepada idea-idea yang baharu dan penuh berinovasi bukan hanya sekadar menimbulkan isu tanpa ada penyelesaiannya dan yang paling penting kita harus bermula dengan mengubah mindset ataupun menchanging mindset akar umbi masyarakat khususnya di kalangan belia-belia pada masa ini selaku pemangkin Wawasan Brunei 2035.

Namun secara keseluruhannya bagi mendukung ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035, tidaklah hanya bergantung kepada usaha kerajaan semata-mata. Kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta yang erat adalah sangat penting. Penglibatan aktif sektor swasta dalam pelbagai inisiatif seperti berinovasi tinggi, pelaburan dalam sektor perkhidmatan, pembangunan infrastruktur dan penyertaan dalam sektor bukan minyak dan gas akan mencepatkan pencapaian matlamat negara. Dengan meningkatkan komitmen daripada sektor swasta kita dapat melihat lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi, perkhidmatan perniagaan dan industri kreatif yang bukan sahaja memperkukuhkan ekonomi domestik tetapi jua menjadikan Brunei sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Memang tidak dinafikan bahawa masih banyak yang kita perlu usahakan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang menjelang 2035. Maka apa yang lebih penting sekarang adalah kita pastikan maju terus ke hadapan dan membina momentum yang telah diwujudkan demi memastikan kita kekal berada di landasan yang tepat. Pada pandangan kaola, 5 tahun yang akan datang merupakan tempoh yang sangat-sangat kritikal dalam perjalanan kita menuju Wawasan Brunei 2035.

Dalam tempoh 5 tahun yang akan datang ini akan menjadikan penentuan sama ada kita berjaya atau sebaliknya, sebagai contoh setiap Pelaburan Langsung Asing yang dibawa masuk memerlukan masa untuk anak-anak tempatan mengambil alih pekerjaan yang ditawarkan terutamanya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus.

Begitu jua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tempatan memerlukan masa untuk menyesuaikan modal perniagaan mereka agar mampu merebut peluang-peluang yang diwujudkan melalui FDI yang setentunya akan memberikan value add kepada ekosistem perniagaan negara. Oleh itu, lebih banyak yang kita mampu capai dalam tempoh 5 tahun ini bagi membantu kita sama-sama mencapai matlamat wawasan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kita berada di satu persimpangan yang penting dalam perjalanan negara ini. Usaha-usaha kepelbagaian ekonomi, memperkukuhkan sektor bukan minyak dan gas dan transformasi ekonomi digital yang sering ditimbulkan dalam Dewan yang mulia ini adalah antara langkah-langkah yang memang dijalankan dan sudah menjadi satu keutamaan usaha-usaha kerajaan, namun demikian perkara-perkara sudah bertahun-tahun lama dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk sekarang kita sama-sama bertindak dan bergerak ke hadapan dalam mendukung usaha-usaha kerajaan ini di bawah ketiga-tiga blueprint yang diungkayahkan ini sebagai satu barisan yang bersepadu. Berkayuh ke destinasi yang sama, selaras dengan pendekatan whole of nation approach agar kesejahteraan yang kita nikmati ini akan dapat terus dipelihara dan berkekalan kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

Dalam erti kata, let’s work together and give our best as one team to advance this important agenda, we don’t want to fail because it would mean we have failed our future generation. Remember if we fail, we fail together as one. But if we succeed, we succeed together as one nation.

Bagi mengakhiri Usul ini, kaola dengan penuh yakin bahawa dengan komitmen berterusan secara berpasukan ini, kita berada di landasan yang terbaik ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala mengurniakan taufik, petunjuk dan hidayah-Nya, membuka minda, menyatukan hati kepada kita semua ke arah jalan-jalan yang berkebajikan supaya kita akan dapat menangani cabaran ini dengan ikhlas, tabah dan penuh keredaan dan tanggungjawab.

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Saya kira adalah sesuai sekarang bagi kita untuk berhenti sekejap, berehat selama 15 minit dan kita akan menyambung semula mesyuarat ini.

(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kita menyambung semula dengan perbahasan kita dan kita telah pun mendengar ulasan dan penerangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebelum kita berehat sebentar tadi dan sekarang saya ingin memberi kesempatan ataupun ruang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang telah membawa Usul Wawasan Brunei 2035 ini untuk membuat apa jua rumusan yang difikirkannya perlu. Saya persilakan Pehin.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. (doa dibaca)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah yang peramba, kaola, saya hormati. Alhamdulillah sepanjang perbahasan Usul Wawasan Brunei 2035 di Dewan yang mulia ini, kita telah bersama-sama menyaksikan semangat tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perbahasan ini lebih daripada perbincangan dasar bahkan mencerminkan satu majlis syura yang penuh muhasabah di mana setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan terbit daripada keprihatinan dan rasa tanggungjawab tinggi bersama terhadap masa depan rakyat dan negara.

Dalam suasana syura yang terbuka ini, pelbagai pandangan yang bernas, cadangan yang membina dan penekanan terhadap pentingnya pendekatan yang lebih terarah, inklusif, telus dan responsif dalam melaksanakan Wawasan Brunei 2035.

Jelas terserlah satu iltizam bersama dalam kalangan kita semua untuk memastikan Wawasan Brunei 2035 tidak sebagai aspirasi dasar semata-mata tetapi direalisasikan sebagai satu kenyataan yang benar-benar dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh rakyat secara inklusif, saksama dan mampan dalam kehidupan seharian.

Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu strategik yang menyentuh pelbagai aspek utama pembangunan negara termasuk kecekapan, ketulusan, akauntabiliti dalam urus tadbir, penyelarasan dasar merentas sektor dan agensi, peningkatan kualiti dan kesiapsiagaan modal insan, pemerkasaan institusi kekeluargaan dan sosial, jaminan pembangunan yang adil, inklusif dan berpaksikan rakyat, pengukuhan keselamatan, kestabilan dan keamanan negara, dasar dan hubungan luar negara yang berprinsip dan membawa kepada kepentingan negara serta kerjasama, keamanan dan kemakmuran bersama dan transformasi struktur ekonomi ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan, berdaya saing dan kukuh berasaskan kesejahteraan rakyat. Dewan ini juga menekankan kepentingan penghayatan dan pelaksanaan secara bersepadu tiga blueprint iaitu Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint.

Ketiga-tiga blueprint ini perlu dilihat sebagai saling melengkapi antara satu sama lain demi mencapai matlamat yang holistik dan mampan.

Sehubungan itu, pendekatan whole of government dan whole of nation bukannya satu pilihan sebaliknya satu keperluan dan keutamaan bagi memastikan dasar yang digubal benar-benar diterjemahkan kepada hasil yang konkrit dan memberi manfaat yang nyata dan impak besar kepada rakyat dan negara.

Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perutusan sempena menyambut Awal Tahun Masihi 2025, baginda menegaskan bahawa mengekalkan perpaduan adalah penting kerana perpaduan merupakan kunci pembangunan di mana setiap lapisan masyarakat jika kekal bersatu, hidup harmoni, saling hormat menghormati dan bekerjasama maka segala cabaran akan dapat ditangani dengan baik, ditambah lagi dengan pegangan ugama yang kuat akan memastikan Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan kekal merdeka lagi berdaulat.

Melalui kurnia titah baginda ini, baginda menegaskan bahawa perpaduan kebangsaan dan pegangan agama yang kukuh merupakan teras kepada kestabilan, keamanan, kedaulatan negara. Dalam konteks pembinaan negara, nilai-nilai seperti hormat menghormati, keharmonian sosial dan kerjasama antara masyarakat dan agama adalah elemen penting yang perlu dipelihara dan diperkukuh.

Selaras dengan itu, penglibatan aktif semua pihak dan lapisan masyarakat sama ada di peringkat kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat mahupun individu seperti para belia, wanita, usahawan adalah amat penting. Kesedaran bahawa setiap individu mempunyai peranan tersendiri dalam pembangunan negara perlu ditanam dan dibudayakan secara meluas.

Maka usaha menyemai tanggungjawab kolektif terhadap Wawasan Brunei 2035 harus diperhebatkan. Wawasan ini bukan sekadar dokumen dasar tetapi merupakan hasrat kebangsaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang berilmu, berdaya saing dan beridentitikan kebangsaan yang utuh. Justeru, semua pihak harus tampil sebagai pemacu dan pelaksana, bukan hanya sebagai penerima manfaat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Wawasan Brunei 2035 kini digerakkan oleh pelaksanaan tiga blueprint iaitu Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint. Perbahasan Usul wawasan ini berlangsung secara telus dengan mengemukakan cadangan yang membina.

Kaola rumuskan berdasarkan kemajuan, cabaran dan keperluan strategik dalam memenuhi tiga matlamat utama wawasan tersebut.

Bagi matlamat pertama, iaitu Rakyat Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya yang digerakkan melalui Manpower Blueprint dan diterajui oleh Kementerian Pendidikan bersama Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat menekankan pentingnya transformasi sistem pendidikan secara menyeluruh sejajar dengan keperluan ekonomi masa depan dan perubahan lanskap teknologi global.

Antara cadangan utama termasuk pertama, pengukuhan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, TVET dengan kerjasama industri agar lebih sejajar dengan keperluan pasaran kerja. Kedua, mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat melalui platform yang fleksibel dan inklusif. Ketiga, penekanan terhadap pembangunan kemahiran abad ke-21 termasuk literasi digital, kreativiti, pemikiran kritikal dan keusahawanan; dan Keempat, penyediaan satu skim insentif kepada majikan dalam memberikan latihan secara berterusan kepada pelajar dan graduan.

Dalam menangani ketidaksepadanan kemahiran, perbahasan menyarankan. Pertama, penelitian semula sistem pendidikan secara berterusan bagi menilai keberkesanan kurikulum dan Latihan. Kedua, penyelarasan berstruktur antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pengawal selia; dan ketiga, pemadanan kerja lebih efektif melalui platform kerjaya kebangsaan dan pengukuhan skim perantisan dan latihan industri.

Tumpuan juga diberikan kepada penyediaan data ramalan pasaran buruh secara data-driven bagi memandu Institusi Pengajian Tinggi dalam menentukan keutamaan kursus dan memperkasa pemilihan kerjaya pelajar. Semua ini bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi, kompeten, adaptive dan berdaya saing selaras dengan pembangunan modal insan yang dinamik, berfokus, berkebolehpasaran selaras dengan keperluan negara dan bersiap siaga menghadapi masa depan sekaligus memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Berhubung matlamat kedua, iaitu Kualiti Kehidupan Rakyat Yang Tinggi yang dipacu melalui Social Blueprint dan diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri bersama Majlis Kebangsaan Isu Sosial. Perbahasan menekankan terhadap asas kualiti hidup rakyat yang tinggi, bertitik tolak daripada masyarakat yang inklusif, institusi kekeluargaan yang kukuh dan sistem dukungan sosial yang mampan.

Antara aspek penting yang diketengahkan ialah pertama, pemerkasaan institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat melalui sokongan keluarga, penerapan nilai-nilai kekeluargaan serta keseimbangan kerja dan keluarga, work-family balance; dan kedua, pengukuhan jaringan keselamatan sosial dengan pendekatan bersasar bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan secara berterusan.

Penambahbaikan dasar bantuan kebajikan dicadangkan melalui pertama, integrasi nilai berdikari, semangat berkarih dan penghayatan nilai agama; dan kedua, galakan penyertaan penerima-penerima bantuan dalam aktiviti ekonomi komuniti bagi membina rakyat yang mandiri dan bertanggungjawab.

Langkah-langkah lain ke arah kesejahteraan termasuk pertama, usaha bersepadu dalam membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang sosioekonomi. Kedua, penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan asas yang inklusif terutama di kawasan luar bandar; dan ketiga, pemerkasaan kesihatan awam dan kesejahteraan mental sebagai sebahagian daripada agenda sosial.

Perbahasan juga menggariskan keselamatan, kestabilan dan keamanan negara adalah prasyarat dan asas utama kejayaan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 ini. Ini termasuk pertama, pemerkasaan kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan. Kedua, kerjasama rentas agensi dan kesedaran awam terhadap pematuhan undang-undang; dan ketiga, dasar luar negara yang proaktif dalam menjamin kedaulatan, memupuk persefahaman serantau dan menjalin hubungan strategik antarabangsa. Kesemua pendekatan ini mendukung aspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang mandiri, inklusif, saksama dan daya tahan sepertimana yang digariskan dalam Social Blueprint.

Bagi matlamat ketiga, iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan yang dipandu oleh Economic Blueprint, di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Perbahasan mengenai ekonomi memberi tumpuan kepada strategi memperkukuh daya tahan ekonomi melalui kepelbagaian sektor dan pembaharuan dasar yang berimpak tinggi. Cadangan utama merangkumi pertama, pengurangan kebergantungan terhadap sektor minyak dan gas melalui pembangunan sektor bukan minyak dan gas seperti pertanian moden, pelancongan, ekonomi hijau dan ekonomi kreatif. Kedua, penerapan teknologi digital dan pemerkasaan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan baharu; dan Ketiga, pengembangan keusahawanan tempatan khususnya melalui sokongan bersepadu kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana termasuk pengukuhan perindustrian kotej, cottage industries dan memperluas inisiatif Satu Kampung Satu Produk, 1K1P.

Perbahasan juga menyeru pertama, penyusunan dasar ekonomi dan kewangan fiskal melalui proses rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan dan memastikan dasar yang telus, praktikal dan mesra pelabur. Dan kedua, pemantapan ekosistem pelaburan bagi menarik Pelaburan Langsung Asing yakni Foreign Direct Investment, FDI yang berkualiti tinggi dan memudahcara pertumbuhan perniagaan tempatan termasuk dengan menyediakan tapak-tapak industri yang lengkap dengan infrastruktur asas, kemudahan logistik dan dukungan teknikal. Langkah-langkah tersebut bukan saja dapat meningkatkan daya saing perniagaan tempatan malah berupaya menjana lebih banyak peluang pekerjaan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia dan graduan.

Pendekatan ini selaras dengan usaha ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan seimbang. Keperluan bagi membangunkan infrastruktur ekonomi yang moden, mampan dan lestari juga ditekankan. Ini termasuk pertama, pembangunan infrastruktur logistik dan digital; kedua, perlindungan alam sekitar melalui dasar mesra iklim dan ekonomi hijau; dan ketiga, tadbir urus ekonomi dan fiskal yang berintegriti dan efisien. Secara keseluruhan, matlamat ketiga ini mendukung aspirasi untuk membangunkan ekonomi yang terbuka, berdaya saing di peringkat global, saling berintegrasi, produktif dan mesra alam. Selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Economic Blueprint.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Peramba/kaola/saya akhiri rumusan Wawasan Brunei 2035 ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan padu terhadap Usul Wawasan Brunei 2035 yang telah dibentangkan. Dengan penuh rasa bertanggungjawab dan keazaman, Peramba/kaola/saya menyeru agar kita bersama-sama melaksanakan Wawasan Brunei 2035 secara menyeluruh dan inklusif berlandaskan prinsip Maqasid Syariah, tadbir urus yang baik dan kelestarian jangka panjang ke arah masa depan negara yang lebih cemerlang, makmur dan sejahtera.

Perbahasan yang berlangsung di Dewan yang mulia ini, memperlihatkan iltizam dan kesungguhan bersama dalam menjulang tinggi titah dan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Segala pandangan yang dikemukakan yang bernas dan berpandangan jauh memperkukuh asas pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 dengan penuh amanah dan istiqamah.

Kejayaan Wawasan Brunei 2035 adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan aktif seluruh lapisan masyarakat serta pihak berkepentingan dan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di atas bahu kerajaan semata-mata. Pendekatan whole of government dan whole of nation perlu terus diperkukuh dan dipertingkatkan lagi agar seluruh sektor negara bergerak seiring, saling mendukung ke arah satu matlamat membina Negara Brunei Darussalam yang maju, makmur dan berdaya tahan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Wawasan Brunei 2035 adalah amanah generasi, warisan masa depan yang wajib dipelihara dan direalisasikan. Kemakmuran hari ini perlu dipertahankan agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Justeru, kita perlu bersatu, cekap menangani cabaran, pantas dan bijak merebut peluang dan sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai agama, budaya dan jati diri bangsa. Sepertimana hadis sahih Al-Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Musnad Imam Ahmad yang berbunyi “Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain, yakni kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam menyelangkan jari-jarinya sebagai gambaran”. Nilai dalam hadis ini selari dengan semangat Wawasan Brunei 2035 yang menekankan peranan peranan bersama dalam membina negara. Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu, saling memperkukuh dan menyumbang ke arah pembangunan yang kukuh dan bersepadu seperti bangunan yang tersusun dari batu bata yang saling menyokong antara satu sama lain.

Berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja sebagai tonggak kekuatan dan identiti negara, marilah kita merapatkan saf dan terus melangkah ke hadapan dengan yakin dalam memperkukuh institusi, memperkasa pendidikan serta memelihara kedaulatan dan perpaduan negara secara berterusan. Insya Allah dengan landasan ini, Negara Brunei Darussalam yang kita sama-sama cintai akan dilimpahi rahmat sebagai sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur, negeri yang baik, aman dan diberkati Ya Rabb Yang Maha Pengampun.

Akhir kata, peramba, kaola, saya menutup rumusan ini dengan iringan doa agar segala usaha kita mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Perpaduan rakyat terus utuh dan perjalanan menuju masa depan yang aman dan sejahtera dengan gerak langkah yang sentiasa dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Marilah kita sama-sama memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Raja dan Ulil Amri kesayangan rakyat beserta ahli kerabat diraja terus dikurniakan nikmat lanjut usia, kesihatan yang berpanjangan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh kebijaksanaan dan keberkatan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian saja yang Peramba/kaola/saya dapat sampaikan, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II ke atas rumusan yang telah pun dibuat berhubung dengan Usul Wawasan Brunei 2035 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat itu sendiri pada permulaan mesyuarat kita empat hari yang lalu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun membincangkan dan berbahas mengenai dengan Usul Wawasan Brunei 2035 ini dan saya sendiri merasakan kagum melihat semangat yang telah pun ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak, oleh semua pihak mengenai dengan kemampuan kita untuk melaksanakan tugas-tugas yang diperlukan menjelang tahun 2035.

Saya hanya berharap mudah-mudahan umur kitani panjang. Kitani dapat melihat dan mencapai tahun 2035 dan dengan itu kitani dapat merasai dan juga merealisasikan Wawasan Raja kitani Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan harapan yang begitu besar terhadap pembangunan Negara Brunei Darussalam dan apa namanya, kemakmuran serta keamanan negara ini.

Saya penuh percaya dalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyuarakan Wawasan yang begitu jauh pandangannya bukanlah merupakan satu dream ataupun satu angan-angan, satu mimpi tetapi ia merupakan satu Wawasan yang dapat berasaskan kepada kekuatan negara ini sendiri.

Dengan kekuatan tenaga manusia, dengan kekuatan ekonomi kita, dengan keadaan keamanan yang kita merasai ataupun dengan keamanan yang kita nikmati selama ini, Insya Allah saya penuh percaya dengan adanya semangat yang ditunjukkan oleh kesemua lapisan rakyat di negara ini, Wawasan ini akan dapat dijelmakan sebagai realiti yang sebenarnya. Maka menurut, apa nama nya ni, standing order kitani, maka saya cadangkan supaya Usul ini sekarang kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju untuk meluluskan Usul ini, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Nampaknya semua Ahli yang bersetuju, maka adalah menjadi kebanggaan kepada saya untuk menyuarakan bahawa Usul Wawasan Brunei 2035 ini diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis

Usul Wawasan Brunei 2035 diluluskan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Usul ketetapan senarai perintah yang diluluskan dan keperluan menurut Perkara 83(7) dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang akan dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat Negara membuat ketetapan menurut Perkara 83(7) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam pada mana tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam adalah mulai dari tarikh perintah-perintah dibuat dan senarai perintah-perintah diluluskan.

Perkara ini adalah merujuk kepada empat perintah-perintah yang terdapat dalam Kertas Majlis Mesyuarat Negara Bilangan 5/2025. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Adakah seorang Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat itu tadi?

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola menyokong sepenuhnya Usul yang telah dicadangkan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Usul ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya Usul ini sekarang sudah sesuai untuk kita untuk mengundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Nampaknya semua Ahli yang bersetuju, maka Usul ini diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis

Usul ketetapan senarai perintah yang diluluskan dan keperluan menurut Perkara 83(7) dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam telah diluluskan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup dulu kita bersidang pada pagi ini dan saya cadangkan mesyuarat ini kita tangguhkan.

Insya Allah, kita akan bersidang semula pada petang ini nanti sebagaimana lazim mulai daripada 2.30 petang.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di sambung semula pada petang ini dengan urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Penangguhan di bawah Peraturan Mesyuarat Bilangan 35 (1).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, adakah seorang ahli yang ingin untuk mencadangkan bagi penangguhan ini?

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Mengikut Peraturan Mesyuarat Bilangan 35 (1), kaola memohon untuk mencadangkan bahawa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara sekarang ditangguhkan memandangkan semua urusan mesyuarat telah selesai dan untuk ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Sekian, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan kaola memohon seterusnya untuk menyampaikan ucapan penangguhan.

(Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama melihat kepada Yang Berhormat Yang Di Pertua)(Yang Berhormat Yang Di-Pertua memberi isyarat menganggukkan kepala tanda bersetuju).

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Alhamdulillah, kita sampai ke penghujungan permesyuaratan kita. Permesyuaratan MMN ala Brunei, permesyuaratan sesi kedua yang berlangsung lancar dalam dalam suasana permesyuaratan Brunei, ala Brunei yang kita syukuri.

Maka kaola dengan hormat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kepimpinan yang bijaksana Yang Berhormat Yang Di-Pertua selama menjalankan, berada di hadapan abis kaola sebagai penghulu kepada mesyuarat ini. Tahniah dan terima kasih juga kaola ucapkan kepada Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, atas kecekapannya yang memungkinkan urusan-urusan permesyuaratan berlangsung dengan lancar, menurut susunan perintah harian yang dikeluarkan. Begitu juga kepada pendampingnya, Pemangku Timbalan Jurutulis yang kaola lihat sepanjang mesyuarat ini, seorang yang berperwatakan tenang, sentiasa senyum. Selamat dan tahniah juga diucapkan.

Demikian juga terima kasih dan tahniah kepada pegawai-pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat di sini sendiri dan juga beberapa pegawai yang diperbantukan daripada kementerian-kementerian. Mereka telah melaksanakan tugas dengan komitmen yang baik, bagus, maka sekalainnya juga didoakan (doa dibaca).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Permesyuaratan sesi kedua kita yang akan berakhir ini telah meluluskan dua Usul yang telah menarik minat ahli-ahli membahaskannya. Usul-Usul tersebut ialah mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Usul supaya Majlis Mesyuarat Negara ini menyertai menjadi ahli penuh dalam Inter-Parliamentary Union, IPU dan dalam Commonwealth Parliamentary Association, CPA. Kedua-dua Usul ini mempunyai signifikannya dan juga impaknya, impaknya dan signifikan yang tentunya positif, insya Allah.

Wawasan Brunei 2035 yang kita sekarang berbaki 10 tahun lagi, berkesempatan untuk meneruskan usaha mencapai matlamat-matlamatnya. Setakat sekarang, berdasarkan laporan yang diterbitkan bagi period 2015 - 2025 dan juga menerusi pembentangan-pembentangan dalam dewan ini oleh kementerian-kementerian, khasnya kementerian yang menjadi peneraju peneraju, dan juga ucapan penggulangan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, serta juga ucapan terakhir perbahasan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, adalah kesemuanya itu menandakan bahawa, dan menyakinkan bahawa kita sedang berada dalam landasan yang betul ke arah menepati aspirasi raja kita bahawa tempoh 30 tahun pada 2035 itu nanti adalah menandakan kemunculan generasi baharu negara. Mereka muncul sebagai generasi Wawasan Brunei 2035, generasi penerus yang sama-sama dengan generasi pemangkin yang akan juga sempat bersama mereka.

Pada dan mulai tahun 2035 itulah, kedua-dua generasi akan menjelamai Brunei. Kaola menggunakan perkataan Brunei menjelamai Yang Berhormat Yang Di-Pertua, iaitu menjelamai Brunei, negara berpemerintahan beraja yang moden dan maju dengan kemajuan yang seimbang, insya Allah. Generasi baharu wawasan itu akan bersama generasi yang sekarang sempat sebagai generasi pemangkin pada masa ini. Mereka akan dikenali sebagai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan mereka adalah kehidupan yang berkualiti tinggi dan negara mereka Negara Brunei Darussalam, ekonominya adalah ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Adapun sifat dan rupa bentuk negara mereka adalah sudah jelas iaitu negara Melayu Islam Beraja. Beraja dalam maksud pemerintahannya, pemerintahan beraja iaitu negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaáh dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan dan sebagaimana yang dititahkan dalam Watikah Permasyhuran pada 1 Januari 1984 dan dalam titah yang sama itu pada masa yang sama menerusi watikah tersebut, dinyatakan bahawa dengan petunjuk serta keredaan Allah Subhanahu Wata’ala jua, akan berusaha memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan bagi rakyat.

Demikian juga pemeliharaan perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas asas saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan, kukuh wilayah bagi semua negara yang bebas dari campur tangan dari luar negeri. Kaola petik daripada Watikah Permasyhuran, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan yang terakhir ini ada yang signifikan nya adalah sepertimana Majlis ini sekarang memohon untuk menjadi ahli penuh kepada kedua-dua pertubuhan parlimen yang pada masa ani cuma disertai sebagai pemerhati. Sementara siapa mereka selain dikenali sebagai generasi Wawasan Brunei 2035 yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, berkehidupan yang berkualiti tinggi dan ekonomi negaranya dinamik dan berdaya tahan. Siapa mereka selain itu?

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon maaf, barangkali kaola panjang sedikit Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ani, kaola ani ada 3 muka setengah, ani baru masuk ketiga muka, ada lagi setengahnya, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Jadi maknanya ada semuka lagi.

Sementara siapa mereka selain dikenali sebagai yang disebutkan itu tadi, kita ukur lah. Kita ukurlah sekarang, bahawa mereka itu dan generasi pemangkin sekarang, adalah generasi penerus yang juga terdidik dalam satu sistem pendidikan negara Melayu, negara khasnya Sistem Pendidikan Kebangsaan Abad 21 yang mewajibkan mata pelajaran Ugama sebagai mata pelajaran teras, selain pendidikan melalui persekolahan ugama dan melalui Institusi Pengajian Tinggi Islam kerana kitani bermazhabkan pendapat bahawa pendidikan itu adalah acuan untuk generasi demi generasi. Kita ukurlah mereka dengan sedemikian itu.

Dengan itu mereka adalah generasi yang dilahirkan dalam ekosistem pendidikan negara yang Islami yang hasilnya menjadikan mereka individu Islam yang mampu berkehidupan sebagai sebahagian rakyat dan penduduk yang mampu menunaikan seminimumnya pun, menunaikan Fardu Ain mereka.

Oleh itu, mereka adalah generasi rakyat dan penduduk yang mengenal dan menghormati nilai-nilai murni ajaran Islam. Mereka bangsa negara MIB yang berada dalam arus perdana keugamaan negara MIB iaitu yang berfahaman dan mengamalkan Islam yang diajarkan di sekolah-sekolah negara ini, diamalkan dalam rumah tangga dan masyarakat di masjid-masjid, ajaran dan amalan yang sama didakwahkan dan disyiarkan menjadi ikutan di peringkat rasmi dan negara.

Demikianlah, kaola akhiri dengan mengambil ingatan bagi diri kaola kepada pesan-pesan wahyu Allah Subhanahu Wata’ala dalam Al-Quran. Sengaja kaola tidak menyebutkan tetapi isinya iaitu pesannya janganlah berwatak dan berperangai seperti Qarun, yang kaya, makmur, berjaya dan mahir berusaha sehingga ke puncak kejayaan, tetapi lupa daratan.

Dengan sikap dan kepercayaan, semua kejayaannya adalah semata-mata kerana usaha kerasnya kerana kepandaian dan kemahirannya. Bukan kerana siapa-siapa, bahkan bukan kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Akibatnya kita tahu, Qarun dibenamkan ke bumi bersama dengan harta-hartanya sebanyak itu. Qarun ini adalah kaum apa ni adalah inna Qarun min qaumi Musa daripada apa namanya tu, Kaum Nabi Musa Alaihissalam.

Demikian juga Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola mengambil ingatan, pengajaran daripada negeri yang ditakdirkan Allah kita ini pun turut menyebut-nyebut Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Negeri ini juga, kemudian runtuh, musnah akibat kelalaian rakyat penduduk sampai kepimpinannya dan kederhakaan yang meluas kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur telah juga menyentuh akibat tersebut dan dalam riwayat Al-Quran itu, punca ekonomi mereka datangnya daripada pertanian, buminya subur makmur dengan adanya suatu dam, apa? suatu dam empangan air yang boleh diaturkan mengalir ke seluruh kawasan-kawasan pertanian tetapi, oleh kerana lalai, cuai kalau dalam analisa kaola lah Yang Berhormat Yang Di-Pertua, lalai, cuai termasuk tidak memaintenance dengan baik empangannya, maka empangan itu telah pecah. Ya, betul. Ini sebagai akibat ataupun hukuman datang dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka bersikap dan berperangailah seperti perangi nabi Sulaiman. Baginda itu seorang nabi juga seorang raja yang mempunyai rakyat yang dapat diperintah dengan baik, bahkan bukan saja dari manusia, bahkan juga jin dan bahkan haiwan-haiwan juga mengikut perintahnya, mendapat segala kemudahan-kemudahan di samping juga apa kekayaan-kekayaan, tetapi apabila mendapat sedemikian itu baginda Nabi Sulaiman Sallallahu Alaihi Wasallam hanya berkata haza min fadli rabbi, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam dapat mentafsirkannya.

Haza min fadli rabbi, semua ini adalah kerana kurnia Allah Subhanahu Wata’ala. Maka dengan sedemikian itu, pemerintahan dan negeri yang dikuasai oleh Nabi Sulaiman adalah negeri yang maju dan selamat, sempurna seadanya. Kaola mohon maaf mengambil masa 4 minit 51 saat Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan kaola juga mengucapkan terima kasih kepada sekalian Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dan ahli-ahli rakan-rakan, Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala kitani semua kurnia kesihatan dan umur panjang dalam erti kata umur panjang yang tidak berpenyakit, yang akan menyusahkan siapa-siapa dan bahkan kita sendiri menjadi orang yang lali, sudah lali inda tahu kan malam siang, inda tahu kan apa-apa lagi, mudah-mudahan panjang kita adalah panjang umur sihat dan akal waras serta masih dapat menyumbang kepada keluarga sekurang-kurangnya, insya Allah.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang telah pun mencadangkan supaya mesyuarat kita ini ditangguhkan. Saya ingin meminta sekiranya ada sokongan daripada Ahli Berhormat yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong Usul tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan ada sokongan dari Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, maka saya bukakan sekarang perbahasan dan dengan mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, (Doa dibaca).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua Mesyuarat Kedua bagi Persidangan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan dengan baik dan tertib.

Mesyuarat yang berlangsung selama empat hari ini telah menyaksikan perbincangan yang bermanfaat, dinamik dan berwibawa. Pandangan-pandangan bernas dan pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sangat dihargai dan akan dijadikan rujukan dalam menambah baik perkhidmatan serta dasar kesihatan negara.

Kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara atas segala bimbingan, kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang persidangan ini.

Persidangan ini juga mencatat detik bersejarah apabila buat pertama kalinya dalam tempoh setahun, dua Majlis Mesyuarat Negara telah pun dapat dilaksanakan. Memperlihatkan tekad dan iltizam institusi ini dalam memperkukuhkan tadbir urus negara secara menyeluruh dan inklusif.

Dalam semangat menjayakan Wawasan Brunei 2035, segala perbincangan yang telah berlangsung menggambarkan keazaman bersama untuk memastikan sistem kesihatan negara kekal berdaya tahan, bersepadu dan inklusif demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kualiti hidup yang tinggi.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menyeru sokongan kolektif bukan sahaja daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kementerian-kementerian lain tetapi juga daripada seluruh agensi kerajaan dalam sama-sama menjayakan aspirasi kesihatan negara. Pendekatan whole of nation adalah amat penting kerana kesihatan adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan tindakan merentas sektor bagi mencapai impak yang sebenar.

Pada kesempatan ini, izinkan kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua petugas kesihatan termasuk para doktor, jururawat dan anggota porfesional kesihatan bersekutu di sektor awam dan swasta atas dedikasi, komiten dan semangat berkhidmat yang tidak mengenal penat lelah.

Pengorbanan mereka di barisan hadapan telah dan terus menjadi tulang belakang kepada sistem kesihatan negara. Insya Allah, dengan kerjasama dan sokongan berterusan semua pihak segala inisiatif dan dasar yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kemajuan Negara Brunei Darussalam.

Sebagai penutup, izinkan kaola mengungkapkan seuntai Syair Warisan Bangsa dari Syair Perlembagaan. Ganya minta maaf Yang Berhormat Yang Di-Pertua (ketawa kecil), alunannya nada ni.

Untuk kebajikan bangsa masyarakat,Untuk kesenangan handai sahabat,Bagi kemakmuran negara berkat,Mudahan keamanan akan berlekat.

Pertama untuk keamanan negara,Kedua untuk kemakmuran sugara,Untuk faedah masyarakat saudara,Bagi kebaikan rakyat negara.

Tumpukan hati kepada negara,Saudara sahabat, Bertelus mesra,Sepakat bermuafakat menjalankan perkara,bagi kebajikan rakyat sugara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Semoga segala usaha kita diberkati dan menjadi asas kukuh bagi kejayaan wawasan negara. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola merafak syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah rahmat dan izin-Nya jua kita sampai ke penghujung Mesyuarat Kedua Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola dengan penuh hormat dan takzim menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda ke Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara beberapa bulan yang lalu dan atas kurnia perkenan baginda bagi Mesyuarat Kedua Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara diadakan.

Ini adalah satu pengurniaan yang besar dan merupakan pengiktirafan ke atas kematangan dan kemampuan Majlis Mesyuarat Negara berbincang dengan fikiran terbuka dan secara konstruktif. Dalam hubungan ini, kaola memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa baginda berangkat merasmikan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Tahun 2024 dalam mana baginda bertitah Majlis Mesyuarat Negara merupakan medan untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina daripada para ahli.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam Mesyuarat Kedua yang diadakan sejak 4 haribulan Ogos yang lalu, kita telah banyak memfokus kepada isu-isu Wawasan Brunei 2035. Alhamdulillah, majlis sebulat suara menyokong Usul Wawasan Negara 2035 kerana wawasan ini merupakan masa hadapan yang ingin kita kecapi. Maka sebab itu kita semua di Dewan yang mulia ini, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara sama ada Ahli-Ahli Rasmi kerana jawatan mahupun Ahli-Ahli Yang Dilantik, mengambil berat akan perbahasan tentang Wawasan Brunei 2035 kerana semua kita mahu melihat ianya dicapai menjelang tahun 2035. Insya Allah, dengan adanya usaha dan iltizam senegara berpandukan kepada blueprint-blueprint yang telah dihasilkan dengan penglibatan semua stakeholders kita akan mencapai Wawasan Brunei 2035.

Kaola amat menghargai usaha yang telah dibuat sejak bermulanya Wawasan Negara 2035 dilancar dan pelaksanaannya yang telah dibuat dan dicapai secara incremental dan berperingkat. Tanpa usaha gigih, cekal, sabar, tabah dan dibuat secara berterusan mungkin kita tidak akan dapat menghasilkan ketiga blueprints seperti yang diguna pakai pada masa ini.

Perjalanan kita sudah jauh. Mungkin sekarang adalah masanya untuk kita mengenal pasti di mana sudah pencapaian kita untuk menambah baik mana-mana yang kurang memberi nilai tambah apa yang sudah berjalan, memastikan tidak ada rintangan yang boleh melemahkan ataupun undermine usaha menuju kewawasan 2035.

Kaola tidaklah akan berucap dengan panjang lebar, cuma ingin menyatakan penghargaan kaola kerana telah diberikan kesempatan untuk ikut serta dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini tentang Wawasan Brunei 2035. Semoga sumbangan Ahli-Ahli Yang Dilantik dalam perbahasan ini dan yang sebelumnya berupaya menambah nilai kepada pelaksanaan rancangan seperti dalam blueprint.

Kaola menjunjung kasih dan berterima kasih kepada semua Yang Berhormat, Ahli-Ahli Rasmi kerana jawatan atas perbahasan yang bernas dan kaola menyambut baik respon positif Yang Berhormat Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang telah menerima pandangan dan cadangan Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik secara terbuka dan rela hati. Tujuan biskaola semata-mata untuk sama-sama meneliti apa jua perancangan yang sedang dan akan dilakukan agar pelaksanaannya mencapai matlamatnya.

Selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik adalah menjadi tanggungjawab biskaola untuk membawa keperhatian mana-mana pihak yang berkenaan dalam kerajaan, apa jua isu kemaslahatan dan kebimbangan rakyat dan golongan-golongan terkesan seperti pengusaha, peniaga, para profesional, pelabur, ibu bapa dan pelajar malah warga perkhidmatan awam sendiri agar perkara-perkara itu dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Ini selaras dengan pendekatan whole of nation di mana inclusivity adalah kriteria utama.

Alhamdulillah, melalui permesyu­aratan seperti yang diadakan sejak 4 Ogos lalu dan melalui sesi muzakarah dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik telah berjaya membawa isu-isu yang ditimbulkan hasil dari turun padang kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkenaan. Semoga mana-mana perkara yang dikemukakan dalam persidangan ini dan sesi-sesi muzakarah akan dapat dipertimbangkan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Akhir sekali, kaola ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin Mesyuarat Pertama dan Kedua dari Musim Permesyuaratan ke-21 hingga selesai. Alhamdulillah, sepanjang permesyuaratan diadakan yang telah berjalan dengan penuh disiplin, harmoni dan saling hormat-menghormati dengan hasrat untuk mencapai kesepakatan. Ini mencerminkan jati diri kebruneian kita dan penghayatan falsafah Melayu Islam Beraja, muafakat membawa berkat. Kaola bersyukur, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, permesyuaratan kita telah berjalan dalam suasana tenang dan penuh muhibah yang membolehkan kita mengeluarkan pendapat secara jujur dan konstruktif demi kesejahteraan rakyat.

Kaola juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Jurutulis, Datin Paduka Dr. Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah dan pegawai-pegawai sekretariat Majlis Mesyuarat Negara yang telah memastikan mesyuarat berjalan dengan baik dan teratur dan mengedarkan dokumen-dokumen mesyuarat tepat pada masanya. Kaola berdoa semoga semua pegawai dan kakitangan sekretariat Majlis Mesyuarat Negara akan berterusan memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Izinkan kaola Yang Berhormat Yang Di-Pertua menyampaikan 2 rangkap pantun:

Wawasan 2035 tajuk utama,Negara maju rakyat sejahtera;Tiga blueprint fokus bersama,Semoga tercapai apa dibicara.

Berjalan-jalan di kawasan perumahan,Terlihat kuyuk banyak berkeliaran;Alhamdulillah selesai sudah Majlis Persidangan,Terlantur kata maaf dipohonkan.

Sebelum mengakhiri, kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh Kerabat Diraja akan dikurniakan umur yang panjang, nikmat kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati.

Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah memimpin dan mengendalikan Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan ke-21 Majlis Mesyuarat Negara dengan kecemerlangan, penuh kesabaran dan kewibawaan yang tinggi. Mesyuarat Kedua ini merupakan satu detik bersejarah sebagai kali pertama majlis ini bersidang sebanyak dua kali dalam setahun. Pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama kitani terhadap tadbir urus yang responsif dan perbincangan yang berterusan. Dalam persidangan ini, kami telah mendedikasikan satu Usul khusus kepada Wawasan Brunei 2035 di mana kaola telah mengingatkan bahawa kemajuan tidak dapat hanya diukur melalui dasar semata-mata tetapi melalui hasil yang berjaya dicapai.

Menurut Brunei Darussalam Key Economic Developments, BKED 2024, lima sektor utama yang telah dikenalpastikan sebagai penggerak kepelbagaian ekonomi secara keseluruhannya, menyumbang kira-kira 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, GDP. Jika sektor hiliran minyak dan gas dikecualikan, sektor permakanan menyumbang 1 peratus, pelancongan 1 peratus, ICT 2 peratus dan perkhidmatan 9 peratus masing-masing.

Secara keseluruhannya, menyumbang 13 peratus kepada GDP sahaja. Keadaan ini jelas memerlukan perhatian segala seperti yang digariskan dalam Brunei Economic Outlook 2024 oleh CSPS sejak sektor ini mempunyai cabaran operasi yang tersendiri yang bermakna setiap sektor berkenaan menghadapi cabaran operasi yang berbeza dan perlu disesuaikan bakat, sokongan dasar dan pelaburan.

Oleh itu, reformasi pendidikan sahaja tidak akan memadai. Kaola menyeru agar agensi-agensi yang relevan untuk menerbitkan sectoral roadmaps yang lebih jelas serta strategi pembangunan tenaga kerja yang diselaraskan dan berpandukan penanda aras. Sehubungan itu, ianya penting untuk menyatakan kadar pertumbuhan tahunan yang disasarkan bagi setiap empat sektor tersebut.

Dalam Mesyuarat Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah menyatakan bahawa projek Strategic Work Force, Audit and Planning atau SWAP akan dilaksanakan merentasi kementerian-kementerian bagi memastkan perancangan sumber manusia sejajar dengan fungsi teras masing-masing. Kaola berharap projek ini akan dapat membawa kepada tahap keterusan yang lebih tinggi mengenai kekosongan jawatan dalam sektor awam seterusnya menggalakkan siswazah baharu daripada terus menganggur tanpa prospek pekerjaan yang jelas.

Menteri yang sama turut mengumumkan peruntukan sebanyak $19.21 juta kepada Pusat Pekerjaan Brunei atau Job Centre bagi melaksanakan pelbagai program seperti SkiPPA, Skim TVET, SkillsPlus, SPIN in Accountancy dan Trade Skills. Usaha ini bertujuan membina tenaga kerja tempatan yang selari dengan keperluan industri bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk masa depan. Kaola berharap peruntukan ini dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran belia. Kaola juga ingin menyeru kepada kerjasama yang lebih erat dalam pembangunan infrastruktur pelancongan.

Sekali lagi, kaola tegaskan bahawa ekonomi Brunei tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pasaran domestik yang kecil. Lapangan terbang kita adalah titik menyambut kedatangan pertama untuk para pengunjung. Ianya juga gambaran awal negara kita. Kaola memohon tindakan segera pihak kerajaan dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan darat yang lancar, selamat dan ramah terhadap pengunjung untuk menyokong pelancongan dan penjelajahan negara.

Di samping itu, kaola juga mencadangkan agar perkhidmatan e-hailing dipindah ke kawasan letak kereta P1 serta agar keadaan bas awam yang mengambil penumpang di lapangan terbang diperbaiki sebelum Majlis Mesyuarat ke-22.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola turut menyarankan agar kementerian-kementerian menyelidik semua kerangka Petunjuk Prestasi Utama ataupun KPI dalam buku belanjawan untuk memastikan bahawa KPI yang digunakan akan mencerminkan hasil sebenar yang memberi impak. Seterusnya, kaola ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, KKBS serta Majlis Mesyuarat Negara atas sokongan mereka dalam menganjurkan Uniting Women’s Voices roundtable.

Kaola juga ingin mengucapkan tahniah yang telus ikhlas kepada AIPA, Majlis Mesyuarat Negara, UN Women dan KKBS dan semua rakan kongsi atas kejayaan penganjuran Dialog Parlimen Kebangsaan Pertama mengenai Penyertaan Wanita dalam Kepimpinan Politik, WPPL. Ini merupakan satu langkah sejarah ke arah keterangkuman dalam kepimpinan negara. Kaola juga ingin menyatakan penghargaan atas sokongan kementerian-kementerian dalam usaha penyelidikan kaola dan mengiktirafkan usaha berterusan para menteri dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

Banyak cabaran yang kita hadapi hari ini tidak muncul secara tiba-tiba, pandemik COVID-19 dan krisis global yang masih berterusan telah menyukarkan lagi perjalanan ini. Tidaklah satu kementerian, apatah lagi seorang menteri yang mampu menyelesaikan semua cabaran ini secara bersendirian. Usaha ini memerlukan kerjasama kolektif.

Justeru kaola sekali lagi menyeru kepada pengukuhan kerjasama antara kementerian. Kita bukan sahaja perlu cemerlang secara individu tapi mesti cemerlang secara kolektif. Apa yang dilakukan oleh satu agensi akan mempengaruhi agensi lain. Kita mesti melihat fungsi jabatan secara lebih menyeluruh demi menghasilkan hasil kebangsaan yang lebih bermakna.

Kaola juga ingin mewakili generasi kaola, generasi yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa yang semakin berusia sambil membesarkan anak-anak yang mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ramai yang bimbang sama ada anak-anak mereka akan terus menikmati kemudahan seperti pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan berharga satu ringgit dan minyak 1 liter yang berharganya lebih murah daripada sebotol air minuman di atas meja setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat pada petang ini. Bagi mereka yang berada dalam perkahwinan transnational, beban ini akan berkali ganda lebih berat.

Yang Berhormat dan Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kadangkala keputusan yang sukar perlu diambil dan dalam hal ini kaola mengucapkan tahniah atas perlantikan Brunei Darussalam sebagai Ahli Lembaga Eksekutif WHO dan memuji Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas kesediaan untuk mengadakan sidang media bagi menerangkan Pengemaskinian Dasar Skim Caj Perkhidmatan Kesihatan. Kaola berharap kita akan terus menyokong individu yang tampil kehadapan demi membina masa depan negara yang lebih gemilang.

Tema Rang Undang-Undang Perbekalan tahun ini ialah “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur”. Marilah kita menjiwai tema ini, bekerja dengan satu hati dan satu tujuan. Sistem yang sempurna tidak wujud dan itulah sebab kita bersidang di sini. Namun begitu, kata-kata kita mesti diterjemahkan kepada tindakan. Perbincangan kita mesti membuahkan pembangunan.

Akhir sekali, izinkan kaola merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Mulia Datin Paduka dan seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dalam memastikan kelancaran urusan persidangan ini.

Kaola doakan semoga semua yang hadir di dalam Dewan ini dikurniakan kesihatan yang baik, keazaman yang teguh dan semangat juang yang tinggi kerana hanya dengan perpaduan tenaga dan kesungguhan barulah kita dapat melangkah jauh atau seperti dalam pepatah cina (berbahasa dalam bahasa cina) dan hanya bersama kita boleh melangkah lebih jauh.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan salam sejahtera dan harap maaf ambil masa (ketawa kecil).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola, saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu kaola menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas berlangsungnya Permesyuaratan Kedua Majlis Mesyuarat Negara bagi Musim Permesyuaratan ke-21 Tahun 2025. Sesungguhnya permesyuaratan ini amat relevan sebagai wadah semak dan imbang terhadap pelaksanaan agenda pembangunan negara.

Kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan memimpin Majlis Mesyuarat Negara ini dalam suasana yang harmoni dan teratur.

Tidak lupa juga kepada Puan Jurutulis, Timbalan Jurutulis serta seluruh warga kerja Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang telah menyelaraskan musim persidangan ini dengan teratur dan tersusun selaras dengan kemaskinian kaedah serta tatacara Kod Etika Majlis Mesyuarat Negara yang baru.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Di dalam Ucapan Penangguhan ini, izinkan kaola menyuarakan beberapa perkara yang menyentuh isu-isu rakyat yang memerlukan perhatian sewajarnya. Salah satu perkara yang sering dibangkitkan ialah berkenaan dengan permohonan Skim Bantuan Kebajikan khususnya kepada golongan asnaf. Proses permohonan yang sedia ada masih dianggap lambat dan membebankan terutama penyambungan permohonan terpaksa mengulangi pengisian walaupun data mereka telah tersedia dalam sistem. Sebagai cadangan dan ke arah pembaikan, beberapa langkah boleh dipertimbangkan antaranya:

Pertama, pengenalan kad keahlian Skim Kebajikan Negara, SKN pemohon yang telah berdaftar boleh diberikan kad keahlian yang mengandungi maklumat asas mereka sekaligus memudahkan proses pengesahan identiti dan rekod permohonan terdahulu. Kedua, sistem digital bersepadu dan mesra pengguna, naik taraf sistem permohonan bantuan ke arah platform digital yang lebih efisien dan mesra pengguna dengan kemudahan autofill untuk data sedia ada serta pengemaskinian maklumat secara berkala. Ketiga, pemantauan dan penilaian berkala. Wujudkan pasukan pemantau khas bagi menilai keberkesanan proses permohonan dan mengenal pasti sebarang kelewatan atau halangan di peringkat pelaksanaan; dan keempat, khidmat sokongan dan bantuan pengguna. Disediakan saluran komunikasi seperti talian khas atau pusat khidmat pelanggan bagi membantu pemohon yang mengalami kesulitan ketika mengisi permohonan secara dalam talian.

Selain itu, program-program bimbingan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan penerima bantuan kebajikan wajar sentiasa ditambah baik dari segi keberkesanannya. Ini penting agar mereka bukan sahaja bergantung kepada bantuan semata-mata tetapi mampu mencapai kejayaan yang berkekalan dan berdikari dalam jangka panjang. Antara program yang boleh dipertimbangkan ialah Pertama, program keusahawanan sosial. Menyediakan latihan keusahawanan asas, pembinaan produk, pengurusan kewangan dan pemasaran bagi membolehkan peserta menjana pendapatan sendiri. Kedua, latihan kemahiran dan vokasional. Kursus jangka pendek dalam bidang seperti menjahit, memasak, membaiki kenderaan, teknologi asas, pertanian moden dan sebagainya mengikut minat dan keupayaan peserta.

Ketiga, program literasi kewangan. Bimbingan tentang cara menguruskan bajet isi rumah, menabung dan membuat keputusan kewangan bijak sebagai bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Keempat, mentor rakan sebaya, Peer Mentorship. Menyediakan bimbingan dan sokongan berterusan daripada bekas penerima bantuan yang telah berjaya berdikari untuk membimbing peserta baharu.

Kelima, program transformasi kehidupan. Sesi motivasi pembangunan sahsiah dan kesedaran diri untuk membina keyakinan jati diri dan semangat untuk keluar daripada kemiskinan. Keenam, program penempatan pekerjaan bersasar. Kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penerima bantuan yang layak melalui skim inisiatif khas; dan Ketujuh, inisiatif graduasi dari bantuan. Satu sistem di mana penerima bantuan dipandu secara berperingkat untuk keluar daripada kebergantungan bantuan dengan penilaian berkala terhadap kemajuan mereka. Sesungguhnya usaha-usaha seperti ini adalah sejajar dengan aspirasi utama Social Blueprint Negara Brunei Darussalam iaitu ke arah mewujudkan rakyat yang berdiri berdaya tahan dan siap siaga masa depan serta mampu keluar daripada kebergantungan kepada bantuan semata-mata.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Bercakap mengenainya dengan peluang perniagaan dan perkerjaan khusus dalam kalangan belia adalah penting untuk melihat mekanisme yang boleh menjadikan para belia sebagai ejen kemajuan negara.

Usaha ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran tetapi juga merancakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui penciptaan peniaga-peniaga baharu yang lebih kompetitif dan berdaya maju.

Antara bentuk perniagaan baharu yang berpotensi untuk diterokai oleh para belia ialah Pertama, perniagaan berasaskan digital dan teknologi e-dagang, e-commerce, menjual produk tempatan, kraft tangan atau makanan melalui platform seperti Instagram, TikTok Shop dan Shopee. Kedua, perkhidmatan digital reka bentuk grafik laman web dan kandungan media social. Ketiga, pembangunan aplikasi mudah alih, perisian aplikasi tambahan makan, pengurusan rumah tangga atau sistem Pendidikan. Keempat; industri kreatif, penerbitan kandungan, Youtuber, penulis digital, fashion tempatan, mencipta jenama pakaian atau accessories moden bercirikan budaya Brunei, produksi media, videografi, fotografi dan produksi untuk acara atau pemasaran; dan kelima, pertanian moden (audio kurang jelas), pertanian bandar, urban farming, tanaman hydroponic, akuaponik di kawasan rumah.

Dalam hal ini, adalah wajar bagi pihak-pihak yang berkepentingan untuk berganding bahu secara bersepadu dalam menyediakan ekosistem perniagaan yang inklusif dan kondusif. Ini penting agar para belia dapat mengerakkan agenda kemajuan negara dengan lebih selesa bersemangat dan yakin sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

Dalam konteks Daerah Tutong, pelbagai insiatif telapun dilaksanakan bagi membantu bagi peniaga mikro, kecil dan sederhana, PMKS serta golongan belia untuk bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Kerjasama berterusan antara pihak kerajaan dan bukan kerajaan khususnya Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran, Majlis Perundingan Mukim dan Kampong, serta Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong telah berjaya mengungkayahkan beberapa projek perekonomian yang memberi tumpuan kepada peniaga mikro, kecil dan sederhana, PMKS dan belia-belia.

Antara inisiatif perekonomian yang di laksanakan termasuklah program 3KUP iaitu satu projek perekonomian Majlis Perundingan Majlis Mukim dan Kampong. Program ini bertujuan mewujudkan usahawaan dalam kalangan ahli MPK serta menyediakan platform perniagaan yang bermanfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS khususnya ibu-ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan secara berdikari.

Selain daripada itu, insiatif Tutong Buzz iaitu bazar hujung minggu turut diperkenalkan sebagai usaha aktiviti perekonomian di Pekan Tutong. Program ini menjadikan Pekan Tutong sebagai destinasi perniagaan yang lebih yang kondusif, menarik dan berdaya saing. Ia memberi peluang kepada para pengusaha Satu Kampung Satu Produk dan PMKS tempatan untuk menjana pendapatan secara beterusan.

Sementara itu, projek Senja Kopi pula memberi fokus kepada membantu para belia untuk menceburi ke bidang keusahawanan di samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang dapat di manfaatkan oleh pencari kerja terutama di kalangan belia dan juga ibu tunggal.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Industri pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang berpotensi besar dan memerlukan perhatian yang serius untuk dikembang majukan. Ke arah memajukan industri ini, kerjasama menyeluruh daripada semua pihak adalah sangat penting termasuk masyarakat setempat yang menjadi elemen teras dalam menjayakan pengalaman pelancongan yang berkesan.

Namun begitu, kita juga perlu melihat secara objektif keupayaan sebentar industri pelancongan pada masa ini, termasuk cabaran dan kekangan yang dihadapai agar bantuan dapat disalurkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Antara lain untuk memperkasa industri pelancongan. Pertama, pemerkasaan pelancongan berasaskan komuniti, CBT. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pelancongan berbentuk homestay dan lawatan budaya, mewujudkan koperasi kampong untuk mengurus aktiviti tempatan secara bersepadu. Kedua, promosi pelancongan digital dan inovatif mewujudkan platform digital yang memamparkan tempat-tempat menarik di Brunei dalam bentuk interactive seperti laman web, aplikasi mudah alih atau realiti maya virtual tour. Yang ketiga, menjalin kerjasama dengan travel influencer dan media antarabangsa; dan Keempat, kajian keupayaan dan cabaran semasa. Melaksanakan kajian menyeluruh terhadap kekuatan kelemahan peluang dan ancaman dalam sektor pelancongan negara. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas kepada dasar baharu atau pelan tindakan pelancongan jangka sederhana dan juga panjang.

Dalam hal ini, pihak kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Pelancongan wajar bersikap terbuka dan bersedia menerima pandangan serta idea-idea dari para pemain industri pelancongan tempatan. Ini termasuk agensi-agensi pelancongan, Majlis Perundingan Kampong melalui insiatif Satu Kampung Satu Produk, badan-badan pelancongan tempatan serta individu yang aktif dalam bidang ini.

Penyertaan menyeluruh dari pelbagai pihak ini penting bagi memastikan pelan perancangan pembangunan pelancongan jangka pendek, sederhana dan panjang dapat dirangka secara inklusif. Ini sekaligus membantu memastikan industri ini berkembang secara dinamik, tidak terlalu terikat kepada peraturan dan standard sedia ada tetapi lebih fleksibal dan responsif terhadap realiti lapangan dan keperluan semasa.

Akhir kata kaola ingin memohon maaf, sekiranya terdapat tutur kata, atur langkah yang mungkin menyinggung mana-mana pihak secara sedar atau tidak sedar semasa sesi permesyuaratan ini.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah Subhanahu Wata’ala dan segala kekhilafan adalah daripada kelemahan diri kaola sendiri. Dengan itu, izikan kaola mengakhiri dengan dua rangkap pantun sebagai penutup bicara.

Berjalan jauh membawa bekal,singgah sebentar di tepi perigi,Jika silap tutur dan akal,ampun dipinta setulus hati.

Gunung daik bercabang tiga,hancur harapan dikejar masa,Budi yang baik dikenang jua,jadi ingatan sepanjang masa.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim (doa dibaca). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada kaola untuk ikut serta dalam sesi Usul Penangguhan bagi Mesyuarat Kedua dari Musim Pemesyuaratan ke-21 Majlis Mesyuarat Negara Negara Tahun 2025.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, selama empat hari Majlis ini bersidang, pelbagai usulan dan cadangan telah dibahaskan yang merentasi bidang tanggungjawab semua kementerian. Walau bagaimanapun ada jua beberapa cadangan yang diusulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah turut berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebelum meneruskan ucapan penggulungan ini, kaola ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan serta ucapan terima kasih di atas kepimpinan cemerlang, kewibawaan, kebijaksanaan serta kesabaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam meneraju dan melayani abis kaola sepanjang permesyuaratan ini. Tahniah kepada Yang Mulia Jurutulis dan Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang telah mengatur susun Majlis Mesyuarat dengan jayanya.

Pendekatan senegara whole of nation approach adalah sebagai wadah dan pemangkin utama dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 di mana pendekatan ini menuntut tindakan yang proaktif, fokus, komprehensif dan semangat juang yang tinggi dari semua pihak, tidak hanya di peringkat kerajaan malah di sektor swasta, masyarakat malahan di peringkat individu.

Marilah kita sama-sama menanam rasa tanggungjawab dan pemilikan bersama iaitu sense of belonging dalam merealisasikan hasrat murni raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 dengan bersulamkan nilai dan teras falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja.

Selaku rakyat dan penduduk di negara ini, kita hendaklah terus memperkukuhkan kesiapsiagaan dan jati diri dalam sama-sama memacu ke arah Wawasan Brunei 2035. Kaola tertarik dengan isu yang telah dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Negara ini iaitu untuk diberi perhatian dalam usaha untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh dan berkesan. Ke arah itu, kata sepakat telah dicapai untuk menggunakan pemimpin akar umbi untuk membuat pengesahan ke atas permohonan bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan.

Di sinilah peranan kepimpinan di peringkat akar umbi selaku mata, lidah, telinga kerajaan agar agenda pembangunan negara termasuk dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan sampai ke peringkat masyarakat. Inilah kelebihan bersyura di mana keputusan dibuat secara kolektif melalui perbincangan dan persetujuan bersama khususnya dalam urusan pentadbiran, kepimpinan dan hal-hal berkaitan dengan masyarakat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Berhormat.

Sebelum kaola mengakhiri bicara, kaola ada dua rangkap pantun Yang Berhormat Yang Di-Pertua tapi bukan menjawab pantun Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Dua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang,2035 hanya sepuluh tahun lagi,Gembleng tenaga capai gemilang.

Belabuh tirai di hujung bicara,Usul dan pandangan telah dibentang,Menjunjung titah raja tercinta,Agar negara terus cemerlang gemilang.

Sekian. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

Bismillahir Rahmanir Rahim.(Doa dibaca) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana izin dan rahmat-Nya jua kita telah sampai ke sesi penutup persidangan Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 2025.

Kaola sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk menyekutukan diri menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia titah baginda di Dewan yang mulia ini pada 26 Februari bagi mesyuarat pada tahun ini diadakan dua kali setahun.

Izinkan juga kaola mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin dan memandu permesyuaratan ini dengan penuh wibawa, kesabaran dan kesempurnaan.

Dengan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua ini telah dapat menjuruskan perbincangan pada isu-isu strategik dan berkeutamaan khususnya yang berperanan untuk mengangkat lagi pencapaian negara dalam menuju Wawasan Brunei 2035, insya Allah. Kaola juga ingin menggabungkan diri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat para menteri yang telah secara beterusan mendengar persoalan, saranan serta memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan dengan ikhlas, telus dan keterbukaan.

Sikap setia kawan dan kesepaduan yang ditunjukkan oleh semua Ahli-Ahli Majlis ini mencerminkan keunikan Dewan ini yang mempraktikkan amalan permuzakaran, bekerjasama dan berperinsipkan Melayu Islam Beraja ke arah mengutamakan keputusan yang terbaik dan manfaat bagi kebajikan rakyat serta kemakmuran negara di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Alhamdulillah, pada persidangan sesi kedua pada tahun ini kita secara khusus dan terperinci telah membahaskan satu agensi yang utama yang berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035. Agenda pembangunan secara amnya telah banyak kali kita sentuh dan bincangkan dalam Dewan yang mulia ini dan dalam forum yang lain.

Ianya adalah sangat relevan dan penting kerana agenda pembangunan ini bukan sahaja berkait langsung dengan aspirasi dan hala tuju negara malahan bertindak sebagai asas kestabilan politik, sosioekonomi, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat serta penduduk di dalam.

Jika di amat-amati dari hasil perbincangan kita selama empat hari ini yang berkisar mengenai pelaksanaan wawasan ini jelas menunjukkan bahawa kita tidaklah ketandusan dalam menzahirkan cadangan-cadangan dan idea-idea baru bernas dan membina, strategik lagi positif berasaskan situasi semasa negara dan perkembangan geopolitik dan sosioekonomi global. Kita juga secara spesifik dan terbuka cuba mengupas secara detailed elemen-elemen penting yang terdapat dalam 3 blueprints yang telah digubal termasuk dalam mengetengahkan maklum balas dari rakyat dan penduduk.

Di samping itu, kita turut juga memberikan cadangan bagi way forward pada membantu menangani isu-isu semasa yang ditimbulkan. Sebagai nilai tambah, kita juga telah mencadangkan beberapa langkah-langkah strategik ke arah meningkatkan effectiveness sistem pelaksanaan, pemantauan dan penelitian semula beberapa aspek yang terdapat dalam wawasan ini agar ianya result-oriented.

Kaola menghargai bahawa banyak usaha inisiatif yang telah, sedang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam mencapai wawasan ini setakat ini. Begitu juga kita mengakui akan pentingnya untuk mengukuhkan pensejajaran, koordinasi dan intregrasi agensi-agensi yang berkepentingan supaya pelaksanaannya dengan lebih cepat dan terarah bagi menghasilkan impak yang besar, luas dan menyeluruh. Ianya juga bagi mengelakkan pertindihan bidang tugas dan pembaziran sumber.

Kita juga menyedari bahawa salah satu perkara utama ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 ialah kesepaduan, kesepakatan dan komitmen tinggi kita semua selaku rakyat dan penduduk negara ini dalam menyokong dan menterjemahkan idea-idea ini untuk menjadi satu realiti yang akan dapat mencetuskan impak positif yang signifikan. Apa yang penting ialah penglibatan rakyat di semua peringkat ke arah mencapai matlamat yang termaktub dalam wawasan ini menurut peranan dan kemampuan masing-masing.

Ke arah itu, kaola mencadangkan supaya isu-isu dan saranan-saranan yang membina dalam perbahasan kita ini akan diteliti secara mendalam kesesuaiannya. Mana-mana dasar, peraturan, program yang dapat membuahkan hasil yang segera, iaitu low-hanging fruits akan dilaksanakan secepat mungkin agar faedahnya akan dapat dirasai oleh rakyat dan penduduk negara ini.

Manakala cadangan yang viable dan memerlukan penelitian lanjut akan dianalisa kebolehlaksanaannya dan dilibatkan agensi-agensi yang berkepentingan bagi menghasilkan program projek yang integrated, kukuh dan mantap. Ini bagi memastikan pelaksanaannya akan berjalan lancar dan menurut sasaran yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Alhamdulillah dalam sesi permesyuaratan musim ke-21 ini secara keseluruhan, Dewan ini juga menyaksikan beberapa pengemaskinian dan perlaksanaan dasar-dasar baru yang memberikan isyarat positif dan impactful ke arah kemajuan negara. Ianya bukan sahaja menyuntik semangat jitu kepada masyarakat peniaga, pengusaha tempatan dan rakyat dan penduduk malahan ia akan juga menunjukkan kesungguhan ataupun seriousness dan komitmen negara dalam usaha menarik lagi pelabur-pelabur langsung asing untuk berganding bahu dengan pengusaha tempatan bagi sama-sama mengaktifkan dan merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi negara setanding dengan negara-negara di rantau ini.

Kaola penuh percaya kesan positif dari hasil pengendalian dasar-dasar dan peraturan baru ini insya Allah akan memberikan kesan limpahan ataupun spin-off berganda kepada negara secara holistik.

Ianya dijangka akan membuka lebih lagi banyak peluang-peluang perniagaan tempatan yang sekali gus akan membantu meluaskan lagi asas pendapatan negara yang sedikit sebanyak akan meningkatkan dan mengukuhkan fiskal negara insya Allah.

Oleh itu, kaola berharap maklum balas yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Dilantik ini akan diterima secara positif, membina dengan fikiran terbuka, open mind supaya apa juga dasar yang bakal digubal nanti akan lebih mantap, kukuh dan mendapat sokongan ataupun buy-in bagi semua peringkat rakyat dan penduduk negara ini sebagai pendekatan senegara. Yang pentingnya juga apa jua dasar dan peraturan baru yang digubal dan dilaksanakan ini nanti akan di follow through di setiap peringkat pelaksanaan secara jelas dan telus bagi mengelakkan intepretasi yang berbeza yang boleh saja melambatkan proses.

Usaha mempercepatkan proses melalui business-ready ini juga diharap akan membantu memperbaiki ekosistem perniagaan negara supaya ianya akan lebih kondusif, proaktif dan mesra perniagaan. Ini insya Allah diharap akan membuka lebih banyak peluang perniagaan, perusahaan memastikan dan sekali gus akan meluaskan lagi economic pie negara untuk dinikmati oleh semua rakyat dan penduduk di negara ini secara menyeluruh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sebagai penutup, izinkan jua kaola merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Mulia Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis Mesyuarat Negara atas kerjasama, kecekapan dan sokongan berterusan mereka sepanjang kedua-dua sesi permesyuaratan pada tahun ini. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan berterusan mengurniakan taufik, petunjuk dan hidayah-Nya membuka hati dan minda kita semua untuk melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada kita dengan ikhlas, tabah, penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Dalam kesempatan ini, kaola ingin memohon maaf kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekiranya tersorok langkah, terkasar bahasa dalam menyampaikan pandangan dan pendapat.

Akhir sekali, kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh Kerabat Diraja akan sentiasa sihat walafiat, dikurniakan nikmat lanjut usia, taufik dan hidayah, keberkatan dan kebahagiaan, perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala, kekal qarar memerintah negara dengan petunjuk, inayah dan keredhaan Allah dan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan berterusan dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata’ala mengecapi kehidupan dengan sentosa dan selesa.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Untuk itu, kaola menyokong Usul Penangguhan ini seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Bismillahir Rahmanir Rahim. (doa dibaca). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkat kepimpinan baginda yang bijaksana, berwibawa dan berwawasan yang jauh, rakyat dan penduduk negara ini telah dan akan terus-menerus menikmati kehidupan yang sejahtera dalam suasana yang aman damai, penuh harmoni dan selamat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Untuk kita akan lebih bergerak maju ke hadapan dengan tindakan-tindakan yang cepat dan teratur ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, kita akan sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan menjawab apa jua jenis persoalan dan menerima apa jua usulan-usulan serta buah fikiran yang diajukan dari semua pihak termasuk apa jua yang diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Dilantik di dalam Dewan yang mulia ini.

Alhamdulillah, dengan adanya Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan sebanyak dua kali setahun bermula pada tahun ini dengan titah perkenan baginda semasa Musim Pertama Majlis Mesyuarat Negara pada awal tahun ini, melambangkan betapa baginda mengambil berat terhadap perlaksanaan tindakan-tindakan yang berterusan oleh semua pihak demi antara lain, untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan usaha mempelbagaikan ekonomi negara ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

Seperti juga sesi Majlis Mesyuarat Negara 2024 tahun lepas dan khusus sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara Pertama pada tahun 2025 dan juga sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara Musim Kedua yang berlangsung selama empat hari sampai hari ani, banyak perkara-perkara, isu-isu dan persoalan yang telah diajukan dan banyak jua usulan-usulan perbahasan yang dibincangkan mengenai dengan perancangan yang terkandung dalam tiga blueprint yang dikongsikan sebelum ini.

Persoalan-persoalan dan usulan-usulan itu bukan untuk sekadar berdiri dan membahaskannya sahaja, akan tetapi bagi menyalurkan suara rakyat dan penduduk negara ini. Semua ini adalah pelbagai landasan bagi kitani semua mengambil langkah ke hadapan untuk melaksanakan tindakan yang wajar dan cepat demi hasrat kitani mencapai Wawasan Brunei 2035.

Kaola memfokuskan pada kali ini iaitu Pertama, strategi dan dasar ke arah penjimatan perbelanjaan Kerajaan. Kedua, langkah-langkah dan inisiatif ke arah menaikkan lagi hasil pendapatan negara. Ketiga, menyampaikan kemaslahatan pengusaha-pengusaha termasuk golongan belia untuk memastikan urusan-urusan untuk mengusahakan bisnes adalah diterima dalam sama-sama mendukung usaha mempertingkatkan lagi ekonomi negara termasuk memacu perusahaan-perusahaan dan perniagaan, memperbagaikan ekonomi negara supaya kita tidak bergantung kepada hasil minyak dan gas; dan terakhir, memperkenalkan isu-isu semasa yang melibatkan kepada perekonomian negara, golongan belia, pemacu kesinambungan agenda negara dan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana.

Pada sesi penggulungan ini, dengan dunia yang sangat sukar diramal dan dengan situasi ekonomi tidak menentu, antara lainnya dengan polisi Trump dengan tarif yang dikenakan. Kaola percaya syarikat-syarikat gergasi yang berada di negara yang paling tinggi dikenakan tarifnya akan mencari alternatif dan melihat negara lain termasuk negara kita mencari peluang menjadi pelabur sebagai FDI memindah perusahaan mereka. Persoalannya, adakah kita bersedia apabila mereka mengetuk pintu negara kitani?

Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana.

Usul perbahasan kaola beberapa hari yang lepas, menyentuh mengenai perihal pentingnya perancangan-perancangan yang terkandung dalam blueprint-blueprint itu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Sekali lagi ingin kaola ringkaskan bahawa kunci kepada ke arah mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035 ialah jangka masa tindakan dan tatacara perlaksanaannya yang memerlukan rangkaian strategi dan perubahan dasar yang memerlukan pendekatan whole of nation.

Pada pendapat kaola, pelaksanaan strategi dan perubahan dasar perlu diungkayahkan dan disesajarkan bukan sahaja dari pihak kerajaan sahaja tetapi juga mengambil kira suara-suara dan pandangan mengenai isu-isu dan keperluan dari akar umbi dan rakyat. Tatacara memudah cara dari pihak kerajaan melalui sesetengah kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkaitan juga perlu diperbaiki untuk memastikan urusan-urusan sektor swasta akan berjalan dengan lancar dan cepat dalam sama-sama berusaha untuk pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi.

Sektor swasta adalah merupakan sebahagian dari enjin kepada pertumbuhan ekonomi di samping sektor awam. Jika elemen enjin swasta terjejas akan terjejaslah jua keseluruhan enjin dan perjalanan mengorak langkah pun juga akan terjejas. Sukacita juga kaola ingin menyentuh di sini bahawa dalam kitani melaksanakan semua perancangan-perancangan terkandung dalam blueprint, kitani juga perlu sama-sama beringat untuk tidak terlepas pandang untuk mengambil tindakan kepada perkara-perkara kecil yang kita tidak nampak, atau perkara-perkara yang kita pandang hanyalah masalah kecil sebagai cabaran masa ini.

Yang kaola percaya adalah punca ia akan menjadi besar jika ia tidak diambil kira dalam tindakan-tindakan kitani. Sebagai contoh Yang Berhormat Di-Pertua lagi bijaksana, apa yang kita nampak ketara dan masih terjadi dan masih menjadi-menjadi ialah kerja-kerja pengubahsuaian dan tambahan rumah-rumah khusus. Kaola ambil contoh rumah-rumah di kawasan Perancangan Perumahan Negara yang dibuat oleh kontraktor yang tidak berlesen, freelancers yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing. Aktiviti ini, kita memang nampak sebelum ini dan sehingga kini masih menjadi-jadi.

Ini bukan sahaja memberi impak kepada tahap keselamatan pemilik-pemilik rumah berkenaan iaitu kalangan rakyat kita, malah ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pembangunan atau kemajuan, di mana kontraktor yang berdaftar dengan menggunakan khidmat pakar yang menjaga keselamatan dan kekukuhan bangunan kurang dipakai khidmat mereka.

Kaola percaya dengan adanya kawalan rapi atau penghentian aktiviti ini dan dengan adanya peraturan dan penalti ketat bagi kontraktor tidak berdaftar ini akan mengurangkan aktiviti warga asing yang berleluasa dan memberi peluang terbuka kepada kontraktor berdaftar tempatan yang ada. Ini kaola ambil contoh sebagai contoh yang benar-benar berlaku dan kaola percaya lebih banyak lagi perkara yang kitani tidak nampak pada masa ini yang muncul akan datang.

Sebelum kaola merungkai penggulungan ini, kaola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana di atas kebijaksanaan, kewibawaan dan kesabaran menerajui mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara musim pertama dan kedua pada tahun ini. Penghargaan dan terima kasih juga kaola tujukan kepada Datin Jurutulis, pegawai-pegawai Jabatan Majlis Mesyuarat Negara yang bekerja keras di belakang tabir, kru-kru RTB dan media serta pegawai-pegawai lain yang bertugas sepanjang kedua sesi Majlis Mesyuarat Negara dengan penat lelah dan keringat mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kalangan Menteri-Menteri Kabinet yang telah mendengar soalan-soalan dan usul-usulan dari kaola dan rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang lain. Semoga apa yang diajukan dan dijawab dalam Dewan yang mulia ini akan mendapat rahmat dan ganjaran dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Akhir kalam dan dengan keharmonian suasana Dewan yang mulia ini, kaola sekali lagi ingin meminta ingin memohon sejuta kemaafan jika sekiranya dalam soalan-soalan dan usulan-usulan kaola itu ada perkara yang kurang disenangi.

Tujuan kaola hanyalah sekali lagi untuk menggambarkan penekanan kaola dari perspektif pandangan luar mengenai dengan tindakan-tindakan sesetengah kementerian yang menjadi persoalan kaola. Rakan-rakan di luar sana dan jua rakyat yang kaola terima. Semoga kitani semua dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan rezeki kesihatan yang berpanjangan dan rezeki kepada negara kitani yang kita sama-sama cintai.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan penuh takzim, kaola ingin merakamkan penghargaan atas kesempatan untuk menyertai perbahasan usul penangguhan ini.

Kaola ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas limpah perkenan baginda bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang dua kali dalam setahun. Ianya bukan sahaja satu penambahan dari segi kekerapan tapi satu lambang kepercayaan dan amanah besar daripada baginda pada MMN untuk terus relevan, responsif dan berfungsi sebagai suara rakyat dan penyemak dasar negara.

Perubahan ini juga mencerminkan transformasi institusi yang menepati keperluan masa, di mana suara rakyat perlu didengar dengan lebih kerap dan tangkas. Persidangan kali ini benar-benar mencerminkan dinamik baharu dalam perjalanan MMN daripada perbahasan usul-usul penting yang menyentuh hala tuju negara kepada pertanyaan dalam menyentuh nadi rakyat seperti kebajikan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan keperluan asas yang mana semuanya memberi gambaran menyeluruh tentang isu semasa yang dihadapi oleh rakyat pelbagai lapisan.

Kaola melihat satu perubahan yang semakin nyata bahawa Dewan ini sedang bergerak ke arah satu landasan yang lebih terbuka, lebih substantif dan lebih matang. Sebagai wakil daerah, kaola melihat sendiri bagaimana isu-isu masyarakat yang dahulu hanya disampaikan secara bercakap-cakap di surau, di kedai kopi atau dalam majlis-majlis keramaian, kini mendapat tempat secara rasmi di Dewan ini.

Ini merupakan satu anjakan budaya dan struktur yang perlu kita pelihara. Suara rakyat bukan lagi hanya sekadar keluhan tetapi ia telah menjadi suara dasar. Suara cadangan dan suara yang dicatat dalam sejarah negara melalui hansard persidangan dan apa yang lebih penting suara rakyat tidak lagi berlalu tanpa maklum balas tetapi ianya disambut, dijawab dan disusuli dengan usaha-usaha penambahbaikan yang lebih tersusun. Dalam dua kali persidangan ini, kaola juga melihat bahawa peranan seorang Ahli MMN bukan lagi terbatas kepada hanya hadir dan bersuara, tetapi turut melibatkan tanggungjawab selepas persidangan. Bagaimana suatu isu diangkat? Sejauh mana ia diikuti dengan tindakan dan sama ada rakyat dapat melihat perubahan yang berlaku.

Itulah yang menjadi penentu nilai dan keberkesanan sumbangan kita. Oleh itu, kaola percaya bahawa, hubungan ahli dengan kementerian dan jabatan-jabatan pelaksana perlu lebih diperkasa. Bukan sahaja semasa persidangan tetapi juga di antara musim persidangan. Kaola melihat ruang ini sebagai peluang untuk terus menambah baik sistem kerja dan cara kita menyampaikan maklumat agar rakyat bukan hanya mengikuti tetapi juga memahami dan menghargai nilai peranan majlis ini.

Justeru itu, kaola berpendapat bahawa fasa seterusnya yang patut diberi penekanan ialah memastikan tindakan susulan yang menyeluruh terhadap pertanyaan, cadangan dan Usul yang telah dikemukakan. Sama ada melalui laporan perkembangan, sesi muzakarah bersama kementerian, lawatan ke tempat-tempat berkaitan atau mekanisme pemantauan tetap.

Adalah penting untuk kita tidak hanya meninggalkan isu-isu tersebut di atas meja persidangan, kita perlu memastikan wujudnya kesinambungan antara suara dalam Dewan dan tindakan di luar Dewan agar keyakinan rakyat terhadap sistem ini terus dipelihara dan diperkukuh. Kaola juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kepimpinan yang bijaksana dalam mengendalikan perjalanan persidangan ini dengan penuh hikmah dan ketertiban.

Begitu juga kepada Yang Mulia Datin Jurutulis dan seluruh warga urus setia yang telah mencurahkan tenaga dan masa untuk memastikan setiap hari persidangan berjalan dengan lancar, tertib dan bermakna.

Akhir sekali, dalam semangat persaudaraan dan kebersamaan, kaola turut mendoakan saudara-saudari kita yang sedang menghadapi ujian dan cabaran. Sama ada dari segi kesihatan, kesempitan hidup atau dugaan yang lain. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Tidak dilupakan juga doa kita kepada saudara-saudara kita di Palestin dan kawasan bergolak yang lain. Semoga diberikan keadilan, keamanan dan ketabahan dalam menghadapi kezaliman dan penderitaan yang berpanjangan. Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kaola sekali lagi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas bimbingan, iltizam dan keyakinan baginda terhadap peranan Majlis ini.

Semoga segala usaha kita ini akan menjadi sebahagian daripada sumbangan kecil tetapi bermakna ke arah kemajuan rakyat dan negara yang diberkati. Didoakan kita terus melangkah kehadapan sebagai sebuah Majlis yang progresif, profesional dan berlandaskan amanah.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim. (doa dibaca) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dengan penuh hormat dan takzimnya kaola mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola dalam menyertai Ucapan Penangguhan Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Di Dewan yang mulia ini, sekali lagi dengan penuh hormat dan takzimnya sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam yang telah mengurniakan Titah Perkenan bagi perubahan kekerapan mesyuarat kepada dua kali setahun bermula pada tahun ini seperti mana yang Baginda titahkan Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2025.

Bagi menanai dan menjunjung tinggi kurnia titah perkenan mesyuarat dua kali setahun, Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan, kewibawaan, kredibiliti serta ketabahan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua telah berjaya membimbing di sepanjang Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bagi Tahun 2025 dengan penuh teratur, lancar, dalam suasana muhibbah lagi penuh kesempurnaan.

Dalam kesempatan ini, kaola dengan tulus ikhlas sukacita merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta warga kerja Jabatan Majlis Mesyuarat dan juga mereka yang terlibat di dalam, di atas dedikasi, komitmen serta kerjasama dengan penuh bertanggungjawab dalam menyelenggarakan kesempurnaan permusyuaratan ini dengan tersusun dan efisien.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Mesyuarat dua kali setahun dalam Majlis Mesyuarat Negara ini adalah julung-julung kali diperkenalkan, yang melambangkan tinta sejarah ke arah mentransformasi dan memartabatkan institusi Majlis Mesyuarat Negara. Pada hemat kaola, Alhamdulillah Permesyuaratan Kedua ini telah sama-sama kita optimise sebaik-baiknya dalam suasana budaya kebruneian sebagai platform percambahan dan pengongsian pemikiran serta pandangan yang menjurus kepada meningkatkan perkembangan kemajuan negara serta kesejahteraan, kebajikan dan kemakmuran rakyat dan penduduk negara ini khususnya menumpukan kepada ketiga-tiga blueprint kearah usaha bersama merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi berterima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet di atas kenyataan serta pencerahan yang mencakupi pelbagai dimension dan juga respon yang positif terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh abiskaola di Dewan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi aspirasi dan harapan tinggi abis kaola di sebelah sini, apa jua yang diutarakan khususnya hasil penganalisaan, pandangan, sasaran, saranan dan input yang dikongsikan termasuk semasa Sesi Permuzakarahan di kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkenaan yang boleh dijadikan sebagai value-added agenda pembangunan yang mendatangkan kemaslahatan dan kemanfaatan untuk diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Ini adalah kerana dengan mengambilkira feedback dan rintihan yang disuarakan oleh masyarakat akar umbi dan peniaga-peniaga tempatan.

Tujuan utamanya adalah dihasratkan semata-mata untuk menambahbaik dan memperkasankan lagi apa jua perancangan, dasar, inisiatif pemprosesan dan pelan tindakan yang diungkayahkan dalam bersama-sama menggerak majukan kehadapan dengan lebih agresif dan progresif ke arah kemampuan sosioekonomi yang lebih dinamik dan resilient bagi memastikan tercapainya, insya Allah, bukan sahaja ke kemuncak Wawasan Brunei 2035 malahan juga menjadikan negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Insya Allah, Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dikesempatan ini kaola ingin menyuarakan isu economic leakage dan cash outflow yang merupakan salah satu cabaran yang perlu ditangani secara komprehensif dan berstrategik kerana ianya boleh mendatangkan negative economic impact bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan dan mengurangkan multiplier effect malahan merencatkan aktiviti-aktiviti perekonomian dan perniagaan negara. Di samping itu, ia juga mengakibatkan impact dari aspek pengurangan demand, sales dan perkhidmatan pelbagai aktiviti perniagaan dalam negara malahan impaknya juga mengurangkan peluang pekerjaan.

Menurut sumber Laporan Tourism Malaysia, rakyat Negara Brunei Darussalam telah membelanjakan $1.1 bilion di Malaysia pada tahun 2020. Selain itu, menurut Berita Bernama melaporkan bahawa Negara Brunei Darussalam terus kekal sebagai sumber kelima terbesar bagi kedatangan pelancong ke Sabah dan Sarawak dengan dicatatkan sebanyak 811,083 orang pada tahun 2023.

Berasaskan kepada maklumat dan perangkaan ini, menunjukkan bukan sahaja tren kenaikan jumlah rakyat dan penduduk Negara Brunei ini berkunjung ke negara jiran malahan juga meningkatkan cash outflow dari negara ini. Persoalannya, bagaimanakah strategi dan tatacara menarik sekaligus menggalakkan rakyat dan penduduk negara ini terus menerus lebih berbelanja supaya kitaran cash cycle berkekalan buat di negara ini di samping melonjakkan aktiviti-aktiviti perniagaan?

Pada hemat kaola, ada baiknya agensi-agensi berkepentingan seboleh-bolehnya mengambil perhatian, mempertimbangkan langkah-langkah dan tindakan sewajarnya dalam usaha menangani isu sedemikian ini untuk minimise negative impact economic leakage yang lebih signifikan kepada negara.

Dalam waktu yang sama bagi menimbang tara impak economic leakage negara ini, industri pelancongan berperanan penting dalam usaha mempergiatkan, memberigakan dan mempromosikan secara lebih agresif dalam meningkatkan daya tarikan di mana Negara Brunei Darussalam menjadi sebagai pilihan destinasi pelancongan termasuk menggalakkan pelancongan tempatan.

Jika sekiranya negara berupaya menarik lebih ramai lagi pelancong-pelancong ke negara ini, Insya Allah ianya mendatangkan kelebihan positive impact yang lebih progresif bukan sahaja dari aspek multiplier economic impact tetapi juga spin-off economic effect sekaligus menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih dinamik dan sustainable.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola menyambut baik, kaola menyambut baik usaha berterusan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal dalam mengemaskini dan menyediakan satu garis panduan agihan zakat baharu yang diselaraskan dengan keperluan asas minimum syarat-syarat permohonan dan kategori skim-skim agihan zakat.

Adalah juga difahami, sehingga pada masa ini kadar bantuan bulanan melalui Skim Kebajikan Negara dan Majlis Ugama Islam dikira daripada anggaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi berasaskan pada kajian perbelanjaan 2015/2016 iaitu lebih 10 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, kaola berpendapat adalah sangat wajar Kos Minima Keperluan Asas yang diselaraskan dengan kadar bantuan kebajikan bulanan dikaji semula dan di up-to-date dari semasa ke semasa agar tidak menambahkan bebanan serta menjejaskan taraf kehidupan golongan penerima bantuan.

Ini adalah kerana bertepatan dengan realiti semasa dan juga bagi memastikan nilai kadar tersebut adalah sepadan dengan keperluan asas sebenar terutama sekali disebabkan lonjakan kenaikan harga barang yang semakin ketara yang mengakibatkan meningkatnya kos sara hidup.

Tatacara penilaian kadar bantuan skim ini hendaklah berlandaskan hukum syarak iaitu garis panduan penetapan Had Al-Kifayah.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala serta memohon syafaat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan taufiq, hidayah, rahmat, dilanjutkan usia serta berkeadaan sihat wal‘afiat dengan penuh kesejahteraan yang berpanjangan dalam perlindungan dan hidayah Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekali lagi kaola memohon maaf kerana lebih masa dan sekali lagi mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim (doa dibaca).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Awal kalam kaola memulakan dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan laluan untuk kaola ikut serta menyampaikan ucapan penangguhan pada petang ini.

Dalam kesempatan ini, kaola dengan penuh hormat dan takzim sekali lagi menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Persidangan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara pada bulan Februari yang lalu dan seterusnya berkenan mengurniakan titah di Dewan yang mulia ini memperkenankan beberapa perubahan besar dalam Majlis Mesyuarat Negara khususnya mengenai kekerapan persidangan kepada dua kali setahun, pengemaskinian prosedur dan proses kerja Majlis Mesyuarat Negara dan penggubalan Kod Etika bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Perubahan-perubahan ini jelas mencerminkan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mempertingkatkan prosedur dan proses kerja Majlis Mesyuarat Negara agar setaraf dengan amalan terbaik parlimen di peringkat serantau dan antarabangsa di samping menunjukkan keyakinan baginda terhadap semua ahli di dalam Dewan yang mulia ini sebagai wadah perbahasan strategik dalam satu pasukan yang telus dan beriltizam, berteraskan kepentingan rakyat serta kemajuan negara.

Titah baginda lagi semasa Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 tahun 2023 turut menegaskan bahawa Wawasan Brunei 2035 tidak harus kekal sebagai retorik tetapi dilaksanakan dengan kesungguhan dan integriti.

Titah tersebut menyeru kepimpinan yang bertanggungjawab, telus dan bersedia mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Sukacita kaola merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah memimpin permesyuartaan ini dengan penuh wibawa, sabar dan bijaksana. Kaola turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Jurutulis atas penganugerahan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua, D.P.M.B serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Jurutulis dan seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas komitmen memastikan kelancaran perjalanan persidangan ini.

Tidak lupa juga kaola ucapakan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet atas kerjasama padu dalam memberikan maklum balas dengan telus dan ikhlas terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Syukur Alhamdulillah dengan limpah, atas limpah rezeki Allah Subhanahu Wata’ala, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperuntukkan Belanjawan Negara berjumlah $6.53 billion pada Tahun Kewangan, bagi Tahun Kewangan 2025/2026 dengan tema “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat berterusan di bawah kepimpinan bijaksana baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sepanjang persidangan banyak isu dan cabaran telah dikemukakan serta buah fikiran, pandangan dan cadangan dibentangkan merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan teknologi.

Antaranya kepentingan untuk bekerjasama merentas kementerian, sektor dan masyarakat agar dasar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Ini menyerlahkan keperluan mendesak untuk pelaksanaan reformasi perkhidmatan awam dengan memfokuskan kepada hasil dan produktiviti penyelarasan sistem dan penilaian impak secara telus.

Dalam usaha menyokong MSMEs, keutamaan sokongan padu dan memastikan tender-tender berkompleksiti rendah dan sederhana diberikan kepada pengusaha-pengusaha warganegara Brunei yang menjadi pemilik sah syarikat dan yang mengendalikannya sendiri sepenuhnya.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta warga kementerian atas kepimpinan dalam menjadikan produk tempatan daripada pengusaha MSMEs sebagai cenderahati rasmi semasa Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 79 tahun baru-baru ini.

Pendekatan ini bukan sahaja mencerminkan sokongan yang konsisten terhadap perusahaan tempatan malah menjadi contoh terbaik bagaimana acara kenegaraan dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh penjenamaan produk tempatan serta menyumbang secara langsung kepada peningkatan sosioekonomi pengusaha.

Kadar ketergantungan berterusan bantuan dan, kadar kebergantungan berterusan terhadap bantuan dalam kalangan individu berupaya bekerja dan peningkatan jenayah isu sosial menuntut tindakan bersepadu untuk menanganinya.

Dalam hal ini, pengukuhan dan penaiktarafan Sistem Kebajikan Negara bukan sekadar penyalur bantuan tetapi memperkasa penerima dengan untuk berdikari dan pengukuhan Majlis Kebangsaan Isu Sosial sebagai penyelaras utama Dasar Sosial Negara adalah sangat penting.

Alhamdulillah, tidak dinafikan banyak usaha telah digerakkan oleh pihak kerajaan dan kaola percaya rakyat menghargai kesungguhan ini dan dalam masa yang sama mengharapkan agar perubahan dapat dirasakan dalam kehidupan seharian dalam bentuk peluang dan kemudahan yang lebih banyak serta keterlibatan mereka dalam pembangunan negara.

Dengan iltizam berterusan dan bersatu hati, cabaran-cabaran diberikan perhatian sewajarnya demi menjamin perlindungan, kesejahteraan dan keadilan kepada semua lapisan masyarakat. Dokumen-dokumen blueprint yang sedia ada mencerminkan komitmen kerajaan memahami keperluan rakyat.

Kaola percaya Wawasan Brunei 2035 hanya dapat direalisasikan dengan semangat perpaduan budaya delivery, akauntabiliti dan integriti tinggi. Pendekatan whole of government dan whole of nation juga mesti diterapkan secara menyeluruh melalui koordinasi efektif, pelaksanaan cekap dan pengurangan birokrasi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola ingin mengulang kenyataan kaola semasa perbahasan wawasan tempoh hari bahawa bangsa Brunei cemerlang bukan sekadar cita-cita tetapi perlu dihidupkan sebagai agenda nasional. Kita adalah satu pasukan yang bersatu dengan integriti tinggi, mengamalkan budaya delivery dan akauntabiliti demi membina masa depan yang cemerlang, adil dan mampan.

Akhir kalam, kaola tutup perbahasan ini dengan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan kesihatan dan keafiatan kepada baginda serta seluruh kerabat diraja dan rakyat jelata.

Semoga Negara Brunei Darussalam terus kekal aman, makmur dan mendapat berkat di dunia dan di akhirat, Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Kaola juga mohon kemaafan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta semua Ahli Yang Berhormat sekiranya terdapat kekhilafan, tersalah bahasa atau tersilap bicara dalam ucapan kaola sepanjang persidangan ini.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Muafakat membawa berkat. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah. Saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada hari ini.

Mesyuarat ini sekarang saya tangguhkan. Insya Allah, kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 9 Ogos 2025 sebagaimana lazim mulai daripada jam 9.30 pagi.

Sekian, Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.