Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT18

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 4 minit
📊 Bilangan kata: 625 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan hasil penilaian dan perubahan telah dibuat setelah dibangkitkan dalam sesi MMN 2023 dan bagaimana PROPAZ dapat ditingkatkan untuk memastikan matlamat membantu asnaf dapat dicapai dengan lebih berkesan. Program PROPAZ bertujuan memperkasa asnaf zakat agar berdikari dan keluar dari kemiskinan. Keberkesanannya program perlu dinilai bagi penambahbaikan dengan mengambil kira amalan terbaik dari negara-negara lain.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA​

JAWAPAN:

Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) melalui Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) adalah secara berterusan memperkasa lagi penggunaan dan pengagihan wang zakat melalui usaha mengupayakan kapasiti diri asnaf fakir miskin dan mendorong mereka untuk berdikari dan berusaha. Agihan zakat produktif seumpama ini berupa pelaburan jangka masa panjang yang berorientasikan pembekalan ilmu dan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional menerusi program-program berdaya tahan dan komprehensif sekaligus menjadikan mereka terlatih dan mahir dalam bidang yang dipilih dalam tempoh program yang ditetapkan.

Pasca penubuhan JUZWAB, program-program berbentuk Latihan Kemahiran seperti Program PROPAZ-PBB (Pusat Pembangunan Belia); Program PROPAZ-Perantis; Program Pembangunan Diri; Program anjuran BIBD iaitu BIBD SEEDS adalah masih diteruskan hingga sekarang. Manakala Program PROPAZ-Azzira’ah dan Program PROPAZ-IKB (Institut Kemahiran Baitulmal, MAIWP Kuala Lumpur) sedang dikemaskini format latihannya dan dinilai keberkesanan serta objektif penyertaannya. Selaras dengan hala tuju PROPAZ, program-program yang diadakan bukan setakat membentuk asnaf zakat terlatih dan berkemahiran bahkan turut menjadi keutamaan adalah program-program yang direka diselitkan dengan kursus bimbingan agama dan pembangunan diri sebagai pemacu mereka untuk berdikari atau sekurang-kurangnya mewujudkan kesedaran positif akan kewajipan untuk bekerja dan menjana sumber pendapatan.

Alhamdulillah, salah satu program berdaya tahan yang baharu diperkenalkan oleh JUZWAB melalui PROPAZ ialah Program Kemahiran Keusahawanan Asnaf Zakat, sebuah program kolaborasi bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Program ini dijalankan bersama dengan BIBD di Inkubator Pusat Kecemerlangan dan Pengupayaan BIBD dan juga di Pusat Kemahiran Asnaf yang sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian bangunannya pada masa ini.

Program baharu ini dilaksanakan dalam 03 modul latihan berkonsepkah work-based learning. Modul Pertama menghendaki peserta mengikut Modul Latihan Bengkel selama tiga (3) bulan dan diberikan pendekatan asas keilmuan budaya keusahawanan dan kemahiran seperti Business Startups, Business Plan, Entrepreneurship Clinic dan Aliran Tunai, Pembentukan dan Penjenamaan Produk, Jualan & Ujian. Peringkat latihan ini mereka akan dibekalkan dengan training equipment (kemudahan peralatan/ perkakas) mengikut pilihan bidang kemahiran yang ditawarkan di Pusat Kemahiran Asnaf.

Seterusnya Peserta Asnaf akan mengikuti Modul Latihan - Coaching selama tiga (03) bulan bagi latihan praktikal iaitu menjalankan perniagaan/keusahawanan, pemasaran dan urusniaga dengan khidmat Mentorship di Pusat Kemahiran Asnaf. Setelah tamat latihan, peserta akan menjalani modul Evaluasi iaitu bagi penilaian tahap kejayaan dan keberkesanan latihan serta memastikan usaha mereka untuk menjadi usahawan asnaf tidak terhenti di pertengahan jalan serta objektif bagi usaha mengeluarkan peserta asnaf dari lingkaran kemiskinan menjadi kenyataan. Pada fasa ini, usahawan terlatih dan mahir serta berkelayakan akan dipertimbangkan bagi penganguerahan agihan modal berusaha berjumlah tidak melebihi BND20k dari Kumpulan Wang Zakat Bahagian Fakir Miskin.

Alhamdulillah Program Keusahawanan Asnaf ini telah mula dijalankan pada 20 Februari 2025 dengan Program Bootcamp iaitu peringkat saringan dan latihan intensif selama enam (6) hari kepada 20 peserta asnaf yang mendedahkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Islam serta motivasi diri agar komited mengikuti program latihan. Di sepanjang mengikuti program, peserta akan menerima pelbagai kemudahan seperti elaun latihan, pengangkutan, makan dan minum, penginapan (jika perlu) dan perkakas/peralatan kemahiran di sepanjang latihan.

Semoga Program Kerjasama bersama BIBD ini akan dapat memastikan lebih ramai Asnaf terkeluar daripada lingkaran kemiskinan melalui keusahawanan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.