Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT20

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 432 kata

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil MOH untuk memastikan perkhidmatan klinik swasta berkembang sambil mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi dan seimbang. Ini adalah sejajar dengan pengenalan insurans kesihatan bagi warga asing dan pertumbuhan pesat klinik-klinik swasta di negara ini. Kementerian juga perlu memantau standard perkhidmatan dan memastikan ia menyumbang kepada ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN​

JAWAPAN:

Klinik perubatan swasta yang pertama di Negara Brunei Darussalam mula beroperasi pada tahun 1976 dan diikuti dengan klinik kedua yang beroperasi pada tahun 1978. Sehingga awal tahun 2025, sejumlah 54 buah klinik perubatan swasta di tiga buah daerah di Negara Brunei Darussalam telah didaftarkan. Peningkatan dalam jumlah klinik perubatan swasta di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2024 di mana terdapat peningkatan sebanyak 15% iaitu daripada 47 buah kepada 54 buah klinik perubatan swasta.

Melalui akta dan peraturan yang berkuatkuasa serta dasar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, klinik-klinik perubatan swasta dapat dipantau penubuhannya. Sejajar dengan perkembangan pesat penubuhan dan kepelbagaian perkhidmatan yang diberikan, Kementerian Kesihatan telah menghasilkan satu draf undang-undang iaitu Private Healthcare Institutions Order (PHIO). Perintah ini bertujuan untuk mengawal penubuhan, perlesenan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan di semua institusi-institusi kesihatan swasta di Negara Brunei Darussalam. Bagi melaksanakan perintah ini, sebuah unit telah ditubuhkan pada Jun 2020, iaitu Unit Institusi-Institusi Kesihatan Swasta di bawah Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga, Kementerian Kesihatan. Sementara menunggu perintah ini diwartakan, pendaftaran secara pentadbiran telah dilaksanakan oleh unit ini bagi setiap institusi kesihatan swasta yang baru ditubuhkan.

Pengamal-pengamal perubatan yang bertugas di klinik swasta mestilah berdaftar dengan badan-badan regulatori profesional di bawah Kementerian Kesihatan. Setiap badan regulatori profesional mempunyai syarat-syarat, standard dan kriteria yang tertentu bagi memastikan setiap pengamal layak didaftarkan dan dibenarkan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Pengambilan pekerja tempatan di sektor swasta hendaklah melalui proses yang ditetapkan oleh Pusat Pekerjaan Brunei. Mana-mana pekerjaan yang didaftarkan dan diiklankan melalui Pusat Pekerjaan Brunei adalah berpandukan kepada penyesuaian pekerjaan yang diperlukan oleh majikan. Pekerja warga asing hanya akan dipertimbangkan jika tidak ada warga tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Kepentingan sektor swasta dan sumbangannya menunjukkan KDNK Brunei bagi perkhidmatan Kesihatan dilaporkan sebanyak BND$105,464,000 juta pada September 2024. Ini mencatatkan peningkatan daripada jumlah sebelumnya iaitu BND$64,686,000 juta bagi Jun 2024.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.