Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT7 dan PT39

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 9 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 1,887 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM DAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOFโ€‹

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN KEDUA menyatakan inisiatif-inisiatif yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan urustadbir (governance) secara menyeluruh. Perkara ini mengambilkira urustadbir dalam pengurusan dasar-dasar Kerajaan sebagai prasyarat dalam meningkatkan ekosistem ekonomi, dengan fokus kepada ketelusan, integriti, dan akauntabiliti serta bertindak sebagai โ€˜check-and-balance,โ€™ mengelakkan โ€˜conflict of interestโ€™ dan memastikan keputusan lebih objektif, rasional, dan impartial.

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan JPM selaku leading dan coordinating dalam mensejajarkan dan mengimplementasikan dasar-dasar Kerajaan seperti ease of doing business. Ini bertujuan bagi memastikan se aliran terutama sekali bagi memudahkan dan menyegerakan semua proses permohonan agar lebih mudah, efektif dan efisien dalam memastikan kelancaran dan kejayaan sesuatu dasar atau perancangan yang dikenalpasti dalam merealisasikan kaedah pendekatan whole-of-government-approach.

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERIโ€‹

JAWAPAN:

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

  1. Kaola memohon keizinan untuk menyantumkan dua pertanyaan bagi jawab tulis yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan inisiatif-inisiatif yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan urustadbir (governance) secara menyeluruh, dan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan keberkesanan JPM selaku leading dan coordinating dalam mensejajarkan dan mengimplementasikan dasar-dasar kerajaan.

  2. Terlebih dahulu Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof di atas pertanyaan-pertanyaan berkenaan.

  3. Pihak Kerajaan sentiasa dan secara berterusan melaksanakan pelbagai inisiatif yang difikirkan dapat membantu dalam mengukuhkan urustadbir secara menyeluruh, dengan menekankan kepada ketelusan, integriti, akauntabiliti dan pensejajaran.

  4. Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi utama Kerajaan sentiasa terus mempergiatkan usaha dalam mengukuh urustadbir perkhidmatan awam serta menyelaras dan mensejajar dasar kerajaan dalam memastikan kementerian dan jabatan kerajaan sepenuhnya mendukung dan melaksanakan tugas di bawah bidang kuasa masing-masing ke arah mencapai sasaran-sasaran yang dihasratkan. Inisiatif-inisiatif utama yang telah dan terus dijalankan termasuklah:

    i. Pertama, usaha pendekatan senegara ke arah mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035. Wawasan Negara menekankan pendekatan secara menyeluruh dan inklusif melibatkan kerjasama antara pihak kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat awam. Kerjasama ini penting dalam memastikan dasar dan usaha-usaha yang diungkayahkan mencerminkan hasrat rakyat dan penduduk di negara ini dan mencapai sasaran strategik dan berkeutamaan tinggi negara.

    Penyelarasan di peringkat tertinggi diterajui oleh Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 yang dipengerusikan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan keahliannya terdiri oleh semua Menteri-Menteri Kabinet, adalah merupakan landasan utama Whole of Government dimana dengan adanya keahlian semua Menteri Kabinet, akan menyatukan isu-isu dan juga penyelesaian sebarang cabaran, dan seterusnya membawa kepada perubahan besar yang berimpak tinggi dan transformatif ke arah menjana kesejahteraan rakyat dan penduduk serta memastikan kemakmuran negara dipertahankan.

    Di peringkat tindakan kementerian dan jabatan, usaha-usaha mengukuhkan pelaksanaan dan pensejajaran strategik dan pelan-pelan tindakan yang menjurus kepada Wawasan utama matlamat-matlamat mencapai dilaksanakan melalui Manpower Blueprint bagi Matlamat Pertama Wawasan yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan dan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP); Social Blueprint bagi Matlamat Kedua Wawasan yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS); dan Economic Blueprint bagi Matlamat Ketiga yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Pengukuhan urustadbir yang lebih efisien juga dicapai melalui Mesyuarat Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap yang memainkan peranan penting dalam memastikan koordinasi antara kementerian, penyelarasan dasar, peningkatan kerjasama yang lebih erat, dan strategi dan inisiatif kerajaan adalah selaras dan sejiar dengan matlamat dan dasar negara yang memerlukan keputusan yang kolektif dan tindakan kerjasama 'Whole of Government' daripada semua kementerian untuk mencapai keputusan yang holistik dan berkesan, melalui penetapan agenda yang memuatkan inisiatif strategik yang diaitkan dengan Petunjuk Prestasi Utama di peringkat Kementerian dan Jabatan, dan juga peneraju blueprint-blueprint Wawasan secara menyeluruh dan berkeutamaan tinggi, dan juga berkaitan dengan Hasil-Hasil Pencapaian Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035.

    Jabatan Perdana Menteri telah mengendalikan satu kaji selidik pada bulan Januari 2025 ke atas semua Setiausaha-Setiausaha Tetap yang bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas, cadangan penambahbaikan dan pembaharuan ke arah memperkesankan lagi Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Tetap.

    Hasil kajian ini akan dijadikan sebagai input penting dan memberikan nilai tambah kepada usaha-usaha memperkukuhkan lagi Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Tetap dalam mencapai objektif mesyuarat, di samping mengukuhkan urustadbir kerajaan yang menjana kepada perkhidmatan awam yang lebih cemerlang, berintegriti, berdaya saing dan berwawasan, ke arah memenuhi keperluan rakyat dan mendukung pembangunan negara bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

ii. Kedua, inisiatif-inisiatif berskala civil service wide yang giat dijalankan sebagai usaha untuk meningkatkan Perkhidmatan keberkesanan Awam sekaligus memperkukuhkan urustadbir dan pentadbiran awam.

Penubuhan Jawatankuasa Perkhidmatan Awam (JTPA) dihasratkan sebagai sebuah platform utama dalam menerajui hala tuju transformasi sektor awam negara. JTPA akan memainkan peranan penting dalam merangka dasar, strategi dan inisiatif pembaharuan yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan sektor awam. Pendekatan Whole-of-Government (WOGA) dan Whole-of-Nation (WONA) diterapkan untuk memastikan penyelarasan dasar secara rentas sektor, bagi mendukung Wawasan Brunei 2035 serta Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke-21 (WPA21).

Bagi memperkukuh koordinasi dasar kerajaan, JTPA akan menjadikan aspek dasar pro-bisnes, pemerkasaan tadbir urus digital, serta integrasi sektor swasta dan NGO sebagai agenda utama dalam mesyuaratnya. Melalui pendekatan ini, JTPA akan berperanan dalam menilai keberkesanan inisiatif sedia ada, mengenal pasti jurang pelaksanaan, dan mempercepatkan transformasi perkhidmatan awam.

JTPA akan turut menyokong usaha ini dengan mengukuhkan mekanisme penyelarasan antara kementerian dan agensi, memastikan dasar yang diperkenalkan konsisten, seiring dan selari dengan perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara.

iii. Ketiga, dalam memastikan urus tadbir kerajaan yang lebih berintegriti dan profesional, Kerajaan telah menekankan pematuhan terhadap Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sebagai garis panduan utama dalam membentuk budaya kerja yang beretika.

Sebagai sebahagian daripada usaha pengukuhan integriti, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah menyediakan kursus-kursus khas bagi warga perkhidmatan awam untuk memperkukuh kefahaman mereka mengenai akhlak kerja, keberkesanan penyampaian perkhidmatan, komunikasi berkesan, serta nilai-nilai kepimpinan yang cemerlang.

Selain itu, pematuhan kepada General Orders (GO) serta pelbagai peraturan lain turut menjadi asas kepada tadbir urus yang adil dan bertanggungjawab, sekali gus memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah rasional, objektif, dan bebas daripada konflik kepentingan.

iv. Keempat, melalui Surat Keliling JPM Bilangan 05/2022, Kerajaan telah melaksanakan pengemaskinian ke atas sistem Audit Dalaman, termasuk penubuhan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Unit Audit Dalaman secara berpusat (centralised). Antara objektif utama pelaksanaan audit ini adalah:

  • Memastikan kawalan dalaman dan mekanisme check-and-balance' wujud dan mencukupi dalam semua pengurusan kewangan.

  • Mencegah serta mengawal kejadian pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, serta pemborosan sumber kerajaan.

  • Memperkukuh prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam.

    Sebagai usaha untuk meningkatkan akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam jua, Surat Keliling JPM bilangan 4/2024 mengenai pengemaskinian kuasa menandatangani dan garis panduan am kontrak-kontrak bagi semua kementerian dan jabatan bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam penandatangan kontrak-kontrak bagi pihak Kerajaan.

    Dengan wujudnya mekanisme ini, sistem pentadbiran negara dapat terus beroperasi dengan cekap, bersih dan beramanah, serta mendukung matlamat kerajaan yang berfungsi secara efektif dan bertanggungjawab.

v. Kelima, berhubung usaha bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang tinggi, Jabatan Perdana Menteri secara berterusan melaksanakan dan sentiasa menambahbaik inisiatif sedia ada bagi memantau kecekapan organisasi Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya seperti Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA), Kaji Selidik Tumpuan Pelanggan (KSTP), dan Pemantauan Pencapaian Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).

Turut dirancang ialah bagi mewujudkan sistem flagship e-pemedulian pelanggan atau e-PP, sebagai inisiatif digital berimpak besar dalam usaha transformasi perkhidmatan menerusi pemantauan dan penilaian bersistematik terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Ianya akan berfungsi sebagai satu platform yang akan memudahkan pengumpulan data dan penganalisisaan ke atas trend-trend berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan yang mana daripadanya akan membolehkan agensi-agensi kerajaan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan ke arah tahap yang menjurus kepada sasaran-sasaran yang outcome-based.

Anugerah Inovasi Perdana (AIP) turut diadakan setiap tahun untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada agensi-agensi kerajaan yang berjaya melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan (inovasi) dalam tadbir urus baik (good governance) dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. Penyertaan AIP menumpukan kepada bidang-bidang tertentu iaitu peningkatan penyampaian perkhidmatan awam melalui aplikasi teknologi, Inovasi, peningkatan integriti, ketelusan, akauntabiliti, serta penambahbaikan kualiti proses dalam perkhidmatan awam yang menyumbang kepada mempercepatkan urusan yang berkaitan dengan Ease of Doing Business (EODB).

Sepertimana jua yang dimaklumi, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melaksanakan Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang sejak tahun 2015, yang berfungsi sebagai mekanisme untuk memperkukuh urustadbir agensi kerajaan melalui penilaian aspek seperti Perancangan dan Pembaharuan Strategik, Penambahbaikan, Pengurusan Sumber Manusia, serta Pemediulian Pelanggan. 3PSA turut berperanan dalam membantu pensejajaran dan penyelarasan rancangan Strategik Kementerian-Kementerian dengan Wawasan Brunei 2035.

  1. Kerajaan akan terus memantapkan sistem tadbir urus melalui pendekatan berstruktur dan menyeluruh, dengan memperkukuh penyelarasan dasar, pemerkasaan integriti serta mempercepatkan transformasi perkhidmatan awam.

  2. Melalui usaha bersepadu antara JTPA, JPM, kementerian- kementerian dan semua pihak berkepentingan, Negara Brunei Darussalam akan terus berada di landasan yang kukuh dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, ke arah pentadbiran yang telus, cekap dan berorientasikan hasil demi kepentingan rakyat dan negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.